Cara Berbaik Dengan Jiran by

Pendahuluan
Jiran merupakan orang yang menetap di kawasan rumah kita.Oleh sebab itu,kita seharusnya berbaik-baik sesama jiran. Malangnya,masyarakat pada zaman kini tidak menghiraukan jiran setempat mereka.Mereka sering kali memberi alasan sibuk akan kerja sehingga menyebabkan mereka keletihan dan tidak mempunyai banyak masa yang terluang untuk bertegur sapa dengan jiran.Hari yang sibuk bermula pada hari Isnin hingga Jumaat merupakan hari bekerja kecuali Sabtu dan Ahad. Maka,hari cuti itu digunakan untuk berehat sahaja di rumah.Kita seharusnya merapatkan hubungan antara jiran tetangga dengan berbuat baik kepada mereka.Terdapat pelbagai cara untuk berbaik dengan jiran tetangga.

ISI 3 : MENJEMPUT JIRAN DATANG KERUMAH
Seperti yang telah dinyatakan, menjemput jiran datang ke rumah juga boleh menjadi faktor dalam mengharmonikan suasana kejiranan. Amalan ini juga di lihat sebagai salah satu pertemuaan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan agama dan budaya.Tambahan pula, kita boleh dapat mengenali jiran dengan lebih dekat dan mendalam serta dapat mengwujudkan kepercayaan kepada jiran disekeliling kita. Keadaan ini boleh dikatakan seperti peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih. Kesannya perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mengwujudkan suasana jiran yang lebih harmoni lagi.

PENUTUP
Sebagai penghias bicara akhir, Kita sebagai masyarakat sewajarnya melakukan amalan ini supaya generasi akan datang dapat mengikut jejak langkah ini serta dapat dilaksanakan dengan baik. Jika  amalan ini tidak dilaksanakan dengan baik, maka gagallah negara kita yang mahu berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara lain yang rata-rata masyarakat mereka bersepakat dalam mewujudkan suasana kejiranan yang harmoni,aman dan tenteram.

Isi 1:Memberikan makanan
Antara kaedah yang boleh dibuat untuk berbaik dengan jiran tetangga ialah memberikan jiran makanan yang kita masak.Apabila kita memberi makanan kepada jiran pastinya jiran akan membalas semula jasa kita dengan memberi makanan yang dimasaknya.Cara ini juga sering dilakukan pada bulan ramadhan dimana jiran akan bertukar-tukar juadah makanan apabila hampir masanya untuk berbuka puasa.Dengan cara ini juga ia dapat mengeratkan lagi hubungan sesama jiran.

ISI 2
Pada waktu yang sama, kita juga mestilah mempunyai budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam kehidupan bermasyarakat ini, kita digalakkan menziarahi jiran kita walaupun dalam keadaan sihat mahupun sakit. Bak kata pepatah cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita bersama dengan terjadinya perkara ini, kita dapat mengurangkan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita dan serta dapat menjalinkan ukhwah yang erat.