E-PORTFOLIO- IIP2002 FIQH MUAMALAT by Syafiq Shukri

Tak kenal maka tak cinta..
Nama: Muhammad Syafiq bin Mohd Shukri
No. Matrik: U2104224/1
Jabatan: Syariah Fiqh dan Usul
Tahun Pengajian: Tahun 2
Asal: Baling, Kedah
Tarikh Lahir: 13 Mei 2001
E-mail: sfq.albuty@gmail.com

Refleksi Minggu 5: Hakikat Harta dan Pemilikan
Pengajian Fiqh Muamalat bersama pensyarah sepanjang 5 minggu ini telah memberikan penerangan yang komprehensif mengenai teori sebenar harta dan pemilikan. Sebelum ini saya beranggapan bahawa harta hanyalah sesuatu yang bersifat fizikal. Namun pengajian ini telah memperhalusi perkara tersebut melalui pendapat-pendapat Fuqaha berkenaan hakikat harta yang sebenar.

Penghayatan konsep harta dan pemilikan yang sebenar dalam kehidupan seharian memberikan kesedaran bahawa Islam tidak pernah menafikan pemilikan harta bahkan menggalakkan umat Islam untuk berusaha mencari harta melalui cara yang halal seperti firman Allah dalam surah al-Jumu'ah ayat 9:
"يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِذَا نُوْدِيَ لِلصَّلٰوةِ مِنْ يَّوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا اِلٰى ذِكْرِ اللّٰهِ وَذَرُوا الْبَيْعَۗ ذٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ"
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan salat pada hari Jum‘at, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Adapun pemilikan harta itu ialah suatu hubungan antara manusia dan harta. Tanpanya, proses urus niaga dan perdagangan tidak dapat berlaku dengan sempurna. Melalui hal ini, saya dapat memahami jenis-jenis pemilikan serta sebab-sebab pemilikan itu berlaku. Perkara menarik yang saya temui dalam pembelajaran mengenai pemilikan ini ialah berkaitan harta karun. Harta karun menurut istilah Fiqh ialah harta yang tersimpan dalam tanah dan tidak diketahui pemiliknya. Adakah ia boleh dimanfaatkan oleh penemunya? Harta karun terbahagi kepada 2 jenis iaitu Harta Islam dan Harta Jahili. Ia dikategorikan mengikut tanda-tanda yang terdapat pada harta tersebut. Berlaku banyak perselisihan di kalangan fuqaha mengenai penggunaan harta karun sama ada ia boleh dimanfaatkan atau tidak. Penelitian tersebut membuka mata saya bahawa pemilikan ialah suatu yang sangat penting umpama lafaz dalam sebuah perkahwinan, ia kelihatan remeh namun memberikan impak yang besar dalam kehidupan kita sebagai manusia.

Refleksi Minggu 8: Ahliyah Terhadap Pihak yang Berkontrak.
Ahliyyah (kelayakan) mempunyai hubungkait yang signifikan terhadap syarat-syarat pihak berkontrak. Ia merupakan perbahasan mengenai kelayakan pihak yang berkontrak dalam yang merupakan teras utama kepada rukun-rukun akad. Pemahaman saya terhadap pemilikan sebelum ini adalah ia tidak terhad dan semua jenis manusia dapat melakukan suatu transaksi melalui akad yang sah tanpa mengambil kira faktor keahlian seseorang itu. Namun, pengkelasan dalam ahliyyah memberikan kefahaman kepada saya bahawa terdapat ciri-ciri yang menjelaskan kelayakan pihak yang ingin berkontrak bahkan ia menjadi penentu kepada termeterainya suatu ikatan akad.

Ahliyyah terbahagi kepada dua iaitu ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-ada'. Ahliyyah al-wujub wujud sebaik sahaja seseorang manusia itu dilahirkan dan terdapat pada semua lapisan masyarakat. Manakala ahliyyah al-ada' pula akan muncul pada seseorang bilamana sudah mencapai tahap yang sepatutnya dan ia tidak wujud pada beberapa golongan kerana ahliyyah ini memerlukan kewarasan akal untuk berfikir secara rasional. Antara parameter ahliyyah al-ada' yang perlu dilepasi untuk melayakkan seseorang menjadi pihak yang berkontrak ialah baligh.
Saya faham bahawa pihak yang berkontrak mesti memiliki kedua-dua jenis ahliyyah ini untuk menyempurnakan kontrak seterusnya memastikan kontrak tersebut berlaku dalam keadaan sejahtera dan jauh daripada kekacauan.

Perbahasan ini mengingat saya kepada diri sendiri pada zaman kanak-kanak dahulu yang sering melakukan pembelian di kedai-kedai runcit. Ia memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan sesuatu kontrak atau akad dalam pelbagai urusan seperti jual beli, perkahwinan dan sebagainya.

Refleksi Minggu 12: Nilai Tambah Kecacatan dalam Kontrak Melalui Perbincangan Sighah Kontrak.
Sighah Kontrak berupa ijab qabul aqidan iaitu pihak-pihak yang berkontrak adalah rukun dalam sesuatu kontrak ataupun akad. Ia mesti dipenuhi untuk memastikan suatu akad itu sempurna dan diterima. Namun, kecacatan yang wujud dalam kehendak pihak yang berakad akan memberikan kesan pada status akad tersebut. Dalam pengajian kali ini, Dr. Sufyan telah menjelaskan beberapa kecacatan yang wujud pada kehendak pihak yang berakad seperti ikrah (paksaan), ghalat (kesilapan), tadlis (penipuan) dan ghabn (penyelewengan item pertukaran). Perbincangan ini memberikan kefahaman bahawa sighah sesuatu akad mestilah bebas daripada kecacatan tersebut untuk memastikan setiap transaksi harian kita bertepatan dengan syarak serta menjauhkan semua pihak daripada eksploitasi sesuatu pihak terhadap pihak yang lain dengan cara yang zalim.

