REFLEKSI BAMB 3423 by NUR IRDINA BINTI AHMAD NAZRI IPG-Pelajar

REFLEKSI SARF AT-TATBIQIY
Mempelajari subjek telah memberi saya pemahaman asas tentang perubahan bentuk kata(wazan) dalam bahasa Arab, yang sangat membantu dalam mereka ayat dan memahami makna ayat. Penggunaan contoh-contoh sebenar dalam kelas juga memudahkan saya untuk melihat aplikasi teori sorof dalam bacaan harian. Secara keseluruhan, subjek ini memberikan saya keyakinan dalam mengenali dan menggunakan pelbagai bentuk kata bahasa Arab dengan lebih tepat.

Refleksi nur fatihah huda
Kursus Sorf at-Tatbiqiy benar-benar memberi pengalaman yang bermakna bagi saya. Saya sangat menikmati pembelajarannya, dengan sokongan dan bimbingan pensyarah yang amat membantu dalam memahami setiap konsep yang diajarkan. Sepanjang kursus, saya memperoleh banyak ilmu baharu, termasuk kejayaan mencipta lagu dalam Bahasa Arab mengenai topik *nun taukid*, yang menjadi pencapaian menarik bagi saya. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan menjadikan kursus ini sangat berharga dan mendorong saya untuk terus mendalami bidang ini.

DAYANG NUR HUSNINA BINTI ZAINAL ABIDIN
Sepanjang pembelajaran dalam subjek Sorf At-Tatbiqiy, saya telah mempelajari cara mengaplikasikan ilmu sorf dalam memanipulasi bentuk-bentuk kata kerja dan kata nama dalam bahasa Arab. Saya kini lebih faham tentang cara perubahan bentuk kata berlaku berdasarkan pola dan hukum sorf, seperti pembentukan fi'il madhi, mudhari’, dan masdar.

Melalui latihan dan aplikasi yang diberikan, saya dapat mengenal pasti pola-pola sorf yang berbeza dan menggunakannya dalam konteks yang tepat. Penguasaan sorf ini membantu saya membaca dan memahami teks Arab dengan lebih mudah dan tepat, serta meningkatkan keupayaan saya untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan lebih baik. Secara keseluruhan, subjek ini memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang struktur bahasa Arab dan meningkatkan kemahiran saya dalam berbahasa Arab dengan lebih berkesan.

ANIS HARISA BINTI AZLAN
Melalui pengajian subjek sarf at tatbiqiy, saya dapat memahami bagaimana kata-kata dalam bahasa Arab dibentuk dan berubah sesuai dengan pola tertentu, serta bagaimana perubahan ini mempengaruhi makna kata tersebut. Secara keseluruhannya, subjek ini meningkatkan kemampuan saya dalam meneliti kata-kata Arab dan memberikan asas yang kukuh dalam bidang linguistik Arab.

SOFIYYAH BINTI MOHAMAD
Pengalaman belajar sorof mengajar saya akan pentingnya penelitian kaedah bahasa arab kerana perubahan kecil dalam imbuhan atau bentuk kata boleh mengubah makna secara signifikan. Semasa di dalam kelas, saya dapat mengenlpasti beberapa pembahagian mansubat, isim sahih, isim musytaqat dan banyak lagi yang berupaya menambahkan input sedia ada. Ia juga mendorong saya untuk lebih teliti dan berdisiplin dalam memahami bahasa. Selain itu, kelas sorof mengajar saya menghargai kekayaan dan keunikan bahasa Arab yang sangat berstruktur dan mempunyai sistem yang rapi dalam setiap perubahan kata. Secara keseluruhan, sorof memperkukuh asas bahasa Arab saya dan menambah keyakinan saya untuk memahami teks Arab yang lebih kompleks.

