KAJIAN KUALITATIF by Noor Azirah Jais

KAJIAN KUALITATIF - Etika Penulisan dan Penyelidikan
Menurut Welland dan Pugsley 2002, kajian kualitatif boleh meliputi pelbagai strategi pengumpulan data tetapi proses utama adalah dekat dengan peserta kajian. Metode kualitatif juga boleh didefinisikan kepada memberikan perhatian kepada data alamiah yang berada dalam hubungan konteks keberadaanya.

Penulisan ini berfokus kepada etika dalam penyelidikan dan penulisan dalam kajian kualitatif. Buku yang dirujuk oleh penulis ialah Qualitative Research Methods for Social Sciences yang mengandungi pelbagai informasi tentang kajian kualitatif termasuklah tentang isu etika. Jurnal yang dipilih pula ialah tentang Kajian Kes Spectra- Physics.

Bagi etika penulisan dan etika penyelidikan dalam artikel Kajian Kes Spectra- Physics, bahagian pengenalan, objektif, analisis, masalah dan cara menyelesaikan masalah diterangkan dengan baik mengikut etika penulisan yang ditetapkan. Pembaca dapat memahami dengan baik setiap maklumat yang disampaikan melalui artikel tersebut. Sebagai contoh, dalam pengenalan artikel, pengkaji menerangkan tentang latar belakang syarikat Spectra- Physics Inc. Menerangkan masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut dan strategi syarikat dalam pengeluaran produk mereka. Namun demikian, artikel ini tidak mempunyai rujukan. Rujukan sangat penting dalam penulisan akademik. Artikel ini dihuraikan dengan baik tetapi tidak mengikut etika sepenuhnya.