Filem: Bencinta by ANISHA MAISARA BINTI HABIBOR RAHMAN _

Ahli Kumpulan

NURIN ERINA BINTI ABDUL RAHMAN (AM2211012620)

NUR SHAFINEE NADIRA BINTI ZAINON (AM2211012771)

ANISHA MAISARA BINTI HABIBOR RAHMAN (AM2211012558)

Trailer Bencinta

Plot

Cabang Falsafah

Perkaitan Filem dengan Cabang Falsafah

Justifikasi Filem Terhadap Isu Semasa

Penyelesaian atau Persoalan Khusus

Plot
Filem ini mengisahkan tentang Fathia, seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu chef di sebuah restoran. Dia berkahwin dengan Faizal, seorang lelaki kaya yang menjadi hero apabila menyelamatkan restoran daripada pertengkaran. Namun, Faizal berubah menjadi seorang yang curang dan ganas selepas lima tahun perkahwinan mereka. Dia sering memukul dan menghina Fathia tanpa belas kasihan. Fathia tidak tahan lagi dengan perlakuan Faizal dan melarikan diri bersama anaknya, Tiara ke Pulau Langkawi. Di sana, dia mendapat bantuan daripada Shah, kawan lamanya yang masih mencintainya. Malangnya, Faizal dapat mengesan di mana Fathia berada dan cuba membunuhnya. Fathia nekad untuk belajar ilmu mempertahankan diri dan berdepan dengan Faizal. Dia mahu Faizal tahu bahawa dia bukan boneka yang boleh diperlakukan sesuka hati. Akhirnya, Fathia berjaya membalas dendam dan mematahkan tangan Faizal. Fathia meminta maaf kepada Faizal dan Faizal juga menyesali perbuatannya. Fathia kemudian hidup bahagia bersama Shah dan Tiara

Permulaan
Fathia, dilakonkan oleh Nora Danish, merupakan seorang gadis yang lemah lembut dan bekerja sebagai seorang pembantu chef di sebuah restoran. Suatu hari, berlakunya satu pertengkaran antara Fathia dan majikannya di restoran tersebut. Pada saat itu, Faizal, yang ditampilkan oleh Farid Kamil, menjadi hero apabila dia menyelamatkan Fathia daripada pergaduhan itu sebelum ia menjadi lebih teruk. Setelah kejadian itu, hubungan Fathia dan Faizal menjadi rapat sehinggalah mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Selepas beberapa tahun perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Tiara.

Perkembangan
Setelah menjalin hubungan perkahwinan selama 5 tahun, perangai Faizal yang pada awalnya penyayang dan lemah lembut mula berubah secara drastik. Ini berlaku kerana Fathia dapat mengetahui bahawa Faizal sering berfoya-foya bersama perempuan lain di belakang Fathia. Apabila Fathia mengkonfrontasi Faizal tentang muslihatnya, Faizal terus menjadi baran akibat rahsianya yang telah terbongkar. Sebalik dia meminta maaf akan perbuatannya yang tidak koheren itu, Faizal memukul Fathia tanpa belas kasihan. Fathia mula berasa takut dengan kehadiran Faizal, lalu dia mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama anaknya. Fathia meminta tolong rakan-rakan karibnya untuk melarikan diri ke Pulau Langkawi.

Konflik
Walaupun Fathia telah cuba untuk membawa anaknya lari sejauh mungkin, malangnya Faizal dan orang-orangnya dapat mengesan di mana sahaja Fathia dan Tiara berada. Oleh kerana perasaan yang sering gelisah dengan ketidakselamatannya, Fathia mengambil keputusan untuk keluar dari pulau itu dan menuntut ilmu mempertahankan diri oleh rakannya, Remy. Fathia sudah penat dibelasah dan melarikan diri dari Faizal. Kepenatannya juga merupakan pembakar semangatnya untuk dia menguasai ilmu mempertahankan diri dan berdepan dengan Faizal suatu hari nanti. Dengan semangat yang kental dan jiwa yang membara, Fathia tidak berputus asa sehingga dia betul-betul dapat mempertahankan dirinya dengan baik.

