Shelf by SHAMSUL AFIQ HAIKAL SHAMSUL ANUAR

SHAMSUL AFIQ HAIKAL BIN SHAMSUL ANUAR 22000301
Assalamuaikum and welcome! This Padlet is created as part of my assignment task for the course on IIH2004 CONTEMPORARY ISSUES IN ISLAMIC ASTRONOMY.In this task, I will be exploring about my report regarding a topic given which is "IS IT THE EARTH FLAT OR SPHERICAL?".Before that,here I would like to share with my viewers a little bit of my personal details.My name is SHAMSUL AFIQ HAIKAL BIN SHAMSUL ANUAR with matric number 22000301, and I was born on 1 July 2004 in Tampin Hospital where is located in Negeri Sembilan. I am Malaysian and currently reside in Tampin,Negeri Sembilan. I am 20 years old and have a strong interest in Shariah and Science.

I am currently pursuing a Bachelor's degree in Shariah Astronomy(Falak) at the University of Malaya, where I am gaining in-depth knowledge and hands-on experience in islamic astronomical observation. My main focus is on being someone who has better knowledge in Shariah and Astronomy so I can can able to utilize this knowledge for practical needs in religious life and contribute to society in matters related to science and religion especially in matters of worship (ibadah)related to the determination of prayer times, the direction of the Qibla, and the determination of important dates in the Islamic calendar such as the month of Ramadan and Hari Raya.

For personal contact:

HAIKAL:01128670419

EMAIL: 22000301@siswa.um.edu.my afiqhaikal306017@gmail.com

SHAMSUL AFIQ HAIKAL BIN SHAMSUL ANUAR 22000301

MASALAH KAJIAN
Persoalan yang berputar di minda rakyat ialah adakah bumi ini datar seperti mana yang tertulis di dalam alquran serta berkait rapat dengan andaian masyarakat bahawa bumi ini rata? Dalam hal ini,masyarakat berbahas berkenaan isu bentuk bumi disebabkan konspirasi dalam memahami teks kalimat di dalam ayat alquran yang menggambarkan bentuk bumi seperti”menghamparkan” dan “bentangkan”.Selain itu,makna kalimat-kalimat yang menggambarkan pembentukan bumi ini disamakan dengan pelbagai teori dan konspirasi yang berlegar di masyarakat. Salah satu andaian ialah Manusia terawal mungkin melihat bumi ini sebagai sebuah tempat tinggal yang datar, dan mempunyai penghujungnya.Hal ini kerana,kita yang kecil di muka bumi ini merasakan sedang berjalan di atas suatu Kawasan yang datar dan berkemungkinan mempunyai penghujung di muka bumi ini.Dalam hal ini saya dapat menggambarkan situasi yang sama seperti kita alami dengan menjalankan satu kajian terhadap seekor semut dan bola keranjang.Seekor semut yang berada di atas permukaan bola keranjang akan merasakan seolah-olah berada di atas suatu Kawasan yang datar tetapi kita secara jelasnya tahu bahawa semut tersebut berada di atas suatu sfera.Hal ini kerana saiz semut yang terlalu kecil dibandingkan dengan bola keranjang akan merasakan sedang berada di atas permukaan yang rata kerana Kawasan penglihatannya hanya dapat melihat permukaan yang datar sahaja tanpa ada lengkungan bola keranjang tersebut. Asas dakwaan mereka ini ialah bersumberkan daripada kalimat-kalimat di dalam ayat suci Al-Quran yang antaranya membawa maksud bumi ini “dihamparkan dan “dibentangkan”. Mereka mengaitkan kenyataan ini dengan makna Zahir yang sebenar iaitu bumi ini seperti di sesuatu Kawasan yang rata. Natijahnya ada yang keliru dengan dakwaan ini dan ada pula yang menerima maklumat tersebut secara mutlak. Biarpun andaian ini menjanjikan sesuatu yang optimistik, itu tidak bermakna ia sahih. Kajian ilmiah berkenaan hal ini perlu diketengahkan bagi menjaga makna suci ayat Al-Quran daripada penyelewengan atau kesilapan dalam pentafsiran teks dan konteksnya. Rujukan silam seperti tafsir-tafsir yang berautoriti perlu diteliti bagi menganalisis pandangan para ulama terhadap makna sebenar kalimat ini. Diharapkan agar kajian ini disamping fokus kepada lapangan ayat Al-Quran dapat juga menyumbang pembersihan aqidah apatah lagi kepercayaan tahayul terhadap bentuk fizikal bumi ini.

Disini saya lampirkan beberapa soalan yang timbul daripada kajian terhadap bentuk fizikal bumi:

1.Adakah bumi ini datar seperti mana yang tertulis secara zahir di dalam Al Quran serta berkait rapat dengan andaian masyarakat bahawa bumi ini rata?

2.Apakah ada kalimat-kalimat daripada ayat Al Quran yang menggambarkan bagaimanakah bentuk fizikal bumi ini?

3.Apakah pandangan para ulama terhadap bentuk fizikal bumi yang diceritakan di dalam Al Quran?

Dakwaan dan Bentuk Salah Faham Berkenaan Dengan Bentuk fizikal bumi daripada kandungan teks ayat Al-Quran.
Al-Qur’ān perlu difahami secara keseluruhan dan komprehensif, bukannya semata-mata daripada aspek bahasa yang sempit. Dalam memahami maksud satu kalimat yang bersifat mujmal dalam alQur’ān, perselisihan ‘ulamā’ tafsīr memang tidak dapat dielakkan. Malangnya ada sebahagian yang mengambil kesempatan daripada perselisihan tersebut, dengan mengambil satu sudut maksud kalimat berkenaan, tetapi mengabaikan konteks penggunaannya yang lebih menyeluruh.

