Latihan Topik 2 by siti nazilah

KONTRAK SOSIAL
Nyatakan kesan Kontrak Sosial terhadap perpaduan negara.

Kesan kontrak sosial terhadap perpaduan negara
Kontrak Sosial merupakan satu perjanjian di antara kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu di Malaysia. Kontrak Sosial ini diwujudkan supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Ia telah dipersetujui oleh wakil-wakil kaum semasa pembentukan negara Malaysia dahulu dan kini merupakan sebahagian daripada perlembagaan Malaysia.
Antara kesan kontrak sosial terhadap perpaduan negara,dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.Di samping itu,dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama.Seterusnya,dapat menentukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran rakyat dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.Selain itu,apat memupuk unsur taat setia kepada Negara.Dengan wujudnya kontrak sosial dapat mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi proses pembentukan negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat.Akhir sekali,ia juga menjamin hak-hak istimewa orang-orang Melayu.

Kontrak sosial terhadap perpaduan negara
Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

Dari segi bahasa pula, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Ia juga merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Kesan Kontrak Sosial terhadap perpaduan negara.
kontrak sosial merupakan wahana yang penting bagi mencapai tuntutan demokrasi dan sekali gus mewujudkan perpaduan kaum.  Pada umumnya, kontrak sosial mempunyai kepentingannya sendiri. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan masyarakat yang kental dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap kepentingan nilai saling memahami, menghormati dan bertolak ansur. Oleh itu, kontrak sosial merupakan semangat dalaman yang kepentingannya tidak semata-mata dapat dihujahkan melalui perundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi sejarah. Sehubungan itu, rakyat Malaysia khususnya generasi kini perlulah mengambil berat akan sejarah negara kita.  Kontrak sosial ialah persetujuan yang dicapai sebelum negara mencapai kemerdekaan dalam kalangan para pemimpin Melayu. Cina dan India dan parti yang diwakili oleh mereka iaitu, UMNO,MCA dan MIC. Kontrak sosial juga harus dianggap sebagai persetujuan kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu sahaja. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat yang dibuktikan dengan kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Oleh hal yang demikian itu, rakyat perlu benar-benar memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial yang dicapai itu sebenarnya melalui proses muafakat dan musyawarah. Melalui persefahaman dan permuafakatan yang dicapai melalui kontrak sosial, barulah kita berjaya membentukkan negara Malaysia. Akhir sekali,kontrak sosial merupakan asas penting perpaduan dan permuafakatan dalam kalangan penduduk berbilang kaum di negara kita.

Contoh dan sebab kontrak sosial diadakan adalah untuk  menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing.Selai  itu ingin memastikan kepentingan majoriti dan minoriti diambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing. Seterusnya adalah  memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikannya kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah pada masa depan.

kontrak sosial terhadap perpaduan negara
ZARIF AIMAN

perjanjian kontrak sosial merupakan perjanjian diantara semua kaum yang terdapat di malaysia iaitu melayu,cina dan india yang bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan kelompok.Dengan ada kontrak sosial masalah dapat diselesaikan dan perpaduan kaum dapat dicapai hasil dari perjanjian tersebut.

Selain itu,dengan adanya kontrak sosial negara dapat memastikan persetujuaan yang capai kekal dan diwarisi turun-temurun. Kesan dari persetujuaan ini juga negara dapat menggekalkan kemerdekaan sehingga ke hari ini.

Akhir sekali,ia juga dapat mewujudkan keadaan politik yang stabil di samping  untuk menjamin keselamatan,keamanan dan kesejahteraan rakyat.Dengan ada nya kesejahteraan rakyat masyarakat yang berbilang kaum,bangsa dan agama dapat hidup aman damai.Apabila masyarakat hidup aman damai tragedi 13 mei 1969 iaitu rusuhan kaum diantara melayu dan cina.

Kontrak sosial terhadap perpaduan negara.
Kontrak sosial merupakan istilah yang digunakan dalam bidang falsafah ,sains politik dan sosiobiologi bagi menjelaskan wujudnya persetujuan bersama secara sukarela di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan hak dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat . Dengan ada kontrak sosial,masalah dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.

