Penulisan Isi Karangan by NORHAYATI BINTI MAT ALI Moe

CONTOH PENULISAN PERENGGAN ISI.
Ciri- ciri murid cemerlang ialah ...(isi).... Hal ini demikian kerana ...... (5W1H - dihuraikan secara jelas dan terperinci) ..... Contohnya,.....(ayat contoh)...Dapat ditegaskan di sini ialah..... (ayat penegasan)......Hal ini bertepatan dengan peribahasa, .... (peribahasa)...

PERINGATAN
TAIPKAN NAMA PADA RUANGAN TITLE DAN TAIPKAN PERENGGAN ANDA PADA RUANGAN DI BAWAHNYA. (WRITE SOMETHING)
SETELAH SIAP MENULIS ISI,KLIK KANAN DAN LETAKKAN WARNA UNTUK KOTAK ANDA..

Wong Wei Kay 4 Topaz
Ciri-ciri murid cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik.Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang sentiasa memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan proses pembelajaran di sekolah.Contohnya,pelajar seperti ini akan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan.Dapat ditegaskan di sini ialah pelajar cemerlang akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Hal ini bertepatan dengan peribahasa,kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Cheryl Magdalene
Ciri-ciri murid cemerlang ialah dengan sentiasa menepati masa. Hal ini demikian kerana pelajar yang cemerlang akan menggunakan masa secara bijak. Contohnya, pelajar yang menepati masa akan mengagihkan masa secara bijak supaya mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Dapat ditegaskan di sini ialah pelajar yang ingin cemerlang dalam pembelajaran akan memastikan sentiasa menepati masa secara bijak. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, masa iti emas.

Kirttika ❤❤❤ ( 4 Topaz )
Ciri-ciri murid cemerlang ialah pelajar haruslah  rajin membaca bahan bacaan seperti majalah, akhbar, buku rujukan dan sebagainya. Dengan ini, para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuannya. Ini juga akan menbantu para pelajar dalam peperiksaan mereka kerana apabila seseorang itu banyak membaca dia akan lebih tahu pengunaan bahasa yang betul,dan akan dapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini bertepatan dengan peribahasa  "Membaca Jambatan Ilmu.

MAKLUMAN
PENULISAN ISI TIDAK SEMESTINYA MENGIKUT CONTOH YANG DIBERIKAN BOLEH MENGIKUT KREATIVITI MASING-MASING..

SILA ISIKAN NAMA KELAS SEKALI YE KERANA PADLET INI BERGABUNG DENGAN KELAS YANG LAIN.

Marylin 4 topaz
Ciri - ciri murid cemerlang ialah sentiasa yakin pada diri sendiri dan rajin belajar. Murid yang cemerlang mereka bukan sahaja menyiapakan kerja sekolah yang diberi,maka mereka juga membuat banyak latihan tambahan di rumah. Contohnya,murid boleh membaca buku cerita atau pun novel supaya kosa kata dapat dikuasai dalam tahap tinggi. Dengan ini untuk menjadi seorang murid  yang cemerlang setiap murid mestilah mengamalkan. Hal ini bertepatkan dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya.

Christy Ho (5 Topaz)
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ciri murid cemerlang yang sering ditonjolkan ialah dari segi pencapaian akademik. Murid cemerlang akan berusaha untuk memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa memberangsangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan. Contohnya, murid cemerlang akan mengutamakan pembelajaran menerusi aktiviti terancang di bilik darjah, dan pembelajaran kendiri serta bersama kumpulan sebaya di luar bilik darjah. Murid cemerlang sentiasa menggembleng segala potensi dan fakulti yang ada dalam diri mereka. Mereka menetapkan matlamat pembelajaran yang munasabah, dan berusaha unuk mencapainya. Dengan itu, murid cemerlang akan mengenepikan sebarang bentuk gangguan bagi memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang. Selain itu, semasa di bilik darjah, murid cemerlang sentiasa memberi tumpuan terhadap aktiviti pembelajaran terancang bersama guru. Sebagai contoh, murid cemerlang akan menunjukkan motivasi pembelajaran yang maksimum dengan memberi kerjasama dan perhatian yang tidak berbelah bahagi. Mereka tidak mudah dipengaruhi hasutan negatif sama ada yang datang daripada dalam diri sendiri mahupun persekitarannya. Mereka tidak bersifat sentimental dengan terlalu banyak berharap tentang guru yang sempurna atau persekitaran bilik darjah yang sempurna. Mereka mampu bertahan dalam ilkim pembelajaran yang seadanya. Berdasarkan perbincangan di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa ciri ciri murid cemerlang ialah murid yang sentiasa berusaha untuk memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa memberangsangkan dan murid yang sentiasa memberi tumpuan terhadap aktiviti pembelajaran.

