konsep, sumber dan sumbangan tamadun islam by anwar fadzil

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan diplomatik sebenarnya sudah wujud di alam Nusantara,
terutamanya pada zaman pra-Islam lagi. Hall, D.G.E (1966: 25) menyatakan
bahawa Empayar Funan merupakan antara kerajaan Melayu terbesar dan
tertua di Semenanjung Indochina yang telah mengamalkan hubungan
diplomatik. Pernyataan tersebut turut dipersetujui oleh Mohd Jamil Mukmin
(2011: 71). Beliau berpendapat bahawa kerajaan Melayu seperti Funan, Campa, Langkasuka dan Kedah Tua telah menjalinkan hubungan diplomatik
dengan beberapa kerajaan besar seperti China, Arab dan India. Faktor utama hubungan tersebut terjalin ialah untuk memperkembangkan lagi aktiviti perdagangan, mengukuhkan agama Hindu-Buddha dan meluaskan pengaruh politik. Kesannya, kerajaan Melayu tersebut merupakan antara kerajaan Melayu yang kukuh dari segi pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

Kedatangan Islam ke Nusantara ``telah berjaya membentuk sebuah
hubungan diplomatik yang lebih sistematik. Di Nusantara, Islam mula
bertapak dianggarkan pada tahun 225 Hijrah bersamaan dengan 840M di
Perlak (Hashim Musa, 2004: 40). Islam telah membawa perubahan besar dalam seluruh kehidupan masyarakat Melayu, terutamanya dalam hubungan diplomatik sehingga membentuk suatu tamadun bangsa yang kekal sehingga
110 Salmah Jan Noor Muhammad
hari ini. Dalam agama Islam telah menegaskan tentang prinsip hubungan diplomatik itu perlu berdasarkan prinsip persaudaraan, persahabatan dan
perdamaian. Prinsip hubungan diplomatik menurut hukum Islam antara lain ialah menghargai manusia sebagai makhluk yang terbaik, menegakkan keadilan, persamaan, kemerdekaan, menepati janji, toleransi, mencegah kejahatan, dan bukannya mewujudkan peperangan dan permusuhan
Prinsip asas sesebuah hubungan diplomatik itu seharusnya berlandaskan tauhid, berpegang kepada keadilan, keamanan,
sokongan dan kerjasama, jihad, menghormati serta memenuhi iltizam.Sebahagian prinsip ini menjadi amalan kepada kerajaan Islam di Tanah Melayu seperti Kerajaan Melaka, Aceh, Johor Riau dan juga Aceh dalam menjalinkan hubungan diplomatiknya.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini.

Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu  bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.