Kumpulan 7 Fiqh Al Jinayat by MUHAMMAD IRFAN HAKIMI MOHD POAZI

PENGENALAN DIRI
Nama: Muhammad Irfan Hakimi Bin Mohd Poazi

No Matriks: 23004439

Kursus yang diambil: Fiqh Jinayat (IIP 2003)

Jabatan Pengajian: Program Falak

Tahun Pengajian: Tahun 2

My Learning Style Test dan refleksi
My Learning Style :

Auditory : 35%

Tactile : 20%

Visual : 45%

Berdasarkan ujian yang dibuat pada minggu pertama kuliah, saya adalah seorang visual learner. Keputusan tersebut adalah seperti yang dilampirkan.

MINGGU 1 & 2
Pada minggu 1, pensyarah telah menerangkan mengenai rujukan yang boleh disemak seperti kitab At Takzir fi Syariah Islamiyyah karya Abdul Aziz Ammar. Selain itu, sewaktu kuliah, pensyarah juga menerangkan mengenai nama-nama lain bagi jenayah iaitu seperti Al Jarimah, Al Ism, Al Jinayah, Al Zanbi, Al Khatiah dan Al syar. Perbezaan bagi Al Jarimah dan Al Ism adalah Al Jarimah mempunyai hukuman di dunia, manakala Al Ism hanya hukuman di akhirat. Antara hukuman di dunia adalah Qisas, Hudud dan Takzir. Pensyarah juga memberikan tugasan kepada para pelajar untuk membuat pengenalan diri di padlet serta membuat learning style test. Daripada learning style yang dibuat, mendapati bahawa cara belajar antara kami tidak sama.

MINGGU 9
Pada minggu 9, pensyarah telah menerangkan kembali tajuk pada minggu 8 secara sepintas lalu iaitu tajuk konsep tanggungjawab jenayah. Beliau menerangkan mengenai asas kepada tanggungjawab jenayah mempunyai tiga perkara iaitu :

perbuatan tersebut adalah haram

pembuat atau fa'il baligh dan berakal

pembuat atau fa'il mudrik iaitu mampu melakukan jenayah tersebut dan mukhtar iaitu mempunyai pilihan untuk melakukan atau tidak.

Pensyarah juga memberi contoh, iaitu sekiranya seorang kanak - kanak melakukan jenayah adakah kanak - kanak itu perlu dipertanggungjawabkan? jawapannya tidak kerana kanak - kanak itu belum baligh.

Seterusnya, pensyarah menerangkan mengenai mengenai tajuk pada minggu ini iaitu kesan jahil dan lupa terhadap tanggungjawab jenayah. Pada subtopik yang pertama, pensyarah mengajar mengenai kesan jahil pada tanggungjawab jenayah. Asas kaedah dalam subtopik ini ialah "penjenayah tidak dikenakan tanggungjawab atas perbuatan haramnya kecuali dia mengetahui pengharamannya". Tahap pengetahuan bagi perkara yang haram tersebut adalah tahu perkara yang itu adalah haram sahaja sudah dikira tahu walaupun dia tidak tahu apa hukumannya. Walaubagaimanapun, jika dia menetap di negera islam, dia tidak dikira jahil mengenai perkara yang haram.

Dalam subtopik ini juga memberitahu bahawa jahil mempunyai dua bahagian iaitu jahil bil ahkam yang terbahagi kepada dua iaitu jahil hakiki dan alkhata' fi tafsir. Bahagian kedua jahil ialah jahil bil waqi'. Hukum jahil bil ahkam ialah tidak dikira uzur dan tidak digugurkan penjenayah dari tanggungjawab jenayahnya. Hukum bagi jahil bil waqi' pula ialah dikira uzur kalau bukan kemahuannya dari segi jenayah hudud dan takzir. Tetapi bagi jenayah qisas dan diyat ia tetap dikenakan hukuman mengikut niat penjenayah tersebut.

