Tingkah Laku Manusia dałam Persekitaran by AZAHAH ABU HASSAN SHAARI

Kajian Kes untuk Analisis
Sarah berusia 28 tahun yang bekerja sambilan di sebuah gudang. Dia telah melalui pelbagai kesukaran, termasuk diusir daripada rumah, dipinggirikan dariapada ibu bapa, dan baru-baru ini kehilangan seorang rakan rapat. Sarah sentiasa merasa terasing dan sering mengalami serangan panik. Sarah juga tidak pernah mendapat sokongan, samada sokongan formal (kaunseling) atau tidak formal (keluarga). Dia ragu-ragu untuk mendapatkan sokongan formal kerana kurang percaya kepada kaunselor, disebabkan rasa rendah diri yang dialaminya. Kesihatan fizikalnya semakin merosot akibat pemakanan yang tidak menentu dan keadaan hidup yang tidak teratur. Sarah dibesarkan dalam keluarga Islam, tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dia menjauhkan diri dari aktiviti keagamaan.

Kajian Kes untuk Analisis
Jamal adalah seorang pemuda berusia 21 tahun yang mengalami keciciran pelajaran kerana membuat Keputusan untuk berhenti belajar semasa di sekolah menengah lebih awal dan sentiasa bertukar-tukar pekerjaan. Dia tinggal di kawasan kejiranan dengan kadar jenayah yang tinggi dan terlibat dalam beberapa kes undang-undang, termasuk kes curi. Jamal menghadapi kesukaran mengawal kemarahannya dan tiada kemahiran untuk menghadapi tekanan. Baru-baru ini, dia terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkan dia perlu menjalankan khidmat masyarakat, dan dia kini dirujuk untuk kaunseling. Jamal menyatakan keinginan untuk mengubah hidupnya tetapi merasa kekurangan hala tuju dan sokongan.

Arahan untuk Pelajar
Tugasan Individu:

Kajian Kes – Baca setiap kajian kes dengan teliti. Setiap kajian kes adalah unik, dan anda perlu mengenal pasti cabaran yang dialami dan keperluan khusus yang dipnerlukan oleh setiap klien.

Analisis Berdasarkan Komponen BPSS – Berdasarkan komponen BPSS yang disediakan, buat analisis terhadap setiap klien. Sila tulis jawapan anda di borang Laporan Penilaian yang disediakan.

Biologi: Tumpukan kepada kesihatan fizikal klien, sebarang aduan atau penyakit kronik, serta amalan pemakanan dan gaya hidup.

Psikologi: Kaji keadaan emosi, trauma, cabaran psikologi, serta mekanisme pengurusan stres atau strategi menangani masalah.

Sosial: Kenal pasti sokongan sosial, hubungan dengan komuniti, serta sumber bantuan yang mungkin selesa untuk diakses oleh klien.

Spiritual: Teliti kepercayaan agama atau spiritual, sumber kekuatan dalaman, serta minat atau keinginan klien untuk berhubung dengan sokongan berasaskan keagamaan atau rohani.

Kemukakan Cadangan – Berdasarkan analisis anda, buat cadangan yang sesuai bagi memperkasakan setiap klien dalam jangka masa pendek dan panjang. Nyatakan langkah-langkah yang boleh membantu mereka dalam menangani masalah serta memperbaiki kesejahteraan mereka. Sila tulis jawapan anda di borang Laporan Penilaian yang disediakan.

Borang Laporan Penilaian
Sila lengkapkan laporan ini dan email kepada azahah@ukm.edu.my (Dr. Az). Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi saya di 010-5354240.