1. Ikrah merupakan ancaman salah satu pihak untuk pihak lain untuk mengikat kontrak sedangkan kita tahu bahawa sahnya kontrak bergantung kepada kerelaan kedua pihak terutamanya dalam hal jual beli seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 29: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh, Allah Maha Penyayang kepadamu."

2. Ghalat ialah sesuatu yang menyalahi hakikat sebenar tanpa dimaksudkan. Ia berlaku pada ma'qud alaih iaitu objek akad sama ada pada zat atau sifatnya. Antara contoh ghalat pada zat, seseorang membeli cincin yang dibuat daripada emas, kemudian diketahui bahawa ia diperbuat daripada tembaga. Ghalat pada sifat pula adalah seseorang membeli benang bulu haiwan dari England, kemudian didapati bahawa ia daripada Cina, walaupun sama jenis tetapi ghalatnya berlaku pada sifat.

3. Tadlis biasanya berlaku dalam jual beli seperti penipuan sukatan dan timbangan oleh pihak yang menjual. Selain itu, peniaga yang menutup aib barang jualannya juga termasuk dalam tadlis seperti penggunaan bahan kimia pada buah-buahan untuk menampakknya lebih segar.

4. Ghabn sering berlaku dalam penetapan sesuatu harga barangan di pasaran. Terdapat 2 jenis ghabn iaitu ghabn yasir dan ghabn fahisy. Ghabn yasir ialah ghabn yang berlaku sedikit perbezaan harga dan dimaafkan manakala perbezaan harga yang ketara dalam ghabn fahisy menjadikannya dimaafkan dan tidak sah akad tersebut.

Kesimpulannya, sah atau batalnya sesuatu akad bergantung kepada kesempurnaan syarat yang telah ditetapkan. Setiap transaksi terutama dalam jual beli mestilah dilakukan secara telus serta tidak menzalimi pihak lain kerana hal berikut menyalahi prinsip-prinsip Islam yang menekankan keadilan dalam semua perkara.

Jenis-jenis Pemilikan dan Sebab-sebab Pemilikan

Shuf'ah

Mutiara HAMKA...
Ilmu ialah neraca perbezaan manusia. Firman Allah SWT :
"(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." (Surah al-Zumar: 9).

Ketamadunan yang wujud hari ini bukanlah terbina gah disebabkan harta dan wang, namun ia wujud hasil daripada perkembangan Ilmu yang pesat yang telah diusahakan sejak dahulu kala. Islam sendiri tidak membangun dengan kekuatan dan harta benda, malah Islam bangkit kerana gigihnya orang-orang terdahulu dalam memperkasakan keilmuan dek kesedaran tentang betapa besarnya ilmu dalam memandu kehidupan manusia.

Rekflesi Diri
Sepanjang kehidupan bergelar mahasiswa, saya menyedari akan beberapa hal tentang diri saya. Saya dapati ada beberapa kelebihan pada diri saya yang boleh ditingkatkan serta kekurangan yang perlu dibaiki.

Sebagai seorang yang pernah berada di dalam sistem turath, saya mula mengerti bahawa ilmu-ilmu yang berada dalam sistem ini sangat banyak membantu diri dan orang sekeliling terutamanya dalam hal-hal berkaitan pelajaran. Pilihan saya untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti pula membantu diri saya untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu teori yang telah dipelajari sekaligus menjadikan diri saya lebih matang dalam berfikir.

Namun, saya tidak menafikan kekurangan yang sentiasa wujud pada diri sebagai seorang manusia. Saya dapati saya sukar untuk memberikan tumpuan dalam pelajaran sekiranya disibukkan dengan perkara lain seperti aktivit persatuan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, saya mengiktiraf aktiviti tersebut merupakan sesuatu yang sangat baik untuk membina kemenjadian diri sebagai pelajar. Saya sentiasa bertungkus-lumus demi memastikan masalah tersebut dapat diatasi dengan membuat jadual belajar, mendampingi rakan-rakan yang rajin dan sebagainya.

Harapan saya, semoga kelebihan dan kekurangan ini menjadi satu parameter untuk saya terus berusaha dan menjadi insan yang berjati diri seterusnya dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Pengalaman Pembelajaran Melalui E-Portfolio
Pengalaman pembelajaran menggunakan e-portfolio melalui padlrt merupakan suatu prkara yang baru dalam hidup saya sebagai seorang mahasiswa. Pada awalnya, saya agak janggal dengan susunan-susunan pembahagian di dalam padlet ini. Namun bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa", maka pembelajaran melalui e-portfolio menjadi suatu kebiasaan malah menjadi rutin kepada saya jadikan rujukan dan tempat meluahkan ekspresi jiwa berkenaan topik-topik Fiqh Muamalat yang dipelajari dalam dewan kuliah. E-portfolio juga membina kreativiti saya serta mencungkil bakat dan keupayaan saya dalam menguasai bidang penulisan dan teknologi maklumat.

Tugasan mingguan yang diberikan pensyarah untuk dimuat naik di sini memberikan dedikasi kepada saya supaya terus fokus dalam pelajaran. Setiap minggu, saya bersama rakan-rakan lain akan berusaha mencari dan menelaah maklumat untuk memenuhi tugasan yang telah diberikan.

Akhir sekali penghargaan yang tidak terkira buat para pensyarah kerana telah membawa inisiatif berbeza yang membuka minda dan keupayaan para pelajar serta memberikan bimbingan yang menyeluruh di dalam dan luar dewan kuliah. Moga Allah melimpahkan rahmat dan taufiq-Nya buat para pengajar dan kita semua.