EDUP3183 by SITI NUR SYAFIQAH BINTI JAFREE IPG-Pelajar

Faktor Genetik dan Faktor Persekitaran

FAKTOR GENETIK-KOGNITIF
Tahap kognitif setiap individu berbeza merujuk kepada persekitaran dan baka seseorang.  Kajian sains berpendapat bahawa genetik kecerdasan anak diperoleh 70% daripada tahap kognitif ibu. Meskipun begitu, tahap kognitif seseorang boleh bertambah atau terbantut bergantung kepada persekitaran individu tersebut.

Persekitaran yang tidak kondusif akan memberi banyak kesan negatif terhadap perkembangan mental seseorang.  Contohnya, anak-anak yang membesar dalam keluarga yang bercakap kasar, ibu bapa yang sering bertengkar dan pukul-memukul akan membesar sebagai seorang yang pendiam atau bermasalah.  Berlainan pula dengan anak yang membesar dalam rumah yang harmoni, mereka akan membesar sebagai seorang yang mampu mengawal emosi dan lebih rasional

Teknologi
Pada pendapat saya, teknologi ini memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak kerana perkara ini mudah untuk mempengaruhi kanak-kanak itu. Hal ini dikatakan demikian kerana kanak-kanak yang leka untuk bermain teknologi seperti telefon, tablet, Internet dan sebagainya. Sebagai contohnya, pada zaman dahulu, kanak-kanak lebih berminat untuk bermain aktiviti bersama rakan-rakan di luar rumah manakala pada zaman kini, kanak-kanak lebih direntap oleh kemajuan teknologi ini. Kesannya, kanak-kanak itu akan kurang untuk bersosial dan bergaul dengan orang luar yang akan menyebabkannya sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Faktor Genetik- Emosi
Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka.

Faktor Persekitan: Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan sebaya mampu mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dari segi afektif, intelek, emosi, sahsiah dan sosial. Seperti sedia maklum, kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan sebaya di sekolah dan di taska atau pusat asuhan berbanding di rumah bersama ibu bapa. Oleh itu, perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak akan lebih dipengaruhi oleh rakan sebaya berbanding ibu bapa. Tingkah laku meniru dan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan sebaya akan mendatangkan kesan positif dan negatif bergantung kepada perwatakan rakan sebaya tersebut kerana kanak-kanak mudah terikut-ikut. Contohnya jika rakan sebayanya selalu mengajak melakukan perkara yang baik seperti menyiapkan kerja sekolah bersama-sama, maka eloklah sikap kanak-kanak tersebut dan begitulah sebaliknya. Kanak-kanak juga lebih suka untuk meluahkan perasaannya dengan rakan sebaya kerana mereka berpendapat bahawa rakan sebaya akan lebih memahami mereka. Kesimpulannya, ibu bapa mestilah cakna dengan siapa anak-anak berkawan dan bagaimana sikap rakan sebaya anak-anak mereka. Guru pula bolehlah membantu murid yang bermasalah agar sikap dan sahsiah mereka diperelok.

Ahli Kumpulan ✩‧₊˚
Fatihah, Fatnun, Syafiqah dan Amelia