PP by Minqi Lim

STPM 2015
Pengaruh kuasa ganjaran dan kuasa desakan ke atas produktiviti sesebuah organisasi adalah :
F1  Kuasa ganjaran
M : Kuasa untuk memberikan ganjaran sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi mempengaruhi produktiviti organisasi.
H1 :Sekiranya ganjaran yang diberikan tinggi atau memuaskan hati pekerja ,maka pekerja akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan produktiviti organisasi meningkat.
H2 :Contohnya ,pengurus boleh memberikan ganjaran kepada pekerja yang mempunyai produktiviti yang tinggi sebagai motivasi seperti kenaikan pangkat ,pemberian bonus dan lain-lain.
F2 Kuasa desakan
M :Kuasa untuk mengenakan tindakan yang negative kepada pekerja yang tidak mematuhi kehendak organisasi.
H1 :Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh dan meningkatkan produktiviti supaya mereka tidak dikenakan tindakan negatif.
H2 :Contohnya ,desakan dalambentuk penurunan pangkat, pemecatan, pemotongan gaji dan lain-lain boleh merangsang pekerja mematuhi arahan organisasi.
STPM 2015
Lima faktor pekerjaan yang boleh mendatangkan stress kepada pekerja dalam sesebuah organisasi adalah :
F1 Beban tugas
H1 :Pekerja ialah manusia yang mempunyai dana keupayaan yang terhad, Jika terlalu banyak tugas atau beban kerja yang diberikan maka hal ini menyebabkan pekerja berasa tertekan. Lebih-lebih lagi apabila masa yang diperuntukkan amat sedikit untuk menyiapkan tugasan. Selain itu, pekerja yang diarahkan untuk menyiapkan tugasan orang lain akan berasa tidak adil dan tertekan.
H2 :Pekerja yang diberikan tugas yang sedikit juga akan menyebabkan mereka berasa tertekan.
H3 :Tekanan juga akan dirasai oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran dan diarah melakukan tugas yang memerlukan kemahiran.
F2 Keperluan tugas
H1 :Tekanan juga akan dirasai oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran atau tidak cukup kemahiran.
H2 :Lebihan kelayakan daripada pekerjaan
H3 :Kekurangan kelayakan daripada pekerjaan
F3 Konflik peranan
M :Merujuk kepada subordinat bertanggungjawab kepada lebih dari satu peranan.
H1 :Subordinat menghadapi masalah dalam memilih untuk menjalankan peranan yang lebih utama. Hal ini lebih serius jika peranan pekerja lain dipertanggungjawabkan kepada subordinat.
C1 :Contohnya, seorang penyelia akaun diarahkan oleh pengurus untuk menjalankan peranan sebagai penyelia pemasaran. Hal ini akan menimbulkan konflik kepada beliau.
F4 Kekaburan peranan
H1 :Pengurus tidak penerangan yang jelas tentang peranan yang harus dimainkan oleh subordinat.
H2 :Hal ini akan menyebabkan subordinat tidak faham akan tugas dan tanggungjawabnya.
H3 :Dalam kes ini,pengurus harus menjelaskan peranan yang harus dimainkan oleh subordinat.
F5 Gangguan seksual
H1 :Gangguan seksual di tempat kerja mungkin kerap berlaku kepada pekerja wanita.
H2 :Gangguan seksual ini akan menyebabkan pekerja berasa tidak selesa dan akan menimbulkan tekanan dan emosi.
H3 :Bagi mengatasi masalah ini ,pihak pengurusan syarikat harus menyediakan tempat rujukan ,bantuan dan penasihat kepada pekerja wanita yang diganggu.
STPM 2016(U)
Berdasarkan petikan di atas, dua jenis kuasa yang dimiliki oleh Encik Ramli adalah :
F1 Kuasa Sah
H1 :Kuasa yang diperolehi daripada lantikan atau jawatan.
K1 :Encik Ramli merupakan pemilik dan Pengurus Besar kilang perubatan pembuatan pakaian .
F2 Kuasa Kepakaran
H1 :Keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnyadiebabkan oleh pengetahuan atau kemahiran yang khusus dimiliki oleh pemimpin tersebut.
K1 :Encik Ramli telah menceburi bidang ini selama 20 tahun.Tiga orang pengurus kilangnya sering meminta pandangan, nasihat, dan bimbingan tentang pengurusan kilang daripada Encik Ramli.
STPM 2017
Cara seseorang pengurus menggunakan gaya kepimpinan autokratik untuk mempengaruhi subordinatnya adalah :
F1 Gaya kepimpinan autokratik merujuk kepada semua keputusan adalah dibuat oleh pengurus tanpa perlu bertanya atau berunding kepada rakan sejawat ataupun subordinat.
F2 Pengurus menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengarah pekerja melaksanakan sebarang keputusan yang telah dibuat oleh beliau. Pengurus menggunakan kuasa sah, kuasa desakan, autoriti, karismatik, pengetahuan , pujukan untuk mengarah pekerja.Pengurus memastikan subordinat hanya menurut arahan dari ketua.
C1 :Gaya kepimpinan ini sesuai digunakan bagi pekerja-pekerja peringkat bawah seperti buruh binaan, pekerja kontrak, pekerja pengeluaran dan sebagainya.
C2 :Mengawal pekerja-pekerja yang malas dan tidak berdisiplin dengan arahan.
STPM 2018 (U)
Peringkat X, Y dan Z adalah :

F1 :X merupakan keperluan keselamatan
HI :Meruoakan keperluan mengelak diri daripada perkara yang boleh mendatangkan kecederaan atau kehilangan nyawa dan menjejaskan masa depan manusia atau pekerja.

F2 : Y merupakan keperluan sosial
H1 : Merupakan keinginan manusia diterima dalam masyarakat atau kumpulan tertentu seperti kasih sayang , kepunyaan, persahabatan dan sebagainya .

F3 :Z merupakan keperluan pencapaian hasrat diri
H1 : Merupakan keperluan manusia untuk memajukan diri dan memperoleh kejayaan dengan menggunakan segala usaha dan membangunkan potensi diri.