Subtopik yang seterusnya ialah kesan lupa pada tanggungjawab jenayah. Takrif bagi topik ini ialah tidak ada kesedaran pada perbuatan kita pada waktu tersebut. Terdapat dua pendangan mengenai perkara ini. Pandangan yang pertama ialah lupa ialah sesuatu keuzuran pada setiap perbuatan jenayah atau ibadat. Contohnya apabila kita terlupa untuk berpuasa pada hari pertama puasa, ia dikira uzur dan dibolehkan untuk berpuasa kembali. Pada pandangan kedua, lupa tidak dikira uzur pada setiap perkara jenayah kecuali pada hak Allah. Walaubagaimanapun ia boleh dikira uzur jika memenuhi beberapa syarat iaitu,

ia merupakan kebiasaan seperti termakan sewaktu bulan puasa yang mana makan merupakan kebiasaan manusia.

dimaafkan penjenayah daripada dihukum pada sebahagian perbuatan iaitu berkaitan hak Allah yang menjadi kebiasaan

hukuman pada penjenayah diganti dengan hukuman yang lebih ringan atas sebab ada faktor lupa. Akan tetapi apabila melibatkan hak seseorang ia tidak boleh dikira uzur dan perlu dikenakan hukuman

Seterusnya ialah Niat-niat Jenayah. Niat-niat jenayah terbhahagi kepada 2 jenis

Niat Am; seorang penjenayah berniat dengan sengaja untuk melakukan jenayah dan mengetahui keharaman jenayah tersebut; diperlukan untuk semua jenis jenayah,

dan Niat Khas; seorang penjenayah berniat dengan sengaja untuk melakukan jenayah mengetahui keharaman jenayah tersebut disertai niat untuk menyebabkan akibat dari jenayah yang dilakukan; diperlukan untuk jenayah qisas dan diat sahaja.

Jika penjenayah disabit dengan niat Am, maka kesalahan jenayah yang dilakukan dikira sebagai separuh sengaja. Manakala jika penjenayah disabit dengan niat Khas, maka kesalahan jenayah yang dilakukan dikira sebagai perbuatan sengaja

Kemudian, pensyarah menerangkan tentang niat sasaran , yang mana terbahagi kepada dua juga

Niat Khusus; seorang penjenayah berniat melakukan jenayah keatas individu tertentu, tidak kira seorang ataupun berkumpulan

dan Niat Tidak Khusus; seorang penjenayah berniat melakukan jenayah kepada individu yang tidak tentu, iaitu secara rawak.

jika penjenayah mempunyai niat khusus, jenayah tersebut dikira sebagai jenayah yang sengaja. Manakala jika penjenayah tidak mempunyai niat khusus iaitu niat tidak khusus, jenayah tersebut dikira sebagai jenayah yang salah.

Seterusnya ialah qasd mubasyar dan ghoir mubasyar berkaitan qasd natijah iaitu seikiranya penjenayah sengaja melakukan perbuatan haram dan tahu qasd natijahnya maka ianya mubasyar dan sebaliknya bagi ghoir mubasyar. Kewujudan ketiga-tiga qasd ini adalah dibolehkan dalam sesuatu jarimah.

Penentuan bahgian qasd ini akan membantu menentukan jenis hukuman yang akan dikenakan. Jahil dan lupa boleh membawa kesan terhadap tanggungjawab jenayah. Seseorang yang jahil (الاحكام) tidak diterima sebagai satu keuzuran kerana syaratnya mestilah dia baligh, berakal dan ada cara untuk dirinya mengetahui, maka tiadalah keuzuran keatas mereka yang jahil di negara Islam terutamanya manakala jahil (الواقع) atau tersilap diterima keuzuran dalam kesalahan ta’zir.

KAJIAN KES 1 (BENTUK - BENTUK JENAYAH)
Kes bunuh untuk menonton perlawanan bola sepak Malaysia lawan Kemboja.

Dalam kes ini, suspek mengaku bahawa dia telah membunuh wanita tersebut untuk mencuri wang serta barang kemas milik mangsa. Motif pembunuhan juga diketahui selepas suspek ditahan reman iaitu terdesak untuk mendapatkan wang untuk menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Kemboja di Phom Penh, Kemboja.

Daripada perspektif Fiqh Jinayat, penjenayah telah melakukan jenayah secara mubasyarah iaitu melakukan jenayah secara langsung dengan zatnya sendiri atau membunuh mangsa oleh dirinya sendiri secara sengaja.