Antara hujjah yang digunakan oleh sebahagian orang Islām yang percaya kepada teori bumi itu datar, ialah berdasarkan kefahaman mereka ke atas kalimat di dalam ayat al-Qur’ān yang menzahirkan maksud bumi ini tampak seperti datar. Terdapat beberapa kalimat dalam ayat seperti lampiran berikut, yang ditafsirkan sebagai satu pembuktian bahawa bumi ini datar.

KALIMAT-KALIMAT DI DALAM AYAT AL-QUR’ĀN YANG MENZAHIRKAN MAKSUD BUMI INI TAMPAK SEPERTI DATAR SECARA ZAHIRNYA

DAKWAAN ATAU PANDANGAN ULAMA YANG MENAFSIRKAN KALIMAH مِهَـٰدًۭ, فِرَٰشًۭا, بِسَاطًۭا, سُطِحَت دَحَىٰهَآSEBAGAI BUKTI BAHAWA ALLAH MENCIPTAKAN BUMI INI DATAR.
Walaubagaimanapun,ayat-ayat suci alquran tidak menjelaskan secara terperinci berkenaan bentuk sebenar bumi malah memberi gambaran balaghah terhadap penciptaan bumi kepada penduduknya.Oleh itu,terdapat pelbagai spefikulasi daripada para mufassirin dalam menafsirkan ayat ayat yang menggambarkan bentuk fizikal bumi ini.Hal ini menjadikan pelbagai soalan yang timbul di fikiran kita berkenaan spefikulasi bentuk sebenar fizikal bumi yang diciptakan oleh Allah.

Dalam bahagian ini,kita akan melihat pandangan para mufassirin dalam menerangkan kalimah مِهَـٰدًۭ, فِرَٰشًۭا, بِسَاطًۭا, سُطِحَت دَحَىٰهَآ sebagai bukti bahawa Allah menciptakan bumi ini datar.

1)KALIMAT SUTIHAT سُطِحَتْ DI DALAM AYAT AL QURAN SURAH AL GHASYIAH AYAT 20

Mahalli dan Al Sayuti antara penafsir yang menafsirkan kalimah sutihat سُطِحَتْ(diratakan) sebagai bukti bahawa Allah menciptakan bumi ini rata di dalam kitabnya Tafsir Al-Jalalain.

تفسير الجلالين — المحلّي والسيوطي (٨٦٤، ٩١١ هـ)

أيْ بُسِطَتْ، فَيَسْتَدِلُّونَ بِها عَلى قُدْرَة اللَّه تَعالى ووَحْدانِيّته، وصُدِّرَتْ بِالإبِلِ لِأَنَّهُمْ أشَدّ مُلابَسَة لَها مِن غَيْرها، وقَوْله: " سُطِحَتْ " ظاهِر فِي أنَّ الأَرْض سَطْح، وعَلَيْهِ عُلَماء الشَّرْع، لا كُرَة كَما قالَهُ أهْل الهَيْئَة وإنْ لَمْ يَنْقُض رُكْنًا مِن أرْكان الشَّرْع

“Iaitu, dipermudahkan, jadi mereka merujuk kepada kuasa Tuhan Yang Maha Esa dan keesaan-Nya, dan ia dikeluarkan dengan unta kerana mereka lebih berpakaian daripada yang lain, dan pepatahnya: "diratakan" jelas kerana bumi adalah permukaan, dan ia adalah ulama Syariah, bukan bola seperti yang dikatakan oleh orang-orang Suruhanjaya, walaupun ia tidak menyungkir balikkan salah satu tiang Syariah”

Menurut tafsiran Al Mahalli dan As Sayuti,Para mufassirin ini menafsirkan bahawa kalimah sutihat سُطِحَتْ di dalam ayat alquran surah Al Ghasyiah ayat 20 yang menggambarkan bentuk fizikal bumi ini adalah datar iaitu bersifat rata.Mereka menafsirkan ayat secara jelas dengan membawa maksud sebenar kalimat tersebut iaitu diratakan.Jadi maksud kalimat di dalam ayat ini ialah bumi ini diratakan oleh Allah dan menjadi bukti bahawa bumi ini ialah datar dan bukannya sfera seperti yang diperkatakan oleh ahli mufassir yang lain.

Selain itu,Allah telah menciptakan bumi ini luas terbentang kepada penduduknya.Hal ini memberikan kemudahan atau kebiasaan kepada penduduknya menjalani kehidupan secara normal.Manusia serta sekalian penduduk bumi merasakan bumi ini seakan-akan mendatar dan mempunyai penghujungnya kerana secara zahirnya manusia dan penduduknya merasakan bumi ini seolah-olah mempunyai tapak yang rata dan dihiasa langit di atasnya.Oleh itu,tanpa kita sedari Allah telah berfirman dalam surah nya bagi menggambarkan bagaimana penciptaan bumi ini kepada  penduduknya.Walaubagaimanapun,sifat keterbatasan manusia berfikir ini menjadi perselisihan faham sesama mereka dalam menafsirkan kalimat di dalam ayat suci Al-Quran yang menggambarkan bumi ini datar.

