Titas (Batu Bersurat) by muhd izzuddin

Batu Bersurat Di Terengganu
- Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386.

Sejarah
- Pada tahun 1902, Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sesampainya di Kuala Terengganu, batu ini telah dipersembahkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri.
- Pada tahun 1922, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar batu bersurat ini dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya dan ditulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi bertarikh 702 Hijrah.

Kandungan Batu Bersurat
- Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum dipindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
- Islam datang ke Nusantara melalui perdagangan, sosial dan pengajaran. Berdasarkan berita Cina dari zaman Dinasti Tang, Islam masuk ke Indonesia sekitar abad ke-7. Berita itu menyebutkan adanya serangan orang-orang Ta Shish terhadap Kerajaan Ho-Ling yang pada waktu itu diperintah oleh Ratu Sima. Ta Shih ini ditafsirkan sebagai orang-orang Arab. Hal itu diperkuat oleh berita Jepun (784 M) yang menyebutkan tentang adanya perjalanan pendeta Kanshih. Pendapat yang menyatakan Islam masuk ke Nusantara sekitar abad ke-13 berdasarkan pada berita Marcopolo (1292 M) dan berita Ibn Battutah (abad ke-14). Adanya batu nisan makam Sultan Malik As Saleh (1297 M), penyebaran ajaran tasawuf (abad ke-13) dan keruntuhan Dinasti Abbasiyah (1258 M). Dari bukti-bukti itu dapat disimpulkan bahawa Islam sudah masuk ke Indonesia sekitar abad ke-7 Masihi yang mencapai perkembangannya pada abad ke-13. Hal itu ditandai dengan adanya kerajaan-kerajaan bercorak Islam di Indonesia.