My View by

Batu Bersurat Terengganu
Batu Bersurat Terengganu adalah artifak tertua dan terpenting dalam mencatat syariat-syariat Islam. Batu Bersurat Terengganu (BBT) adalah sumber asas untuk mengetahui bagaimana masyarakat melayu dahulu mengamalkan konsep Islam dalam kehidupan seharian. BBT juga penting kerana ia karya perundangan pertama yang dihasilkan oleh masyarakat melayu dan kemudiannya ditiru oleh negeri-negeri lain. Selain itu, BBT adalah sumber tahap kesarjanaan ulama-ulama Melayu dalam mengajar,menyusun dan menerapkan undang-undang Islam dalam masyarakat Melayu, kerana rata-rata sarjana berpandangan negatif terhadap ulama dahulu yang bersikap jumud, terpengaruh dengan pendekatan Taqlid dan sebagainya.

Dari sudut sejarah perkembangan Islam ke Nusantara, ada beberapa teori yang tercatat pada batu bersurat. Pendapat pertama mengatakan Islam dari Tanah Arab. Pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera.
Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraisy belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak,Acheh dan berjaya mengislamkan baginda. Baginda mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasil perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.

Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Palembang. Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.
Lain pula pada pendapat kedua mengatakan Islam dari India.
Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat.

Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafi'e.

Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.
Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnya Yunan telah memeluk Islam.

Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetap di Kemboja dan ada juga yang menetap di pantai timur tanah melayu.Oleh sebab itulah,sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan dan Demak,Indonesia mempunyai senibina Cina.

Hubungan dan jalinan diplomatik dijalankan adalah untuk menjaga keselamatan negara di samping mengembangkan Islam.
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.

Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab memeteraikan persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.
Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan titik mula perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

sumber :1. batu bersurat terengganu; satu tafsiran terhadap perlaksanaan syariat islam https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjXsuWHhunWAhXHuY8KHW0dALkQFggwMAE&url=http%3A%2F%2Frepository.um.edu.my%2F635%2F1%2F06%2520Batu%2520Bersurat%2520Terengganu.pdf&usg=AOvVaw3jMUtJGpUTFM2DbkbaeIiD
2. sejarah perkembangan islam di nusantara https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwih16ffhunWAhXHa7wKHcplAUMQFgglMAA&url=https%3A%2F%2Fbenramt.files.wordpress.com%2F2013%2F11%2Fsejarah-perkembangan-islam-di-nusantara.pdf&usg=AOvVaw3rkB-OznvIu_vYeGbxzpXA