Nurul Fatihah(4T)
Ciri-ciri murid cemerlang ialah murid yang sentiasa fokus di dalam kelas semasa pembelajaran dijalankan. Bukan itu sahaja, murid cemerlang juga murid yang tidak malu bertanya ketika kurang memahami pembelajaran yang sedang dijalankan. Biarlah beribu kali bertanya asalkan kita memahami pembelajaran tersebut dan akan cemerlang ketika menghadapi peperiksaan. Contohnya, murid perlu segera berjumpa dengan guru subjek semasa mempunyai masa lapang seperti waktu rehat atau selepas habis pembelajaran. Tidak perlu kita melengahkan sesuatu yang tidak kita fahami kerana ia akan berterusan sehingga kita lupa untuk bertanya. Sebagai konklusinya, menjadi murid cemerlang adalah sesuatu yang mudah untuk kita lakukan tetapi memerlukan usaha yang tinggi. Kita perlu sentiasa menjadi cemerlang kerana ia akan membantu kita pada masa akan datang.

Thavareshma (4 Topaz)
Ciri-ciri murid cemerlang ialah murid perlu sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar supaya lebih memahami pelajaran tersebut.Dengan ini,para guru juga akan berasa selesa untuk mengajar kerana murid-murid tidak membuat bising dan akan berusaha sedaya upaya untuk mengajar murid  dengan penuh dedikasi.  Selain itu,murid yang cemerlang akan membuat jadual pengurusan masa supaya tidak kelam-kabut dalam melakukan aktiviti  harian.Hanya murid yang  menghargai masa dan sentiasa belajar dengan bersungguh-sungguh akan tahu betapa pentingnya masa kerana masa itu emas.Persekitaran yang kondusif akan memberikan pemikiran yang tenang kepada pelajar ketika belajar.Konklusinya,setiap murid harus menjadi murid yang cemerlang untuk mempunyai masa depan yang cerah.

Darin Hana (4 Topaz)
Ciri ciri murid yang cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan keperibadian yang unggul. Seorang murid yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kira ketika mereka bersama keluarga, guru mahupun rakan rakan. Sebagai contoh, murid yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyanyi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan rakan yang lain dalam pembelajaran. Sifat sombong dan angkuh ini tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang murid yang cemerlang. Sahsiah dan peribadi unggul yang terdapat pada murid cemerlang ini menyebabkan mereka sentiasa disenangi orang orang sekelilingnya kerana mereka sentiasa bergaul mesra dan tidak bersikap seperti kera sumbang.

Nur Iman Farhanah (4 Topaz)
Ciri-ciri murid cemerlang ialah sentiasa mencuba melakukan sesuatu sampai berjaya dan tidak mudah putus asa dalam sesuatu perkara.Hal ini demikian murid yang mempunyai keyakinan tinggi dalam diri sendiri mampu meningkatkan semangat dan usaha diri sendiri dan dengan itu kejayaan dapat dibuktikan. Contohnya,kegagalan bukan pengakhiran bagi hidup kita malahan permulaan untuk diri kita untuk bangkit dan mencuba dengan teknik yang lebih berkesan. Kegagalan juga dapat membantu kita untuk sedar akan kesilapan kita supaya kita tidak ulanginya lagi. Dapat ditegaskan di sini ialah semuanya bergantung kepada diri sendiri sama ada mahu memperoleh kejayaan dengan  cara berusaha ataupun mahu cemerlang tetapi tiada usaha. Hal ini bertetapan dengan peribahasa, hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih.

ESTHER LEE EN TON 4 TOPAZ
Ciri utama yang perlu ada dalam diri seseorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah diri dan peribadi diri yang ulung. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi diri yang cemerlang akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama rakan,guru ataupun ahli keluarga diri. Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang akan sentiasa menghormati dan menyayangi guru serta rakan-rakan mereka. Mereka juga sentiasa ada hati dengan berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam segala mata pelajaran yang tidak difahami oleh mereka. Sifat angkuh dan tinggi hati bukan gaya yang akan dilakukan oleh mereka yang merupakan entiti mithali kepada pelajar lain. Pada masa yang sama, mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati,adil dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan tidak membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik seseorang rakan itu. Dapat ditegaskan di sini ialah sahsiah diri dan peribadi diri seorang pelajar yang cemerlang mudah disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra dengan tidak bersikap seperti orang yang hidung tinggi. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah diri dan peribadi diri yang ulung.

Navitha Nair (4T)
Ciri- ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian di dalam sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkat ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Para guru akan berasa senang hati apabila mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pengajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.

Monika 5Topaz

Salah satu ciri murid cemerlang adalah apabila murid tidak berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan akademik yang diinginkan setelah beberapa kegagalan. Ini menunjukkan bahawa murid tersebut perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal kerana ia bukan mudah untuk mendapatkan apa yang kita hendak seperti peribahasa berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian. Sebagai contoh, murid seharusnya rajin untuk menjawab soalan peperiksaan pada tahun-tahun yang lepas sebagai latihan untuk mengenal pasti kelemahan dan kelebihan murid di sesuatu topik dalam satu mata pelajaran. Dengan secara tidak langsungnya, murid juga dapat membuat persediaan untuk peperiksaan yang akan datang dengan mengetahui cara menjawab serta mengukuhkan  jawapan yang betul bagi setiap soalan supaya tidak panik semasa berada di dalam dewan peperiksaan.