Klimaks
Fathia nekad untuk bersemuka dengan Faizal. Dia meminta rakannya, Lia untuk menjaga anaknya dan meminta Lia untuk menelefon polis tepat pada jam 10 malam. Fathia berpesan kepada Lia untuk menjaga anaknya jika apa-apa yang tidak diinginkan berlaku. Faizal teruja dengan keberadaan Fathia yang tidak diundang di rumah mereka. Faizal yang baran itu bertambah marah apabila dia hanya boleh mendengar suara Fathia, tapi tidak dapat melihat kelibat Fathia sekalipun. Sebaik sahaja mereka berhadapan, Faizal cuba untuk melemparkan tumbukan kepada Fathia namun tidak satu pun terkena pada Fathia kerana dia sudah menguasai ilmu mempertahankan diri. Fathia mengejutkan Faizal dengan kebolehannya untuk berlawan secara handal apabila dia membelasah Faizal tanpa belas kasihan. Pergaduhan yang penuh dengan dendam itu berakhir dengan tubuh Faizal yang terkulai di atas pecahan kaca dengan tangan yang patah, impak dirinya yang ditendang ke arah pintu yang dibuat oleh kaca.

Peleraian
Siren polis kedengaran setelah beberapa minit. Fathia dan Faizal saling bermaafan sebelum Faizal dibawa ke balai polis. Setahun selepas kejadian tersebut, Fathia kini hidup bahagia bersama anaknya Tiara dan suami baharunya, Shah. Tiara gembira akan kehadiran Shah dalam hidupnya dan Shah menganggap Tiara itu seperti anaknya sendiri. Mereka bertiga hidup dalam bahagia hingga ke akhirnya.

Cabang Falsafah

Etika
Etika merupakan ilmu yang membincangkan sama ada sesebuah perilaku atau tindakan yang dilakukan adalah perbuatan yang baik atau sebaliknya. Ia merupakan pertimbangan rasional yang menilai tingkah laku yang positif daripada tingkah laku yang negatif.

Aksiology
Aksiologi merupakan sebuah cabang falsafah yang terbahagi kepada dua, iaitu etika dan estetika. Ia merupakan sebuah cara pemikiran yang menumpukan pada kajian tentang sifat nilai dan pertimbangan evaluatif. Walaupun sudah tentu falsafah dan segala sesuatu yang disiplin kajian ini telah bermula sejak sekian abad yang lalu, nama bahagian kajian ini hanya baru digunakan pada permulaan abad yang lalu. Oleh itu, untuk menentukan sama ada sesebuah perilaku itu adalah perilaku yang baik atau buruk, kita mestilah mengkaji kedua-dua nilai negatif dan positif, dan menganalisis prinsip-prinsipnya yang pertama. Selepas itu, barulah kita dapat merumuskan keputusan yang berasaskan penghakiman, baik dalam hal positif dan negatif .

Estetika
Estetika boleh didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut pelbagai pendapat yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah sejak beratus tahun dahulu. Secara ringkasnya, estetika merupakan ilmu yang membahaskan tentang kecantikan, keindahan dan kesenian terhadap sesuatu zat yang dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, ia merupakan falsafah yang paling banyak digunakan oleh artis-artis, kerana ia merupakan falsafah yang terdekat dalam bidang kesenian.

Kepentingan Etika
Kepentingan etika bergantung kepada konteks yang diaplikasikan, misalnya kepada individu, masyarakat, atau negara, Kepada individu, etika dapat membentuk seorang yang mempunyai jati diri yang kuat serta melahirkan seorang insan yang berdisiplin dan mempunyai prinsip-prinsip tersendiri. Dalam istilah masyarakat pula, ia dapat membantu kepada pembentukan keharmonian, kesejahteraan dan kedamaian hidup antara kaum-kaum yang berbeza. Etika dalam sesebuah negara dapat melahirkan negara yang sebulat suara, patriotik dan setia terhadap undang-undang yang ditetapkan oleh negara.

Kepentingan Estetika
Estetika khususnya digunakan untuk mengkaji keindahan sesuatu perkara. Ia dapat mendekatkan diri para pengkarya seni khususnya dengan sebuah pandangan yang ikhlas dan abadi. Falsafah estetika merupakan satu-satunya cara dimana manusia dapat mengekspresikan perasaan mereka terhadap seni

Perkaitan Filem dengan Cabang Falsafah

Ketabahan
Filem ini menunjukkan ketabahan seorang wanita yang telah dianiayai oleh suaminya sendiri. Sebaik sahaja dia dapat mengetahui tentang perbuatan kolot suaminya, perangai suaminya telah berubah dengan serta-merta dan membuatkan dia rasa asing dengan suaminya sendiri. Suaminya mula untuk membelasahnya dengan teruk, menengkingnya dan tidak mengendahkan keadaannya langsung, malah makin menerukkan keadaannya. Walaupun hati Fathia sebenarnya sedih dan terluka oleh perubahan watak suaminya, dia mengatasi perasaan itu demi keselamatan anaknya. Ketabahan Fathia dalam mengatasi cabaran dan rintangan yang dihadapinya merupakan satu sikap yang sangat terpuji.

