KUMPULAN 8 - ISU ASTRONOMI ISLAM by Najiha

Ritual Agama dan Kepercayaan semasa Fenomena Gerhana
Gerhana adalah fonemena yang terjadi ketika bayangan suatu objek bergerak di hadapan objek lain untuk memblok cahayanya. Dengan kata lain, gerhana boleh diertikan sebagai peristiwa astronomi yang terjadi apabila bayangan suatu benda terhalang oleh benda yang lain.

Gerhana terbahagi  kepada dua jenis iaitu, gerhana matahari dan gerhana bulan. Adapun, gerhana matahari terjadi apabila bayangan bulan menutupi matahari, sehingga cahaya keseluruhannya tidak menyentuh permukaan bumi dan menyebabkan bumi tidak menerima cahaya dari matahari. Yang kedua ialah gerhana bulan, iaitu dimana peristiwa ini terjadi ketika bahagian yang paling gelap pada lingkaran matahari menutupi cahaya bulan.

Gerhana ini juga merupakan salah satu kajian utama di dalam ilmu falak. Selain itu, gerhana sering dikaitkan dengan hal-hal yang mistik. Hal ini adalah kerana kurangnya pengetahuan sesebuah masyarakat terhadap gerhana matahari dan bulan yang menyebabkan mereka membuat kepercayaan sendiri terhadap mitos gerhana bulan atau matahari.

Najihah Binti Azmi
NAMA : NAJIHAH BINTI AZMI
TAHUN 2
JABATAN : JABATAN SYARIAH (ASTRONOMI ISLAM)
ASAL : MELAKA

Asni Binti Saip
NAMA : ASNI BINTI SAIP
TAHUN : 2
KURSUS : IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH (FALAK)
ASAL : KOTA BELUD, SABAH

Faqihah Binti Abdul Samad
NAMA : FAQIHAH BINTI ABDUL SAMAD
TAHUN : 2
KURSUS : SARJANA MUDA SYARIAH (FALAK)
ASAL : TEMERLOH, PAHANG

Nurul Fatin Fatihah
NAMA: NURUL FATIN FATIHAH BINTI MAHADIR
TAHUN: 2
KURSUS: SARJANA MUDA SHARIAH FALAK
TEMPAT TINGGAL: KUBANG PASU, KEDAH

Ritual Agama dan Kepercayaaan Semasa Fenomena Gerhana

Gerhana dari Perspektif Astronomi
Gerhana merupakan fenomena di mana bayangan suatu benda terhalang oleh benda yang lain. Terdapat dua jenis gerhana iaitu, gerhana matahari dan gerhana bulan. Gerhana matahari berlaku apabila bulan beredar mengelilingi bumi dan melalui kedudukan antara matahari dan bumi, dlam keadaan sejajar. Susunan matahari, bulan dan bumi  menjadi sebaris hanya berlaku apabila bulan berada dalam fasa bulan baru (New Moon). Manakala gerhana bulan pula terjadi ketika bumi berada di antara matahari dan bulan.

Pandangan Islam terhadap Fenomena Gerhana
Fenomena seperti ini pastinya mempunyai kefahaman sendiri bagi sesebuah tamadun yang menjelaskan tentang kejadian fenomena gerhana. Kefahaman ini lazimnya dipengaruhi oleh agama dan budaya intelektual sesebuah masyarakat. Contohnya Tamadun Cina yang mempercayai bahawa gerhana Matahari berlaku ketika naga yang telah keluar dari laut sedang berusaha menelan Matahari. Contoh lainnya adalah orang-orang Jawa dan Bali percaya bahawa gerhana berlaku angkara Dewa Batara Kala yang sedang menelan Matahari. Ini merupakan sedikit contoh tentang kefahaman dari dua buah tamadun.

