Tamadun India by Nur Azniza Razak

1) Perjumpaan Kali Pertama, Kedua dan Ketiga
Nur Azznizza Binti Mohd Abd Razak 194819

Ain Athirah Binti Mohamed Azmi 194821

Nurfarhana binti Norddin 194105

Azrul Zafri Bin Azuri 193306

Tanusha Devi A/P Santhrasagar 194820

2) Perjumpaan Pembahagian Tugas
Pembahagian tugas kepada ahli kumpulan bagi mencari maklumat berkenaan tamadun India justeru melicinkan proses untuk menyiapkan projek.

Susun atur Padlet- Azznizza

Temubual 1,2 and 3- Azrul

Temubual 4 and 5- Azznizza

Video temubual- Azrul

Video Batu Caves- Azznizza

Bahasa dan Kesusateraan- Tanusha

Sistem Organisasi Sosial- Azznizza

Pendidikan- Farhana

Sistem Peperiksaan- Ain

Perbandingan Tamadun- Azrul

Hasil dapatan kajian- Ain dan Farhana Pengaplikasian tamadun- Tanusha

3) Projek Padlet
Padlet digunakan sebagai medium untuk menyiapkan tugasan projek TITAS

4) Road to Batu Caves
Video ini menunjukkan perjalanan kami ke Batu Caves

5) Temu Bual Bersama Respondan
Video di bawah ini menunjukkan temu bual bersama respondan

6) Dapatan dan Hasil Temu Bual Respondan
Responden 1

·         Responden pertama telah menyatakan perayaan dan upacara yang berlaku di tempat ibadah tamadun India di Malaysia salah satunya ialah Batu Caves, seperti perayaan Deepavali, Thaipusam dan juga Ponggal.

·         Dari segi adat, ada pembaharuan dilakukan tetapi masih lagi mengikut asas adat yang asli.

Responden 2

·         Secara rumusan apabila menemu bual responden kedua, bahasa yang digunakan oleh tamadun India di Malaysia bukan sahaja bahasa Hindi, malah penggunaan bahasa Inggeris dan Melayu diterapkan dalam kehidupan seharian termasuk apabila berkomunikasi dengan keluarga.

·         Dari segi perkahwinan, adat memilih calon suami atau isteri ditentukan oleh keluarga semakin berkurangan kerana kewujudan teknologi pada zaman kini yang membolehkan seseorang itu menjadi calon pasangan hidup mereka dengan sendiri.

·         Dari segi adat pula, responden menyatakan tidak semua adat diamalkan oleh Tamadun India pada zaman kini.

Respondan 3

·         Perayaan masyarakat India melebihkan keagamaan.

·         Di belah selatan masyarakat yang biasanya bercakap Thamil akan menyambut Thaipusam dan Thaiponggal.

·         Manakala, di sebelah utara akan menyambut perayaan yang dinamakan Holi.

·         Antara sambutan yang penting juga adalah seperti Deepavali dan Tahun Baru.

·         Menurut respondan, India mewujudkan empat agama iaitu Hindu, Buddha, Jaina dan Sikh.

·         Namun, kebanyakan masyarakat India di Malaysia menganut agama Hindu dan Kristian.

·         Respondan juga ada mengatakan bahawa universiti pertama wujud di India dan kita, masyarakat Asia lebih awal bertamadun dari masyarakat Eropah pada masa dahulu kerana sistem pendidikan kita lebih maju dari mereka.

·         Akhir sekali, respondan mengatakan remaja dahulu dan sekarang berbeza disebabkan peredaran masa.

Respondan 4

·         Merupakan pengunjung dari luar negara dan mengetahui bahawa Batu Caves merupakan tempat ibadah bagi etnik India.

·         Merasakan bahawa Batu Caves kaya dengan keindahan alam dan panorama yang indah di tambah pula dengan penbinaan menarik yang dibuat oleh manusia iaitu kuil-kuil yang terdapat di situ.

·         Upacara keagamaan yang dilakukan di Batu Caves menarik perhatian respondan namun respondan mengatakan dia tidak akan masuk ke dalam tempat ibadah yang bertentangan dengan agama yang dia anuti dan menghormati kesucian tempat ibadah sesuatu kaum itu.

Respondan 5

·         Menerangkan tentang tarikan yang terdapat di Dark Caves yang terletak di Baru Caves.