Angela Anne (4T)
Ciri-ciri murid yang cemerlang ialah murid-murid yang menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan memahami ilmu yang disampaikan oleh guru-guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan. Selain daripada itu, murid-murid juga tidak akan berasa bosan dan mengantuk serta cikgu yang sedang mengajar akan berasa tenang hati dan bersemangat untuk memberikan ilmu kepada mereka. Sebagai contoh, kerjayaan seorang pelajar, iaitu Nik Nor Madihah dalam keputusan peperiksaan SPM adalah kerana selalu menumpukan perhatian kepada guru apabila berada di dalam bilik darjah. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa apabila memberikan segala tumpuan kepada guru semasa mengajar, sudah pasti kita akan menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Bak kata pepatah hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih.

Ezzatul Syameera (4Topaz)
Ciri-ciri murid cemerlang ialah mereka sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap masa yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku,mengulang kaji pelajaran dan beriadah. Mereka juga menyiadakan jadual aktiviti harian agar aktiviti yang mereka lakukan adalah berfaedah dan bermanfaat kepada diri mereka sendiri. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan murid tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Selain itu , murid yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuaan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Mereka juga sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru dan tidak menangguhkannya. Mereka tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh yang demikian , jelaslah kepada kita semua bahawa murid cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.

Thivashini(4Topaz)
Ciri-ciri murid yang cemerlang ialah murid perlu tekun belajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Murid-murid mesti menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas. Dengan itu, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu,murid Yang cemelang akan mempunyai didikan agama dan moral yang baik. Hal ini kerana tanpa didikan agama dan moral, murid akan terjerumus ke kancah yang tidak baik. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menerapkan didikan agama dan moral kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, ibu bapa mesti menjadi suri teladan dengan mengajar mereka bersembahyang dan menunjukkan sahsiah yang baik kepada anak-anak. Guru-guru juga perlu memantapkan sahsiah murid-murid di sekolah. Tegasnya didikan agama dan moral amat penting kepada setiap orang untuk kehidupan yang berkualiti.

Syakirah (4 topaz)
Tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi bahawa ciri-ciri murid cemerlang ialah pelajar yang dapat menguruskan masa dan aktiviti harian mereka dengan bijak.Hal ini demikian kerana,pengurusan masa yang bijak membolehkan seseorang pelajar itu mampu menyelesaikan segala kerja tidak kira kerja rumah mahupun kerja sekolah yang diberikan oleh guru dengan lancar.Misalnya,seseorang pelajar itu harus merancang dan menyediakan jadual waktu belajar di rumah dengan fleksibel.Usaha ini akan menggambarkan pengurusan kehidupan seseorang pelajar itu yang lebih baik untuk kesenangan pada masa hadapan.Jelaslah kepada kita bahawa pengurusan masa yang bijak adalah memainkan peranan yang penting untuk membentuk ciri-ciri pelajar yang cemerlang kerana masa itu emas.

Ruksshana (5 Topaz)
Ciri-ciri murid cemerlang mestilah murid yang aktif di dalam kelas. Murid yang aktif di kelas bermaksud murid yang dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru. Pembelajaran dalam kelas dapat menolong murid memahami subjek dengan lebih baik. Muird yang aktif juga bermaksud murid yang boleh menanya guru soalan jika tidak memahami sesuatu. Murid-murid di kelas sentiasa malu menanya soalan kerana merasa bahawa raka sekelas akan memandang rendah terhadapnya tetapi seorang murid cemerlang akan tetap menanya kerana murid cemerlang hanya memikirkan kejayaan dan kefahaman. Murid cemerlang juga akan menjumpa guru untuk menanda latihannya yang dibuat sendiri kerana ingin memahami dan membaiki kesalahannya.  Selain itu, murid yang aktif di kelas juga akan melakukan kerja berkumpulan dengan baik. Murid cemerlang akan meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan sebagainya. Oleh itu, murid-murid harus menjadi murid aktif di kelas untuk menjadi murid cemerlang yang dapat mencapai kejayaan dalalm akademik.

illy (4 Topaz)
Ciri-ciri murid cemerlang yang paling utama ialah pandai membahagikan masa ketika belajar dan bermain.Seorang pelajar perlulah mewujudkan satu jadual belajar dan perlu patuh kepada jadual tersebut.Secara tidak langsung ia dapat menjadikan seseorang itu lebih berdisiplin.Dengan mematuhi jadual tersebut pelajar tidak perlu tergesa- gesa untuk menyiapkan tugasan lain.Selain itu,seorang murid yang cemerlang haruslah  mempunyai kesedaran dimana mereka adalah harapan agama,bangsa,negara dan terutama sekali keluarga.Dengan adanya kesedaran seperti ini,murid kan lebih gigih untuk belajar dan mencapai cita-cita.