Hukuman yang akan dikenakan kepada penjenayah ialah hukuman qisas kerana jumhur ulama bersepakat bahawa jenayah secara mubasyarah atau secara langsung akan dikenakan hukuman qisas.

KAJIAN KES 1 (BENTUK - BENTUK JENAYAH)
Kes membunuh kakak iparnya yang berlaku di Palembang, Indonesia. Mangsa merupakan kakak ipar kepada penjenayah. Disebabkan bertikam lidah antara penjenayah dan mangsa maka, penjenayah memberi jamu yang berisi racun kepada kakak iparnya.

Daripada berita yang ditulis, mangsa dijamu racun oleh penjenayah makan didalam situasi ini menunjukkan bahawa terjadinya jenayah secara tasabbub. Jenayah secara tasabbub adalah apabila penjenayah tidak melakukan pembunuhan dengan membunuh mangsa oleh dirinya tetapi menggunakan perantaraan mangsa untuk meminum racun itu yang menyebabkan mangsa itu mati.

Hukuman yang bakal dikenakan kepada penjenayah terdapat perbezaan pendapat antara jumhur dan imam hanafi.

Pendapat jumhur ulama', jenayah secara tasabbub perlu dihukum dengan hukuman qisas kerana ulama jumhur berpendapat bahawa penjenayah boleh membuat helah untuk tidak dikenakan hukuman qisas kepadanya.

Bagi pendapat imam hanafi pula hukuman qisas hendaklah mempunyai persamaan untuk hukumannya. Dengan sebab itu, prinsip hukuman qisas itu tidak tercapai jika jenayah dibuat secara tasabbub dan hanya tercapai pada jenayah secara langsung. Justeru imam hanafi menetapkan hukuman diyat pada jenayah secara tasabbub

KAJIAN KES 1 (BENTUK - BENTUK JENAYAH)
Kes kematian seorang penoreh lemas terjatuh didalam perigi ketika ambil wuduk

Seorang lelaki maut apabila terjatuh ke dalam perigi ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh. Anak mangsa menyatakan bahawa ayahnya selalu keluar untuk menoreh dan akan mengambil wuduk di telaga berkenaan. Anak mangsa mendengar jeritan bapanya meminta tolong tetapi anaknya tidak tahu bagaimana mahu menyelamatkan bapanya itu dan pergi meminta bantuan. Setelah berjaya dikeluarkan, namun sudah terlambat

Dalam kes ini, kematian mangsa tidaklah disebabkan seseorang membina perigi untuk membunuh mangsa, tetapi mangsa mati atas kecuaian mangsa sendiri. Jadi kes ini dikira jenayah secara syarat yang mana tidak ada illah pada jenayah tersebut tetapi terdapat perbuatan membina perigi itu yang mana bukan untuk membunuh mangsa akan tetapi untuk memudahkan urusan.

Maka tiada hukuman kepada pembuat perigi ini. Hal ini kerana, pembuat perigi tiada niat dan keinginan untuk membunuh mangsa dan sebaliknya ingin memudahkan urusan.

Nama: Muhammad Nazim Bin Z Aznie

No Matriks: 23004464

Kursus yang diambil: Fiqh Jinayat (IIP2003)

Jabatan Pengajian: Program Falak

Tahun Pengajian: Tahun 2

My Learning Style :

Auditory: 15%

Tacticle: 25%

Visual: 60%

Berdasarkan ujian yang dibuat pada minggu pertama kuliah, saya adalah seorang visual learner. Keputusan tersebut adalah seperti yang dilampirkan.

