PENGABAIAN IBU BAPA OLEH ANAK-ANAK by NUR FATIN SYAMIMI BINTI AZIZ KPM-Guru

PENDAHULUAN
Ibu bapa merupakan insan yang memberikan jasa untuk memastikan kita mempunyai kehidupan yang berjaya pada masa hadapan. Sebagai anak, kita mempunyai tanggungjawab penting untuk membalas jasa ibu bapa yang menyayangi kita. Namun demikian, isu pengabaian ibu bapa oleh anak-anak sering terngiang-ngiang di tepi telinga masyarakat oleh sebab isu ini semakin serius. Persoalannnya, apakah faktor-faktor anak-anak mengabaikan ibu bapa?

PERENGGAN ISI 1
Antara faktor pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa ialah sikap negatif ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak akan kehilangan rasa hormat dan kasih sayang terhadap ibu bapa. Sebagai contohnya, ibu bapa sering bersikap kasar, tidak mengambil berat, atau tidak menghargai perasaan anak-anak, hubungan antara mereka akan menjadi renggang. Kesannya, anak-anak mungkin akan berasa tidak disayangi atau diabaikan, yang akhirnya membuat mereka menjauhkan diri daripada ibu bapa . Sikap negatif ini boleh menyebabkan anak-anak hilang rasa hormat dan kasih sayang terhadap ibu bapa, sekali gus mendorong mereka untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa pada masa hadapan. Oleh itu, jelaslah bahawa pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa menyebabkan mereka kurang berkomunikasi.

PERENGGAN ISI 2
Selain itu, anak-anak yang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing juga adalah salah satu punca mengapa ibu bapa diabaikan . Hal ini dikatakan demikian kerana, anak anak mereka mempunyai kekangan waktu untuk menziarahi ibu bapa mereka . Sebagai contoh , mereka tidak mendapat kebenaran cuti panjang dari majikan mereka untuk pulang ke kampung . Hal ini menyebabkan, hubungan anak dan ibu bapa menjadi renggang . Oleh itu , anak-anak yang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing juga menjadi faktor pengabaian ibu bapa.

PERENGGAN ISI 3
Seterusnya, kurang didikan agama dan sikap bersyukur adalah faktor utama mengapa ibu bapa sering diabaikan oleh anak-anak mereka.

Hal ini dikatakan demikian kerana tanpa didikan agama yang mendalam, anak-anak mungkin tidak diajar mengenai pentingnya menghargai pengorbanan ibu bapa mereka.

Sebagai contoh, seorang anak yang tidak dididik dengan nilai-nilai agama mungkin menganggap pengorbanan ibu bapa mereka sebagai perkara biasa dan tidak perlu diberi penghargaan khusus.

Akibatnya, mereka mungkin menjadi tidak peka dan kurang sensitif terhadap keperluan serta perasaan ibu bapa mereka, menjadikan mereka lebih cenderung untuk mengabaikan ibu bapa apabila mereka semakin tua.

Oleh itu, kurangnya didikan agama dan sikap bersyukur menyumbang kepada pengabaian ibu bapa, dan oleh itu, adalah penting untuk memupuk nilai-nilai ini dalam diri anak-anak agar mereka dapat menghargai dan memberi perhatian kepada ibu bapa mereka.

PERENGGAN ISI 4
Selain itu , punca pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa ialah anak-anak menghadapi masalah kewangan . Hal ini dikatakan demikian kerana kos kehidupan yang tinggi terutama di kota telah mendesak beberapa ahli masyarakat untuk membiarkan ibu bapa mereka begitu sahaja . Golongan yang berpendapatan rendah sudah pasti akan mengalami masalah kewangan kerana kos hidup sudah terlalu tinggi untuk menyara keluarga sendiri apatah lagi menyara ibu bapa . Sebagai contoh , masyarakat berada dalam dilema sama ada mahu menyelamatkan keluarga sendiri bagi yang sudah berumah tangga atau membantu menjaga ibu bapa yang sudah tua . Kesannya , anak-anak tegar mengabaikan ibu bapanya demi mencari pendapatan hidup . Jelaslah bahawa , isu pengabaian ibu bapa banyak dikaitkan dengan aspek kewangan terutamanya golongan yang berpendapatan rendah kerana kos menjaga orang tua begitu tinggi .

PERENGGAN ISI 5
Disamping itu,perasaan dendam anak-anak terhadap ibu bapa mereka juga menyebabkan anak-anak mereka mengabaikannya.Hal ini terjadi kerana anak-anak mereka menginginkan ibubapanya sendiri yang merasakan apa sahaja yang mereka telah lakukan kepada anak mereka semasa dalam proses membesar.Seperti contoh, ibu bapa sering menggunakan kuasa veto mereka dengan cara mengabaikan kesihatan dan keperluan anak mereka sebagai hukuman.Hal ini kelamaan akan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan dendam yang mendalam terhadap ibu bapa mereka. Kesannya,anak-anak mereka akan mengabaikan ibubapa mereka dengan teruk akan ibubapa supaya mereka rasa dendam mereka terbalas .

PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat banyak punca yang menyebabkan ibu-bapa diabaikan oleh anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak perlulah menghargai jasa pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Semoga generasi yang akan datang lebih menghargai dan menyayangi ibu bapa mereka.