cara menjaga kebersihan diri by 初一13(48)黄振治 WONG ZHENZHI

isi 1
Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari adalah sangat penting dalam menjaga kebersihan anggota badan dan mencegah jangkitan kuman. Mandi setiap hari merupakan sebahagian daripada langkah-langkah atau tip penjagaan kebersihan diri kerana anggota badan dapat dibersihkan dari peluh, kotoran, dan kuman. Tip mandi yang berkesan adalah dengan menggosok seluruh badan dengan menggunakan sabun yang sesuai bagi menanggalkan daki, kotoran, dan kuman daripada badan.

Selesai mandi, keringkan tubuh badan anda dengan tuala yang bersih dan seterusnya pakai pakaian yang bersih. Jangan berkongsi tuala dengan individu lain. Di Malaysia, Bahagian Pendidikan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan rakyat Malaysia untuk mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Bagi mereka yang banyak berpeluh lebih-lebih lagi kita yang tinggal di negera beriklim panas seperti Malaysia, anda digalakkan memakai deodorant agar dapat menghindarkan daripada bau yang kurang menyenangkan. Namun begitu, pilih deodorat semulajadi agar tidak terdedah dengan risiko kesihatan lain.

isi2
Kulit muka anda adalah kawasan yang sensitif, oleh itu, elakkan mencuci muka menggunakan sabun mandi biasa. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. Bagi wanita yang mengenakan solekan, tanggalkan solekan dengan menggunakan cecair khas sebelum mencuci muka anda. Elakkan memakai solekan terlalu lama atau membawanya tidur kerana ini boleh merosakkan kulit anda.

isi3
Selain mencuci rambut ketika mandi, anda juga boleh pergi ke salon rawatan rambut untuk mencuci rambut dan mendapatkan rawatan rambut sekali sekala, terutamanya jika rambut anda bermasalah. Cara mencuci rambut yang terbaik adalah dengan menggunakan syampu yang sesuai kemudian dibilas. Perapi rambut juga boleh digunakan untuk mendapatkan rambut yang lembut.

Anda dinasihatkan untuk melihat pek atau botol produk penjagaan rambut anda sebelum menggunakannya. Sesetengah produk perlu dibilas dengan air, dan ada yang tidak perlu. Penggunaan produk penjagaan rambut yang salah boleh menyebabkan masalah lain seperti kelemumur atau kerosakan rambut.

Kekerapan mencuci rambut yang disarankan adalah sekurang-kurangnya sekali seminggu. Namun, jika anda kerap berpeluh atau terdedah kepada persekitaran yang berhabuk atau kotor, cucian lebih kerap adalah digalakkan.

Selain itu, dalam memelihara kebersihan dan kesihatan rambut, elakkan dari berkongsi sikat dengan individu lain. Berkongsi sikat boleh menyebabkan tersebarnya masalah kulit kepala seperti kutu dan kelemumur.

Bagi wanita bertudung, penjagaan kebersihan rambut juga adalah penting. Gunakan syampu yang sesuai dan keringkan rambut anda sebelum memakai tudung.

isi4
Memberus gigi setiap kali selepas makan adalah amat digalakkan agar kesihatan gigi dan gusi dapat dipelihara. Memberus gigi dengan menggunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi berflorida sekurang-kurangnya dua minit setiap sesi dapat mencegah kerosakan gigi dan masalah gusi. Jika memberus gigi setiap kali setelah makan sukar untuk dilakukan, kita semua dianjurkan untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pertama, setelah sarapan pagi dan yang kedua, sebelum tidur pada waktu malam.

Ubat gigi berfluorida dapat membantu menguatkan gigi. Berus gigi tidak seharusnya dikongsi dengan orang lain dan berus gigi perlulah ditukar dengan yang baru apabila bulu berus gigi mula kembang. Bulu berus gigi yang kembang tidak lagi berkesan dalam membersihkan gigi dan gusi. Teknik memberus gigi yang baik adalah seperti berikut:

Pada permukaan luar dan dalam, berus gigi harus diletakkan pada kecondongan 45 darjah. Mulakan memberus dari gusi ke gigi.

Pada permukaan mengunyah, berus gigi harus dipegang secara mendatar dan berus ke luar dan ke dalam.

Pada bahagian dalam gigi hadapan, berus gigi harus dipegang secara menegak dan berus secara perlahan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus.

Ruang kecil antara gigi atau cela-celah gigi harus dibersihkan dengan berus gigi kecil (berus interdental).

Lidah pula harus dibersihkan dengan cara berus gigi dipegang secara mendatar, seterusnya memberus ke hadapan dan ke belakang.

Anda juga disarankan untuk menggunakan floss bagi membersihkan celah-celah gigi sebelum memberus gigi.

isi5
Penjagaan kebersihan pakaian juga merupakan sebahagian daripada elemen dalam menjaga kebersihan diri. Pastikan anda hanya memakai pakaian yang bersih dan kering. Pakaian yang telah digunakan atau kotor hendaklah dibasuh dengan menggunakan sabun cuci pakaian. Pakaian boleh dibasuh dengan tangan atau mesin basuh. Pakaian yang telah dibasuh hendaklah dijemur dibawah matahari. Matahari bukan sahaja mengeringkan pakaian, malah boleh turut membunuh kuman-kuman pada baju.

Pakaian yang bersih bukan sahaja mampu mencegah penyakit tetapi turut membantu memelihara imej dan keterampilan diri. Pakaian yang berbau dan kotor bukan sahaja tidak disenangi orang lain, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan seperti menyebabkan jangkitan pada kulit.