Pengalaman awal belajar dengan kaedah yang digunakan dalam subjek ini kuliah/tutorial dan refleksi
Sepanjang pembelajaran subjek Fiqh Jinayat, saya telah memahami konsep asas berkaitan jenayah dalam Islam, termasuk hukuman hudud, qisas, dan takzir, serta hikmah di sebalik pelaksanaannya. Pada mulanya, saya menghadapi kesukaran memahami perbezaan antara jenis-jenis hukuman dan syarat-syaratnya, tetapi dengan bimbingan guru dan perbincangan bersama rakan, saya semakin jelas tentang topik ini. Saya juga menyedari betapa pentingnya keadilan dalam Islam dan bagaimana hukum-hukum ini bertujuan untuk menjaga keamanan serta keharmonian masyarakat. Pengajaran ini membuat saya lebih menghargai keindahan syariat Islam yang bukan sahaja bersifat tegas tetapi juga penuh hikmah. Kuliah juga disampaikan dengan jelas, dan penggunaan slaid sangat membantu pemahaman saya. Tugasan yang diberikan juga berkaitan rapat dengan proses pembelajaran, manakala sesi tutorial menjadi kaedah ulang kaji yang sangat berkesan.

Pengalaman Melaksanakan Tugasan Berkumpulan dan Refleksi
Bagi subjek IIP 2003 Fiqh Al Jinayat tugasan pembentangan dan bertulis adalah secara berkumpulan. Daripada pengalaman saya melakukan tugasan berkumpulan di dalam subjek ini, saya mendapati bahawa tugasan berkumpulan ini mat membantu saya sewaktu mendalami subtopik subjek ini. Saya dapat bertanya kepada ahli kumpulan saya mengenai tajuk - tajuk atau istilah - istilah yang saya tidak ketahui sewaktu pembelajaran. Selain itu, kami juga dapat berkongsi sedikit  sebanyak pendapat masing - masing dalam menjalankan kajian kes yang telah diberikan tugasan kepada kami. Bagi refleksi pembelajaran, kami bersama - sama berbincang untuk menulis refleksi pembelajaran tersebut. Kami saling membetulkan antara satu sama lain dan melengkapkan refleksi pembelajaran bersama. Saya amat berterima kasih kepada Dr Shahidra kerana memberi peluang kepada kami untuk melakukan tugasan pembentangan dan penulisan secara berkumpulan. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan kerana bertungkus lumus menjayakan penulisan di platfom padlet ini.

KAJIAN KES 2 (AL-ISYTIRAK FI AL-JARIMAH)
Kajian kes 2 ini telah dijalankan berdasarkan panduan yang di berikan serta arahan tambahan ketika kuliah.

MINGGU 12
Pada minggu 12, pensyarah telah memberikan penerangan tentang Pengecualian Tanggungjawab Jenayah disebabkan keharusan perbuatan.

Berdasarkan pangajian minggu lepas, terdapat 6 perbuatan yang diberikan pengecualian Tanggungjawab Jenayah iaitu

1. Pembelaan diri mengikut syara'

2. Mendidik anak kecil

3. Merawat pesakit

4. Permainan lasak

5. Kehalalan seseorang individu

6. Hak dan kewajiban seorang pemerintah

Telah diterangkan bahawa (1) Pembelaan diri, (2) Mendidik anak kecil, dan (3) merawat pesakit pada minggu lalu.

(1) Pembelaan Diri;

Terbahagi kepada dua iaitu Pembelaan Khas dan Pembelaan Am;

A. Pembelaan Khas ialah; kewajipan individu untuk menjaga nyawanya atau nyawa orang lain, serta haknya dalam menjaga hartanya atau harta orang lain daripada sebarang ancaman yang melanggar undang-undang dengan kekuatan yang setanding/seumpama/sesesuai untuk mempertahankan dirinya dari ancaman tersebut.

Terdapat juga antara syarat-syaratnya iaitu; (a) wujudnya ancaman; (b) ancaman tersebut sedang berlaku; (c) tiada cara lain yang boleh dilakukan untuk mempertahankan diri dari melawan ancaman tersebut; (d) mempertahankan diri dari ancaman tersebut dengan kekuatan yang bersesuaian.

Hukum bagi pembelaan diri ialah; Pembela tidak dipertanggungjawabkan keatas pembelaan yang dilakukan dari sudut hukuman jenayah mahupun hukuman sivil.

B. Pembelaan Am ialah; 'amar ma'ruf nahi munkar' bermaksud menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran.

Terdapat juga syarat-syaratnya iaitu; (a) wujudnya kemungkaran; (b) kemungkaran tersebut sedang berlaku; (c) kemungkaran tersebut berlaku secara terang-terangan dan bukan secara tersembunyi; (d) membela diri dengan cara yang bersesuaian.