Seterusnya, ia juga dapat dapat memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum, hak kebebasan asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan (1970), yang menghadkan kebebasan bercakap bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Akhir sekali,  Supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia dan dapat memupuk unsur taat setia kepada negara.

Kontrak sosial terhadap perpaduan negara. (Nuraishah)
Penolakan Malayan Union melahirkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan perjuangan kemerdekaan menghasilkan Perjanjian Kemerdekaan 1957.Kontrak sosial bukan sekadar sebuah dokumen mengenai peraturan dan cara pengendalian sseebuah negara. Namun yang lebih penting lagi ia asas kontrak sosial antara pelbagai komponen yang saling berkaitan.

Kontrak sosial antara orang Melayu sebagai kaum pribumi dengan kaum lain, antara raja dan rakyatnya dan negeri-negeri yang berdaulat dengan Persekutuan.

Melalui kontrak sosial itu, semua kaum diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain.

Kaum lain mendapat jaminan hak mengamalkan adat resam, bahasa dan agama masing-masing. Di samping hak mereka yang terpenting iaitu hak kewarganegaraan untuk berkongsi hidup sebagai rakyat di bumi Malaya ini.

Kontrak sosial terhadap negara. (AFIFAH)
Perpaduan merupakan proses yang menyatukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.  Seterusnya melalui idiologi negara, perpaduan adalah satu bentuk kerjasama atau usaha sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Tanah Melayu membuka mata penjajah Inggeris untuk memberikan kemerdekaan ke tanah melayu. Perpaduan kaum dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya memetingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing'. Semangat assabiah ini akan meninumbulkan pemusuhan antara kaum. Hasilnya Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain. Kestabilan politik negara dapat terjamin. Masyarakat juga dapat memupuk unsur taat setia kepada negara tercinta agar dapat menjamin kemerdekaan negara hingga ke masa hadapan.

Kontrak sosial terhadap negara(Dhurga)
Kontrak sosial dalam konteks politik Malaysia difahamkan sebagai pendalaman mengenai Perlembagaan negara tersebut di mana dikatakan adanya satu persetujuan di kalangan pemimpin atau kumpulan elit tertentu dan merupakan secara beri ganti melalui Perkara 14–1100000 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia. Istilah ini juga kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Seterusnya,konsep ini sangat dipertelingkahkan sebagai suatu cara membenarkan layanan tidak adil kepada masyarakat bukan Melayu di Malaysia oleh pihak kerajaan di bawah tanggapan Ketuanan Melayu, namun ia sangat dinafikan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang sangat berpengaruh sepanjang sejarah Malaysia. Malah, ada juga cendekiawan yang menyatakan bahawa istilah "kontrak sosial" itu langsung tidak wujud secara langsung dalam perlembagaan Malaysia - pengungkapan ini sendirinya datang daripada ucapan seorang wartawan dan ahli politik UMNO Abdullah Ahmad pada tahun 1986.

KONTRAK SOSIAL TERHADAP PERPADUAN NEGARA (ELANGO A/L VELLASAMY)
Kontrak Sosial merupakan satu perjanjian di antara kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu di Malaysia. Kontrak Sosial ini diwujudkan supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Ia telah dipersetujui oleh wakil-wakil kaum semasa pembentukan negara Malaysia dahulu dan kini merupakan sebahagian daripada perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia merupakan satu bentuk peringatan undang-undang
ntuk semua demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan semua. Selain itu, ia juga merupakan satu dokumen undang-undang asas yang menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki anggota-anggota negara ini. Perlembagaan juga merupakan undang-undang tertinggi negara dan panduan pemerintahan negara. Ia merupakan dokumen berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid. Tujuannya adalah untuk mengendalikan pentadbiran kerajaan yang memerintah dengan licin dan adil. Di antara Kontrak Sosial yang disebut dalam perlembagaan adalah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak Keistimewaan Orang Melayu, Kedaulatan Raja-Raja dan Sultan Melayu serta taraf kerakyatan melalalui Prinsip ‘Jus Soli’. Setiap warganegara Malaysia harus menyedari bahawa perlembagaan kita adalah hasil daripada sikap bertolak ansur setiap kaum. Ia adalah satu persetujuan yang luhur dan murni, hasil pertimbangan yang rumit terhadap berbagai-bagai kepentingan yang bertentangan. Tambahan pula, dengan adanya kontrak sosial kita dapat mewujudkan suatu negara yang aman dan murni .