Chen Tze Man (4Topaz)
.Ciri-ciri murid yang cemerlang ialah mempunyai disiplin yang baik.Hal ini demikian kerana seseorang murid yang berdisiplin ialah seorang murid yang dapat berdikari dalam melakukan sesuatu perkara dengan betul dan berfikir secara rasional tanpa mempunyai tunjuk ajar atau pemantauan oleh orang lain.Misalnya, seseorang murid itu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dengan tidak ingkar akan arahan guru dan menyiapkan tugasan tepat pada masanya serta menjaga tingkah laku pada setiap masa.Dengan ini,murid yang berdisiplin akan mencapai kesempurnaan dan menghargai masa bak kata orang tua, masa itu emas. Bukan itu sahaja,murid yang berdisiplin mempunyai modal insan yang menjadi teladan kepada murid-murid lain, malah murid itu juga disenangi oleh ibu bapa dan guru-guru serta mempunyai masa depan yang cerah dalam alam pekerjaan.Oleh itu,disiplin merupakan asas kejayaan kepada seseorang murid yang cemerlang.

Lim Lay Ean (4 Topaz)
Ciri-ciri seorang murid cemerlang ialah sentiasa aktif melibatkan sendiri dalam aktiviti kokurikulum . Hal ini demikian kerana boleh menunjuk bakat Dan kebolehan sendiri untuk  mencapai kejayaan . Contohnya pelajar mestilah menyertai pertandingan yang dapat menguji minda Dan pemikiran seperti pertandingan catur ,forum, karangan dan lain lain .Selain itu,pelajar haruslah sentiasa melibatkan sendiri dalam aktiviti badan beruniform, kelab persatuan, sukan seperti berkhemah , berkawad kaki, olaraga dan lain lain. Ini bukan sahaja boleh menyihatkan badan pelajar malah turut dapat mencerdaskan otak mereka dan pengalaman serta kemahiran juga ditambah.Tegasnya setiap pelajar mesti bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang yang cemerlang .

Lee yung qi(4Topaz)
Antara ciri utama pelajar cemerlang ialah pencapian yang memberangsangkan dalam bidang akedemik.Pelajar cemerlang sentiasa memberi tumpuan terhadap pelajaran dan proses pembelajaran di sekolah.Pelajar seperti ini akan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan.Justeru pelajar cemerlang akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Ng Xiao lin (4 topaz)
Ciri-ciri murid cemerlang ialah mempunyai didikan agama dan moral yang baik.Hal ini kerana tanpa didikan agama dan moral,murid akan terjerumus ke kancah yang tidak baik.Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menerapkan didikan agama dan moral kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Contohnya,ibu bapa  mesti menjadi suri teladan dengan mengajar mereka bersembahyang dan menunjukkan sahsiah yang baik kepada anak-anak. Guru-guru juga perlu memantapkan sahsiah murid-murid di sekolah.Tegasnya, didikan agama dan moral amat penting kepada setiap orang untuk kehidupan yang berkualiti.

beatricia sevang
Ciri-ciri murid cemerlang ialah murid yang melaksanakan segala tugas yang diberikan dengan sepenuh hati dan berusaha mendapatkan hasil yang terbaik  . Hal ini demikian kerana murid akan berfikir secara matang, realistik dan logistik untuk melaksanakan sesuatu tugas. Contohnya, apabila guru mata pelajaran Fizik memberi tugasan untuk melaksanakan eksperimen yang tertentu. Murid yang cemerlang akan melaksanakan tugas dengan berhati-hati dan tertib. Dapat ditegaskan bahawa kita haruslah melaksanakan tugas dengan ikhlas. Hal ini bertepatan dengan peribahasa "putih hati" .

Meesha ( 5 topaz )
Kejayaan murid-murid pada hari ini bukanlah atas usaha mereka semata-mata. Mereka telah memperoleh kejayaan mereka atas bimbingan daripada guru-guru yang berwibawa. Jadi, seorang murid yang cemerlang tidak sekali-sekali membelakangi tunjuk ajar guru kerana jika kita mengendahkan nasihat yang diberikan oleh seorang guru, maka kita pasti akan menghadapi kesukaran untuk berjaya dalam peperiksaan kerana tidak mendapat keberkatan ilmu daripada guru tersebut. Selain itu, seorang murid yang cemerlang sentiasa mengulang kaji pelajaran dan tidak berbuat begitu hanya pada saat-saat akhir. Sesetengah pelajar beranggapan cara tersebut berkesan. Namun begitu, ahli psikologi pendidikan menyanggah pendapat tersebut. Hal ini dikatakan kerana cara tersebut bukan sahaja memberikan tekanan kepada murid, namun mereka akan mudah melupakan apa-apa yang telah dipelajari.

Rathipriya (4 Topaz)
Ciri-ciri murid cemerlang ialah dengan menampilkan ciri asertif secara konsisten.Hal ini demikian kerana murid cemerlang mengimbangi hak diri sendiri dengan hak orang lain.Contohnya,pelajar cemerlang tidak bersikap agresif iaitu hanya menjaga hak diri sendiri atau tidak bersikap permisif dengan hanya mementingkan hak orang lain semata-mata. Dengan sikap asertif, murid cemerlang sentiasa berupaya mempertahankan pendirian sendiri dan pada masa yang sama menghormati pendapat orang lain yang berbeza.Hal ini bertepatan dengan peribahasa rambut sama hitam,tetapi hati lain-lain.

