My artistic padlet by Mohd Farehen Azhan

(b) Dasar ekonomi

Ekonomi kawalan

• Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, sistem ekonomi kawalan dilaksanakan.

• Sistem ekonomi bebas yang diamalkan semasa pemerintahan British telah dihapuskan.

• Ekoran perubahan ini, hubungan perdagangan antara Tanah Melayu dengan dunia

luar terputus.

• Tambahan pula, kegiatan perniagaan dan perdagangan dimonopoli oleh pihak Jepun.

Eksploitasi sumber alam

• Jepun bertindak memonopoli kekayaan sumber alam yang terdapat di Tanah Melayu

• Contohnya, kekayaan bahan galian seperti bauksit dan besi dieksploitasi untuk kepentingan Jepun.

• Bahan galian yang diperoleh daripada Tanah Melayu dieksport ke Jepun untuk kegunaan sektor perindustrian di negara tersebut.

Catuan makanan

• Jepun mengambil langkah-langkah untuk mengawal semua kegiatan ekonomi di Tanah Melayu.

• Contohnya, sistem permit diperkenalkan bagi mengawal pengedaran barang- barang makanan seperti beras.

• Pada tahun 1943, Jepun memperkenalkan catuan beras kerana bekalan beras tidak dapat menampung keperluan penduduk.

Pentadbiran ketenteraan

Jepun memperkenalkan sistem pentadbiran bercorak ketenteraan di Tanah Melayu.

Kuasa tertinggi sistem pemerintahan Jepun di Tanah Melayu diterajui oleh seorang jenaral.

Singapura diasingkan dan dikenali sebagai Syonan yang membawa maksud Cahaya Timur

bagi melicinkan pentadbiran , Tanah Melayu dibahagikan kepada tujuh wilayah yang diperintah oleh gabenor

Jepun menyerahkan negeri negeri melayu Utara laitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand pada tahun 1943.

﻿﻿Dalam pada itu, sultan dikekalkan kedudukan sebagai ketua agama dan adat Melayu

Tentera Jepun menubuhkan pasukan polis sulit yang dikenali sebagai kempetai

﻿﻿Tujuan kempetai ditubuhkan adalah bagi mengintip dan melaporkan mereka yang terlibat dalam kegiatan anti-Jepun.

Dasar Penjepunan

• Jepun memperkenalkan Dasar Penjepunan bagi menghapuskan pengaruh barat di Tanah Melayu.

• Perubahan dilakukan dalam sistem pendidikan dengan memperkenalkan sistem pendidikan Jepun.

• Bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar di sekolah dan buku-buku dalam Bahasa Jepun diterbitkan.

• Kelulusan dalam Bahasa Jepun dijadikan syarat utama dalam kenaikan pangkat.

• Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan pada zaman pemerintahan Meiji

• Perkembangan ini mendorong Jepun melancarkan dasar perluasan kuasa ketika tercetus Perang Dunia Kedua

*Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941.

• Jepun berjaya menguasa seluruh Tanah Melayu dan Singapura pada 15 Februari 1942.

• Semasa pemerintahan Jepun pelbagai perubahan diperkenalkan dalam politik,ekonomi dan sosial di Tanah Melayu.

* Perubahan yang digerkenalkan oleh Jepun telah meninggalkan pelbagai kesan ke atas penduduk dan negara kita.

Latihan pentadbiran orang melayu
﻿﻿Jepun memberi peluang kepada orang Melayu melibatkan diri dalam bidang pentadbiran.

﻿﻿Bagi tujuan tersebut, sekolah latihan kepimpinan yang dikenali sebagai Kon Kunrenji ditubuhkan.

﻿﻿Sekolah latihan ini memberi latihan dalam pentadbiran kepada orang Melayu.

﻿﻿Selepas menamatkan latihan, mereka akan diberikan jawatan dalam perkhidmatan
awam.

﻿﻿Contoh, orang Melayu yang menerima jawatan penting pada zaman pendudukan Jepun adalah :-

i)Ibrahim Yaacob

ii)Dato onn Jaafar

(a) KESAN POLITIK
(i) Kemunculan nasionalisme:

• Dasar pentadbiran Jepun di Tanah Melayu melahirkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.

• Slogan-slogan yang dilaungkan oleh Jepun membangkitkan semangat kebangsaan.

• Antara slogan yang dibangkitkan oleh Jepun adalah 'Asia Untuk Orang Asia' dan "Semangat Asia".

• Slogan-slogan ini memberi keyakinan kepada mereka untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajah.

(ii) Penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran:

• Jepun telah memberikan jawatan yang tinggi kepada pemimpin-pemimpin Melayu.

• Tindakan ini dilakukan oleh Jepun bagi mendapat sokongan daripada penduduk tempatan dan mengukuhkan kedudukan politik mereka.

• Penglibatan dalam pentadbiran menyebabkan pemimpin-pemimpin Melayu mendapat pengalaman dalam pentadbiran.

• ⁠ Perkembangan ini menyedarkan penduduk tempatan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk mentadbir negara.

• Contohnya, Ibrahim Yaacob dilantik oleh Jepun sebagai Leftenan Kolonel untuk menerajui pasukan PETA.