2) KALIMAT BISATO بِساطًاDI DALAM SURAH NUH AYAT 19

Firman Allah dalam surah Nuh ayat 19 pada kalimat bisato(بِساطًا),Allah telah berfirman bahawa bumi ini diciptakan sebagai hamparan kepada penduduknya.“Bisato” iaitu bermaksud hamparan secara Zahir menjurus kepada maksud bahawa Allah telah menciptakan bumi ini sebagai hamparan kepada penduduknya yakni bumi diciptakan secara fizikalnya rata.

Kalimat bisato sering digunakan sebagai hujah bumi ini datar. Ini kerana maksud zahir perkataan tersebut ialah hamparan.

Abu Hayyan merupakan penafsir yang mengambil pendekatan bahawa kalimat bisato di dalam surah Nuh ayat 19 membawa maksud kepada Allah menciptakan bumi ini rata secara fizikalnya di dalam kitab tafsirnya Al Bahru Al Muhit Li Abi Hayyan

Tafsir Al Bahru Al Muhit Li Abi Hayyan-Abu Hayyan

البحر المحيط لأبي حيان — أبو حيان (٧٤٥ هـ)

(بِساطًا) تَتَقَلَّبُونَ عَلَيْها كَما يَتَقَلَّبُ الرَّجُلُ عَلى بِساطِهِ. وظاهِرُهُ أنَّ الأرْضَ لَيْسَتْ كُرَوِيَّةً، بَلْ هي مَبْسُوطَةٌ (سُبُلًا)

“(Permaidani) anda membalikkannya ketika seorang lelaki membalikkan permaidaninya. Nampaknya bumi tidak sfera, melainkan rata (sabala)”

Menurut Abu Hayyanالبحر المحيط لأبي حيان bahawa beliau menerangkan secara zahirnya pada isi kandungan kalimat tersebut bahawa bumi ini tidak bulat/sfera malah ianya datar .Menurut tafsiran Abu Hayyan Al-Andalusi pada kalimat “bisato”, beliau menafsirkan kalimat tersebut dengan makna yang Zahir iaitu bermaksud hamparan seperti permaidani yang mana manusia boleh berjalan atau berguling di atas permukaan yang rata seperti permaidani dengan stabil.Oleh hal yang demikian,Abu Hayyan menerangkan bahawa bumi ini Allah telah ciptakan ianya datar supaya manusia mampu berjalan di atasnya dengan stabil seperti dalam tafsirannya pada kalimat bisato di dalam surah Nuh ayat 19.Akan tetapi, adakah ia memadai untuk dijadikan bukti bahawa bumi ini rata, seperti yang kerap digunakan oleh pendapat bahawa bumi datar?

PANDANGAN YANG MENJELASKAN BAHAWA KALIMAT- KALIMAT DI DALAM AYAT AL-QUR’ĀN YANG MENZAHIRKAN MAKSUD BUMI INI TAMPAK SEPERTI DATAR ADALAH BULAT JIKA DITAFSIRKAN SECARA MENYELURUH
TAFSIRAN KALIMAH سُطِحَتْ  DI DALAM SURAH AL GHASYIAH AYAT 20

تفسير الرازي — فخر الدين الرازي (٦٠٦ هـ)

﴿وإلى الأرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ﴾ سَطْحًا بِتَمْهِيدٍ وتَوْطِئَةٍ، فَهي مِهادٌ لِلْمُتَقَلِّبِ عَلَيْها، ومِنَ النّاسِ مَنِ اسْتَدَلَّ بِهَذا عَلى أنَّ الأرْضَ لَيْسَتْ بِكُرَةٍ وهو ضَعِيفٌ؛ لِأنَّ الكُرَةَ إذا كانَتْ في غايَةِ العَظَمَةِ يَكُونُ كُلُّ قِطْعَةٍ مِنها كالسَّطْحِ، وقَرَأ عَلِيٌّ عَلَيْهِ السَّلامُ كَيْفَ خَلَقْتُ ورَفَعْتُ ونَصَبْتُ وسَطَحْتُ عَلى البِناءِ لِلْفاعِلِ وتاءُ الضَّمِيرِ، والتَّقْدِيرُ: فَعَلْتُها، فَحُذِفَ المَفْعُولُ.

Dan kepada bumi, bagaimana ia dibentangkan﴾ dibentangkan dengan penataan dan persiapan), sehingga ia menjadi tempat tidur bagi yang berbaring di atasnya. Dan sebagian orang berargumentasi dengan ini bahwa bumi bukanlah bulat, yang merupakan pendapat yang lemah; karena jika bumi berbentuk bulat dengan ukuran yang sangat besar, maka setiap bagian darinya akan tampak datar. Dan Ali bin Abi Talib, semoga keselamatan atasnya, membaca: 'Bagaimana aku menciptakannya, mengangkatnya, menegakkannya, dan meratakannya' dengan bentuk yang menunjukkan pelaku dan dengan ta' yang merujuk pada diri, dan pengertiannya adalah: 'Aku yang melakukannya,' sehingga objeknya dihilangkan."

pendapat Fakruddin Ar Rozi dalam kitabnya Mafatihul Ghaib dalam menafsirkan kalimah ini mengemukan bentuk sebenar bumi adalah bulat bertentangan dengan para mufassir yang mengatakan bumi ini datar kerana menafsirkan kalimah  ini secara Zahir tanpa  melihat terhadap maksud kalimah secara menyeluruh.Dalam hal ini Fakhruddin Ar Rozi melihat maksud kalimah ini secara menyeluruh bahawa Allah telah bentangkan bumi ini bermaksud menjadi tempat tidur atau tempat tinggal kepada manusia.Bukan itu Sahaja,maksud dibentangkan untuk tempat tidur kepada manusia bermaksud ianya menjadi kemudahan kepada manusia untuk hidup di atas muka bumi ini.Selain itu,Fakhruddin ar Rozi juga mengatakan bahawa pendapat yang menyokong bumi ini datar adalah lemah kerana bumi ini memang akan tampak datar jika dibandingkan saiz kita yang sangat kecil dengan bulatnya bumi yang sangat besar ini.