Nadhirah Fitri (4 Topaz)
Ciri-ciri murid cemerlang ialah sentiasa fokus ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana perhatian dan tumpuan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Contohnya, murid haruslah memberi sepenuh perhatian dan menghargai setiap detik dalam sesi pembelajaran. Dapat ditegaskan disini ialah sekiranya murid menerapkan ciri berikut, guru akan berasa senang hati ketika mengajar dan memberikan keberkatan kepada murid untuk memperoleh kejayaan pada masa kini dan masa akan datang. Hal ini bertetapan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Aneesa Nurain ( 4 topaz )
Ciri ciri murid cemerlang adalah sentiasa mempunyai Wawasan hidup. Hal ini demikian dengan adanya wawasan hidup mereka akan lebih tekun dalam pelajaran dan pendidikan untuk mencapai segala cita - cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka akan mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha sepenuhnya untuk mencapainya. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan dan  tidak putus asa Serta  akan berusaha lebih gigih  dalam kehidupan mereka .  konklusinya bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang Dan akan berjaya pada masa hadapan.

Wong Wee Rue (5 Topaz)
Seorang murid yang cemerlang merupakan seorang pelajar yang mementingkan masa dan tidak mensia-siakan masa lapangnya. Mereka akan sentiasa melakukan perkara yang berfaedah seperti mengulang kaji mata pelajaran dan membaca buku. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka memahami bahawa masa yang telah lalu tidak akan kembali lagi dan masa itu emas. Murid yang cemerlang turut akan sentiasa menyiapkan tugasan sekolah dan tidak menangguhkannya kerana apabila kerja ditangguh, lebih banyak kerja di tangan nanti. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menggunakan masa dengan berfaedah dan janganlah menyesal baru bertindak bak kata pepatah jangan sudah terhantuk baru tengadah.

Michealle Lundus 4 Topaz
Ciri-ciri murid cemerlang ialah pandai menguruskan masa. Hal ini demikian kerana murid yang pandai menguruskan masa boleh mendisiplinkan diri dan tahu tentang pengagihan masa dan kebaikannya. Seorang murid cermerlang yang pandai menguruskan masa dapat menghindarkan diri menghadapi masalah dan stres. Pengagihan masa ini boleh dilakukan dengan sebaiknya, contohnya melakukan sebuah jadual masa tentang aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan. Dapat ditegaskan di sini ialah, murid tersebut boleh menyiapkan sesuatu perkara pada tepat waktu dengan merujuk jadual masa yang telah disediakan. Hal ini bertepatan dengan simpulan bahasa, "Masa itu emas".

Nayli Afiqah (5 Topaz)
Selain daripada peranan ibu bapa, pihak sekolah dan inisiatif pelajar, peranan rakan sebaya juga merupakan faktor kepada penyumbang kecemerlangan akademii para pelajar. Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempengaruhi setiap inci diri pelajar berkenaan. Selain itu, kita hendaklah kita perlulah menjauhkan diri daripada orang yang mempunyai perwatakan yang tidak baik seperti orang hidup bergelandangan dan membazirkan masa mereka. Rakan penyumbang kepada kecemerlangan kerana rakan sebaya merupakan insan yang paling signifikan dan berpengaruh. Sebagai, contohnya pemilihan rakan sebaya yang tekun dalam pelajaran serta mempunyai perwatakan yang cemerlang sangat digalakkan. Tegasnya, pelajar wajarlah bijak dalam pemilihan rakan supaya pelajar tidak terpesong daripada jalan yang benar dan berusaha bersungguh sungguh, bak kata pepatah melayu seharu selembar benang, lama lama menjadi kain.

Methyaa (5 Topaz)
Antara ciri-ciri pelajar cemerlang ialah pelajar perlu mengutamakan kesihatan diri. Menjaga kesihatan dapat menghindari tubuh badan daripada pelbagai penyakit. Ini akan menyebabkan pelajar dapat fokus dalam pelajaran. Pelajar yang tidak menjaga kesihatan diri akan terpaksa tinggal di rumah untuk berehat atau ditahan di hospital untuk mendapat rawatan. Hal ini menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran. Pelajar akan mengalami kesusahan ketika hendak mengejar balik dalam bab-bab yang tertinggal. Oleh itu, pelajar perlu menjaga kebersihan diri. Pelajar boleh mengambil insiatif untuk menjaga kebersihan dengan bersenam setiap hari atau mengikut sukan yang digemarinya. Bukan itu sahaja, pelajar juga boleh mengamalkan makan mengikut piramid makanan. Selain itu, ini bapa boleh memastikan kawasan rumah cukup bersih dan tidak mengancam kesihatan pelajar. Sebagai contoh, ibu bapa perlu memastikan kawasan rumah tiada tempat air bertakung untuk mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes. Ibu bapa perlu memastikan suasana rumah bersih sebelum nasi sudah menjadi bubur. Tegaslah bahawa penjagaan kesihatan diri merupakan salah satu ciri-ciri pelajar cemerlang.