Kontrak sosial terhadap perpaduan negara. (Sarah)
Sejarah perjanjian ini bermula apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874. Perjanjian ini memperkenalkan sebuah sistem yang mengurangkan kuasa raja dan keistimewaan orang Melayu iaitu Sistem Residen. Peranan seorang residen pada awalnya merupakan penasihat raja sahaja tetapi akhirnya mencampur tangan dalam urusan raja. Dengan adanya sistem residen, ekonomi yang dahulunya dimonopoli oleh raja dan pembesar melayu telah terjejas. Kemasukan orang asing ke dalam Tanah Melayu telah mengeksploitasikan hasil bumi. Dasar pecah dan perintah, diskriminasi kaum serta penempatan kaum mengikut kawasan dengan menempatkan orang Melayu di luar bandar, orang Cina di bandar dan orang-orang India di ladang-ladang getah berjaya memundurkan pencapaian orang Melayu dan membentuk tembok curiga di antara kaum.

Selepas itu, beberapa lagi sistem bagi mengkukuhkan lagi kuasa British di Tanah Melayu telah diperkenalkan dan digunakan. Di antaranya ialah penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan 1896 iaitu menggabungkan negeri Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Kononya perjanjian ini bertujuan untuk mengembalikan kuasa sultan. Kuasa pentadbiran bagi keempat-empat negeri tersebut berada dalam kuasa Residen-Jeneral. Selain itu, penubuhan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat juga telah banyak memberi banyak kesan negatif kepada pribumi dan raja serta pembesar Melayu.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah mengeruhkan keadaan dengan menambahkan lagi perasaan prasangka dan politik perkauman di antara kaum dengan melayan kaum Cina dengan teruk tetapi melayan baik kaum India dan kaum Melayu. Dasar penjepunan juga telah diperkenalkan dan ini mengetepikan bahasa ibunda masyarakat Melayu. Kuasa sultan dan pembesar juga tidak dikembalikan seperti yang dijanjikan sebelum Jepun mengalahkan pihak British.

Kontrak sosial terhadap perpaduan negara.(Jackhan)
Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada Kaum Melayu,Cina dan India menerusi parti yang mereka wakili, iaitu UMNO, MCA dan MIC.Kontrak sosial ini bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan kelompok.Dengan adanya kontrak sosial,masyarakat dapat hidup dengan aman dan masalah dapat diselesaikan. Seterusnya,melalui kontrak sosial itu, semua kaum diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain.Selain itu,kesan kontrak sosial yang lain adalah kestabilan  politik negara terjamin dan

kestabilan kuasa pemerintah.Tambahan pula,ia juaga dapat memupuk unsur taat setia kepada negara.Akhir sekali,Jika tiada kontrak sosial, mungkin negara kita gagal mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana penjajah British ketika itu menjadikan pemuafakatan kaum sebagai prasyarat untuk membolehkan Malaya diiktiraf sebagai negara merdeka.

Kontrak sosial terhadap perpaduan negara.(Haanushia Ravindran)
- Kontrak Sosial diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaya 1957, kemudian diterjemahkan semula dalam Perlembagaan Malaysia 1963.

- Sebenarnya Perlembagaan merupakan rujukan aspirasi dan pelan induk negara. Perlembagaan juga adalah kerangka asas yang terhasil daripada perjanjian dan permuafakatan antara etnik-etnik di Malaysia dalam pembentukan negara bangsa ini.

- Apa yang merungsingkan ialah pertikaian ke atas kontrak sosial iaitu kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan agama Islam dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera. Dalam konteks ini mana-mana pindaan ke atas kontrak sosial akan menyebabkan terbatalnya keseluruhan perjanjian kontrak sosial yang ditandatangani sewaktu kemerdekaan.

