PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 by Rubayah Daud

MUHAMMAD IKMAL SYAFIE BIN SOFFIZZEY
Tindakan yang sesuai untuk menangani rakan yang kaya dan sombong ialah dengan mengawal emosi serta tidak mudah terpengaruh dengan sikapnya. Saya boleh menasihati rakan tersebut secara berhikmah supaya tidak terlalu membanggakan harta kerana sifat sombong boleh merugikan diri sendiri. Selain itu, saya perlu fokus kepada kelebihan diri tanpa membandingkan dengan kekayaan orang lain. Sekiranya sikapnya berterusan, saya boleh memilih untuk mengurangkan pergaulan dan mencari rakan yang lebih positif. Tindakan ini penting supaya hubungan sosial saya tidak terganggu dan saya kekal tenang walaupun berhadapan dengan orang yang berperangai sombong.

Untuk menangani rakan yang kaya dan sombong, anda boleh berkomunikasi secara jujur dan tenang mengenai perasaan anda terhadap sikapnya, tetapkan batasan yang jelas mengenai interaksi anda, dan tingkatkan kemahiran empati anda untuk cuba memahami perspektifnya, sambil juga bersedia untuk mengurangkan perhubungan jika sikapnya tidak berubah dan memberi kesan negatif kepada anda.

Mohd adih zulqarnain
tindakan yang sesuai menghadapi rakan yang kaya dan sombong ialah kita jangan cepat rasa iri hati atau rendah diri. Sebaliknya, kekalkan sikap sederhana dan rendah diri. Kalau ada kesempatan, kita boleh menasihati dia dengan cara baik supaya tidak terlalu angkuh dengan kekayaan. Pada masa yang sama, kita pilih untuk berkawan secara sihat, ambil perkara positif sahaja dan elakkan terikut-ikut dengan sikap sombongnya. Dengan cara ini, kita dapat menjaga maruah diri serta mengekalkan persahabatan yang lebih baik.

Sebagai seorang Muslim, Kita hendaklah menasihati rakan yang sombong dengan cara berhikmah kerana semua rezeki datang daripada Allah. Selain itu, kita perlu mengawal emosi dan tidak merasa rendah diri. Jika dia terus berperangai begitu, kita boleh mengurangkan pergaulan agar tidak terpengaruh.

bray
Sebagai seorang Muslim kta hendaklah menasihati rakan yang sombong dengan cara berhikmah kerana semua rezeki datang daripada Allah. Selain itukita perlu mengawal emosi dan tidak merasa rendah diri Jika dia terus berperangai begitu kita boleh mengurangkan pergaulan agar tidak terpengaruh

Farah Izzati
Kita perlulah menegur ia dengan cara yang lemah-lembut kerana sombong adalah sifat yang dibenci oleh Allah. Selain itu, kita perlu mengingatkan tentang balasan yang akan ia terima di akhirat kerana kekayaan itu tidak kekal selamanya. Oleh itu, kita hendaklah menjadikan kelebihan kita dengan cara bersedekah, bukan untuk menyombongkan diri kepada orang lain.

nur aqillah amani
tindakan yang sesuai untuk menangani masalah ini ialah menegur rakan yang sombong dengan kekayaannya itu agar bersyukur dan sentiasa merendahkan diri dengan apa yang dimiliki kerana sesungguhnya semua itu adalah pemberian dari Allah SWT. Kesannya ia dapat memupuk diri untuk sentiasa bersyukur dan tidak sombong dengan kelebihan yang dimiliki kerana Allah SWT berjanji menambahkan rezeki kepada hamba yang bersyukur.

Puteri batrishaa
sekiranya sikap sombong itu mengganggu hubungan persahabatan kita boleh mencari waktu yang sesuai untuk berbicara dengannya secara lembut bukan menyalahkan mereka kerana dengan cara itu boleh memudaratkan lagi keadaan

Nurqaisah Liyana
Apabila berhadapan dengan rakan yang kaya dan sombong, kita hendaklah mengambil tindakan yang bijak. Antaranya ialah menegurnya dengan cara berhemah dan menasihatinya bahawa sifat sombong dilarang dalam Islam. Selain itu, kita boleh menunjukkan teladan yang baik dengan sentiasa merendah diri supaya dia terdorong mencontohi sikap tersebut. Kita juga digalakkan mengajaknya ke majlis ilmu agar dia lebih memahami bahawa semua nikmat adalah kurniaan Allah. Di samping itu, kita hendaklah mendoakan kebaikan untuknya supaya hatinya dilembutkan oleh Allah. Kesimpulannya, sebagai seorang Muslim, kita perlu menasihati rakan dengan penuh hikmah agar dia berubah menjadi insan yang bersyukur dan berakhlak mulia.

ALYA QAYREENA
Sebagai seorang rakan, adalah penting untuk menangani situasi ini dengan bijak dan berhemah. Pertama sekali, cuba untuk memahami punca kesombongan rakan anda. Adakah ia berpunca daripada rasa tidak selamat, tekanan sosial, atau mungkin kurang kesedaran tentang perasaan orang lain? Komunikasi yang terbuka dan jujur adalah kunci. Anda boleh cuba berbincang secara peribadi dengan rakan anda, menyatakan perasaan anda tanpa menuduh atau menghakimi. Gunakan ayat-ayat "Saya rasa..." untuk meluahkan perasaan anda dengan lebih berkesan. Contohnya, "Saya rasa kurang selesa apabila awak selalu bercerita tentang kekayaan awak kerana saya rasa seperti ada jurang antara kita."

bibiiii🪼
Apabila kita mempunyai rakan yang ada sifat seperti ini, kita haruslah menasihati rakan atau menegur tanpa memalukannya.Selain itu, kita juga boleh mendoakan kebaikkan untuk dia agar Allah lembutkan hatinya untuk bersikap mulia atau lebih baik.Seterusnya,kita juga harus menunjukkan akhlak mulia dan menjadi contoh yang baik agar dia tersedar.Kesimpulanya, Sebagai seorang manusia janganlah kita bersikap sombong walau kita kaya ,pandai atau cantik kerana sombong adalah sifat yang dibenci oleh Allah SWT dan boleh ditarik dalam sekelip mata.

Zahra
Tindakan yang sesuai menghadapi rakan yang kaya dan sombong mengawal perasaan supaya tidak mudah cemburu dengan kelebihan rakan tersebut. Kita juga boleh menasihati dia secara berhemah bahawa kekayaan hanyalah pinjaman Allah dan sikap rendah hati lebih dihargai. Selain itu, kita harus menunjukkan teladan yang baik dengan bersikap sederhana. Jika sikap sombong itu berterusan, kita boleh menghadkan pergaulan dengannya tanpa memutuskan hubungan persahabatan.

HAIKAL
Kadangkala kita mempunyai rakan yang kaya dan suka menunjuk. Untuk menangani situasi ini, kita perlu bijak dan tenang. Jangan mudah terasa atau membandingkan diri. Tetapkan sempadan, dan jika perlu, tegur secara berhemah. Jika sikapnya memberi kesan negatif, tidak salah untuk menjauhkan diri. Dengan sikap matang, kita dapat menjaga maruah dan hubungan dengan baik.