Kerthana Devi (5 Topaz)
Antara ciri-ciri pelajar yang cemerlang termasuklah mereka sentiasa akan menumpukan perhatian semasa waktu belajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan kefahaman dan ilmu pengetahuan mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang cemerlang akan memberi sepenuh perhatiannya dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka akan menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa ibarat pedang, 'jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita'. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar dan akan memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran atau peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas

Nur Firzanah Mirza binti Omar (4 topaz)
Ciri-ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan ialah dari segi pencapaian akademik. Pelajar cemerlang sering mengutamakan pembelajaran secara formal di dalam bilik darjah mahupun mengulang kaji subtopik yang kurang mahir secara kendiri. Pelajar cemerlang juga akan sentiasa meletakkan matlamat pembelajaran agar matlamat sentiasa dicapai dan hasil daripada itu dia akan memahami pembelajaran itu dengan lebih mendalam. Selain itu, pelajar cemerlang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran malah aktiviti kokurikulum juga perlu cemerlang. Hal ini demikian kerana, telah disebut-sebut pepetah ini di bibir orang ramai iaitu "badan cergas, otak cerdas". Pelajar cemerlang menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai kesempatan bagi menggilap bakat kepimpinan, memupuk semangat suka rela dalam perkhidmatan sosial dan mendekati aktiviti kebajikan.  Mereka sentiasa cuba mencari pengalaman dengan mengamalkan sikap ringan tulang dalam membantu pihak sekolah menjayakan sebarang aktiviti kokurikulum .Seterusnya, pelajar cemerlang akan berusaha untuk muncul sebagai contoh yang mampu mempengaruhi lebih ramai pelajar supaya bersikap positif dalam menimba pengalaman pembelajaran di sekolah. Mereka tidak perlu membutirkan tunjuk ajar, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan tingkah laku yang disenangi. Pelajar cemerlang mementingkan ketepatan masa, dan sentiasa melaksanakan sesuatu tugasan sesempurna mungkin. Pelajar cemerlang tidak seperti "melepaskan batok di tangga". Kesimpulannya, pelajar cemerlang  menepati ciri-ciri modal insan minda kelas pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Mereka menjadi harapan negara untuk meletakkan daya saing negara di pentas antarabangsa. Pelajar cemerlang tidak menganggap bahawa diri mereka serba sempurna, sebaliknya sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan.

Tasneem Zulkefli (5 Topaz)
Selain daripada itu, membuat ulang kaji dan melakukan latihan tambahan di rumah juga adalah salah satu ciri-ciri pelajar cemerlang. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntkkan sekurang-kurangmya tiga jam setiap hari untuk  mengulang kaji di rumah seperti yang telah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah seorang pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada berpesan, belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu diamalkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Jelaslah bahawa mengulang kaji pelajaran adalah wajib bagi para pelajar untuk mendapat kecermelangan dalam kehidupan.

Nadia Amysha (5 Topaz)
Jika ditinjau dari dimensi yang lain, kecemerlangan seseorang pelajar dapat dicapai jika pelajar itu sentiasa mengisi masa lapang dengan bijak. Pelajar haruslah menyediakan jadual waktu belajar sendiri dan menggunakan masa senggang dengan memperbaiki kelemahan diri dalam pelajaran. Pelajar hendaklah mengendalikan masa secara berkesan dengan cekap supaya aktiviti harian dapat dijalankan dengan baik serta tidak menganggu aktiviti pembelajaran dan ulang kaji. Pelajar- pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang sentiasa membuat persediaan awal. Manakala, pelajar yang tidak membuat persediaan awal kerana sibuk membuang masa dan menangguhkan kerja akan menghadapi kesulitan akibat tidak dapat menghabiskan semua topik pembelajaran sebelum peperiksaan. Pepatah melayu ada menyebut, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Hal ini bermakna pelajar yang sentiasa beringat akan memanfaatkan  masa seperti yang kita ketahui, masa itu emas. Jadi, jelaslah kepada kita semua bahawa pengisian masa yang bijak dapat membantu seseorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang diimpikan.

Chong Chin Yan(5 Topaz)
Ciri-ciri pelajar cemerlang ialah bijak mengurus masa. Hal ini demikian kerana, pelajar yang bijak mengurus masa akan mengisi masa lapangnya dengan aktiviti yang berfaedah seperti melukis,membaca dan mengulang kaji pelajaran. Contohnya, pelajar yang bijak mengurus masa akan menyediakan jadual waktu yang sistematik untuk seimbangkan masa belajar dan masa berehat.Dapat ditegaskan di sini ialah pelajar cemerlang akan menguruskan masa dengan bijak untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang.Hal ini bertepatan dengan peribahasa masa itu emas.

Yaswin (5 Topaz)
Ciri-ciri murid cemerlang ialah sentiasa belajar bersungguh-sungguh.  Hal ini demikian kerana murid yang cemerlang sentiasa rajin membuat latih tubi. Contohnya mereka juga menggunakan masa lapang untuk membuat ulang kaji . Dapat ditegaskan disini ialah murid yang cemerlang sentiasa sedia untuk menjawab peperiksaan dan sentiasa menggunakan masa dengan faedah . Hal ini bertepatan dengan peribahasa sebelum nasi menjadi bubur.

