Tugasan Individu KPP by 'AFIFAH 'ADILAH BINTI MUDDIN

Persahabatan merupakan anugerah yang tidak ternilai. Memiliki sahabat sudah tentu menyenangkan tetapi tidak dinafikan terdapat pelbagai konflik yang akan timbul sepanjang perkenalan. Menelusuri pengalaman saya yang mempunyai kawan rapat yang bernama Aminah sejak darjah tiga. Hampir dikatakan kami adik beradik kerana paras rupa yang hamper sama dan boleh dikatakan di mana ada saya, pasti ada dia dan di mana ada dia pasti ada saya. Sepanjang sekolah rendah, kami mempunyai hubungan yang sangat erat disebabkan kami berada dalam kelas yang sama sehinggalah tamat persekolahan sekolah rendah.

Pada zaman itu, telefon dan rangkaian internet masih baru untuk diterokai dan masih tidak arif tentang penggunaannya terutama aplikasi ‘whatsapp’. Memandangkan kami budak-budak susah untuk berjumpa, maka kami hanya berbual melalui aplikasi ‘whatsapp’ ini. Tanpa disedari, teknologi yang memudahkan ini mengundang konflik terbesar yang pernah saya hadapi. Perbualan kami berubah menjadi tegang apabila saya dengan tidak sengaja tidak membalas mesej dia, aminah sehingga ‘bluetick’ pada aplikasi whatsapp dipaparkan. Mungkin saya tidak sedar saya membuka ruangan perbualan antara saya dengan aminah tanpa membalas mesej dia.

Aminah melemparkan kata-kata yang sangat kasar sehingga membuatkan saya sangat marah, sedih, geram dan terkejut. Saya berhasrat untuk membuang nombor telefon dan juga tidak menurutinya di mana-mana media sosial untuk mengelakkan sakit hati dan pergaduhan yang berpanjangan. Walaubagaimanapun, kata-kata yang sangat kasar itu berbekas sehingga ke hari ini kerana saya tidak pernah menyangka dia mempunyai sisi sedemikian. Saya telah berkali-kali meminta maaf dan memutuskan untuk tidak menganggunya namun kata-kata yang dilemparkan semakin kasar dan menyakitkan. Oleh yang demikian, saya berharap untuk tidak bersekolah menengah di sekolah yang sama dengannya.

Menjelang kemasukan pelajar ke alam persekolahan sekolah menengah membuatkan saya berdebar dan risau menemui rakan baharu. Setelah 3 bulan menghadapi konflik, perasaan marah, sedih, geram dan takut masih menghantui. Apabila menemui rakan baharu, saya menjadi pasif dan tidak bersemangat. Saya seolah-oleh disedarkan oleh kata-kata Aminah yang kasar itu bahawa dia mengatakan saya tidak layak mempunyai kawan baik. Saya mula menjaga pertuturan saya dengan rakan-rakan sekeliling.

Namun, apakan daya, semakin kita menjauhi, semakin ia menghampiri. Beberapa bulan setelah bersekolah di sekolah menengah harian, saya ditawarkan memasuk sekolah berasrama di mana Aminah bersekolah. Jantung berdebar dengan sangat kencang ketika ibu memaklumkan kepada saya. Ibu dan ayah sangat berharap supaya saya dapat masuk sekolah yang berasrama memandangkan adik beradik yang lain juga bersekolah di situ. Saya bahkan tidak lena tidur dan menitiskan air mata memohon dengan ayah saya supaya memasukkan saya ke sekolah berasrama di tempat yang lain. Di sini saya amat tertekan dan buntu disebabkan saya akan berjumpa Aminah sepanjang masa.

Akhirnya, saya terpaksa akur menuruti kemahuan ayah dan ibu kerana ayah saya bertegas dan tidak boleh menerima alasan yang saya kemukakan iaitu mempunya konflik yang besar dengan rakan sekolah rendah dahulu. Hari demi hari, saya berasa sangat tidak selesa kerana dijelingkan oleh Aminah apabila bertembung. Dia juga menceritakan hal kami kepada kawan-kawan lain sehinggakan kawan yang lain tidak selesa berkawan dengan saya. Walaubagaimanapun, saya mula mengabaikannya kerana saya sudah letih dan banyak benda lain yang perlu saya siapkan. Lama-kelamaan, kami menjalani kehidupan masing-masing seperti biasa. Walaupun sudah beberapa tahun, peristiwa ini sangat memberi pengajaran dan menyentuh emosi sehingga ke hari ini.

Saya berharap remaja atau kanak-kanak sekarang berupaya mengatasi konflik yang mereka hadapi secara waras dan rasional kerana remaja/kanak-kanak pada zaman sekarang mudah terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri seperti bunuh diri, mengambil dadah, kerat tangan dan sebagainya.

Link Video : https://drive.google.com/file/d/1aPIoeyp6vzIzhAcnQGPorudIXLY5o0Tq/view?usp=sharing