Akan tetapi dalam kefahaman Islam, gerhana merupakan fenomena samawi yang menjadi kayu ukur kepada tahap intelektual masyarakat. Perkara ini telah diterjemah dengan sempurna dalam al-Quran:

إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَـٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ ١٩٠ ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمًۭا وَقُعُودًۭا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَـٰطِلًۭا سُبْحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ ١٩١

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

(Surah Ali ‘Imran ayat 190-191)

Ritual Agama Islam dan Agama Lain serta Kepercayaan semasa Fenomena Gerhana

1) Masyarakat di Malaysia
Masyarakat Melayu

Majoriti masyarakat Melayu di Malaysia beragama islamSecara umumnya masyarakat Melayu di Malaysia tidak mempunyai kepercayaan khurafat tentang peristiwa gerhana bulan dan matahari.Hal ini kerana , masyarakat di sini mendapat ajaran agama yang cukup daripada pihak-pihak agama atasan. Oleh disebabkan itu, Masyarakat Melayu di Malaysia ini mengamalkan ritual agama yang berlandaskan syariah islam , di mana ketika berlaku gerhana bulan atau matahari , masyarakat ini akan melakukan solat sunat gerhana seperti yang diperintahkan oleh agama islam.Kesimpulannya, Masyarakat Melayu di Malaysia megamalkan ritual agama berdasarkan kepercayaan terhadap agama islam dan berlandaskan syariat islam.

Masyarakat India

Masyarakat yang beragama hindu - Berdasarkan laporan artikel berita “astro awani.com”,pada 13 januari 2018, salah satu komuniti hindu “malaysia hindu sangam(mhs), menyatakan bahawa kuil hindu tidak boleh dibuka mahupun mengadakan upacara keagamaan semasa berlakunya fenomena gerhana bulan pada sambutan hari Thaipusam. Presidennya, Datuk Rs Mohan Shan berkata masyarakat Hindu di seluruh dunia secara amnya berpegang kepada kepercayaan tersebut kerana mereka mempunyai kepercayaan bahawa fenomena gerhana akan memberi impak negatif kepada mereka.Semasa fenomena gerhana, kuil tidak akan dibuka sepanjang tempoh gerhana dan masyarakat hindu juga tidak digalakkan untuk keluar rumah kerana bimbang akan impak negatif fenomena tersebut kepada mereka.Menurut laporan artikel tersebut,gerhana dijangkan berlaku sekitar jam 7.48 malam dan berakhir 11.11 malam pada 31 januari 2018.Sebagai inisiatif kepada masyarakat hindu pada waktu tersebut, penganut hindu dinasihatkan agar menunaikan nazar atau menjalankan upacara keagamaan sebelum jam 7;30 malam atau selepas 11:20 malam pada hari berkenaan.Kuil Balathandayuthapani di Georgetown, Pulau Pinang dan Kuil Sri Subramaniya Swami di Sungai Petani, Kedah, dilaporkan akan ditutup semasa waktu gerhana bulan itu.Kuil hindu di negara lain seperti Singapura dan India juga mengambil langkah yang sama iaitu menutup kuil semasa fenomena gerhana kerana mereka percaya bahawa fenomena gerhana akan memberi impak negatif kepada mereka.

Kepercayaan masyarakat Bajau

Pantang larang yang menjadi amalan masyarakat ini ketika gerhana adalah sekiranya rumah didirikan ketika gerhana dipercayai menghadapi kesukaran pada masa depan.

Kepercayaan masyarakat Dayak

Masyarakat ini pula menyambut gerhana bulan dengan mengadakan upacara 'Buratn Tangkap Perahu Api'. Ritual ini merupakan tradisi dan dilakukan rutin jika berlaku gerhana. Ritual adat ini dipercayai mereka adalah untuk mencegah hawa panas yang dapat merosak kehidupan manusia kerana dalam gerhana membawa hawa panas yang dapat memggugurkan bunga, buah, padi dan sebagainya. Gerhana bulan bagi Suku Dayak memiliki makna baik dan buruk.

2) Masyarakat di Indonesia
Ritual masyarakat di daerah barru sulawesi selatan
Masyarakat Daerah Barru (Sumpang Binangae) di desa Sumpang Binangae merupakan salah satu masyarakat di Sulawesi Selatan Indonesia.Masyarakat di sini akan mendapat arahan dari pemerintah untuk menutup pintu dan jendela ketika terjadinya gerhana matahari.Hal ini kerana, mereka mempercayai bahawa gerhana matahari dapat mengakibatkan penyakit buta pada mata.Pada tahun 1990-an, terdapat kepercayaan bahawa gadis-gadis diharuskan keluar rumah untuk mengambil bunga mawar dan menjadikannya bedak.Hal ini dikatakan bahawa bedak yang dibuat saat gerhana bulan terjadi dapat mendatangkan jodoh.Sebelum tahun 1990-an, para gadis digalakkan untuk keluar rumah bagi memetik bunga mawar.Bunga yang telah didapatkan dicampurkan ke dalam air yang akan digunakan untuk mandi pada saat terjadi gerhana, atau pada waktu pagi saat gerhana telah selesai.

