lisan bm by Aisha Najiha

Cara memupuk perpaduan antara kaum
Pendahuluan

Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita seyogiannya memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah’ bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat’. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia.Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia?

Isi 1 (mengadakan rumah terbuka)

Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus dibuat bagi membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak kerajaan mempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.

Isi 2 (mengadakan program Hari Keluarga)

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

Isi 3 (bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar)

Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaum. Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasakan hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahawa sistem pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasakan hubungan sesama kaum.

Penutup

Sebagai intiharnya, dapat disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.

kepentingan
Pendahuluan
Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil kerana semasa bersukan proses merembes keluar bahan bahan kumuh yang tidak diperlukan tubuh badan berlaku melalui perpeluhan . Mutakhir ini, pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan professional melalui pertubuhan bukan kerajaan dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja tetapi juga boleh menambah dan menyumbang sumber pendapatan individu dan keluarga. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?

Isi 1
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan separa profesional pada alaf baru sering berlumba-lumba untuk meningkatkan sumber ekonomi diri dan keluarga sehingga mengabaikan kegiatan fizikal akibat kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan  langkah awal seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan  juga dapat membantu mereka yang  menghidap penyakit untuk kembali pulih. Bahkan juga penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Sekiranya, aktiviti bersukan menjadi amalan masyarakat, sudah pasti bilangan pesakit kronik negara dapat dikurangkan kerana tubuh badan yang cergas, melahirkan otak yang cerdas. Seyogia, mencegah lebih baik daripada mengubati Tegasnya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.

Isi 2
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa senggang individu. Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi  setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga . Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan atau stres. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , gejala vandalism serta hedonisme  dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah. Malah aktiviti riadah ini dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesan amat jelas kerana dengan bersukan sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah  dengan yakin ke peringkat antatabangsa  walaupun melalui ranjau pidana  dunia persaingan hari ini. Jikalau aktiviti senggang ini digunakan untuk beriadah sudah pasti negara akan dapat melahirkan atlet negara bertaraf dunia. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.

Isi 3
Di samping itu, sukan merupakan  salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat negara yang berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan.  Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat  manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Sekiranya, amalan bersukan menjadi budaya masyarakat sudah pasti keakraban dan kesepaduan masyarakat akan terjalin dan masalah perkauman akan dapat dielak. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan antara mereka.

Isi 4
Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya boleh meningkatkan ekonomi mereka. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat  glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing kepada negara. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju  anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai  kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton  seperti Datuk Lee Chong Wei  dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan  bowling sebagai kerjaya. Apabila budaya bersukan menjadi budaya masyarakat  bukan sahaja tubuh badan mereka sihat, malah mereka dapat  meningkat sara hidup yang kini kian meningkat. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.

Penutup
Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat. Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis aktiviti sukan kerana bersukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.  Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya,  kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.

Usaha-usaha Meningkatkan Mutu Sukan Negara
Dalam mengecapi kemajuan di persada global, negara kita Malaysia telah banyak melakar kejayaan yang membanggakan dalam Kejohanan Sukan Negara. Antara kejayaan yang sudah dikecapi adalah kemenangan Azizulhasni Awang yang telah berjaya menempa nama sebagai juara dunia dalam acara keirin Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Hong Kong. Namun begitu, kejayaan tersebut masih belum lengkap seandainya masih ada skuad sukan tanah air yang lain yang masih lagi belum berjaya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, pelbagai inisiatif yang sewajarnya diambil oleh beberapa pihak bagi meningkatkan mutu sukan negara.

Antara langkah yang perlu diambil adalah pihak kerajaan seharusnya menyediakan infrastruktur yang lengkap untuk kegunaan para atlet negara. Antaranya, padang bola sepak yang luas dan bersih, gelanggang tenis yang serba canggih dan lain-lain lagi. Selain itu, peralatan permainan sukan juga seharusnya diperiksa sebelum digunakan supaya berada dalam keadaan baik. Hal ini adalah untuk memastikan tiada sebarang masalah atau perkara yang tidak diingini berlaku ketika latihan sedang berlangsung.

Selain itu, pihak sukan juga seharusnya mengupah jurulatih yang lebih banyak makan garam dalam acara sukan tertentu. Hal ini bertujuan supaya atlet sukan mendapat bimbingan yang betul untuk bertanding dengan atlet-atlet sukan negara lain. Di samping mendedahkan atlet sukan untuk mempraktikkan teknik-teknik yang lebih sesuai dalam permainan mareka supaya mereka lebih tangkas daripada sebelum itu. Sebagai contoh, pemain bola sepak sendiri dapat mengesan strategi lawan apabila memerhati posisi lawan mereka. Tuntasnya, jurulatih yang berpengalaman sewajarnya diupah bagi mencorakkan permainan atlet dengan lebih baik.