·         Bayaran dikenakan untuk masuk ke Dark Caves dan seorang penunjuk arah akan bersama pengunjung yang masuk ke situ dan pengunjung perlu memakai beberapa pakaian khas sebagai langkah keselamatan.

·         Respondan kelima berpendapat masyarakat India di Malaysia sangat bertoleransi terutama orang-orang yang menjaga dan pekerja Batu Caves membantu mereka yang kebanyakan berbangsa Melayu dan Cina.

7) Perbincangan Padlet dan Hasil Kajian
Aplikasi Padlet ini banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Kerja-kerja kami juga dapat di atur dgn baik dan kemas.

8) Dapatan dan Hasil Soal Selidik
Tamadun India mengamalkan perayaan Deepavali, Thaipusam dan Ponggal setiap tahun.

Penggunaan bahasa tamadun India di negara kita semakin meluas disebabkan sistem pendidikan yang menerapkan penggunaan Bahasa Melayu dan Inggeris kepada semua pelajar tidak kira bangsa.

Kehadiran teknologi telah memberi sedikit impak dalam perubahan pengamalan adat Tamadun India.

Satu pengalaman baru apabila berpeluang mendaki sebanyak 272 anak tangga yang curam dan melihat rumah ibadat agama hindhu yang pelbagai.

Dapat merasai sendiri makanan tradisional tamadun india iaItu manisan seperti laddu.

Memahami dengan lebih mendalam tentang tamadun india dan agama-agama yang dianuti oleh tamdun india. Majoriti tamdun india menganuti agama Hindu dan terdapat agama lain yang dianuti seperti agama Buddha, agama Islam, dan agama Sikh.

Tamadun india mempunyai sistem sosial yang unik dan terkenal dengan sistem kasta yang masih diamalkan sehingga kini dan tidak ditemui dimana-mana tamadun yang lain.

Masyarakat India amat menjaga upacara keagamaan mereka namun mereka tidak terlalu terikat dengan adat yang telah ditetapkan.

Adat masyarakat India pada masa kini masih lagi sama seperti turunan turun temurun mereka namun pembaharuan tetap juga jelas terlihat misalnya dalam urusan perkahwinan

Percampuran Bahasa telah jelas berlaku terutama bagi masyarakat India yang menetap di Malaysia. Mereka telah menggunakan 3 bahasa berbeza dalam menguruskan urusan harian mereka tanpa mereka sedar.

Masyarakat India telah mewujudkan empat agama iaitu Hindu, Buddha, Jaina dan Sikh. Namun di Malaysia majoriti daripada mereka menganut agama hindu dan Kristian.

Tempat beribadah masyarakat India adalah terbuka kepada masyarakat umum untuk mengenali akan agama mereka dengan lebih terperinci.

9) Sesi Pengaplikasian Pengetahuan kepada Masyarakat
Ramai masyarakat kita masih lagi tidak mengetahui sepenuhnya berkaitan dengan Tamadun India. Kebanyakan perselisihan faham berlaku kerana masyarakat kita tidak mengambil berat untuk mengetahui dan memahami budaya orang India secara terperinci. Mereka beranggapan bahawa agama Hindu merupakan agama rasmi dan pegangan masyarakat India tetapi sebenarnya, majoriti masyarakat India merangkumi agama Hindu, Kristian, Punjabi dan India Muslim. Bukan itu sahaja, masyarakat India tidak mempunyai satu bahasa utama iaitu bahasa Tamil tetapi terdapat banyak bahasa dan loghat. Masyarakat India yang terdapat di Malaysia selalunya menggunakan bahasa Tamil, Malayalam, Telegu dan Hindi. Tetapi masyarakat India tempatan mempunyai lebih banyak bahasa dengan loghatnya yang tersendiri.

10 (a) Sistem Peperiksaan
Tamadun India tiada sistem peperiksaan yang kukuh seperti tamadun Cina yang sangat menyanjungi peperiksaan awam cina .

10 (b) Sistem Pendidikan
Dalam tamadun India, zaman vedik telah dianggap sebagai permulaan peningkatan dalam bidang pendidikan.

Pendidikan pada zaman ini amat mementingkan keagamaan dan agama hindu menjadi asasnya.

Kaum lelaki telah mendominasikan pendidikan pada zaman ini manakala bagi kaum wanita pula, mereka tiada peluang untuk menerima pendidikan.

Perhatian diberikan terhadap pembelajaran kitab kitab Veda dan Bahasa Sanskrit yang menjadi sumber pendidikan dan pengajaran yang penting.