TAFSIRAN KALIMAH مَدَدْنَـٰهَا DI DALAM SURAH ALHIJR AYAT 19

Allah telah menciptakan bumi ini luas terbentang dengan mengisinya pelbagai kehidupan seperti sungai laut dan gunung ganang.Sebagaimana yang kita tahu,bumi yang luas terbentang ini serta dihiasi dengan pelbagai kehidupan bertujuan menjadi suatu platform untuk memudahkan dalam kehidupan kita.Sebagaimana yang tertulis dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al Hijr ayat 19:

Terjemahan: Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunungganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya

Para mufassirin seperti Ar Rozi dalam kitabnya Fakhruddin Ar Rozi menafsirkan kalimah bentangkan di dalam ayat ini bahawa Allah menciptakan bumi ini luas terbentang dan kita sebagai penduduk merasakan bumi ini rata kerana bumi ini merupakan bola yang besar dan kita yang kecil ini tidak akan merasakan bumi ini bulat malah merasakan bumi ini rata seperti apa yang kita lihat dan rasakan.

فَإنْ قِيلَ: هَلْ يَدُلُّ قَوْلُهُ: ﴿والأرْضَ مَدَدْناها﴾ عَلى أنَّها بَسِيطَةٌ ؟

قُلْنا: نَعَمْ لِأنَّ الأرْضَ بِتَقْدِيرِ كَوْنِها كُرَةً، فَهي كُرَةٌ في غايَةِ العَظَمَةِ، والكُرَةُ العَظِيمَةُ يَكُونُ كُلُّ قِطْعَةٍ صَغِيرَةٍ مِنها، إذا نُظِرَ إلَيْها فَإنَّها تُرى كالسَّطْحِ المُسْتَوِي، وإذا كانَ كَذَلِكَ زالَ ما ذَكَرُوهُ مِنَ الإشْكالِ، والدَّلِيلُ عَلَيْهِ قَوْلُهُ تَعالى: ﴿والجِبالَ أوْتادًا﴾ [النَّبَأِ: ٧] سَمّاها أوْتادًا مَعَ أنَّهُ قَدْ يَحْصُلُ عَلَيْها سُطُوحٌ عَظِيمَةٌ مُسْتَوِيَةٌ، فَكَذا هَهُنا

Jika dikatakan: Adakah perkataan-Nya: "Dan bumi telah kami bentangkan" menunjukkan bahawa ia rata?

Kami berkata: Ya, kerana bumi dianggarkan sebagai bola, ia adalah bola yang sangat besar, dan bola yang besar adalah setiap bahagian kecil daripadanya, jika ia dilihat, ia dilihat sebagai permukaan rata, dan jika ya, apa yang mereka sebutkan masih bermasalah, dan bukti untuknya ialah perkataan Yang Maha Kuasa: "Dan gunung-gunung adalah pasak" [Al-Nabaa: 7] Dia memanggilnya pasak, walaupun dia mungkin mendapat permukaan rata yang besar, jadi inilah ia

Tafsiran Ar Rozi berkenaan kalimah bentangkan di dalam ayat tersebut juga membahaskan bahawa pandangan terhadap bumi ini rata adalah tidak benar jika ayat alquran seperti “madadna” yang bermaksud dibentangkan ditafsir secara teksnya iaitu secara Zahir.Mahupun maksud Zahir yang dibawa itu berkemungkinan benar kerana kita yang sangat kecil ini akan merasakan seperti bumi yang kita pijak ini seakan-akan rata kerana ianya seimbang dan langit terbentang luas di atas kita tanpa ada lengkungan.Jika ditelusuli berkenaan maksud sebenar kalimah ini,Allah telah bentangkan bumi ini dengan dihiasi gunung,ganang,Sungai, laut dan langit bertujuan menyediakan kemudahan kepada kita untuk melakukan aktiviti harian dengan selesa dan mudah serta menjadi suatu nikmat kepada kita yang perlu kita syukuri sebagai hambanya.Ar Rozi juga membuktikan maksud kalimah di dalam ayat ini dengan tafsiran surah An Naba ayat 7 yang bermaksud gunung-gunung adalah pasak.Ayat ini membuktikan bahawa walaupun ia dipanggil pasak tetapi ia tetap berada di permukaan yang rata.Dalam hal ini,memang benar bahawa bumi ini secara amnya kita merasakan ianya rata kerana pandangan kita merasakan bumi ini sesuatu tempat yang dibentangkan di permukaan rata dan disebabkan itulah kita sendiri berdiri tegak dengan stabil.Tetapi jika kita lihat kepada pembuktian astronomi,bumi ialah sfera dan tidaklah rata seperti yang kita rasakan sekarang kerana kita yang sangat kecil ini terbatas untuk merasakan bumi yang kita pijak ini ialah bulat melainkan kita berada di ufuk yang tinggi untuk melihat keseluruhan bulat bumi seperti berada di satelit.Hal ini boleh digambarkan dengan meletakkan seekor semut di atas bola yang sangat besar.Semut yang kecil itu merasakan seakan akan berada di permukaan yang rata kerana ia mampu berjalan dengan stabil dan penglihatannya terus mendatar.Akan tetapi kita yang lebih besar dari bola dan berada jauh dari permukaan bola mampu melihat bahawa bola tersebut berbentuk sfera.

