Aktiviti 4.1 by Afriana Razman

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Penyebaran ajaran Islam telah berlangsung melalui beberapa cara yang efektif, antaranya melalui perdagangan, perkahwinan serta hubungan diplomatic antara negara sekitar. Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga turut menghantar utusan ke China.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Walaupun tiada teori yang tepat untuk membuktikan tarikh sejarah kedatangan Islam di Nusantara, namun terdapat tiga teori kedatangan Islam di Nusantara iaitu melalui Arab (Parsi), India dan China. Teori-teori tersebut dicetus oleh beberapa sejarawan dunia seperti Snouck Hugronje, B. Harrison, Syed Muhamad Naquib al-Attas dan ramai lagi.

Teori Kedatangan Islam Dari Tanah Arab :

Orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa pada abad ke-7 Masihi berdasarkan catatan sejarah Cina. Mereka telah membina sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera pada tahun 684 yang lalu. Menurut catatan sejarah yang lain pula, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan seorang yang berketurunan Quraish telah belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan ajaran Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda. Baginda Raja Perlak menyatukan puterinya dengan mubaligh Quraish itu dan dikurniakan seorang putera yang diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.

Teori Kedatangan Islam Melalui India:

Walaupun India telah lama menjalinkan hubungan dengan beberapa negara di Nusantara, terdapat catatan perhubungan India dengan kerajaan lain yang amat penting dalam perkembangan Islam di Nusantara. Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Malabar sebagai pangkalan penting sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat. Melalui kemudahan tersebut, para saudagar Muslim dari Malabar Coast sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Selain itu, perkembangan Islam yang luas juga berlaku apabila Bengal dikuasai umat Islam pada abad ke-13 Masihi sekaligus merupakan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam yang utama di India. Para graduan pusat pengajian tersebut kebanyakannya menikahi wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.

Teori Kedatangan Islam Melalui China:

Hubungan perdagangan antara orang Arab dengan China dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti bau-bauan, mutiara, dan batu-batu yang berharga di samping membeli mutiara dan tembikar dari China. P

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut catatan Cina, ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnya Yunan,China telah memeluk Islam. Kebanyakan muslim di daerah tersebut telah berhijrah ke Asia Tenggara akibat huru hara yang telah berlaku.

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
Penemuan Batu Bersurat Terengganu adalah asas kepada pelaksanaan undang-undang Syariah Islam yang telah dimulakan pada abad ke-14. Ukiran yang terdapat pada Batu Bersurat tersebut merupakan teks perundangan Islam pertama yang dicatatkan pada tahun 1898. Batu Bersurat itu amat penting kepada perkembangan perundangan Syariah di negara inni kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dijalankan di Terengganu pada waktu itu. Antara penulisan yang terdapat pada Batu Bersurat tersebut ialah penerangan tentang Islam sebagai agama rasmi dan hokum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf darjat seseorang.

Pada peringkat awal pelaksanaan perundangan Syariah semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka rentetan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15, undang-undang Islam telah dibuat atas nasihat para fuqaha (ahli fiqih) dan dikuatkuasakan menerusi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah. Terdapat dua teks undang-undang Islam utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang digubal berdasarkan Adat Temenggung, mazhab Shafie dan pengaruh adat Melayu. Undang-Undang Melaka merupakan asas bagi penggubalan undang-undang Islam di seluruh negeri.

Batu Bersurat Terengganu
Batu Bersurat Terengganu telah ditemui pada tahun 1899 oleh seorang ahli perniagaan Sayyid Husin bin Ghulam al Bukhari di Kuala Berang. Menurut Wikipedia, batu bersurat tersebut mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia sekaligus membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386.

pengaruh adat Melayu. Undang-Undang Melaka merupakan asas bagi penggubalan undang-undang Islam di seluruh negeri.