awan larat by liyanaZainudin

Awan larat.

Ukiran kayu ialah sebuah warisan yang telah wujud dalam masyarakat melayu di Malaysia. Seni ukiran kayu menggunakan beberapa teknik yang dapat menghasilkan ukiran kayu agar ia nampak lebih cantik. Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu. Tetapi pengkarya mengambil motif awan larat sebagai karya kerana awan larat mempunyai beberapa teknik yang digunakan dalam penghasilan ukiran kayu.

Ukiran kayu dapat dihasilkan dengan menggunakan beberapa teknik utama dalam pembuatan ukiran kayu. Antaranya ialah teknik tebuk tembus dan tebuk timbul. Selain teknik ini terdapat teknik lain antaranya ialah ukiran arca, ukiran larik dan ukiran kayu hanyut.

Contoh-contoh teknik dan ukiran kayu.

1)       Ukiran tebuk tembus