Kitab-kitab Veda dihafal bagi mendalami isinya.

Pendidikan yang berteraskan agama hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia bagi menghadapi hidup selepas mati

Oleh itu, segala hukum agama menjadi tumpuan penting dalam pendidikan.

Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup dengan sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama.

Pendidikan berperingkat tinggi telah bermula selepas 100 s.m. Di kolej Brahman, sebelum ini pelajaran dijalankan di istana dan di rumah.

Sebuah universiti Buddha iaitu Nalanya telah ditubuhkan pada adab keempat Masihi.

Untuk mencapai taraf sebagai brahim yang berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera dan lagu-lagu agama.

Mereka juga harus mempelajari karya saintifik dan juga sejarah.

Pendidikan tamadun India juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains dan juga bertujuan untuk menambahkan ilmu serta mengatasi buta huruf selain mendapat jawatan dalam kerajaan.

10 (c) Sistem Organisasi Sosial
Dalam tamadun awal India (Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada tahun 2500 SM, pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak (kerajaan bersifat teokrasi). Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi melaksanakan pemerintahan beraja.

Semasa India diperintah oleh Dinasti Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya (321 SM), India mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan secara monarki.

Gelaran raja bertukar menjadi maharaja apabila perluasan kuasa ke kawasan-kawasan sekitar dilakukan.

Raja memerintah dengan bantuan Majlis Penasihat.

Empayar dibahagikan kepada 5 bahagian atau wilayah dan setiap wilayah diketuai seorang wizurai.

Kerajaan ini mempunyai Pejabat Peperangan yang mengandungi 6 Jabatan dan Perkhidmatan Perisik yang teratur.

Pentadbiran awam termasuk Badan Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran kelahiran, kematian dan pendapatan.

Bandar-bandar dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu badan yang dibahagikan kepada 6 jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli.

10 (d) Bahasa dan Kesusateraan
Bahasa
Dalam tamadun India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat yang digunakan oleh masyarakatnya. Walau bagaimanapun, hanya 14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan. Lebih kurang 87 peratus daripada rakyat India menggunakan 14 bahasa utama ini. Bahasa-bahasa tersebut dan peratus penggunaannya ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%), Kannada (4%), Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan lain-lain (13%). Bahasa-bahasa di India boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu bahasa-bahasa Indo Arya dan bahasa-bahasa Dravida.

Daripada aspek bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa Sanskrit. Apabila orang-orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah Ganges dan ke timur, perbezaan loghat tempatan (bersifat daerah) membawa perubahan dalam bahasa Sanskrit. Pada tahun 800 S.M., bahasa Sanskrit mengalami perubahan fonologi dan morfologi sehingga wujudnya loghat- loghat baru zaman pertengahan seperti Prakrit, Pali, Shauraseni, Magadhi dan lain-lain. Pada zaman Buddha (500S.M.), loghat-loghat ini dianggap sebagai bahasa-bahasa tempatan yang dihubungkan dengan kawasan geografi masing- masing. Bahasa-bahasa ini menjadi tonggak kepada bahasa-bahasa tempatan yang digunakan sekarang. Bahasa-bahasa dalam kumpulan ini termasuklah Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan Sindhi.

Manakala daripada aspek bahasa Dravida, bahasa Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti Toda. Bahasa ini selalunya dikaitkan dengan masyarakat selatan India. Bahasa-bahasa Dravida termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga Gondi (Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa) dan di kalangan puak-puak Toda dan Kota.

Selain daripada kumpulan bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida terdapat juga kumpulan bahasa Munda yang digunakan terutama di kawasan pergunungan di Bengal dan Bihar (Kherwari), Orissa Quang) dan Madhya Pradesh (Kurku). Contoh kumpulan bahasa Tibet-Burma ialah Ladakhi di Kashmir dan Garo, Tripura Naga dan Kuku Chin di Assam. Bahasa-bahasa yang belum diklasifikasikan termasuklah Burushaski di Kashmir Utara dan Andamanese di kepulauan Andaman.

Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah inskrispsi-inskripsi Zaman Asoka (kurun ke-3 S.M.) yang menggunakan skrip Kharosthi. Skrip ini juga digunakan di Parsi dan di barat laut India, dan kemudiannya tidak digunakan selepas kurun ke-3. Skrip Parsi-Arab yang diperkenalkan oleh orang-orang Muslim dari Arab dan Parsi masih digunakan dalam bahasa Urdu moden. Bentuk arah tulisannya ialah dari kanan ke kiri dan ia menggunakan beberapa vokal sahaja. Tetapi kebanyakan skrip-skrip India mempunyai asal-usul dalam skrip Brahmi kerana adaptasinya kepada pelbagai bunyi bahasa-bahasa India. Selain daripada bentuk lama Brahmi terdapat juga skrip India Utara, iaitu skrip Devanagari yang menggunakan garis di atas perkataan untuk menyambung huruf-huruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan variasi-variasi tempatan seperti Punjabi, Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan skrip ini. Skrip yang digunakan di India Selatan mengambil bentuk yang berlainan, iaitu huruf-hurufnya mempunyai perhiasan bulat. Orang-orang Tamil mengembangkan huruf-huruf mereka tersendiri.

Kesusasteraan

Bersesuaian dengan dua kumpulan keluarga besar India, bahasa-bahasa Indo-Arya dan Dravida, kesusasteraan India turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya dan kesusasteraan Dravida.

(i) Kesusasteraan Indo-Arya

Kesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol sebagai kesusasteraan yang tertua dan terkemuka di India. Hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan dalam bahasa Sanskrit menjadi karya sastera yang paling berjaya lagi menonjol pada zaman klasik. Lebih-lebih lagi bahasa Sanskrit merupakan bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Oleh itu tumpuan diberikan kepada kesusasteraan Sanskrit.

Kesusasteraan Vedik

Kesusasteraan Vedik berlangsung antara tahun 1500 S.M. sehingga 500 S.M. Perkataan Veda berasal dari kata dasar Vid, ertinya melihat dan mengetahui. Kitab-kitab suci zaman Veda boleh digolongkan kepada dua bahagian iaitu pertama, Shruti merupakan ajaran-ajaran yang diwahyukan ataupun ajaran-ajaran yang didengarkan oleh Tuhan kepada para maharesi (sages) dari semasa ke semasa menurut kehendak zaman dan kedua, Smriti merupakan ulasan-ulasan dan tafsiran-tafsiran yang diturunkan oleh generasi manusia kepada generasi manusia secara turun-temurun. Dari segi perbandingan, isi kandungan Shruti tidak pernah diubah ataupun tidak boleh diubah, manakala Smriti boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.

Empat kitab suci veda tersebut ialah Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Antaranya, Rig Veda merupakan kitab suci yang tertua, bukan sahaja di India malah seluruh dunia. Tiga kitab suci yang pertama dianggap tercipta sebelum tahun 1000 S.M. Dalam konteks ini, Vedanga bererti anggota kitab-kitab Veda dan terdapat enam bidang pengajian. Karya-karya Vedanga bukan bersifat tafsiran ajaran-ajaran Veda. Sebaliknya merupakan enam bidang yang dipelajari supaya dapat membantu dalam memahami kitab-kitab Veda dengan tepat. Zamannya berlangsung antara tahun 600 S.M. sehingga 200 S.M. Enam bidang pengajian tersebut ialah pertama, Siksa-tonetik, yang menekankan sebutan yang tepat,  kedua, Chancu yang berkaitan dengan prosodi/pola. irama puisi,  ketiga ialah Nirukta yang bermaksud etmologi, tafsiran istilah-istilah tertentu, keempat ialah  Kalpa mengenai tatacara pengendalian upacara pengorbanan dan kelima ialah Vyakarana iaitu nahu  serta keenam ialah fyotisa iaitu astronomi dan ilmu falak.

Kesusasteraan Epik

Kebanyakan teks-teks Dharma (ajaran-ajaran mengenai keadilan dan kebaikan yang patut menjadi amalan setiap insan) adalah bersifat arahan-arahan langsung tanpa ulasan tambahan dan bukan semua lapisan masyarakat dapat memahami. Oleh itu wujud karya-karya kesusasteraan bersifat epik yang menyampaikan ajaran-ajaran dharma yang serius lagi tegas dalam bentuk cerita dengan memuatkan watak-watak yang cukup mantap. Cerita epik ini mudah difahami dan diingati oleh rakyat biasa, terutama melalui cerita lisan. Oleh itu cerita- cerita seperti ini digunakan untuk menyebarkan ajaran-ajaran Dharma.

Epik Mahabharata

Epik Mahabharata dicipta dan dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400 S.M. dan 400 Masihi. Karya ini mengandungi lebih kurang 100,000 seloka (puisi) dan merupakan karya puisi yang terbesar di dunia.