Chin Weai Kee (4 Topaz)
Antara ciri utama pelajar cemerlang merupakan pelajar yang cergas dalam kegiatan kokurikulum. Pelajar cemerlang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah secara aktif seperti kegiatan-kegiatan persatuan, badan beruniform, permainan dan sukan .Kegiatan -kegiatan persatuan ini telah membolehkan pelajar untuk membina pemikiran di luar kotak atau dikatakan menluaskan kreativiti pelajar tersebut .Pelajar cemerlang sedar bahawa penyertaan mereka dalam aktiviti tersebut akan dapat menyihatkan tubuh badan mereka serta membolehkan badan menjadi lebih aktif . Badan yang cergas akan membina otak yang cerdas.

Her Xin Yue (5 Topaz)
Ciri utama dalam diri seseorang pelajar cemerlang ialah mempunyai wawasan serta hala tuju hidup yang jelas. Hal ini terjadi kerana apabila seseorang mempunyai matlamat dalam kehidupan, mereka akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk meraih kejayaan dan mencapai cita-cita ataupun impian yang diidami. Tamsilnya, pelajar yang cemerlang biasanya sudah awal bersedia sebelum menduduki peperiksaan dan tidak akan tergesa-gesa mengulang kaji pada saat-saat terakhir. Sebaliknya, mereka akan memanfaatkan segala masa yang ada dengan melakukan aktiviti yang berfaedah sahaja. Sikap menangguhkan kerja juga akan mereka jauhi. Pelajar cemerlang bijak menyusun jadual waktu belajar dan akan menetapkan sasaran untuk setiap ujian yang akan mereka lalui. Dengan itu, mereka akan berusaha dengan tekad untuk mencapainya kerana memahami bahawa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Seterusnya, mempunyai wawasan hidup mampu mengajar seseorang pelajar tentang erti disiplin dan tanggungjawab yang perlu ada dalam setiap individu supaya dapat membesar menjadi orang yang berguna. Pelajar yang mempunyai arah hidup yang jelas juga tidak akan mudah berputus asa. Walaupun berhadapan dengan kesukaran dan kegagalan, mereka tidak akan bersedih sahaja malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk memperbaikkan diri dan berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pelajar yang berwawasan dan mempunyai hala tuju hidup yang jelas merupakan pelajar yang cemerlang.

Batrisyia Amirah (5 Topaz)
Ciri-ciri pelajar cemerlang ialah pelajar yang mempunyai sahsiah diri dan peribadi yang unggul. Pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang unggul akan menjaga hubungan baik dengan guru-guru. Contohnya, pelajar cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Hal ini demikian kerana guru memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian pelajar di sekolah. Pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang unggul akan sentiasa menjaga nama baik sekolah. Mereka sentiasa mengikut peraturan dan tidak melakukan kesalahan disiplin. Mereka juga sentiasa membantu rakan-rakan dalam kesusahan. Mereka sering berkongsi ilmu bersama rakan-rakan. Tiada istilah kedekut ilmu bagi mereka. Ilmu yang diperoleh perlulah dikongsikan kerana apabila berkongsi, kita akan lebih mahir tentang ilmu yang diperolehi. Pelajar yang mempunyai sahsiah yang unggul sentiasa disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka sentiasa membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Apabila kita menjaga adab, kita akan disayangi serta hidup akan diberkati. Dengan ini, jelaslah pelajar yang cemerlang perlulah mempunyai sahsiah diri dan peribadi yang unggul.

Noor Atiqah (5 Topaz)
Daripada kaca mata yang berlainan pula, murid cemerlang dilatih untuk memupuk dirinya dengan pengurusan masa yang efisien dan sesuai dengan kebolehan dirinya menjalankan aktiviti yang dijadualkan. Hampir setiap kaum memiliki peribahasa dan bidalannya sendiri tentang penggunaan masa. Orang Melayu dengan ungkapan masa itu emas manakala orang cina dengan peribahasa seinci emas tidak dapat dibeli seinci masa. Hal ini menunjukkan bahawa masa merupakan aset yang berharga kepada setiap individu, justeru insan yang menggunakan masa dengan bijak sudah tentu mampu mencapai kejayaan dalam hidup mereka.Sebagai seorang murid, pengurusan masa amat penting kerana kita mempunyai pelbagai tugas yang perlu kita bereskan sejajar dengan matlamat kita menjadi murid cemerlang.

Dayana (4topaz)
Untuk menjadi seorang murid cemerlang, kita perlu tekun belajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kita mesti menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas. Dengan itu, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Kemudian, kita mesti mempunyai akhlak yang mulia. Kita mestilah mengamalkan tatasusila dan budi pekerti dalam pergaulan. Murid cemerlang bukan sahaja perlu cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga perlu mempunyai akhlak yang terpuji.