Ritual masyarakat di kepulauan Selayar Jawa Indonesia

Masyarakat Kepulauan Selayar merupakan salah satu masyarakat jawa Indonesia.Ketika sehari sebelum gerhana matahari, pemerintah masyarakat di Kepulauan Selayar menasihatkan rakyatnya agar tidak keluar rumah.Mereka juga dinasihatkan agar tidak membuka tingkap dan langsir supaya tidak terkena cahaya matahari yang boleh menyebabkan kebutaan.Oleh yang demikian, mereka mencari daun pisang dan daun kelapa untuk digunakan membuat ketupat, dan makanan ini akan dimakan di dalam kelambu saat terjadinya gerhana matahari kerana mereka meyakini ada seekor naga yang akan memakan matahari. Oleh itu, mereka sepakat untuk makan tengah hari mereka di dalam rumah masing-masing.Kelambu dipercayai dapat menghalangi cahaya obor yang digunakan di dalam rumah.

Ritual mandi kehamilan masyarakat desa sengeti, kampung sekernan, daerah muaro jambi indonesia
Ritual ini dilakukan ketika terjadinya gerhana bulan, dan kekerapan seseorang itu perlu melaksanakannya adalah bergantung kepada kekerapan berlakunya gerhana bulan sepanjang proses kehamilannya.Ritual ini merupakan tradisi wajib bagi wanita yang hamil dari kalangan masyarakat ini, kerana dipercayai dapat menghindari seseorang itu daripada segala perkara yang tidak baik, dan diselamatkan daripada segala perkara yang buruk.Masyarakat ini meyakini bahawa ia juga merupakan antara salah satu bentuk berdoa bagi menjamin keselamatan ibu dan anak yang dikandungnya.Semasa ritual ini dijalankan, terdapat beberapa kelengkapan yang wajib disediakan. Antaranya ialah air, kuali, dan bunga 7 warna sekiranya ada. Setelah semuanya lengkap, wanita yang hamil tersebut akan dimandikan oleh orang tuanya atau sesiapa sahaja yang mengetahui proses ritual tersebut secara terperinci.Ritual ini juga digelar sebagai ritual mandi gerhana dalam masyarakat mereka.

3) Masyarakat di Negara India
Masyarakat di negara India juga tidak terlepas daripada mempunyai kepercayaan tersendiri berkaitan fenomena gerhana. Mereka berpegang kepada kepercayaan bahawasanya terdapat seekor naga yang bertanggungjawab atas kejadian fenomena-fenomena gerhana tersebut. Hal ini menyebabkan semasa berlakunya fenomena gerhana, masyarakat di negara itu akan bertindak untuk membenamkan diri mereka ke dalam air sehingga ke paras leher, dengan tujuan dan harapan agar matahari dapat mempertahankan dirinya daripada naga tersebut.

Kepercayaan ini juga dikuatkan lagi dengan pembuktian melalui laporan berita yang dikeluarkan oleh akhbar Sinar Harian pada tarikh 28 Disember 2019. Kenyataan akhbar dari laporan berita tersebut memaklumkan bahawa terdapat sekumpulan ibu bapa yang mempunyai kepercayaan akan “ritual penyembuhan” ketikamana fenomena gerhana matahari cincin di negara tersebut berlaku. Hal yang demikian itu menyebabkan mereka telah bertindak menanam anak-anak mereka secara hidup-hidup kerana berpegang kepada kepercayaan mereka.