TAFSIRAN KALIMAH فِرَ ٰ⁠شࣰا DI DALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 22

تفسير الرازي — فخر الدين الرازي (٦٠٦ هـ)

ومِنَ النّاسِ مَن زَعَمَ أنَّ الشَّرْطَ في كَوْنِ الأرْضِ فِراشًا أنْ لا تَكُونَ كُرَةً، واسْتَدَلَّ بِهَذِهِ الآيَةِ عَلى أنَّ الأرْضَ لَيْسَتْ كُرَةً، وهَذا بَعِيدٌ جِدًّا؛ لِأنَّ الكُرَةَ إذا عَظُمَتْ جِدًّا كانَتِ القِطْعَةُ مِنها كالسَّطْحِ في إمْكانِ الِاسْتِقْرارِ عَلَيْهِ، والَّذِي يَزِيدُهُ تَقْرِيرًا أنَّ الجِبالَ أوْتادُ الأرْضِ ثُمَّ يُمْكِنُ الِاسْتِقْرارُ عَلَيْها، فَهَذا أوْلى واللَّهُ أعْلَمُ

Sebagian orang berpendapat bahwa agar bumi menjadi hamparan, bumi tidak boleh berbentuk bulat. Mereka menggunakan kalimah daripada ayat ini sebagai dalil bahwa bumi bukan bulat. Namun, pendapat ini sangat lemah, karena jika suatu bola sangat besar, maka bahagian darinya akan tampak seperti permukaan datar yang memungkinkan untuk dijadikan tempat tinggal.

Fakhruddin Ar Rozi berpandangan bahwa bumi harus datar untuk memenuhi konsep "hamparan" adalah lemah. Bentuk bulat bumi tidak bertentangan dengan makna ayat-ayat Al-Qur'an, kerana fokusnya bukan pada bentuk fizik, melainkan pada fungsi bumi sebagai tempat yang stabil dan sesuai untuk dihuni oleh kesemua kehidupan.

Beliau juga membahaskan bahawa kalimah yang menyebutkan bumi sebagai "hamparan" lebih cenderung merujuk pada fungsinya, iaitu permukaan bumi yang stabil dan layak untuk ditempati, bukan bentuk fizikalnya. Ini sejalan dengan penafsiran bahwa Al-Qur'an menggunakan bahasa yang mudah dipahami oleh manusia untuk menjelaskan fenomena alam.

Banyak ulama klasik dan kontemporari yang sepakat bahwa bentuk bumi bulat, seperti yang ditunjukkan oleh bukti astronomi. Ayat-ayat Al-Qur'an tidak bertentangan dengan ilmu pengetahuan, tetapi justeru memperkuat keyakinan terhadap kekuasaan Allah dalam menciptakan alam semesta.

Pandangan Pertama
Pandangan Kumpulan ulama pertama mengatakan bumi ini rata atau datar berdasarkan tafsiran kalimat di dalam ayat Al-Quran ,“hamparan” dan “bentangkan” secara Zahir yang membawa maksud Allah menciptakan bentuk fizikal bumi ini secara datar atau rata dengan perumpamaan Allah bentangkan atau hamparkan bumi ini seperti menghamparkan permaidani iaitu suatu fizikal yang rata atau datar tanpa ada lengkungan.Abu Hayyan merupakan salah seorang yang menegaskan bahawa bumi ini Allah telah ciptakan ia datar atau rata seperti yang ternyata dalam Firman Allah pada kalimah بِساطًا di dalam surah Nuh ayat 19 yang membawa maksud,” Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan”.Dalam hal ini para mufassir yang menyokong bahawa kalimah بِساطًا dan seumpamanya menjadi bukti bahawa Allah menciptakan bentuk fizikal bumi ini datar kerana dengan menafsirkan kalimah  tersebut secara Zahir. Para mufassir menafsirkan kalimat-kalimat tersebut dengan maksud yang Zahir iaitu bermaksud hamparan atau diratakan seperti permaidani yang mana manusia boleh berjalan atau berguling di atas permukaan yang rata seperti permaidani dengan stabil dan disebabkan itulah Allah menciptakan bumi ini suatu tempat yang datar dan rata lalu menolak bahawa bumi ini diciptakan berbentuk sfera.

Pandangan Kedua
Majoriti pandangan ulama berkenaan khilaf kalimat ayat Al-Quran yang membawa maksud bumi rata telah diperjelaskan dengan memerhati konteks maksud kalimat di dalam ayat secara menyeluruh.Dalam hal ini kalimat di dalam ayat Al-Quran yang membawa maksud bumi ini Allah “hamparan” dan “bentangkan” di tafsirkan secara Zahir bahawa bumi ini seperti hamparan permaidani yang rata apabila dihamparkan atau dibentangkan.Akan tetapi sebahagian besar ulama lain mengetahkan bahawa maksud konteks kalimah ini perlu diteliti dengan mengambil kira maksud balaghah nya.Majoriti mufassir menafsirkan kalimah ini bahawa bumi ini Allah bentangkan atau hamparkan kepada penduduknya bagi memudahkan manusia dan seisinya melakukan aktiviti harian seperti berjalan dan bercucuk tanam dengan mudah.Maksud hamparan adalah balaghah dalam mengatakan bahawa bumi ini Allah bentangkan supaya manusia mampu berjalan di atasnya dengan mudah dan selesa.Selain itu maksud Allah menghamparkan bumi ini ialah supaya manusia dapat menerokai setiap pelusuk bumi iaitu berjalan di atasnya dan mengambil hasil bumi dengan mudah serta bercucuk tanam ke atasnya.

