Novel by KANAMMAH A/P MANUKARAM Moe

Peristiwa kepincangan masyarakat
1. Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang runtuh/rosak akhlak apabila kalangan remaja/ anak muda terlibat dengan najis dadah
Peristiwa: anak-anak Che Jah iaitu Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan dadah dan sering mencuri barang-barang di rumah mereka termasuk barang kemas ibu mereka Che Jah untuk membeli dadah sehingga pernah dimasukkan ke penjara dan pusat tahanan juvana atas kesalahan juvana yang pernah dilakukan sebelum ini.

2. Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang melakukan keganasan dalam rumah tangga.
Peristiwa: Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya, Seman yang bersifat panas baran, kaki judi dan pemabuk.

3. Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang melakukan jenayah
Peristiwa: suami Che Jah, Seman telah mencuri kubah baharu di kampung itu dan telah ditangkap serta dibawa ke balai polis oleh penduduk kampung.

4. Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang tidak amanah
Peristiwa: datuk Lili pernah membantu Seman dengan memintanya melakukan kerja di kebun tetapi hasil kebun tersebut tidak diserahkan kepada datuk Lili sebaliknya telah dijual oleh Seman.

Peristiwa Kepincangan Masyarakat
1. Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang sering menyindir dan menabur fitnah
Peristiwa 1: Aton sering menyindir Dahlia sebagai gadis yang tidak baik, malah Aton telah menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa mereka bersama-sama menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul  di Kampung Parit Haji Rais.
Peristiwa2: Seman memfitnah adik iparnya, Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang dikatakan punca Saleha menjadi kurang siuman ialah Embong.

2. Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang mempercayai kepercayaan karut
Peristiwa: Nek Kiah datang ke rumah Embong dan menggunakan kapur untuk menggores pintu dengan tanda pangkah yang bertujuan untuk mengelakkan hantu masuk ke dalam rumah./peristiwa Nek Kiah mengarahkan anak muda segera mengangkat Said di tebing sungai dan dibawa keliling rumah sebanyak tujuh kali untuk memastikan Said kembali bernyawa, namun usaha itu gagal.

3. Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang memandang rendah terhadap keluarga yang lain
Peristiwa: Nek Kiah memandang hina dan meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Embong yang dikatakan membawa nasib malang terhadap anaknya, Saleha sejak mereka berkahwin hingga mempunyai enam orang anak.

4. Pernyataan: Kepincangan masyarakat remaja yang sering terpengaruh dengan    rakan sebaya
Peristiwa: Abu Bakar, anak lelaki tunggal  Embong yang  tiga hari tidak pulang ke rumah dan sering melepak dengan kawan-kawannya di luar serta tidak mahu mendengar nasihat ayahnya, Embong dan kakaknya, Dahlia.