Seterusnya, pihak kerajaan mestilah membayar gaji yang tinggi kepada atlet sukan negara. Hal ini adalah untuk memberikan dorongan kepada mereka agar terus berjaya dalam mengecapi kemenangan. Oleh sebab itu, atlet sukan akan merasakan diri mereka lebih dihargai dan tidak lagi akan menganggap sukan ini sebagai kerja sampingan yang boleh dipandang sebelah mata. Mereka pasti akan berlatih bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa mereka mampu untuk menjadi juara walau dengan sesiapa jua mereka bertanding.

Akhir sekali, pihak tertentu hendaklah menawarkan kepada mereka beberapa pakej tawaran seperti pakej penerbangan percuma, pakej pelancongan ke negara-negara luar dan lain-lain lagi sekiranya mereka berjaya meraih kejayaan. Hal ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana telah berjaya mengharumkan nama negara. Tuntasnya, penghargaan haruslah diberikan kepada atlet-atlet yang berjaya sebagai tanda membalas jasa mereka.

Justeru, pelbagai pihak seharusnya mengorak langkah bijak bagi meningkatkan kualiti sukan negara. Antaranya adalah menyediakan infrastruktur yang lengkap, mengupah jurulatih yang berpengalaman, membayar gaji yang tinggi dan memberikan penghargaan kepada atlet-atlet negara yang telah berjaya melakar nama Malaysia di persada dunia sukan. Konklusinya, ambillah langkah yang sepatutnya bagi membantu para atlet untuk menempa kemenangan kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Faktor Kemerosotan Mutu Sukan Negara
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukan sangat penting kepada negara. Namun kini, mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik terutama dalam sukan bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot.

Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita merosot ialah para pemain kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain negara.

Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka.

Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah sukan yang baik.

Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu pula.

Konklusinya, semua faktor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu. Slogan Majulah Sukan Untuk Negara perlu diteliti untuk memastikan sukan di negara ini terus berkembang dengan baik.

Kepentingan perpaduan
Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia

Selain itu, pelancong juga akan tertarik untuk melawat negara kita dengan semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia. Para pelancong akan lebih tertarik untuk mempelajari budaya dan adat resam rakyat Malaysia disebabkan keunikan masyarakat kita yang berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni. Hal ini demikian kerana, pelancong berasa lebih selesa dan selamat  berada di negara ini walaupun suatu ketika dahulu Malaysia turut tergugat dengan muncul dan tersebarnya wabak virus influenza H1N1 yang menjadi topik hangat di seluruh dunia, namun industi pelancongan tetap berkembang maju saban tahun kerana wujudnya perpaduan yang kukuh.

Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.

Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni. Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.

Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.

Kelebihan Bersukan Kepada Masyarakat, Individu dan Negara
Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat negara ini. Antara jenis sukan itu meliputi bola sepak, acara larian, badminton, hoki, dan bola tampar yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia tersebut. Media massa di negara ini juga sering menyiarkan siaran langsung sebarang acara sukan yang menarik perhatian masyarakat untuk ditonton itu. Sebenarnya, sukan ini membawa banyak faedah kepada individu, masyarakat, dan negara secara tersirat.

Impak positif penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan berasa puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini tercapai kerana sebarang aktiviti sukan itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu menjadikan individu tersebut menikmati suasana kehidupan yang bermakna selepas selesai melakukan sukan tertentu itu. Lama-kelamaan kepuasaan ini membawa keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga mampu menyelesaikan pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah. Ringkasnya, acara sukan membawa kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus untuk meneruskan kehidupan harian mereka.

Selain itu, golongan yang sering bersukan boleh memperoleh kebaikan daripada aspek kesihatan diri mereka  pula. Sebarang aktiviti sukan pasti akan membawa seseorang itu berpeluh lalu banyak toksik badan akan dilepaskan dengan lancar. Apabila semua toksik badan dibuang secara baik sudah pasti sistem badan akan berjalan dengan tersusun sehingga menyukarkan sebarang penyakit berbahaya berlaku. Akibatnya, masyarakat di negara ini tidak akan menghabiskan wang mereka untuk kos rawatan di hospital itu kerana tidak mengalami penyakit kronik seperti diabetes, jantung, dan kerosakan buah pinggang.