Di samping itu, kita mesti bergiat aktif dalam bidang sukan. Kita mesti sentiasa aktif dan bersukan agar tubuh badan kita cergas dan minda kita cerdas. Murid yang sihat dan cergas dapat menghadapi cabaran dan menangani stres dengan berkesan.

Selain itu, kita juga perlu mempunyai hubungan sosial yang baik. Kita hendaklah bergaul mesra dengan orang lain dan menghindari sikap kera sumbang. Sikap ini penting bagi melahirkan murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

Nisallini(4Topaz)
Ciri-ciri murid cemerlang ialah murid itu haruslah berdisiplin dan menjaga jati diri.Contohnya,memamtuhi peraturan sekolah,menghantar kerja rumah  dan menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru.Kesannya,murid-murid dapat memupuk sikap bertanggungjawab dan murid dapat membahagi masa untuk menyiapkan kerja atau tanggungjawab yang diberi oleh guru.
Bukan itu sahaja,murid-murid hendaklah bersikap rajin.Contohnya,seperti membuat latihan tambahan untuk sesebuah subjek,mengulang kaji pelajaran yang dipelajari di sekolah,menulis nota sendiri dan menghadiri kelas tusyen.Impaknya,murid-murid dapat memahami sesuatu tajuk dengan lebih mendalam dan dapt mahir pada tajuk tersebut.
Selain itu,seorang murid cemerlang haruslah aktif secara fizikal.Contohnya,bersukan,
bersenam tiga kali seminggu,berjoging dan memamsuki sukan atau permainan di sekolah.Kesannya,murid akan berpeluh dan mengeluarkan sisa toksik daripada badan,ini dapat menjamin kesihatan badan.Oleh itu,murid jua dapat lebih fokus dalam pembelajaran di dalam kelas kerana badan yang bertenaga dan sihat,dapat melahirkan pemikiran yang baik seperti badan cergas,otak cerdas.

SANGEETHA 5 TOPAZ
Sebagai cetusan minda saya yang pertama,antara ciri murid cemerlang ialah mengamalkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.Dalam konteks ini,murid hendaklah makan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan.Misalnya,murid perlu makan sayur-sayuran,bijiran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan mineral berbanding dengan makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam,gula dan sodium yang tinggi.Bukan itu sahaja,murid juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan beriadah sekurang-kurangnya dua kali seminggu bersama-sama dengan ahli keluarganya.Malah,murid perlu tidur awal supaya mereka tidak akan mengantuk pada keesokan harinya.Implikasinya,badan murid  akan lebih sihat dan mereka akan terhindar daripada penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi,kencing manis dan obesiti.Dalam pada itu, murid akan dapat menumpukkan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan mempunyai kejayaan dari segi akademik dan kokurikulum kerana badan sihat otak cerdas.Bukan itu sahaja, murid juga akan sentiasa aktif dalam melakukan aktiviti seharian.Berdasarkan penjelasan tersebut dapatlah dikatakan bahawa murid yang cemerlang dapat dilahirkan dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Chang Suet Yan (5 Topaz)
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ciri perdana murid yang cemerlang ialah belajar mengikut jadual waktu pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana murid dapat membahagikan masa dengan teratur dan sistematik untuk menjalankan aktiviti seharian. Selain menghadiri sekolah, kebanyakan masa murid-murid dihabiskan dengan menyertai kelas tuisyen serta menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru sekolah. Sekiranya murid tidak membuatjadual waktu, pembelajaran murid akan dijejaskan. Bukan itu sahaja, pengambilan makanan yang seimbang dan masa rehat akan diabaikan. Hal ini akan menyebabkan mereka stres dan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa mengulang kaji pelajaran. Masa itu emas. Murid-murid seharusnya membuat jadual waktu pembelajaran untuk membahagikan masa dengan baik agar dapat mengamalkan aktiviti-aktiviti seharian yang penting. Peribahasa Arab ada menyebut bahawa masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, pedang itu akan memancung kamu pula. Jelaslah, sudah terang lagi bersuluh, murid-murid harus mengikut jadual waktu yang dibuat untuk membahagikan masa agar dapat belajar dengan lebih sistematik, konsisten dan pragmatik.

Audrey Anne Andrew (5 Topaz)
Jika kita telusuri daripada pandangan yang lain, ciri-ciri seorang murid yang cemerlang ialah seseorang murid itu memastikan latihan yang diberikan oleh guru disiapkan. Apabila murid berusaha melengkapkan latihan yang ditugaskan, mereka pasti akan memahami dan berjaya menguasai mata pelajaran tersebut dengan baik. Bukan itu sahaja, membuat latihan yang diberikan juga adalah penting bagi mengaktifkan memori jangka masa panjang. Sebagai contoh, murid memperuntukkan masa bagi menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru mereka. Jika murid berjaya mengamalkan disiplin ini, mereka bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, malah mereka juga akan menjadi seorang yang menepati masa. Seperti pesanan orang-orang tua, belakang parah kalau diasah, lagikan tajam yang membawa maksud sekiranya murid ingin menjadi cemerlang, latihan yang kerap mampu membantu diri mereka untuk menjadi insan yang berjaya.