Para Mufassir mengambil pendekatan bahawa bumi ini Allah jadikan ianya hamparan kepada penduduknya bagi menjadi suatu tempat yang mudah kepada makhluknya berada di sesuatu tempat dengan mudah dan stabil.Dalam hal ini mufassir  menafsirkan bahawa maksud hamparan yang Allah ceritakan pada kalimat-kalimat di dalam ayat Al-Quran ialah Allah menghamparkan bumi ini rata seperti permaidani supaya manusia dan penduduknya mampu berdiri tegak di atas nya dan memberikan suatu nikmat kepada penduduknya untuk menerokai isinya dengan mudah.Hal ini dikaitkan dengan kemudahan manusia meneroka ke setiap pelusuk bumi dengan mudah dan stabil tanpa ada lengkungan yang menjadikan manusia tidak stabil apabila berada di atas nya.Selain itu,hamparan yang dimaksudkan ialah menjadi suatu tempat kepada manusia mencari rezeki seperti bercucuk tanam ke atas dengan mudah

Pada hakikatnya, semua kalimah al-Qur’ān yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dengan maksud hamparan atau dibentangkan, sama sekali tidak membawa maksud bahawa bumi ini rata. Memahami al-Qur’ān dengan cara sebegini adalah tidak tepat, kerana al-Qur’ān perlu difahami dalam konteks yang menyeluruh. Sebaliknya, semua kalimat seperti madadnā (Kami hamparkan, 15:19), mihādā (hamparan, 78:6), firāshā (hamparan, 2:22), bisāṭā (hamparan, 71:19) dan suṭihat (dihamparkan, 88:20) bermaksud Allah bentangkan dan permudahkan kepada manusia yang tinggal di bumi ini, dengan tanaman dan ternakan serta pelbagai rezeki lain, bersesuaian dengan kedudukan insan sebagai khalifah dan makhluk terbaik di muka bumi.

Fakhruddin al-Razi
Dalam hal ini,kami memilih pandangan daripada tafsiran Fakhruddin Ar Rozi di dalam kitabnya Mafatih al-Ghaib sebagai rujukan kami dalam menafsirkan serta menjelaskan bumi  maksud kalimah-kalimah di dalam Al-Quran yang menzahirkan maksud bumi ini tampak seperti datar adalah bulat jika ditafsirkan secara menyeluruh.

Fakhruddin al-Razi

Dalam dunia ilmu Islam, nama-nama besar seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad, dan Imam Syafi’i dikenal dalam bidang fiqh.

Sementara Imam Al-Asy’ari dan Imam Al-Maturidi dikenal dalam ilmu aqidah.

Di dunia tasawuf, Imam Al-Ghazali dan Imam Junaid Al-Baghdadi.

Namun, dalam bidang tafsir, Imam Fakhruddin Ar-Razi adalah salah satu nama yang sangat dihormati. Imam Fakhruddin Ar-Razi adalah seorang ulama dan penulis tafsir terkemuka yang karyanya tetap dibaca dan dihargai hingga kini. Keilmuannya sangat luas dan meliputi pelbagai bidang, mulai dari tafsir, ilmu kalam, usul fiqh dan banyak lagi.

Beliau merupakan salah seorang ahli tafsir dan ilmu kalam yang juga dikenal sebagai tokoh pembaharuan dunia Islam abad ke-12 ialah Fahruddin al-Razi ( 1149- 1209). Nama penuhnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Umar bin Husain al-Taimi. Beliau lebih terkenal dengan nama al-Razi atau Imam Fakhruddin. Keluarganya dikenal sebagai keluarga ilmuwan. Ayahnya, Dauddin iaitu ulama dan pemikir yang dikagumi di Ray (Iran), memberikan pendidikan awal kepada al-Razi. Bagi mendalami pengetahuannya dalam bidang agama dan umum, beliau pergi ke pelbagai pusat ilmu pengetahuan. Namun pada akhirnya beliau mendalami ilmu agama, khususnya ilmu kalam (teologi Islam) dan ilmu tafsir. Dalam bidang ilmu kalam al-Razi telah menghasilkan beberapa karya, antaranya termasuklah al-Matalib al-Aliyah min al-“Ilm al- Illahi, manakala dalam bidang tafsir beliau turut menghasilkan beberapa karya. Antaranya termasuklah Mafatih al-Ghaib dan Tafsir Surah al-Fatihah.