Kajian juga membuktikan bahawa perpaduan masyarakat boleh dipupuk menerusi acara sukan yang diadakan tersebut. Konsep perpaduan ini dicapai kerana kejayaan atau kegagalan pasukan kebangsaan dalam sebarang acara sukan turut dirasai oleh masyarakat tanpa mengira keturunan itu. Situasi ini mendidik masyarakat erti menikmati sesuatu baik dalam bentuk positif atau negatif secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum tersebut. Lantaran itu, semua cabaran negara akan lebih mudah diharungi kerana rakyat memiliki rasa kekitaan yang mendalam hasil daripada aktiviti sukan yang murni itu.

Tambahan pula, sebarang acara sukan yang diadakan atau dianjurkan oleh sesebuah negara itu bakal menjana pertumbuhan ekonomi negara juga. Usaha menganjurkan acara sukan bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia bola sepak memerlukan pembinaan stadium serta kemudahan awam lainnya terutamanya pengangkutan awam. Aktiviti sebegini memerlukan sejumlah modal yang besar untuk membawa semua projek ini berjalan lancar sehingga menjadikan perniagaan sampingan turut berkembang. Sesungguhnya, aktiviti sukan yang diadakan apabila dirancang dengan teliti boleh memajukan sektor ekonomi negara dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, semua kebaikan sukan tadi memang boleh terserlah apabila sukan dimajukan dengan sebaik mungkin. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah memberikan sokongan apabila anak mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan itu. Tanpa disedari sukan itu boleh menghasilkan pelbagai kebaikan yang berguna untuk individu, masyarakat, dan negara. Slogan majulah sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita mahu acara sukan ini terus mendat tempat dalam jiwa rakyat.

Kelebihan Bersukan Di Sekolah
Di sekolah aktiviti sukan merupakan salah satu cabang dalam kegiatan kokurikulum. Antara contoh aktiviti sukan ini seperti bola sepak, bola jaring, badminton, hoki dan renang. Selain itu, aktiviti sukan juga meliputi olahraga seperti acara padang dan acara balapan. Kebiasaannya aktiviti sukan ini diadakan pada waktu petang. Terdapat beberapa kebaikan mengadakan aktiviti sukan di sekolah.

Menyihatkan Badan

Kebaikan aktiviti sukan ialah pelajar dapat menyihatkan badan. Badan yang sihat amat penting untuk mencerdaskan minda. Minda yang baik akan dapat membantu pelajar dalam pelajaran. Apabila pelajar terlibat dalam aktiviti sukan, jantung mereka dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu,  aktiviti sukan ini perlu dilakukan dengan berterusan oleh pelajar, pasti mereka dapat mengelakkan daripada penyakit berbahaya.

Mengisi Masa Lapang Dengan Aktiviti Berfaedah

Kebaikan aktiviti sukan di sekolah juga ialah dapat mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. Masa lapang yang tidak diisi dengan perkara yang berfaedah akan menyebabkan pelajar membazirkan masa mereka. Biasanya pelajar mempunyai banyak masa lapang di sebelah petang. Jika tiada aktiviti sukan, pelajar cenderung untuk menghabiskan masa lapang mereka dengan menonton televisyen, tidur atau melepak di luar rumah. Secara tidak langsung, aktiviti sukan di sekolah telah dapat mengurangkan kegiatan yang berunsur negatif di kalangan pelajar.

Mengcungkil Bakat Dalam Sukan

Selain itu, aktiviti sukan juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam sesuatu acara sukan. Dalam pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, akan muncul pemenang dalam sesuatu acara. Pihak sekolah akan memilih pemenang-pemenang ini untuk mewakili sekolah di peringkat daerah dan seterusnya di peringkat negeri. Bakat-bakat baru ini juga akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Malaysia. Kebanyakan atlet dan ahli sukan yang ada di negara kita bakatnya dicungkil melalui pertandingan sukan di peringkat sekolah.

Memupuk Nilai-Nilai Murni

Selain itu, aktiviti sukan di sekolah juga dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Sebenarnya amalan nilai-nilal murni ini penting kepada pelaiar bagi membantu mereka menjadi pelajar yang cemerlang. Banyak nilai murni yang boleh dipupuk secara langsung atau tidak langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai bekerjasama, kerajinan, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan. Amalan nilai-nilai murni ini membolehkan mereka menjadi peiajar yang baik di sekolah mahupun di rumah.

