BATU BERSURAT TERENGGANU by Boolan Oii Bulpp

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
Pada 1887(Penemuan Batu Bersurat) di Padang Tara di tepi Sungai Tara, Kampung Buluh, Kuala Berang membuktikan bahawa Terengganu adalah sebuah negeri terawal di Malaysia menerima Islam berbanding dengan negeri yang lain.

Malah batu itu merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan undang-undang Islam.

Tulisan bertarikh 702 Hijrah dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi itu menjelaskan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan palsu serta dengan hukum mengikut taraf seseorang. Situasi ini jelas menunjukkan batu bersurat yang dijumpai menunjukkan islam telah lama bertapak di terengganu.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan berkembangnya agama Islam di Nusantara, antaranya adalah melalui aktiviti perdangangan. Kegiatan perdangan ini menyebabkan penduduk dari sesebuah negara seperti negara Arab, Rusia, Turki berlayar ke Nusantara bagi memastikan barangan dagangan mereka boleh dipasarkan. Sebagai seorang muslim telah menjadi kewajiban berdakwah maka para pedagang Islam untuk menyampaikan dan mengajarkan agama dan kebudayaan Islam kepada orang lain  Situasi ini menyebabkan para pedangan telah membawa pengaruh yang besar kepada tempat yang mereka singgahi.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Pada awal abad ke-14 Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan yang berkembang pesat melalui kegiatan  perdagangan. Hal ini adalah disebabkan oleh kedudukan Melaka yang strategik telah menarik ramai para pedagang-pedagang untuk singgah di Melaka. Keadaan ini telah menyebabkan Melaka menjadi terkenal di seluruh pelusuk dunia. Hubungan antara Melaka dan China melalui perdangan dan politik merupakan hubungan luar pertama yang Berjaya dijalinkan oleh sultan Iskandar Shah (Parameswara) dengan Maharaja China Yung Lo. Hubungan ini merupakan satu strategi pertahanan bagi negeri Melaka memandangkan China terkenal dengan kuasa besar.

BATU BERSURAT TERENGGANU
Pada tahun 1923, batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, Batu Bersurat tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jumaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada YAB. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.

Batu ini merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengistiharaan Agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.

Memorial Batu Bersurat terletak di Kampung Buluh, Hulu Terengganu . Ia dibangunkan sebagai suatu Peringatan tempat penemuan Batu Bersurat. Batu Bersurat ini merupakan bukti tertulis tentang pengistiharaan Islam sebagai agama rasmi bagi Negeri Terengganu malahan di Semenanjung Malaysia.

Memandangkan tempat ini merupakan tapak yang begitu penting dalam pensejarahan negeri dan negara, adalah wajar ianya dibangunkan dan dijadikan sebagai suatu tempat kajian dan kunjugan penduduk negeri ini khasnya dan pelancong-pelancong amnya.

Adalah diharapkan dengan adanya Memorial ini lebih ramai pengkaji-pengkaji, peminat-peminat sejarah dan pelancong-pelancong akan berkunjung ke sini untuk melihat keadaan persekitaran tempat yang penting ini, disamping dapat membaca keterangan dan kenyataan yang terkandung pada Batu Bersurat.

Memorial ini direkabentuk empat persegi sama seluas 11400cm x 11400cm dan bertingkat tiga belas (13) termasuk replika Batu Bersurat yang melambangkan Rukun Iman dan jumlah daerah di Negeri Terengganu. Bahan binaannya terdiri daripada batu granite biasa dan granita hitam. Memorial ini dirasmikan oleh YAB. Dato' Sri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada 13 April, 1992.