Secara terperincinya, semasa ritual tersebut dijalankan, terdapat kira-kira 10 orang kanak-kanak telah dicampakkan ke dalam lubang lalu dibenamkan dengan lumpur. Setelah itu mereka ditanam sehingga mencecah ke paras leher dan dibiarkan berada dalam keadaan sebegitu sehingga fenomena gerhana tamat. Menurut sumber maklumat yang diperolehi daripada penduduk setempat, kepercayaan yang dipegang oleh ibu bapa yang terlibat dalam ritual tersebut adalah disebabkan mereka mendapat maklumat akan kelebihan matahari yang didakwa dapat menyembuhkan anak-anak mereka. Oleh disebabkan hal yang demikian juga, pasukan petugas dan penyelamat telah datang dan bertindak menyelamatkan anak-anak tersebut serta menasihati golongan ibu bapa tersebut bahawasanya kepercayaan mereka itu hanyalah kepercayaan karut semata-mata.

4) Kepercayaan Masyarakat di Negara Jepun
Di negara Jepun, turut terdapat juga kepercayaan segelintir masyarakat berkenaan fenomena gerhana. Oleh kerana negara ini terkenal dengan jolokan negara matahari terbit, maka ia lebih melibatkan kepercayaan berkaitan fenomena gerhana matahari, iaitu kepercayaan agama Shinto yang menyembah Tuhan Matahari.

Ritual kepercayaan ini berkaitan dengan ritual keagamaan mereka, dan ia akan dilaksanakan hanya ketika berlakunya fenomena gerhana matahari.

Pada zaman dahulu, masyarakat purba Jepun yang menganut kepercayaan agama Shinto iaitu agama yang menyembah Tuhan Matahari ini mempunyai kepercayaan bahawa racun-racun akan disebarkan ketikamana berlakunya fenomena gerhana matahari. Oleh hal yang demikian, mereka akan bertindak untuk menutup segala telaga dan perigi-perigi bagi mengelakkan racun-racun itu akan tersebar ke dalam air telaga dan perigi mereka. Dan setelah itu, mereka akan melaksanakan ritual menggantung tangkal azimat yang diperbuat daripada batu di atas pokok-pokok. Bagi mereka, hal ini dianggap akan memberikan perlindungan kepada mereka daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Fenomena Gerhana dari Perspektif Agama Islam
Fenomena gerhana adalah merupakan satu fenomena yang bukan berlaku secara kebetulan namun ia adalah merupakan suatu "Sunnahtullah" yang telah diaturkan oleh Allah Taala. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Fath ayat 23,

سُنَّةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ ٱللَّهِ تَبْدِيلًۭا ٢٣

Maksudnya: "Sebagaimana suatu sunnatullah yang berlaku  dahulu kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu."

Kekuasaan Allah tidak dapat diukur oleh kemampuan manusia secara khususnya atau pada makhluk secara umumnya. Fenomena yanag sangat indah ini hanyalah tidak lain merupakan salah satu daripada bukti kekuasaan Allah di dalam peredaran Bulan, Matahari dan Bumi.

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW telah bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ يُرِيهِمَا عِبَادَهُ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ ‏

Maksudnya : "Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang".

Riwayat al-Bukhari (1058) dan Muslim (901)

Dalil al-Quran Tentang Fenomena Gerhana
وَمِنْ ءَايَـٰتِهِ ٱلَّيْلُ وَٱلنَّهَارُ وَٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ ۚ لَا تَسْجُدُوا۟ لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُوا۟ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ٣٧

Maksudnya : "Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sujud kepada matahari dan janganlah (pula) sujud kepada bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika betullah kamu hanya menyembah kepada-Nya." (Surah Fussilat : ayat 37)

Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya iaitu al-fiqh al-islami wa Adillatuh mengatakan bahawa ayat ini merupakan dalil yang menetapkan pensyariatan solat gerhana.

Ibnu Khuwaiz Mandad sebagaimana dipetik oleh al-Qurtubi mengatakan bahawa ayat ini merupakan ayat yang mengandungi perintah untuk dilaksanakan solat gerhana,baik gerhana matahari mahupun gerhana bulan.

Kesan dan Hikmah Fenomena Gerhana
Daripada analisis nas-nas yang berkaitan dengan fenomena gerhana, terdapat tiga perkara yang menjadi kesan daripada fenomena gerhana ini di muka bumi ini iaitu ibadah, sains dan mitos.

1) Ibadah:

Berdasarkan kepada penelitian kepada nas al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan gerhana, terdapat 8 ibadah yang disyariatkan untuk dilakukan ketika terjadinya fenomena gerhana kepada umat Islam iaitu:

Melaksanakan solat sunat gerhana sama ada secara berjemaah atau secara bersendirian.