Comtoh yang diberikan oleh pensyarah ialahmelihat seseorang indidvidu meminum arak di kawasan terbuka dan orang ramai, hal ini boleh dilaksanakan Pembelaan Am kerana kemungkarannya secara terbuka dan berkemungkinan kemungkaran itu akan tersebar menghasut individu lain melakukannya, maka pembelaan yang sesuai ialah menghentikan perbuatan meminum arak individu tersebut dengan cara yang sesuai mengikut situasi tersebut.

(2) Mendidik anak;

Ibu Bapa yang mendidik anak dengan memukul dengan tujuan mengajar/mendidik tidak dipertnaggungjawabkan keatas kesalahan tersebut kerana anak-anak itu dimiliki ibu bapa dan ibu bapa berhak melakukan sesuatu untuk mendidik mereka, akan tetapi mereka boleh dipertanggungjawabkan dengan kesalahan mendera jika tersabit dan terbukti bahawa pukulan yang dibuat bukan untuk medidik tetapi adalah dengan tujuan mendera.

(3) Merawat Pesakit (doktor pembedahan);

Para fuqaha bersetuju bahawa tiada doktor yang dipertanggungjawabkan keatas kesalahan jenayah kerana perbuatan itu membawa kepada kesembuhan pesakit.

sebab terangkatnya tanggungjawab itu; menurut Abu Hanifah; (a) merupakan keperluan sosial; (b) dengan izin pesakit atau penjaganya; manakala menurut Syafi'i; (a) dengan izin hakim/pemerintah; (b) dengan izin pesakit.

antara syarat untuk doktor diangkat tanggungjawab jenayah; (a) pelaku mestilah seorang doktor; (b) dengan niat rawatan dan baik; (c) ia mesti mengikut peraturan pembedahan; (d) dan mendapatkan keizinan pesakit atau penjaganya

Pada minggu 12, pensyarah menyambung bab ini dengan menerangkan tiga lagi perbuatan Pengecualian Tanggungjawab Jenayah iaitu (4) Permainan lasak, (5) Kehalalan seorang individu, (6) Hak dan kewajipan seorang pemerintah.

(4) Permainan Lasak;

Permainan lasak seperti berlumba kuda, lumba kereta, bergusti, bertinju dan sebagainya dihalalkan oleh syarak kerana kebolehan sukan ini untuk menguatkan badan dan memupuk kemahiran yang berguna untuk seorang individu memanfaatkan kebaikan sukan itu. akan tetapi, diberi dua jenis hukum untuk permainan lasak ini, iaitu;

(a) Permainan yang tidak melibatkan kecederaan; iaitu permainan yang tidak memerlukan kekerasan terhadap pihak lawan untuk memenangi permainan ini seperti berlumba kuda dan kereta. Jika terjadinya kecederaan untuk permainan yang tidak melibatkan kecederaan, pesalah akan dihukum hukuman jenayah yang disengajakan jika dia memaksudkan untuk melakukan kecederaan tersebut manakala dikenakan hukuman jenayah yang tidak sengaja jika dia tidak bermaksud untuk melakukan kecederaan tersebut.

(b) Permainan yang melibatkan kecederaan; iaitu permainan yang memerlukan untuk melakukan kecederaan keatas pihak lawan untuk memenangi permainan tersebut seperti bertinju dan bergusti. Bagi permainan ini telah ditetapkan peraturan dalam perlawanan dimana ditetapkan had melakukan kecederaan masing-masing, selagi mana pelaku tidak melakukan kecederaan yang melanggar peraturan ini, pelaku tidak akan dihukum dengan hukuman jenayah. Jika pelaku melebihi had ini, mereka akan dikenakan hukuman jenayah sama seperti permainan yang tidak melibatkan kecederaan, iaitu dihukum sengaja apabila memaksudkan untuk melanggar peraturan dengan sengaja dan dihukum tidak sengaja jika melanggar peraturan dengan tidak sengaja.

