TUTORIAL 1 by Faiq Aiman

1.0 Definisi Motivasi dalam Psikologi Perkembangan

Dalam konteks psikologi perkembangan, motivasi merujuk kepada daya penggerak dalaman dan luaran yang mendorong individu untuk bertindak, belajar, dan mencapai matlamat tertentu sepanjang fasa perkembangan hidupnya. Ia mempengaruhi cara murid berfikir, beremosi, dan berkelakuan dalam situasi pembelajaran.

Beberapa tokoh memberi penekanan berbeza:

Santrock (2018): Motivasi ialah proses yang memberi tenaga, arah, dan ketekunan terhadap tingkah laku.

Ryan & Deci (2000): Motivasi dilihat sama ada datang dari dalaman (intrinsik) atau luaran (ekstrinsik).

Dalam pendidikan, motivasi sangat berkait rapat dengan psikologi perkembangan kerana murid berada pada tahap kognitif, emosi dan sosial yang berbeza.

KEPENTINGAN MOTIVASI

1.	Meningkatkan minat murid

•	Guru yang kreatif dalam penyampaian dapat menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.

•	Aktiviti yang memberi peluang murid mencuba dan mencipta perkara baharu dapat menimbulkan serta mengekalkan minat murid.

2.	Mewujudkan rasa ingin tahu

•	Motivasi membangkitkan keinginan murid untuk bertanya soalan dan mencari kepastian.

•	Guru berperanan menyediakan soalan aras tinggi bagi merangsang pemikiran kognitif murid untuk menyelesaikan masalah.

3.	Meningkatkan persaingan sihat

•	Motivasi dapat mendorong murid bersaing secara positif, misalnya melalui hadiah atau ganjaran.

•	Hal ini membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat di dalam kelas.

4.	Mencipta suasana pembelajaran menyeronokkan

•	Dengan adanya motivasi, murid belajar kerana minat, bukan kerana paksaan.

•	Suasana menyeronokkan mendorong murid untuk lebih fokus dan bersemangat.

5.	Menjadikan pembelajaran lebih bermakna

•	Guru mengaitkan pelajaran dengan minat dan keinginan murid.

•	Murid terdorong untuk menjalankan aktiviti seperti eksperimen, mencari maklumat, dan menghasilkan laporan atau projek yang bermakna.

•	Kaedah ini menjadikan pengalaman pembelajaran lebih mencabar serta memberi kesan mendalam.

6.	Memudahkan pencapaian objektif pembelajaran

•	Murid yang sentiasa diberi motivasi lebih berminat, bersemangat, dan mudah memahami pelajaran.

•	Pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan dan objektif mudah dicapai.

JENIS JENIS MOTIVASI

Motivasi Intrinsik

Datang daripada diri sendiri.

Dipengaruhi oleh minat, rasa ingin tahu, kepuasan diri, keperluan dalaman.

Individu buat sesuatu tanpa perlukan ganjaran luar sebab aktiviti itu sendiri sudah menyeronokkan.

Contoh: belajar kerana minat, bukan sebab peperiksaan.

Motivasi Ekstrinsik

Datang daripada faktor luaran (ganjaran, pujian, hukuman, tekanan sosial).

Individu buat sesuatu kerana nak mendapat ganjaran atau mengelak hukuman.

Contoh: belajar kerana nak dapat hadiah, wang, gred baik atau elak dimarahi.

RUMUSAN

Kesimpulannya, motivasi adalah elemen penting dalam psikologi perkembangan kerana ia bukan sahaja mempengaruhi kejayaan akademik, bahkan turut membentuk perkembangan menyeluruh individu dari aspek kognitif, emosi, sosial dan sahsiah. Oleh itu, pemahaman terhadap definisi, jenis, dan kepentingannya amatlah penting agar pendidik, ibu bapa, dan individu sendiri dapat merancang strategi yang berkesan untuk merangsang motivasi demi mencapai potensi terbaik dalam kehidupan.