Memanggil orang untuk berkumpul melaksanakan solat sunat gerhana secara berjemaah dengan kalimat seruan "al-Shalatu Jami'ah".

Berzikir (Tasbih, Tahmid, Tahlil, Takbir)

Berdoa.

Beristighfar.

Bersedekah.

Memerdekakan hamba.

Berkhutbah.

2) Sains:

Adanya fenomena gerhana ini membuatkan manusia bergerak untuk mendekati objek tersebut dengan pendekatan sains. Kesannya lahirlah pelbagai teori, penemuan dan manfaat seiring dengan usaha mereka. Pada masa kini, dengan pendekatan ilmu astronomi, kita boleh membuat perkiraaan bilakah gerhana akan berlaku atau sebaliknya iaitu mengetahui fenomena gerhana yang telah lama berlaku dengan perkiraan yang tepat serta kita juga boleh mengklasifikasikan gerhana kepada beberapa jenis dan bentuk. Bahkan, kesan gerhana kepada alam sekitar/persekitaran juga kini dapat ditemukan.

Berdasarkan daripada artikel "Fenomena gerhana matahari dan kesannya untuk Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-9, 7-10 Jun 2009",  Universiti Teknologi Malaysia, sebuah kajian telah dilaksanakan semasa berlakunya fenomena Gerhana Matahari Cincin di Indonesia pada 26 Januari 2009. Berdasarkan daripada kajian tersebut, didapati terdapat tiga kesan fenomena gerhana matahari kepada persekitaran iaitu:

Bacaan suhu persekitaran.

Sebuah eksperimen dilakukan dengan objektif untuk mengukur perubahan suhu persekitaran ketika berlakunya gerhana Matahari cincin dengan menggunakan 2 unit alal SQM-L untuk mengukur bacaan suhu persekitaran. 1 unit dihalakan ke arah ufuk dan satu unit lagi dihalakan ke arah zenit. Perubahan suhu tersebut dilihat sepanjang proses gerhana hingga tamatnya sentuhan keempat iaitu setelah cakera Bulan dan cakera Matahari terpisah.

Bacaan suhu mula direkodkan pada jam 16:10 waktu Malaysia iaitu 10 minit sebelum dianggarkan berlakunya sentuhan pertama gerhana (jam 16:20). Kemudian, bacaan diteruskan setiap selang beberapa minit sehingga tamat gerhana iaitu selepas berakhirnya sentuhan keempat apabila cakera Bulan keluar daripada Matahari sepenuhnya. Daripada graf yang telah direkodkan , didapati ketidaktekalan pada bacaan graf terutama pada bacaan suhu yang direkod melalui SQM-L. Walaubagaimanapun, satu corak minimum telah dipaparkan dengan bacaan yang lebih tekal dari jam 17:20 hinggan jam 18:20 iaitu 20 minit sebelum sentuhan kedua hingga 30 minit sebelum sentuhan keempat.

Kecerahan langit.

Kajian kecerahan langit juga dilakukan semasa berlakunya gerhana tersebut. Walau bagaimanapun, bacaan kecerahan langit tidak dapat diperolehi dari mula kerana alat pengukur kecerahan tidak dapat membaca pada keadaan yang sangat terang iaitu bawah nilai 6 mag. Bacaan tersebut hanya dapat diperolehi pada jam 17:20 iaitu 18 minit sebelum maksimum gerhana tercapai iaitu ketika cakera Bulan menutupi cakera Matahari sebanyak 63.62%. Semasa menjalankan kajian ini, alat SQM-L telah digunakan untuk mengukur kecerahan langit dalam unit magnitud per arka saat persegi.

Kesan-kesan lain (keadaan air laut).

Selain daripada kajian saintifik, pemerhatian juga dilakukan ke atas air laut di tempat kejadian gerhana berlaku. Air laut yang mulanya berombak menjadi tenang semasa gerhana pada masa maksima. Keadaan air laut yang berombak  ini adalah disebabkan oleh perubahan graviti. Fenomena gerhana adalah berlaku melibatkan ketiga-tiga jasad samawi iaitu Matahari, Bulan dan Bumi berada atau hampir membentuk satu garis lurus. Keadaan ini menyebabkan tarikan graviti yang lebih kuat wujud akibat pengaruh Matahari dan Bulan terhadap Bumi.

