Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia by ikhwan wan

PENGENALAN
DPK dikemukakan oleh ahli falsafah perancis iaitu Montesquie.

DPK bertujuan mengasingkan 3 kuasa pemerintahan iaitu badan eksekutif, legislatif dan judisiari.

DPK bertujuan mengelakkan berlakunya pemusatan kuasa serta memastikan sistem semak dan imbang dilakukan dalam pemerintahan di Malaysia.

BENTUK SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA (pembahagian kuasa pemerintahan kepada 3 badan utama)
Komponen dan bidang tugas utama :

Badan legislatif (perundangan)

Komponen : Parlimen

Parlimen : YDPA, Dewan Negara, Dewan Rakyat

Bidang kuasa : membuat dan menggubal semua undang-undang yang ada di Malaysia (tidak termasuk undang-           undang negeri)

Badan eksekutif

Komponen : Perdana Menteri, Jemaah Menteri / Kabinet, Kementerian, Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya

Bidang kuasa : Membuat dasar-dasar pembangunan negara berdasarkan kepada undang-undang.

Badan Judisiari (kehakiman)

Komponen : Ketua Hakim negara, mahkamah atasan, mahkamah rendah

Bidang kuasa : Mentafsir dan mengamalkan undang-undang.

KONSEP DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
Ketiga-tiga badan mempunyai kuasa, bidang tugas, dan peranan masing-masing.

Ketiga-tiga badan mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu sama lain.

DPK ini dilaksanakan diperingkat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

DPK diamalkan melalui sistem semak dan imbang.

PENGAMALAN DPK MELALUI KAEDAH SEMAK DAN IMBANG
Legislatif menyemak eksekutif

Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) boleh memantau tindakan kerajaan melalui:

Perbahasan dan soalan dalam sidang Dewan.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat penggunaan wang awam oleh Eksekutif.

Undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Contoh Kes : Skandal 1MDB & Siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

Huraian:
Dalam skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad), PAC yang merupakan sebahagian daripada badan legislatif telah menyiasat pengurusan kewangan 1MDB, sebuah syarikat milik kerajaan. PAC memanggil pegawai-pegawai kerajaan termasuk bekas CEO 1MDB untuk memberi keterangan.

Kesan semak dan imbang:
Walaupun siasatan awal menghadapi halangan, tindakan PAC menunjukkan bagaimana Parlimen boleh menyemak tindakan eksekutif, khususnya dalam urusan kewangan awam.

Eksekutif menyemak Judisiari

Perdana Menteri mempunyai peranan dalam pelantikan hakim, berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Namun, peranan ini terbatas kerana pelantikan perlu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan prosedur ketat.

Contoh kes : Pelantikan Ketua Hakim Negara (Tun Md Raus Sharif) pada 2017

Huraian:
Perdana Menteri ketika itu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melantik semula Tun Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara selepas tempoh persaraannya. Ini menimbulkan kontroversi dari segi tafsiran Perlembagaan mengenai had umur hakim.

Kesan semak dan imbang:
Walaupun pelantikan ini dilihat sebagai campur tangan eksekutif ke atas kehakiman, ia juga menunjukkan bahawa kuasa kehakiman tidak sepenuhnya terasing, dan pelantikan tetap memerlukan nasihat eksekutif serta perkenan Yang di-Pertuan Agong — suatu bentuk semakan dua hala.

Judisiari menyemak eksekutif

Mahkamah boleh mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah/menjatuhkan hukuman terhadap tindakan eksekutif jika ia bertentangan dengan undang-undang.

Contoh kes : Dato’ Seri Anwar Ibrahim vs Ketua Polis Negara & Kerajaan Malaysia (2010)

Fakta kes :

Anwar Ibrahim menyaman Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia berikutan serangan fizikal ke atasnya semasa dalam tahanan polis pada tahun 1998.

Beliau mendakwa dipukul semasa dalam tahanan dan mengalami kecederaan serius.

Kes ini adalah sebahagian daripada siri tindakan undang-undang yang mencabar kuasa dan tindakan eksekutif, khususnya pihak polis.

Tindakan mahkamah keatas kerajaan :

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Anwar memang telah dipukul secara tidak sah semasa dalam tahanan dan ini merupakan pelanggaran hak asasi manusia.

Mahkamah memerintahkan kerajaan membayar pampasan kepada Anwar kerana kegagalan pihak berkuasa menjaga keselamatan tahanan dalam jagaan mereka.

Judisiari menyemak legislatif

Mahkamah boleh membatalkan undang-undang yang telah dibuat oleh badan legislatif yang bercanggah dengan Perlembagaan setakat mana yang bercanggah sahaja (kuasa semakan kehakiman).