Epik ini berkisar kepada kisah pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara. Tema utama Mahabharata adalah berkaitan dengan peperangan besar di antara Pandava dengan Kaurava tetapi epik ini sengaja diperluaskan dengan pelbagai jenis cerita sisipan. Cerita-cerita sisipan ini berperanan sebagai didaktik, memberi ajaran-ajaran agama dan moral. Secara ringkas Mahabharata boleh dianggap sebagai sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dsmjaya (kekayaan). Mahabharata mengandungi pelbagai perkara yang menarik perhatian sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang seperti agama, falsafah, etika, masyarakat dan kesusasteraan. Sebab itulah Mahabharata dianggap sebagai itihasa (yang membincangkan sembilan jenis emosi dan matlamat kehidupan), purana (cerita-cerita tentang dewa-dewi); akhyana (yang mengandungi lagenda- lagenda dan mitos), dharmasastra (yang mengajar tentang pelbagai jenis dharma), arthasastra (karya-karya yang menyentuh perkara-perkara kerajaan dan pemerintahan), kamasastra (yang membincangkan percintaan), nitisastra (yang menekankan idea-idea etika) dan moksasastra (membincangkan cara-cara membebaskan diri daripada kelahiran semula).

Dari sudut pandangan biasa Mahabharata merupakan peristiwa benar tentang satu peperangan antara dua pihak yang menuntut takhta kerajaan. Sekiranya dilihat dari segi etika , ia mewakili konflik prinsip dharma dan adharma, iaitu antara kebaikan dengan kejahatan ataupun keadilan dengan ketidakadilan tetapi pada akhirnya kejayaan adalah kepada pihak yang mendukung dharma.

Bhagavadgita

Antara ajaran agama yang terdapat dalam Mahabharata, perbincangan mengenai falsafah yang terkandung dalam Bhagavadgita menduduki tempat yang penting dalam koleksi pemikiran falsafah India. Sebelum tercetusnya peperangan antara Pandava dengan Kaurava. Arjuna (kumpulan Pandava) menghadapi konflik jiwa kerana beliau terpaksa membunuh sanak saudara dan ahli-ahli keluarganya. Sri Krishna yang berperanan sebagai penasihat Arjuna memahami perasaan tersebut lalu mengajar intipati kebenaran suci untuk mencapai taraf hidup yang kekal abadi. Krishna menggalakkan beliau supaya bertindak tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan, dan menjelaskan bahawa medan peperangan merupakan badan manusia di mana segala peristiwa berlangsung. Duryodhana (kumpulan Kaurava) merupakan kuasa jahat yang ada dalam badan kita manakala Arjuna merupakan kuasa mulia (diwakili oleh hati suci, tidak gentar, tanpa egoisme) dan Krishna merupakan jiwa yang bersemayam dalam hati setiap manusia. Dengan ini, Krishna mengajar kepada Arjuna agar melawan kuasa-kuasa jahat ini.

Bhagavadgita mengajar manusia tentang svadharma atau kewajipan hidup seseorang untuk mencapai kebenaran, di samping mengesyorkan rajayoga (disiplin badan dan minda), karma-yoga (jalan tindakan), jnanayoga (melalui pengetahuan benar) dan bhakti yoga (melalui kebaktian kepada Tuhan) sebagai jalan untuk mengenali jiwa atau Tuhan. Walau apa pun jalan yang ditempuhi, kewajipan tidak seharusnya dilaksanakan sebagai suatu dosa. Apa sahaja yang dilaksanakan hendaklah disertakan dengan kebaktian dan ianya harus ditujukan kepada Tuhan.

Epik Ramayana

Epik Ramayana dicipta dan dihasilkan oleh Valmiki, seorang pertapa di antara tahun 200 S.M. hingga tahun 200 Masihi. Epik ini mengandungi 24,000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya, iaitu ibu negeri kerajaan Kosala yang terletak di timur Kurukshetra. Valmiki mencipta epik Ramayana ini bertujuan untuk menggambarkan kehidupan seorang manusia yang sempurna, iaitu gambaran perwatakan yang ideal. Dalam epik ini, Rama merupakan pendukung watak yang harus diteladani oleh setiap manusia kerana beliau merupakan pendukung kewajipan, ideal pengorbanan diri, manusia yang penuh dengan kasih sayang serta pelindung kepada sesiapa sahaja yang cinta akan dharma. Rama digambarkan sebagai anak yang setia, suami yang bertanggungjawab, abang yang dihormati, rakan yang setia, penegak keadilan dan sebagainya. Epik Ramayana ini, selain sebagai karya teks seni sastera dan sejarah, ia juga merupakan dharmasastra atau teks suci yang mengajar perihal keadilan. la menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatoria dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal yang merupakan asas kepada dharma.