- Perlu diingatkan, sewaktu Tunku Abdul Rahman berusaha mendapatkan kemerdekaan, beliau perlu mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu untuk menyerahkan hak eksekutif negeri kepada kerajaan Pusat. Ini disebabkan dalam sistem pemerintahan Persekutuan, kerajaan Pusat mempunyai kuasa lebih dominan ke atas kuasa kerajaan negeri yang terletak di bawah kuasa raja.

- Berikutan struktur kuasa Persekutuan, British telah memberikan beberapa syarat kepada Tunku untuk menyempurnakannya sebelum Tanah Melayu diberikan kemederkaan. Ini dikaitkan dengan sistem pemerintahan negeri-negeri di Tanah Melayu oleh British.

- Bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, raja-raja Melayu mempunyai kuasa lebih dominan berbanding kuasa residen. Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kuasa residen lebih dominan berbanding kuasa raja.

- Implikasinya menyebabkan kuasa raja mempunyai dua dimensi yang berbeza apabila sistem residen digantikan dengan sistem menteri besar semasa proses untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Permasalahan ini berjaya diselesaikan oleh Tunku dengan pertukaran kedaulatan raja-raja Melayu dan penerusan kesinambungan Majlis Raja-Raja Melayu yang ditubuhkan melalui Durbar pada 1897. Akibatnya kuasa-kuasa raja-raja Melayu diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Tanpa adanya persetujuan raja-raja Melayu, Tanah Melayu tidak mungkin merdeka seperti hari ini.

Begitu juga soal pertukaran kewarganegaraan dengan hak istimewa kaum pribumi dan kedudukan Islam. Ketika Tanah Melayu inginkan kemerdekaan, British telah menawarkan dua pilihan kepada rakyat bukan kaum pribumi atau imigran iaitu sama ada ingin menjadi warganegara British atau kembali kepada negara ibunda.

Tetapi pada masa tersebut, beberapa pemimpin bukan kaum Pribumi iaitu pemimpin Cina dan India telah merayu kepada British untuk menerima mereka sebagai sebahagian rakyat Tanah Melayu. Maka, British menyerahkan urusan ini kepada Tunku untuk menyelesaikannya sebagai prasyarat kemerdekaan.
Maka dalam rundingan itu, kedua-dua pihak iaitu kaum pribumi diwakili Tunku dan wakil-wakil raja Melayu dan kaum bukan pribumi diwakili Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambathan bersetuju untuk memeterai satu perjanjian persefahaman ke arah kemerdekaan Tanah Melayu. Perjanjian persefahaman kemerdekaan ini dilaksanakan dalam Rombongan Kemerdekaan menaiki kapal laut pada 1956.

Kontrak sosial terhadap perpaduan negara (Hema)
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum meliputi Melayu, Cina, India. Kesan Kontrak sosial ialah persetujuan dicapai sebelum merdeka dalam kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India, masing-masing menerusi parti yang mereka wakili, iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Sama ada bersetuju atau tidak, kontrak sosial ialah persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu.

Pemuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan pada Pilihan Raya Pertama 1955. Ini dengan sendirinya memerlukan rakyat memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.Selain itu, salah faham merupakan kesan seterusnya. Mereka perlu memahami hak istimewa Bumiputera mencakupi kontrak sosial, iaitu bukan Melayu diberikan kewarganegaraan berdasarkan syarat tertentu, manakala Bumiputera pula diberikan perlindungan melalui artikel dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa.

Pemuafakatan itu tidak hanya terikat kepada masa tertentu sehingga mereka membuat andaian kononnya tidak lagi relevan sekarang. Itu persepsi silap yang perlu diperbetulkan.Akhlak yang baik membentuk masyarakat yang mempunyai peradaban tinggi.