Tolong-menolong
Dalam filem ini, Fathia dan rakan-rakannya sering tolong-menolong antara satu sama lain. Ketika Fathia ingin melarikan diri dari Faizal, rakan lamanya iaitu Shah, menawarkan rumah sewanya yang terletak di Pulau Langkawi untuk Fathia dan Tiara menetap. Selain daripada itu, Remy, yang merupakan jurulatih Fathia dalam ilmu mempertahankan diri, ikhlas membantunya menuntut ilmu tanpa meminta apa-apa jenis bayaran. Dia tahu niat Fathia menuntut ilmu tersebut,lalu dia mengajar Fathia dengan rela hati. Akhir sekali, rakan karib Fathia, Lia, sentiasa bersedia untuk membantu Fathia dalam apa jua situasi, sama ada untuk menjaga Tiara atau untuk menelefon polis pada waktu yang telah ditetapkan oleh Fathia.

Kasih Sayang
Oleh kerana rasa kasih sayang terhadap satu-satu anaknya, Tiara, Fathia nekad untuk melarikan diri sejauh mungkin daripada Faizal. Walaupun cubaannya untuk melarikan diri pada awalnya gagal, namun demi menjaminkan keselamatan anaknya, Fathia tidak berputus asa untuk keluar dari rumah mereka. Nilai kasih sayang ini juga dapat dilihat pada Faizal, di sewaktu awal perkahwinan mereka dan juga pada setiap kali dia bersemuka dengan Tiara. Marah bagaimanapun dia ketika itu, dia tetap akan senyum apabila melihat anak perempuannya itu.

Bertanggungjawab
Sejak berpisah dengan suaminya, Fathia sedar akan bahawa penjagaan Tiara adalah tanggungjawabnya. Dia tekad untuk membesarkan anaknya dengan selamat dan jauh daripada Faizal. Shah, rakan lama Fathia yang masih menyimpan perasaan terhadapnya, telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Fathia selepas dia bercerai bersama Faizal. Shah berjanji dengan Fathia bahawa kedua-dua Fathia dan Tiara adalah tanggungjawabnya sekarang, dan Fathia tidak perlu risau lagi akan keselamatan mereka sekeluarga.

Justifikasi Filem Terhadap Isu Semasa

Isu Kekeluargaan
Dalam filem ini, konflik hubungan yang dihadapi berkait dengan isu-isu yang relevan dalam kehidupan masa kini. Misalnya, kehadiran orang ketiga dalam sebuah rumah tangga yang sehingga pasangan tersebut penceraian. Seperti yang kita semua tahu, baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita anak perempuan kepada dua pelakon tersohor negara, Marissa Dania telah bernikah dengan kekasihnya, Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand, tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam. Perkara ini telah menuju kepada penceraian Aslam dan isteri pertamanya.

Isu Kekerasan Terhadap Wanita
Seperti yang telah dihuraikan, Faizal sering memukul isterinya tanpa belas kasihan untuk melepaskan amarahnya terhadap isterinya itu. Hal ini dapat dikaitkan dengan akhbar yang diterbitkan oleh Berita Harian pada November lalu yang bersempena dengan Hari Antarabangsa Bagi Menangani Keganasan Terhadap Wanita. Artikel tersebut telah mengeluarkan statistik yang menunjukkan majoriti masyarakat yang melakukan keganasan terhadap wanita ialah pasangan wanita sama ada suami, bekas suami atau hanya teman lelaki.