NUR IRDINA BINTI AHMAD NAZRI
Subjek ini banyak memberi saya pemahaman yang lebih mendalam dalam membina sesebuah perkataan bermula daripada dasar sesuatu perkataan bahasa Arab itu. Seperti membina satu-satu perkataan berdasarkan daripada dasar tiga huruf. Membina wazan daripada isim dan fi'il menjadi satu perkataan yang berubah. Seperti wazan fa'ila, fa'ula untuk wazan sulasi mujarrad. Pemahaman ini memberi saya wawasan lebih mendalam tentang struktur bahasa Arab, di mana setiap perkataan boleh dibentuk daripada asas tiga huruf. Bermula dengan akar kata, kita boleh mencipta pelbagai bentuk perkataan dengan mengikuti pola tertentu atau wazan, seperti wazan fa'ila dan fa'ula dalam sulasi mujarrad. Setiap wazan ini memberi makna dan peranan yang berbeza, menjadikan bahasa Arab kaya dan terperinci. Membentuk perkataan dengan wazan-wazan ini bukan hanya memperluas kosa kata, tetapi juga meningkatkan pemahaman tentang perubahan makna dan fungsi dalam bahasa, dari kata kerja (fi'il) ke kata nama (isim) dan seterusnya.

NUR ATHIRAH BINTI MOHD DALI
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ruaidi atas tunjuk ajar sepanjang sem ini. Pembelajaran yang amat jelas membuatkan saya lebih faham berkenaan wazan, isim, feel dan banyak lagi. Dengan pemahaman ini, saya dapat mengaplikasikannya dalam menulis bahasa Arab dan memahami bahasa Arab. Selain itu, dengan cara pensyarah kaitkan pembelajaran dengan ayat Al-Quran menjadikan pembelajaran lebih menarik dan senang untuk ingat.

NUREEN NADZURA BINTI MOHD AMRAN
Melalui kursus Sorof Tatbiqiy, saya dapat memahami teks Arab dengan lebih baik mencakupi penguasaan dari pelbagai bentuk kata. Saya juga dapat memahami tentang perubahan bentuk kata dalam bahasa Arab, seperti kata kerja, kata nama dan kata sifat, serta bagaimana setiap perubahan mencerminkan maksud yang unik. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ruaidi kerana membantu saya untuk menilai sejauh mana saya memahami konsep Sorof dan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian untuk meningkatkan kemahiran bahasa Arab saya.

ANIS AQILAH BINTI AZMI
Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dapat mengikuti kursus ini. Sepanjang pembelajaran, saya telah banyak memperoleh ilmu baru tentang perubahan bentuk kata dalam bahasa Arab dan bagaimana ia membantu dalam pemahaman teks-teks Islam dengan lebih tepat. Kursus ini bukan sahaja memperkayakan pengetahuan saya, tetapi juga mengasah kemahiran saya dalam menganalisis dan memahami fi'il dalam pelbagai bentuk. Terima kasih kepada Ustaz Ruaidi, pensyarah saya, atas kesabaran dan bimbingan yang diberikan sepanjang kursus ini. Semoga ilmu yang saya peroleh dapat digunakan dengan sebaiknya dalam kehidupan saya

NUR AINI NAJIHAH BINTI MUSTAFFA
Melalui kursus Sorf al-tatbiqiy ini, saya dapati banyak perkara baharu yang perlu diingati, tetapi dalam masa yang sama, saya rasa puas apabila berjaya memahaminya dan boleh menggunakannya dalam ayat. Pada mulanya, memang agak mencabar kerana perlu mengingati konsep rasa seperti banyak istilah yang perlu dihadam. Namun, setelah mencuba latihan dan memahami cara mengaplikasikan setiap konsep tersebut dalam ayat, baru saya nampak dengan lebih jelas fungsi dan kepentingannya.

Jadi, walaupun mempelajari Sorf al-tatbiqiy agak rumit, ia membuatkan saya lebih peka, teliti, dan secara tidak langsung, lebih memahami keindahan bahasa Arab. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya, Ustaz Ruaidi atas tunjuk ajar yang diberikan selama berlangsungnya pembelajaran ini.