Kontrak sosial merupakan istilah yang digunakan dalam bidang falsafah, sains politik dan sosiologi bagi menjelaskan wujudnya persetujuan bersama secara sukarela di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan hak dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat. Dalam konteks Malaysia, kontrak sosial merujuk kepada perjanjian yang dibuat oleh para pengasas kemerdekaan negara dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Ini adalah mengenai perlembagaan Malaysia sebagai suatu ‘Kontrak Sosial’ yang menstrukturkan sistem sosial Malaysia di negara yang bersifat majmuk, dimana Kontrak Sosial merupakan satu persemuafakatan dan perkongsian murni antara kaum di Malaysia. Penggubalan Perlembagaan merupakan satu proses rundingan kontrak sosial di mana umat Melayu bersedia melepaskan sebahagian dari hak-hak mereka manakala kaum-kaum bukan Melayu berjanji menerima syarat-syarat agar disahkan menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Hak keistimewaan Melayu, Kedudukan Raja-Raja Melayu, Agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta taraf kerakyatan melalui Prinsip ‘Jus Soli’ merupakan sebahagian daripada kandungan dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui. Malangnya kontrak sosial ini kini semakin dilupakan oleh kaum-kaum bukan Melayu dan segelintir umat Melayu. Akibatnya, secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit kedudukan umat Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya dikompromikan.Kesannya ialah perpaduan kaum dapat dicapai, kemerdekaan berjaya dikekalkan, kestabilan politik negara tercapai dan masyarakat majmuk dan Amanda damai

KONTRAK SOSIAL TERHADAP PERPADUAN NEGARA (LAKSHMI A/P TAMIL CHEL WAM)
Perpaduan menekankan kepada sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup secara bersama . Ianya tercapai dengan sikap saling  hormat - menghormati dan sikap toleransi antara satu sama lain. Perpaduan masyarakat juga mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau' dalam belukar , melepaskan pucuk masing - masing . Semangat assabiah ini menimbulkan permusuhan antara kaum . Hasilnya ,Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid .Lantaran itu , perpaduan mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadi negara kita sebuah negara yang dihormati oleh negara lain . Konklusinya , pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum . Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan

Kesan kontrak sosial terhadap perpaduan negara (HARI PRASATH)
Kontrak sosial merupakan sesuatu perjanjian yang ditubuhkan diantara penduduk negara kita . Perjanjian ini melibatkan penduduk agama islam dan penduduk bukan islam seperti kaum hindu dan cina . Perjanjian ini telah ditubuh dengan persetujuan pemimpin pemimpin pelbagai kaum untuk mendapatkan kerjasama pelbagai kaum dengan sepenuhnya
Antara kesan kontrak sosial adalah untuk menjamin aman dan kesejahteraan penduduk-penduduk tanah melayu . Hal ini demikian kerana perpaduan diantara kaum di sesebuah negara wajib dikukuhkan untuk membangunkan sesebuah negara dan untuk menjadikan negara sebagai negara yang maju dalam pelbagai bidang seperti ekonomi ,sosial dan politik. Walaupun perjanjian ini telah ditubuh lama dahulu tetapi ia menjadi asas kepada perpaduan yang dikekalkan sehingga hari ini di negara kita
Selain itu , kontrak sosial ini membawa impak yang positif seperti melahirkan perasaan kesetiaan kepada kerajaan. Perasaan kesetian kepada kerajaan atau negara ini amat penting kerana ini dapat mengelakkan para penduduk daripada melakukan perkara yang negatif atau perkara yang boleh mencemar imej negara . Melalui ini kerajaan juga dapat mengetatkan hubungannya dengan penduduk . Kerajaan juga dapat memuaskan keperluan rakyat apabila rakyat kerja berganding bahu untuk memajukan negara

Kontrak Sosial Terhadap Perpaduan Negara ( Chang Huai Sheng)
Sebagai sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, agama, budaya, bahasa dan latar belakang ekonomi dan mengamalkan sistem demokrasi, keamanan di Malaysia amat penting sebagai satu jaminan untuk mencapai kemakmuran.  Pada umumnya, kontrak sosial mempunyai kepentingannya sendiri. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan masyarakat yang kental dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap kepentingan nilai saling memahami, menghormati dan bertolak ansur.  Kontrak sosial diadakan adalah untuk  menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing , memastikan kepentingan majoriti dan minoriti diambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing , memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan dan  memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikannya kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah pada masa depan .