Drama

Dalam arena drama, ciptaan berjudul Natya Sastra dijadikan sebagai buku teks drama, muzik dan tarian yang menyumbangkan kepada perkembangan drama- drama. Buku ini membincangkan mengenai seni bina teater, konvensi-konvensi pentas, teknik-teknik produksi, persembahan dan artis-artis. Misalnya teknik koreografi dan pergerakan pentas dapat dilihat dalam sistem-sistem pelbagai pergerakan fizikal. Natya Sastra menyatakan terdapat 13 gerakan untuk kepala, 36 gerakan untuk mata, 10 gerakan untuk badan dan lain-lain.

Drama Sanskrit dicipta untuk menghiburkan para hadirin (finanda) dengan menyampaikan rasa melalui lapan emosi (sathayibhava). Contoh drama-drama sebegini ialah seperti drama Sakuntala (yang menggambarkan cinta dan belas kasihan), Mudraraksasa (menggambarkan heroisme). Oleh kerana terdapat bahan-bahan falsafah dan dramatik yang dimasukkan, sesuatu drama yang dipersembahkan kadangkala akan mengambil masa selama tiga hingga 15 hari.

Karya Linguistik

Karya linguistik iaitu Astadhyayi ciptaan Panini telah disusun pada kurun ke -4 S.M. Karya nahu ini menandakan pencapaian terkemuka dan terulung dalam bidang linguistik. Menurut Profesor A.L. Basham, ketepatan prinsip-prinsip linguistik yang terdapat dalam karya ini tidak pernah dicapai oleh tamadun- tamadun lain di seluruh dunia sehingga kurun ke-19 Masihi. Karya ini mendukung lebih kurang 4,000 peraturan tatabahasa yang teliti dan saintifik.

Sastera Cerita

Permulaan sastera cerita terdapat dalam kesusasteraan Vedik dan kemudian dalam cerita-cerita dongeng Jataka. Cerita-cerita Jataka yang bersifat pendidikan moral dimasukkan ke dalam ajaran Buddhisme pada kurun pertama sebelum masihi. Sastera cerita sebenarnya tidak mengambil bentuk ajaran agama, ia kekal sebagai sastera sekular.

Antara sastera cerita yang penting ialah cerita dongeng seperti Panchatantra, cerita Barhatkatha yang mempunyai satu rangka cerita dengan banyak episode dan novel klasik seperti Dasakumaracarita oleh Dandin dan Kadambari oleh Bana.

(ii) Kesusasteraan Dravida

Dalam keluarga bahasa Dravida, terdapat empat bahasa utama iaitu bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada yang memiliki tradisi kesusasteraan yang kaya. Bahasa Tamil memiliki sejarah kesusasteraan terawal dalam keluarga bahasa Dravida. Bahasa Tamil dikatakan sebagai bahasa teras bagi keluarga bahasa Dravida dan oleh sebab itu, bahagian kesusasteraan Dravida, kesusasteraan Tamil diberikan tumpuan penting.

Tolkappiyam

Karya nahu berjudul Tolkappiyam yang bertarikh tahun 300 S.M. merupakan bahan bertulis yang tertua ditemui dalam bahasa Tamil. Maklumat mengenai pencipta karya ini tidak diketahui, kecuali nama beliau diterbitkan daripada karyanya, menjadi Tolkappiyar. Karya ini mengandungi tiga bahagian iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis dan konvensi-konvensi puisi. Buku ini masih menjadi rujukan penting dalam bidang nahu serta konvensi Tamil. Terdapat rujukan mengenai karya-karya yang lebih awal seperti Aindiram dan Agattiyam, tetapi hanya beberapa puisi daripada karya-karya tersebut dapat diperoleh sebagai rujukan dalam karya-karya lain.

Kesusasteraan Sangam

Perkataan Sangam merujuk kepada akademi penyair-penyair agung. Penyair- penyair ini menghasilkan karya berbentuk puisi Zaman Sangam yang meliputi tempoh masa dari kurun ke-3 S.M. sehingga kurun ke-2 Masihi. Puisi-puisi Sangam disusun kepada dua koleksi iaitu Pattuppattu (sepuluh puisi iaitu setiap puisi merupakan gambaran ringkas tentang sesuatu perkara) dan Ettuttokai (lapan antologi puisi).