(5) Kehalalan seorang individu;

Berdasarkan undang-undang Islam, "Darah dan Harta itu maksum" bermakna ia tidak halal untuk dilakukan apa-apapun keatasnya selain pemiliknya. Asas maksum ada dua, iaitu; (a) Iman/Islam ~ haram darah sesama saudara islam; (b) Keamanan/ perjajian ~ pengharaman membunuh didalam suatu negara. Dan Asas maksum ini boleh terhapus dengan lima cara, iaitu; (a) Zina orang yang telah berkahwin ~ Hukuman: Rejam sehinnga mati; (b) Mencuri ~ Hukuman: memotong tangan; (c) Pembunuhan dangan sengaja ~ Hukuman: Qisas; (d) Merompak ~ Hukuman: bunuh/potong tangan/buang negeri; (e) pemberontakan ~ Hukuman: qisas atau diyat bergantung kepada jenayah yang dilakukan

(6) Hak dan Kewajipan pemerintah;

Sebagai pemerintah, mereka mempunyai hak mereka untuk mengawal dan memerintah rakyat mengikut kesesuaian keadaan tertentu. Dalam hal ini, segala perkara yang dilakukannya selagi mana idak mencabuli hak individu rakyat atau perundangan suatu negara, selagi itu mereka masih boleh memberi arahan keatas perkara yang berkaitan.

Sebagai contoh, mengarah seorang 'executioner' untuk menghukum penzina dengan 100 sebatan; walaupun hukuman ini memberi kerosakan tubuh badan penzina, tetapi dengan hukuman sebatan zina, pemerintah tidak dikenakan tanggungjawab jenayah yang dikenakan keatas penzina; Akan tetapi, jika hukuman yang dikenakan oleh pemerintah tidak selari dengan hukuman yang ditetapkan (hudud), pemerintah boleh dikenakan kesalahan jenayah. Contoh lain juga ialah; jika 'executioner' mengetahui perbuatan salah pemerintah dalam memberikan hukuman tersebut, pemerintah dan 'executioner' boleh disabitkan kesalahan; jika 'executioner' tidak mengetahui kesalahan pemerintah dalam memberikan hukuman tersebut, hanya sekadar menjalankan tugas, pemerintah boleh disabitkan kesalahan manakala 'executioner' tidak disabitkan kesalahan; dan jikalau pemerintah memberikan hukuman yang selari dengan hukuman yang ditetapkan syarak, tetapi 'executioner' menambah atau mengurangkan bilangan hukuman yang dikenakan, 'executioer' boleh disabitkan kesalahan jenayah.

PENGENALAN DIRI
Nama: Muhammad Ammar Affiq Bin Norhisham

No Matriks: 22000201

Kursus yang diambil: Fiqh Jenayat (IIP 2003)

Jabatan Pengajian: Program Falak

Tahun Pengajian: Tahun 2

My Learning Style Test dan Refleksi
My Learning Style :

Auditory: 25%

Tactile: 30%

Visual: 45%

Berdasarkan ujian yang dibuat pada minggu pertama kuliah, saya adalah seorang visual learner. Kepututsan tersebut adalah seperti yang dilampirkan.

Berdasarkan analisis, saya telah mengamalkan 6 tabiat belajar yang baik, antaranya mencatat nota semasa belajar dan menyediakan masa untuk ulang kaji. Terdapat 11 tabiat yang dirancang untuk dilakukan, seperti belajar secara konsisten, mengurangkan gangguan, dan membuat ujian kendiri. Hanya 1 tabiat yang tidak diminati, iaitu memainkan muzik latar semasa belajar, yang mungkin tidak sesuai dengan gaya pembelajaran saya. Dengan mengutamakan tindakan pada tabiat dalam kategori "Plan to Do," saya boleh mencapai kemajuan signifikan dalam pencapaian akademik.