Memupuk Perpaduan

Kebaikan seterusnya aktiviti sukan di sekolah ialah dapat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, perpaduan kaum amat penting dan ia perlu dipupuk dari awal. Dengan menyertal aktiviti sukan, nilai toleransi dan nilai berkerjasama antara kaum dapat dipupuk kepada semua pelajar. Dengan wujudnya perpaduan kaum, pasti negara akan terus aman dan bertambah maju serta dapat dijadikan contoh oleh negara-negara lain.

KEPENTINGAN PROGRAM KITAR SEMULA
Sejak kebelakangan ini kempen kitar semula begitu giat dilaksanakan oleh kerajaan. Banyak usaha untuk menyedar­kan rakyat tentang kepentingan kempen ini giat dijalankan. Kitar semula ialah suatu kaedah memproses semula bahan­-bahan tertentu untuk digunakan sebagai bahan hasilan yang lain. Hal ini membayangkan kepada kita bahawa satu anjakan paradigma perlu dilakukan demi menjayakan hasrat murni kerajaan. Rakyat Malaysia perlu sepakat kerana muafakat itu berkat dan pelbagai maslahat yang diperoleh daripada kempen kitar semula.

Amalan kitar semula memberi keuntungan kepada rakyat sekiranya dilakukan secara kolektif. Bahan-bahan buangan akan dikumpulkan di pusat pengumpulan sebelum dihantar ke kilang-kilang untuk diproses semula. Kilang-kilang akan mengeluarkan semula bahan-bahan yang dihasilkan seperti kertas tisu, tin-tin dan sebagainya. Melalui penghasilan bahan ini, kos pengeluaran dapat dijimatkan. Bahan-bahan itu pula akan dijual dengan harga yang lebih rendah. Manfaatnya dapat dinikmati oleh pengguna kerana pengguna tidaklah dibebani dengan harga yang tinggi untuk membeli barangan yang dihasilkan daripada bahan yang dikitar semula. Dalam hal ini, kita boleh menabung hasil daripada pendapatan kita. Walaupun jumlahnya mungkin tidak banyak, tetapi dalam jangka masa panjang boleh menjadi banyak kerana sedikit­-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Kitar semula juga merupakan suatu cara untuk mendidik rakyat agar bijak membuang sampah. Melalui program ini juga rakyat akan lebih prihatin dan bertanggungjawab. Hal ini menyebabkan negara kita lebih bersih, indah dan dapat me­narik pelancong-pelancong untuk berkunjung ke negara ini. Selain itu, bahan-bahan yang dibuang di merata-rata tempat akan mencemarkan alam sekitar. Melalui longgokan sampah dan bekas takungan seperti tin, tayar buruk dan sebagainya akan mengundang penyakit taun, malaria dan demam denggi. Amalan kitar semula dapat menghindarkan penyakit­-penyakit tersebut kerana tempat pembuangan sampah yang terurus berjaya mengelakkan penularan wabak ini. Hal ini juga bertepatan dengan lidah pendeta mencegah lebih baik daripada mengubati, sekali gus menjamin kehidupan yang selesa dan sejahtera kerana persekitaran yang bersih.

Perkara yang menarik tentang kempen kitar semula ialah usaha ini dapat memberikan pendapatan tambahan kepada para pengguna. Mereka yang pandai merebut peluang boleh menjadikan usaha ini sebagai kerja tambahan untuk menam­bah pendapatan. Bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula akan dibeli oleh pusat pengumpulan bahan bua­ngan. Ringkasnya, kita memperoleh bahan-bahan ini secara percuma tetapi hanya memerlukan sedikit usaha dan kerajinan seperti kata pepatah, usaha itu tangga kejayaan. Programserampang dua mata ini jelas mendatangkan impak positif kepada rakyat kerana bukan sahaja berupaya menambahkan pendapatan isi rumah, tetapi juga kepada kewujudan industri hiliran yang berkaitan dengan bahan buangan. Implikasinya, pendapatan rakyat dan negara akan meningkat.

Kesimpulannya, kempen kitar semula ialah suatu usaha yang sangat berfaedah kepada negara dan rakyat. Banyak pihak yang mendapat manfaat daripada usaha ini. Kempen ini seharusnya diteruskan agar lebih ramai rakyat tampil untuk menyahut seruan ini dan mengamalkan program kitar semula. Kita sepatutnya menjadikan program ini amalan dalam kehidupan kita kerana Islam sendiri mengingatkan kita bahawakebersihan itu sebahagian daripada iman. Hal ini selaras dengan impian Perdana Menteri yang mahu melahir­kan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama

Isu Kepentingan Sukan dan Rekreasi dalam Kurikulum Sekolah
Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Jeris). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sekiranya para pelajar sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, mereka dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat.