3) Mitos:

Selain kesan ibadah dan sains, gerhana juga melahirkan berbagai mitos di masyarakat akibat keterbatasan ilmu pengetahuan dan kurangnya keyakinan spritual. Sejak zaman Nabi, kewujudan mitos gerhana ini sudah ada. Dalam beberapa riwayat ditemukan ungkapan Nabi yang mempertegas adanya mitos-mitos dan keyakinan yang tumbuh di masyarakat dibalik peristiwa gerhana. Mitos yang paling popular dikalangan masyarakat Arab jahiliyyah pada masa itu ialah gerhana terjadi akibat adanya orang penting yang meninggal dunia. Oleh kerana itu, seperti ketika Ibrahim (anak Nabi SAW) meninggal dunia, fenomena gerhana juga berlaku sehinggakan Nabi mendengar ada orang yang mengaitkan peristiwa gerhana tersebut dengan kematian putranya. Kemudian, Nabi SAW tampil berkhutbah di hadapan sahabat untuk menghapus mitos tesebut. Baginda berkata "sesungguhnya gerhana matahari dan gerhana bulan tidaklah mengalami fenomena gerhana akibat kematian atau kelahiran seseorang, sebab matahari dan bulan hanyalah merupakan dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah". Berdasarkan sikap Nabi SAW tersebut, ia menjadi dalil tentang perlunya menghapus mitos yang mengkait-kaitkan fenomena alam seperti gerhana dengan persoalan hidup dan mati, untung dan rugi, sakit dan sihat, serta datangnya bala atau rezeki yang akan menimpa diri, keluarga, masyarakat kerana semua makhluk tercipta dan berjalan sesuai takdirnya yang telah ditetapkan oleh Allah.

Senarai Rujukan
Dulsukmi Kasim (2018). Fikih Gerhana : Menyorot Fenomena Gerhana Persfektif Hukum Islam. Jurnal Al-Mizan vol.14 No.1

Azman Mat Nor, Chin Wei Loon, Mohd Hafiz, Mohd Zambri Zainuddin, Saedah Haron (2009). Fenomena gerhana matahari dan kesannya. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-9, 7-10 Jun 2009, Universiti Teknologi Malaysia.https://eprints.um.edu.my/11031/1/fenomena_Gerhana_Matahari.pdf

Khairul Anuar Bin Yazid, Bayan Al-Falak Siri 1 : Fenomena Gerhana Bulan Bukti-bukti Kekuasaan dan Kebesaran Allah, 2018 (https://muftiwp.gov.my/falak/bayan-al-falak/2532-bayan-falak-siri-1-fenomena-gerhana-bulan-bukti-kekuasaan-dan-kebesaran-allah-taala)

Husnul Fahriah, Alimuddin, A. Intan Cahyani (2022). Hisabuna: Analisis Hukum Islam terhadap Perspektif Masyarakat Kelurahan Mampotu Kecamatan Amali Kabupaten Bone terhadap Gerhana Bulan. Jurnal No.3.

Reno Juari (2021). Makna Filosofis Ritual Mandi Kehamilan pada Waktu Gerhana Bulan di Kelurahan Sengeti Kecamatan Sekernan Kabupaten Muaro Jambi. (Doctoral dissertation, UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi)

N Haristiani, A Rusli, A S Wiryani, A B D Nandiyanto, A Purnamasari, T N Sucahya and N Permatasari (2018). What are the Perspectives of Indonesian Students to Japanese Ritual during Solar Eclipse?

JANI, M. F. B. (2016). ANALISIS CERAPAN DAN HISAB KE ATAS PERISTIWA GERHANA BERDASARKAN ILMU FALAK. http://eprints.usm.my/31630/1/Mohamad_Faizal.pdf

Mufidah, N., Latuconsina, M., & Sohrah. (2022). PERISTIWA GERHANA MATAHARI DAN BULAN PERSPEKTIF BUDAYA DAN ILMU FALAK. HISABUNA: Jurnal Ilmu Falak, 3(1), 111–130.

(2023). Retrieved February 5, 2023, from Astroawani.com website: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kuil-hindu-tidak-boleh-dibuka-ketika-fenomena-gerhana-mhs-165519

Movie : Graviti