(iii) Kebangkitan gerakan anti-Jepun:

• Pada zaman pendudukan Jepun, penduduk Tanah Melayu terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan dan kesukaran hidup.

• Perkembangan ini melahirkan kesedaran dalam kalangan rakyat tempatan untuk bangkit berjuang dan menentang penjajah Jepun.

• Sehubungan dengan ini, gerakan anti-Jepun dan parti-parti politik ditubuhkan bagi menentang pendudukan Jepun.

• Contoh, pertubuhan yang ditubuhkan bagi menentang Jepun adalah MPAJA, Force 136 dan Tentera Wataniah Pahang.

(iv) Nasionalisme orang Cina dan India:

• Pendudukan Jepun melahirkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Cina dan India di Tanah Melayu.

• Nasionalisme yang lahir dalam kedua-dua kaum ini berpaksi kepada negara asal mereka iaitu negara China dan India.

• Orang Cina berjuang mempertahankan negara China daripada pencerobohan Jepun.

• Orang Cina yang bersikap anti-Jepun menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun.

• Dalam pada itu, orang India di Tanah Melayu menerima layanan yang baik daripada Jepun.

• Hal ini kerana Jepun memerlukan sokongan daripada orang India untuk mengusir British dari India.

• Jepun menubuhkan kerajaan India dalam buangan (dikenali sebagai Azad Hind) di bawah pimpinan Subash Chandra Bose di Singapura.

kebangkitan nasionalisme melayu
﻿﻿Jepun menggalakkan perkembangan nasionalisme dalam kalangan orang Melayu.

﻿﻿Selepas menduduki Tanah Melayu, Jepun bertindak membebaskan nasionalis tempatan yang dipenjarakan oleh British.

﻿﻿Antara nasionalis yang dibebaskan oleh Jepun adalah;

﻿﻿Ishak Haji Muhammad

﻿﻿Ahmad Boestamam

﻿﻿Ibrahim Haji Yaacob

﻿﻿Jepun memberikan sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaacob.

﻿﻿Jepun menubuhkan Pembela Tanah Air (PETA) di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob.

Dasar perkauman
﻿﻿Pentadbiran tentera Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang Melayu dan orang India.

﻿﻿Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik terhadap orang Melayu bagi mendapatkan sokongan daripada orang Melayu.

﻿﻿Jepun memberikan layanan baik terhadap orang India untuk mendapat kerjasama bagi membebaskan India daripada penjajahan British.

﻿﻿Dalam pada itu, Jepun mengamalkan dasar menindas terhadap orang Cina di Tanah Melayu.

Jepun ingin membalas dendam terhadap orang cina yang menyokong negara China ketika tercetus perang China-Jepun

Kesan ekonomi

• Pengenalan sistem ekonomi kawalan semasa pendudukan Jepun menyebabkan taraf hidup rakyat semakin merosot.

• Tambahan pula, ekonomi Tanah Melayu yang bergantung kepada getah dan bijih timah

turut merosot.

- Dalam pada itu, ekonomi terjejas apabila hubungan perdagangan antara Tanah Melayu

dengan dunia luar terputus.

- Disamping itu, pengeluaran wang kertas Jepun yang tidak terkawal menyebabkan beraku

masalah inflasi.

• Ekoran masalah inflasi,(perusahaan tempatan) diambil alih oleh syarikat-syarikat Jepun seperti Mitsui dan Mitsubishi.

• Perkembangan ini menyebabkan berlaku masalah pengangguran dalam kalangan penduduk tempatan.

(c) Kesan sosial

• Dalam bidang sosial, Jepun mengambil langkah bagi menghapuskan pengaruh barat di

Tanah Melayu.

• Bagi tujuan tersebut, Jepun memperkenalkan dasar yang dikenali sebagai Dasar Penjepunan.

• Pendidikan berasaskan bahasa dan budaya Jepun diperkenalkan bagi menggantikan sistem pendidikan British.

• Pendidikan Jepun mengutamakan Bahasa Jepun serta menanam sikap taat setia kepada

Maharaja Jepun.

• Selain itu, kelulusan dalam Bahasa Jepun dijadikan syarat utama bagi kenaikan pangkat

• Pada zaman pendudukan Jepun, penduduk di Tanah Melayu hidup dalam keadaan sengsara dan kesempitan.

• Penduduk tempatan menderita kerana dipaksa membina jalan kereta api maut di antara

Thailand dan Myanmar.

• Tambahan pula, taraf kesihatan penduduk semakin merosot ekoran penularan wabak

penyakit.

• Dalam pada itu, rakyat menghadapi kesulitan untuk memperoleh ubat-ubatan kerana tentera Jepun sering merampas bekalan ubat yang sedia ada.

• Jepun memberi layanan yang baik kepada orang Melayu untuk mendapatkan sokongan daripada mereka.

• Orang India menerima layanan baik kerana Jepun memerlukan sokongan mereka untuk mengusir British dari India.

• Dalam pada itu, orang Cina menerima layanan buruk dan mereka ditindas oleh tentera Jepun.

• Hal ini berlaku kerana orang Cina memberikan bantuan kewangan dan senjata kepada negara China semasa Perang China-Jepun 1937.