Apabila sukan dan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok. Murid akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial bersama rakan sebaya.

Apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, murid tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana murid dapat berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu murid tersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah.

Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak langsung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka saling bekerjasama dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi.. Tambahan pula, seseorang individu boleh mempelajari nilai-nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktivivti sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah.

Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadikan sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di IPTA.

Teknologi Hijau
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.

Menjimatkan tenaga dan sumber asli.

Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Objektif Teknologi Hijau

Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;

Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;

Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;

Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan

Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Sektor Utama Pelaksanaan Teknologi Hijau
1) Sektor Tenaga

Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan

Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.

Menggunakan sumber alam semulajadi seperti air, angin, cahaya matahari dan ombak untuk menjana tenaga

2) Sektor Bangunan

Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan  pemusnahan bangunan

Mengetatkan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap pembukaan penempatan baru serta penerokaan tanah.

3) Sektor Air dan Pengurusan Sisa

Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Membudayakan amalan kitar semula bagi mengurangkan sisa buangan

4) Sektor Pengangkutan

Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.

Menggunakan sumber tenaga yang mengurang pencemaran alam sekitar seperti solar, hidrogen, bateri, hibrid dan sebagainya

Kesan pencemaran alam sekitar
Kesan kenaikan suhu bumi

Pencemaran udara yang menyebabkan penipisan lapisan ozonbumi seterusnya menjadipunca kepada pemanasan global di seluruh dunia. Pembebasan gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terkumpul dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Sebagai contohnya, angin taufan yang semakin pelik berlaku di Filipina telah mengorbankan nyawa manusia dan harta benda.
Menyebabkan banjir dan bencana alam

Selain itu, pencemaran alam sekitar merupakan satu punca utama kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Semasa hujan turun dengan lebat,kejadian banjir kilat sering berlaku disebabkan pembuangan sampah ke dalam sungai sehingga pengaliran air sungai ke laut terhalang. Bencana alam seperti tanah runtuh juga berlaku apabila kawasan tanah tinggi telah digondolkan untuk membina kawasan perumahan atau kawasan perindustrian. Banjir lumpur yang semakin serius telah mengorbankan nyawa manusia dan harta benda.

mengganggu kesih danmendatangkan penyakit

Pencemaran alam sekitar tertutamanyapencemaran udara seperti asap kenderaan dan serbuk halus daripada pembakaran akan mengganggu kesihatan. Individu yang mempunyai masalah sistem pernafasan, terutama pesakit asma akan meningkat. Selain itu, pencemaran alam sekitar juga mendatangkan penyakit kepada manusia. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan pelbagai jenis serangga yang membawa wabak penyakit seperti virus zika dan virus denggi.

Kesan Pencemaran alam sekitarkepada masyarakat global

Jangkaan bahawa pada 2030 akan berlaku suatu fenomena luar biasa tentang perubahan suhu alam amatlah menakutkan kita. Pada hari ini jangkaan tersebut seolah-olah semakin pasti apabila pelbagai fenomena perubahan iklim seperti ribut taufan, kemarau yang melampau dan tanah runtuh telah terjadi di senatero pelosok dunia. Selain perubahan iklim, aktiviti pergerakan sesmik dan letupan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami mula mengancam wilayah-wilayah yang terlatak di atas Lingkaran Api Pasifik. Negara-negara seperti Jepun, Taiwan, Filipina dan Indonesia benar-benar mencemaskan penduduk dunia. Sengsaranya alam pada hari ini memanglah tidak terbendung lagi apabila pencemaran dalam skala yang besar turut menjejaskan kehidupan manusia. Saesungguhnya, pelbagai malapetaka bakal menimpa masyarakat dunia apabila keceriaan alam mula didustai.

Langkah Mengatasi pencemaran air pt1

Langkah mengatasi pencemaran air pt2

Punca pencemaran tanah pt 1

punca pencemaran tanah pt 2

Cara menjaga alam sekitar
Pendahuluan

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

ISI 1 (PENDEDAHAN MELALUI MEDIA MASSA)

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

ISI 2 (KEMPEN ALAM SEKITAR)

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

ISI 3 (ORGANISASI)

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .

ISI 4 (PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN)

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

PENUTUP

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.