HMT411- TEORI DAN KAEDAH DALAM PENYELIDIKAN LINGUISTIK by Nurul ain

KAJIAN KUALITATIF
**ETIKA PENULISAN DAN ETIKA PENYELIDIKAN KUALITATIF

BUKU

Berdasarkan penulisan Mohd. Najib Abdul Ghafar, (2003) telah menerangkan etika penyelidikan kualitatif iaitu berdasarkan beberapa kaedah penyelidikan kualitatif. Antaranya, kaedah penyelidikan kualitatif ialah kaedah tinjauan, temu bual, dan soal selidik.

Dalam penulisan tersebut, menyatakan bahawa kaedah tinjauan memerlukan pengkaji pergi berjumpa dengan responden secara individu atau secara berkumpulan. Penggunaan istilah ‘tinjauan’ iaitu melakukan kutipan data secara sepintas lalu yang menyamai kaedah mengambil gambar.

Selain itu, kaedah soal selidik merangkumi alat atau instrumen yang digunakan untuk mengukur tingkah laku responden. Pengkaji dapat mengenal pasti format soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu latar belakang responden dan takrif operasi pemboleh ubah yang ingin diselidiki.

Penyelidikan kualititatif memerlukan soal selidik untuk mendapatkan data iaitu mengandungi item kajian penyelidik yang telah disusun secara rawak supaya responden tidak boleh menentukan pola jawapan.

JURNAL

Berdasarkan jurnal Siti Rohani Yahaya, iaitu Penggunaan dan Kebolehubahan Buruh Di Malaysia (Bab 2,3,4,6,& 7) yang dipilih iaitu hasil penulisan yang mengetengahkan data kuantitatif daripada hasil ujian dan soal selidik serta hasil temu bual. Dalam jurnal ini memperlihatkan keadaan penggunaan serta kebolehubahan buruh dalam sector awam, dengan tumpuan khas kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPJJ), Telekom Malaysia (TM), dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Kajian ini telah menggunakan kajian kes iaitu melihat kepada masalah yang dihadapi oleh kakitangan iaitu menunjukkan keadaan sebenar kehidupan dalam jabatan Telekom Malaysia. Kajian kes memerlukan penyelidik menggunakan kemahiran pemikiran untuk kehidupan sebenar. Sumber sebenar juga boleh didapati berdasarkan kepada kajian-kajian lepas untuk memperoleh pelbagai sumber bukti.

Pengkaji juga menjelaskan bahawa bagaimana menyelesaikan masalah dengan reka bentuk baru. Contohnya, jurnal yang dipilih menjelaskan mengenai MPPJ menswastakan tempat letak kereta melalui pajakan dan bayaran dikenakan.