Mafatih al-Ghaib

Dalam persoalan fikah, karya tafsir al- Razi yang berjudul Mafatih al-Ghaib (Pembuka yang Ghaib) sejajar dengan pemikiran golongan Syafi’iyah (Pengikut Mazhab Syafi’e). Karya itu dianggap sebagai salah sebuah karya tafsir terbaik. Jika dilihat dari segi isinya, karyanya itu tergolong sebagai tafsir bi al-ra’yi (tafsir yang lebih banyak menggunakan dalil akal). Kini karya agung yang terdiri daripada 16 jilid itu dapat diperoleh hampir di seluruh dunia, termasuklah Malaysia

ABDUL HAIKAL BIN ABDUL HADI 23004598
Nama saya Abdul Haikal Bin Abdul Hadi. Saya berusia 23 tahun dan merupakan Mahasiswa Tahun 2 di Universiti Malaya. Saya dilahirkan pada 3 November 2002 di sebuah hospital yang terletak di Pulau Pinang. Saya mempunyai tujuh orang adik beradik dan saya merupakan anak keempat dalam keluarga. Saya telah memulakan alam persekolahan saya di Sekolah Kebangsaan Batu Kawan. Kemudian saya melanjutkan pelajaran menengah saya di Akademi Tahfiz Mutiara, Simpang Ampat. Selepas tamatnya SPM, Saya meneruskan lagi pembelajaran saya dengan mengambil Diploma Al-quran Dan Qiraat di Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam diploma, Saya menyambung pengajian ijazah saya di Universiti Malaya dalam bidang Syariah Falak.

Maklumat diri:

HAIKAL:0135691264

EMAIL: 23004598@siswa.um.edu.my abdulhaikal0443@gmail.com

AHMAD ZAKI HAZEEM BIN KHALIDI S2119866
Hi ! Assalamualaikum, nama saya Ahmad Zaki Hazeem Bin Khalidi dan biasanya kawan-kawan saya akan memanggil saya Zaki. Saya berumur 22 tahun dan lahir pada 10/11/2003. Saya berasal dari Kuching, Sarawak dan lahir pun di sana. Saya mempunyai 7 orang adik beradik dan saya merupakan anak bongsu. Saya belajar di SMK (A) Tun Ahmad Zaidi sehingga tamat SPM kemudian saya mengambil Program Khas Bahasa Arab (PKBA) selama setahun. Setelah itu saya mendapat tawaran untuk menyambung belajar di UM iaitu Asasi Pengajian Islam selama setahun. Alhamdulillah keputusan yang saya perolehi agak cemerlang. Pada peringkat sarjana muda pula, saya berjaya untuk menyambung belajar dalam pengkhususan Syariah (Falak).

Maklumat Diri :

ZAKI : 0138804271

EMAIL :

s2119866@siswa.um.edu.my

zakihazeem03@gmail.com

1. Fenomena Gerhana Bulan Penuh dan Jasad Samawi
Bayang-bayang bumi yang jatuh pada permukaan bulan berbentuk melengkung dan itu merupakan salah satu bukti bahawa bumi ini berbentuk sfera. Andai bentuk bumi ini datar, nescaya bayang-bayang akan kelihatan seperti satu garisan lurus tanpa lengkungan.

Imam al-Qazwaini (1283M) juga menyatakan bahawa antara bukti bumi ini sfera ialah semasa gerhana bulan, ia boleh dilihat di satu kawasan, dan tidak boleh dilihat di kawasan lain dalam masa yang sama. Hal ini  demikian kerana terbit dan tenggelam bulan berlaku pada waktu berbeza. Bumi berada di tengah angkasa lepas dengan izin Allah. Apabila manusia berdiri di mana-mana permukaan bumi maka kepalanya akan tegak ke arah langit, sementara kakinya ke arah bumi. Manusia tersebut hanya boleh melihat separuh daripada langit pada lokasi yang dia berada. Sekiranya dia bergerak ke tempat lain, pandangan langitnya juga berbeza.

2. Cerapan Bintang Polaris
Bumi juga boleh dilihat berbentuk sfera melalui kaedah cerapan bintang. Sebagai contoh, sekiranya kita berada di negara-negara utara, bintang polaris akan kelihatan tinggi di langit.

Kemudian apabila kita bergerak ke bawah sedikit seperti Arab Saudi bintang polaris ini akan kelihatan hampir dengan kaki langit dan seterusnya apabila kita menuju ke garisan khatulistiwa seperti negara kita Malaysia atau negara-negara yang lagi bawah kedudukannya, maka semakin rendah Polaris di ufuk utara. Bintang Polaris ini akan terus hilang dari pandangan apabila kita berada dibahagian Selatan kerana ianya berada di bawah ufuk.

3. Cerapan Objek Jauh
Memerhatikan objek dari jarak yang jauh boleh dijadikan teknik pembuktian tentang bentuk bumi. Sekiranya objek itu semakin mengecil dan menghilang keseluruhannya daripada pandangan mata, itu menunjukkan bahawa bumi ini datar. Akan tetapi sekiranya objek itu semakin mengecil dan ia mula hilang dari pandangan secara berperingkat, bermula dengan bahagian bawah disusuli pula dengan bahagian atas objek berkenaan, maka itu menunjukkan bahawa bumi ini sfera. Contoh yang terbaik yang dapat dikaitkan ialah sebuah kapal yang berlayar daripada pelabuhan. Semakin jauh ia berlayar, lalu semakin menghilang (bermula dengan bahagian bawah) daripada pandangan mata. Teknik ini dipercayai digunakan oleh para pencerap yang berlayar di lautan.

4. Cerapan Ufuk di Altitud Tinggi
Secara teori, semakin tinggi altitud pencerap semakin besar peluangnya untuk melihat lengkungan sfera bumi. Kita tidak dapat melihat kelengkungan ufuk bumi kerana ukuran relatif bumi yang sangat besar berbanding dengan kita yang sangat kecil. Maka dengan sebab itulah kita melihat bumi ini seakan-akan rata. Konsep ini dikenali sebagai ‘local flatness’. Analogi fenomena ini boleh dibuktikan dengan meletakkan semut di atas bola keranjang. Kita (manusia) terlalu besar untuk dapat melihat bahawa bola keranjang itu rata. Akan tetapi semut yang kecil itu pasti merasakan ia sedang berjalan dan berada di kawasan yang rata. Jika semut tersebut berada di ufuk yang tinggi, pasti ia dapat melihat bahawa bola keranjang tersebut berbentuk sfera.