Tema puisi-puisi Sangam boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu aham dan puram. Aham bererti bahagian dalaman ataupun perasaan dalam hati. Dalam konteks puisi zaman Sangam, cinta yang terkandung dalam hati dikenali sebagai aham. Puram bererti bahagian luaran. Puram dalam konteks puisi-puisi Sangam menandakan sifat-sifat mulia seperti semangat kewiraan, keadilan, berani, murah hati dan sebagainya.

Puisi Aham

Cinta dalam puisi aham dibahagikan kepada dua jenis iaitu cinta yang sepadan dan cinta yang tidak sepadan. Cinta yang sepadan bermaksud dua orang bercinta antara satu sama lain dan mereka mempunyai beberapa persamaan dari segi pendidikan, umur yang bersesuaian (lelaki sepatutnya lebih tua daripada perempuan) dan sebagainya. Cinta yang sepadan akan melalui dua tahap masa iaitu pertama, kalavu merupakan cinta sebelum perkahwinan dan kedua, karpu merupakan cinta selepas perkahwinan. Manakala cinta yang tidak sepadan dianggap berdasarkan nafsu sahaja. Misalnya perempuan yang lebih tua bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda usianya, cinta terhadap anak gadis sunti, cinta yang tidak berbalas dan sebagainya.

Bagi aham terdapat lima uripporul (tema khusus), iaitu pertemuan, penantian, kecurangan suami/isteri merajuk, penantian cemas dan perpisahan bagi sementara waktu. Kelima-lima tema ini dikenali sebagai disiplin Aintinai. Aintinai bererti lima jenis bentuk muka bumi. Sifat istimewa puisi-puisi ini terlihat pada kebolehan penyair-penyair menggunakan unsur-unsur alam semula jadi untuk menandakan dan menggambarkan perasaan dalaman.

Puisi Puram

Puram merangkumi segala-galanya kecuali aham (cinta). Oleh itu ia meliputi masyarakat, raja, negara, kumpulan-kumpulan pekerja, kekayaan, kemiskinan,
pendidikan dan berbagai-bagai cita-cita yang ideal (sempurna) yang berkaitan dengan kehidupan. Bahagian puram mengandungi sebilangan besar sajak-sajak berkenaan peperangan kerana peperangan merupakan sesuatu yang dapat menguji kewiraan seseorang raja serta kemuliaannya. Ini kerana masyarakat memberikan keutamaan kepada sifat kewiraan, walaupun peperangan membawa kemusnahan serta pengorbanan nyawa dan harta benda. Perasaan yang diluahkan atau digambarkan dalam puisi-puisi puram adalah perasaan diri sendiri atau individu bukan sepeiti aham yang melibatkan hubungan dengan orang lain. Fikiran dan perasaan yang digambarkan itu adalah berdasarkan kenyataan hidup, nilai-nilai masa dan alam, keperwiraan serta nilai- nilai sosial yang lain.

Thirukkural

Terdapat 18 buah karya etika dalam bahasa Tamil yang dikenali sebagai Patienentukiilkanakku ataupun Niitinuulkal. Thirukkural merupakan satu-satunya karya etika yang disanjung tinggi kerana kewibawaan ajarannya yang bersifat universal di kalangan masyarakat Tamil. Nilai-nilai yang diperkatakan dalam karya ini bersifat sejagat (universal) dan karya berbahasa Tamil ini dicipta oleh Thiruvalluvar (Valluvar). lanya mengandungi tiga bahagian utama dengan 1330 kuplat dalam 133 bab iaitu Aram (etika/kebenaran) yang mengandungi 38 bab, Porul (kebendaan/politik) yang mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yang dibincangkan dalam 25 bab. Kandungan Kural adalah tersusun rapi dan setiap sajak adalah sangat penting dalam struktur keseluruhannya. Setiap sajak mempunyai dua bentuk maksud, iaitu jika diasingkan dari struktur ia kehilangan maksud di dalam strukturnya dan Rural hanya merupakan satu kata-kata hikmat. Dalam Thirukkural, setiap sajak merupakan unit yang berasingan dan berfungsi. Ini menjadikan Thirukkural sebagai satu karya agung ciptaan seorang pertapa yang merupakan pemberian peraturan hidup kepada orang-orang Tamil.