Penyelesaian atau persoalan khusus

Penyelesaian 1 (Mengadakan kempen secara besar-besaran)
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah keganasan terhadap wanita yang makin berleluasa hari demi hari. Pada 25 November lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengadakan kempen Hari Antarabangsa Bagi Menangani Keganasan Terhadap Wanita yang bertujuan untuk menghentikan keganasan terhadap wanita. Kempen itu berjaya disertai oleh pihak kerajaan, pertubuhan antarabangsa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama menganjurkan aktiviti bagi meningkatkan kempen kesedaran, advokasi dan menggalakkan perkongsian maklumat serta inovasi dalam mencegah dan membasmi keganasan terhadap wanita di seluruh dunia. KPWKM turut bekerjasama dengan United Nations Population Fund (UNPFA) dalam melaksanakan program International Day for the Elimination of Violence Against Women sebagai langkah menyahut saranan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam usaha memastikan toleransi sifar terhadap sebarang jenis keganasan. Tujuan utama kempen ini adalah untuk menyeru rakyat untuk menunjukkan betapa mereka perlu mengambil berat menghentikan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan serta menyeru kerajaan di seluruh dunia untuk melabur dalam pencegahan keganasan berasaskan jantina.

Penyelesaian 2 (Menjadi masyarakat yang lebih prihatin)
Demi menjaga keamanan negara, kita haruslah berganding bahu untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh negara kita. Masalah keganasan terhadap wanita ini boleh diatasi jika kita berusaha untuk menjadi masyarakat yang lebih prihatin akan satu sama lain. Hal ini kerana kita sebagai seseorang yang mempunyai sifat berperikemanusiaan perlulah menolong orang-orang sekeliling yang jelas sedang menghadapi masalah. Seringkali, mangsa-mangsa keganasan akan cuba untuk mendiamkan diri oleh kerana orang yang mendera mereka adalah orang-orang yang paling rapat dengan mereka. Mereka akan cuba untuk mendiamkan diri sebaik mungkin kerana tidak mahu perkara itu dibawa ke balai polis ataupun lebih teruk, dibawa ke mahkamah. Oleh itu, kita mestilah memberikan tumpuan yang lebih kepada jiran-jiran kita. Jika jiran kita sedang menghadapi keganasan dan terlalu takut untuk bertindak, maka kita perlu bertindak bagi pihak mereka. Jika tiada pihak yang mengambil tindakan atas isu ini, siapa tahu bila wujudnya titik pengakhiran kepada semua keganasan ini?

PUTERI NAZIFA BINTI ABDURASHID (AM2211012603)

Penyelesaian 3 (Berbicara jujur dan terbuka dengan sahabat)
Berbicara secara jujur dan terbuka dengan sahabat sendiri. Hal ini dapat menjelaskan bagaimana kita bertemu dengan pasangan kita sendiri, bagaimana perasaan kita boleh berkembang, dan bagaimana kita akan menghargai persahabatan kita dengan sahabat sendiri. Selain itu, kita perlu meminta maaf jika kita telah menyakiti perasaan sahabat kita, dan meminta pengertiannya tentang apa yang dia rasakan terhadap kita. kita sewajarnya memberi ruang dan waktu kepada sahabat kita untuk menerima kenyataan ini, dan tidak memaksanya untuk bersikap baik dengan pasangan kita. Seterusnya, kita perlu menghormati perasaan sahabat kita, dan tidak menunjukkan kemesraan yang keterlaluan dengan pasangan kita di depannya. Kita juga perlu menjaga komunikasi dan kepercayaan dengan sahabat kita, dan tidak mengabaikannya demi pasangan kita sendiri.

Penyelesaian 4 (Bergantung kepada kemampuan dan kebijaksanaan sesebuah negara)
Penyelesaian dari isu ini adalah bergantung kepada kemampuan dan kebijaksanaan sesebuah negara dalam mengembangkan dan memanfaatkan sumber-sumber kuasa lunak yang ada, seperti budaya popular, media massa, pendidikan, diplomasi budaya, bantuan pembangunan, kerjasama antarabangsa, dan sebagainya. Sesebuah negara perlu menunjukkan bahawa ia adalah negara yang beradab, bertanggungjawab, berkepentingan, dan berdaya saing dalam arena global, dan dapat memberi sumbangan positif kepada isu-isu penting seperti perdamaian, keselamatan, pembangunan, hak asasi manusia, dan sebagainya. Sesebuah negara juga perlu menghormati dan menghargai kepelbagaian dan perbezaan antara negara-negara lain, dan berusaha untuk mencari titik persamaan dan kepentingan bersama. Sesebuah negara juga perlu bersedia untuk berdialog, bernegosiasi, dan berkompromi dengan negara-negara lain dalam menyelesaikan konflik atau pertikaian yang mungkin timbul.