Dalam hal yang lain, bumi berbentuk sfera juga boleh dibuktikan melalui kaedah cerapan garisan ufuk. Ufuk dari segi istilah ditafsirkan sebagai kaki langit atau garisan horizon yang menjadi garis batas pandangan manusia.

Ufuk terbahagi kepada dua iaitu ufuk mari’e (ufuk pandangan) dan ufuk hakiki (ufuk sebenar). Kebiasaannya dalam aktiviti cerapan falak ianya lebih cenderung kepada ufuk mari’e. Dari segi teori, lebih tinggi kedudukan seseorang pencerap lebih besar peluang untuknya melihat garisan ufuk sama ada secara rata atau melengkung disebabkan bentuk bumi yang sfera. Ketinggian yang dimaksudkan di sini adalah ketinggian aras satu-satu penerbangan sama ada menggunakan pesawat komersial atau pesawat pejuang.

5. Tarikan Graviti Bumi
Sebagaimana yang kita tahu, tarikan graviti bumi ini terikat pada pusat bumi. Oleh itu, semua benda akan tertarik ke pusat bumi. Jikalau bumi ini rata, setiap hujung bumi yang rata itu mempunyai tarikan graviti yang sangat tinggi. Sebagai contoh, semakin jauh kita berjalan ke hujung bumi (jauh dari pusat bumi jika bumi itu rata) kita akan akan merasakan tarikan graviti yang sangat kuat seolah-olah kita sedang mendaki.

Akan tetapi disebabkan bumi ini bulat, ke mana sahaja kita pergi ke pelosok bumi ini, tarikan gravitinya adalah sama. Pengalaman kita menunjukkan bahawa di mana sahaja kita berada, kita akan merasakan tarikan ke arah "bawah" yang berbeza. Kita tidak tertarik ke tepi atau ke satu arah yang sama. Ini merupakan bukti bahawa graviti menarik kita ke pusat bumi, dan menunjukkan yang bumi ini berbentuk sfera.

6. Bumi Sfera Sebagai Asas Hitungan Waktu Solat
Waktu solat ditentukan berdasarkan kedudukan matahari di langit. Pengiraan ini melibatkan sudut matahari (sudut ketinggian matahari dari ufuk). Jadi, Pengiraan sudut matahari ini hanya sesuai pada bumi yang berbentuk sfera. Jika bumi ini datar, pengiraan sudut matahari akan menjadi sangat rumit dan tidak tepat. Bentuk bumi yang sfera ini mempermudahkan pengiraan sudut matahari yang digunakan untuk menentukan waktu solat.

Selain itu, waktu solat setiap di tempat/negeri/negara tidak sama di seluruh dunia. Apabila matahari terbit di satu tempat, ia mungkin sedang terbenam di tempat yang lain. Perbezaan waktu ini berlaku kerana bumi berbentuk sfera dan berputar pada paksinya. Jika bumi berbentuk datar, matahari akan menyinari semua tempat secara serentak dan waktu solat akan sama di seluruh dunia. Akan tetapi, fakta menunjukkan waktu solat berubah mengikut kedudukan geografi di bumi yang sfera.

Untuk mengetahui waktu tergelincir matahari dari timur ke barat, pencerap secara tradisionalnya akan melihat bayang-bayang objek pada waktu tengah hari, ini membabitkan waktu istiwa / rembang dan waktu zohor itu sendiri. Akan tetapi dengan perkembangan matematik, fenomena ini juga boleh diukur sahaja dengan menggunakan trigonometri sfera dan data efemeris matahari.

7. Fenomena Pertukaran Siang dan Malam
Dalam hal ini, pertukaran siang dan malam menjadi bukti bahawa bumi ini bulat. Jikalau bumi ini datar sudah tentu tiada penukaran siang dan malam malah hanya siang sepanjang hari. Sekiranya bumi ini datar juga, sudah tentu semua kawasan di muka bumi ini mengalami siang dan malam secara serentak. Hanya jika bumi berbentuk bulat (sfera) dan berputar pada paksinya, maka separuh bahagian bumi akan selalu disinari matahari (siang), sementara separuh bahagian yang lain akan berada dalam kegelapan (malam). Dengan putaran bumi, bahagian bumi yang asalnya disinari matahari akan beralih ke bahagian yang gelap, dan sebaliknya, lalu terjadilah pertukaran siang dan malam. Sebagai contoh jika di Malaysia sekarang sedang mengalami waktu pagi, maka negara-negara di belah Eropah sedang merasai waktu malam.

PENGENALAN
Perdebatan tentang bentuk Bumi telah berlangsung selama berabad-abad, dimulai dengan teori Bumi datar oleh peradaban kuno seperti Babilonia. Meskipun bukti ilmiah mendukung Bumi bulat, beberapa orang, seperti pengikut gerakan Zetetik abad ke-19, tetap percaya bahwa Bumi itu datar, berbentuk cakram dengan Kutub Utara di tengah dan dinding es di tepinya. Makalah ini akan mengeksplorasi secara kritis bukti-bukti dari kedua perspektif, Bumi bulat dan Bumi datar. Selain itu, akan dibahas pula pentingnya memahami bentuk Bumi yang sebenarnya untuk memahami berbagai fenomena alam.