Kesusasteraan Bhakti

Menjelang kurun ke-2 Masihi, pengaruh agama Buddha dan Jaina mulai dirasai di kawasan India Selatan, dan kedua-dua agama ini hampir mengetepikan atau menyingkirkan agama Hindu. Keadaan ini berterusan sehinggalah kemunculan angkatan Bhakti yang memulihkan semula agama Hindu dengan menamatkan pengaruh agama Buddha dan Jaina. Angkatan Bhakti disertai oleh wali-wali Hindu yang dikategorikan kepada dua iaitu pertama nayanmar yang mempelopori aliran mazhab Saivisme, dan alvar yang menyumbangkan kepada perkembangan aliran mazhab Vaisnavisme. Nayanmar dan alvar menggunakan bahasa Tamil yang mudah untuk menyebarkan ajaran mazhab-mazhab mereka. Lagu-lagu suci yang dapat dinyanyikan dengan iringan muzik dicipta oleh mereka ini. Menerusi lagu-lagu suci yang agak mudah bentuknya mereka berjaya mengembalikan penduduk India Selatan kepada agama asal mereka iaitu agama Hindu. Koleksi lagu-lagu suci ciptaan mereka turut dibahagikan kepada dua kategori iaitu Thirumurai bagi mazhab Saivisme dan Nalayirat Thivya Pirapantham bagi mazhab Vaishnavisme. Koleksi lagu-lagu suci ini bertarikh antara kurun ke-6 Masihi sehingga kurun ke-11 Masihi.

Karya-karya Bahasa

Tatabahasa, gaya bahasa dan perkamusan sentiasa diberi perhatian oleh para pengarang India sejak bermulanya kesusasteraan bertulis. Perkembangan yang besar dalam bidang ini berlaku pada zaman Chola. Yapparungalam dan Yapparungalakkaarigai merupakan karya-karya tentang Prosodi yang disusun oleh Amitasagara, seorang pertapa Jaina pada akhir kurun ke -10. Virasoliyam pula ialah sebuah karya yang amat berguna untuk mengetahui sejarah teori tatabahasa dalam bahasa Tamil.

11) Perbandingan Tamadun India dengan Lain-lain
Terdapat perbezaan antara Tamadun India jika dibandingkan dengan Tamadun Islam dan juga Tamadun Cina. Dari aspek kerohanian, Tamadun India menjadikan kuil sebagai tempat beribadat yang berfungsi sebagai penyembahan tuhan, membersihkan patung buddha, menjalankan adat perkahwinan dan mempelajari Bahasa Sanskrit seperti Veda dan Mahabharata. Berbeza dengan Tamadun Islam, masjid merupakan tempat untuk beribadah, bermesyuarat dan mempelajari ilmu. Tamadun Cina menjadikan tokong sebagai tempat ibadat mereka, berlaku juga penyembahan, menderma dan pengendalian kelas buddhisme dan meditasi. Dari segi komuniti, Tamadun India ia berasaskan sistem kasta. Tamadun Cina pula, pembentukan masyarakat banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan dan sistem clan. Tamadun Islam pula, mengamalkan sistem ukhuwah yang mewujudkan kasih sayang dan saling menghormati dengan masyarakat.

12 (a) Video Upacara Sembahyang Etnik India

13) Refleksi diri
Kami dapat mengetahui lebih lanjut sedikit perubahan amalan yang dilakukan oleh Tamadun India pada zaman kini.

Kajian ini dapat menjadikan teladan dan iktibar malah menyedarkan semua individu betapa pentingnya untuk mendalami ilmu pengetahuan tentang tamadun-tamadun yang terdapat asia tenggara supaya melahirkan masyarakat yang lebih menghormati budaya dan adat resam tamadun lain.

Daripada kajian ini, kami dapat mengetahui akan bagaimana upacara keagamaan masyarakat India dijalankan.

Sikap hormat menghormati antara satu agama dengan agama lain juga turut dipupuk sepanjang kami menjalankan kajian ini.

Kami juga berpeluang untuk mengunjungi antara tempat pelancongan di Malaysia iaitu Batu Caves bagi menjalankan kajian dan melihat dengan lebih dekat lagi akan aktiviti keagamaan mereka dan adat mereka.

Lawatan ke Batu Caves

12 (b) Video Upacara Sembahyang Etnik India 2