Setelah menganalisis hasil penilaian, hasil penilaian saya mendapat jumlah mata 12 dan berada dalam kategori "doing pretty well", menunjukkan usaha yang konsisten tetapi masih ada ruang untuk memperbaiki beberapa aspek. Beberapa tabiat positif seperti mengambil nota dengan baik, bertanya dan menjawab soalan, serta memahami bahan bacaan adalah kekuatan yang perlu dikekalkan. Namun, tumpuan boleh diberikan kepada membina hubungan yang lebih baik dengan guru dan meningkatkan kepuasan terhadap gred. Dengan usaha tambahan, pencapaian akademik boleh ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Pengalaman keseluruhan mengikuti kursus ini
Mengikuti kursus Fiqh Jinayat merupakan pengalaman yang sangat bermakna dan mencabar. Kursus ini membuka mata kami kepada keadilan dan hikmah di sebalik hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan jenayah, seperti hudud, qisas, dan ta’zir. Pada awalnya, kami berasa sukar untuk memahami konsep-konsep ini, namun penjelasan pensyarah yang terperinci dan perbincangan bersama rakan-rakan amat membantu. Salah satu pengalaman yang paling menarik ialah menganalisis kes-kes jenayah dan mengaitkannya dengan prinsip Fiqh Jinayat. Aktiviti ini melatih kami untuk berfikir secara kritis dan memahami bagaimana dalil-dalil syarak diaplikasikan dalam situasi sebenar. Namun, saya juga menghadapi cabaran, terutama dalam memahami isu-isu kontemporari dan perbezaan pandangan mazhab, yang memerlukan lebih banyak bacaan dan rujukan tambahan.

Selain itu, kursus ini memberi kami kefahaman mendalam tentang keadilan Islam dan pentingnya perlindungan terhadap hak individu serta masyarakat. Ia juga mengajar kami nilai-nilai seperti hikmah, keseimbangan, dan ketelitian dalam membuat keputusan. Kursus ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan saya, tetapi juga memberi inspirasi untuk terus mendalami ilmu syariah.

Secara keseluruhannya, kami bersyukur kerana pensyarah subjek ini, Dr. Shahidra, sangat prihatin terhadap kebajikan pelajarnya. Beliau memastikan slaid pengajaran dimuat naik ke laman Spectrum, dan turut menyertakan rakaman suara dalam slaid untuk memudahkan kami membuat ulang kaji.

Berdasarkan fail diatas, saya seorang yang kurang fokus dalam pembelajaran saya dan kurang mengambil perhatian terhadap kerja saya. Oleh yang demikian, saya perlu meningkatkan disiplin dalam mengulang kaji pelajaran dengan mengurangkan media sosial sebagai peneman ulang kaji. Saya juga perlu membuat jadual kerja agar saya tidak lupa dan terlambat melakukan kerjakerja saya supaya saya tidak menghantar kerja saya lewat dan mendapatkan markah yang lebih baik dengan masa yang tidak terhad. Saya berharap agar rancangan saya berhasil menjadikan saya seorang yang lebih baik untuk saya.

berdasasrkan fail diatas, saya seorang pelajar yang sedang memperbaiki diri dalam pembelajaran. Saya kurang responsif didalam kelas menyebabkan saya kurang memahami beberapa topik ketika kelas, disebabakan itu juga saya kurang memberikan markah yang baik untuk peperiksaan. oleh itu, saya perlu memperbaiki cara saya belajar ketika dan selepas kelas supaya saya dapat memahami dan mengambil input dari pembelajaran saya. saya berharap agar saya dapat merialisasikan rancangan saya agar saya dapat memberikan keputusan yang cemerlang untuk smeseter yang akan datang.

Rutin harian saya ialah saya akan menggunakan masa selama sejam untuk mengulangkaji pelajaran selepas waktu isyak. Saya suka mengulangkaji pelajaran dalam suasana yang sunyi dan tenang. Saya juga suka mengulangkaji dengan bercerita pada diri saya sendiri untuk saya memahami sesuatu tajuk. Kaedah ini amat membantu saya memahami sesuatu tajuk dengan cepat dan jelas. Segala yang tertera di atas adalah untuk saya berjaya dan cemerlang

Berdasarkan soalan diatas, saya merupakan pelajar yang telah melakukan yang terbaik dan perlu meningkatkan lagi usaha saya untuk mencapai kejayaan. Saya juga perlu berusaha untuk mengubah sikap saya untuk saya belajar lebih cemerlang di masa akan datang