Batu Bersurat Terengganu by Triple Z

Dalam BBT tercatat beberapa keterangan yang utama, merangkumi pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Bagi D.G.E. Hall, perundangan Islam telah bertapak lebih daripada seratus sebelumnya. Ada keterangan tentang Allah dan Rasul, disamping bukti bahawa sistem perundangan Islam berupa gabungan antara undang-undang adat dan Islam. Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang (a) mu’amalat – tentang hutang puitang, undang-undang keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan (b) hukuman bagi kesalahan zina. Namun begitu, sebahagian besar keterangan ini kurang lengkap dan agak kabur kerana kehilangan sebahagian besar serpihan batunya. Berasaskan kepada kajian terhadap Hukum Kanun Melaka, kita boleh mengemukakan teori bahawa penulisnya adalah seorang yang terpelajar dalam bidang keagamaan Islam, kerana memang mengetahui agama Islam dan ilmu usul al-fiqh secara holistik.  Apa yang jelasnya, kita mengetahui intipati isu kefahaman akidah Islam dan mekanisme pelaksanaan hukum Islam.

a- Prinsip Tauhid Di Dalam BBT

Apabila penulis BBT mencatatkan tentang Allah dan Rasulullah, secara terang-terangan kita dapat mengesan pemahaman konsep Tauhid Uluhiyyah (hanya Allah yang wajib di Sembah) dan Rububiyyah (Allah sebagai pendidik dan penjaga Alam semesta). Tauhid merupakan asas terpenting ajaran Islam yang tidak ada tolak ansur di dalamnya. Dengan pendekatan ini, seseorang insan perlu memaklumi hakikat tauhid di dalam setiap perbuatannya samada dalam berhubungan dengan Allah ataupun makhluk. Ianya bukan terhad kepada pemahaman keesaan Allah sematamata, tetapi turut merangkumi beberapa intipati yang lain

b- Pemahaman Tentang Ilmu Usul al-Fiqh

Agak mustahil penulisan BBT ini dapat dilakukan tanpa mengetahui ilmu usul al-fiqh inisecara mendalam. Ilmu usul al-fiqh adalah ilmu yang mempelajari dasar, metode, pendekatan dan teori yang digunakan dalam memahami ajaran Islam. Atas dasar inilah ianya dikatakan sebagai “queen of Islamic sciences”. Hal ini dijelaskan oleh Taha Jabir dengan: “usul al-fiqh is rightly considered to be the most important method of research ever divised by Muslim thought. Indeed as the solid foundation upon which all Islamic disciplines are based, usul al-fiqh not only benefited Islamic civilization but contributed to the intellectual enrichment of world civilization as a whole.” Pandangan ini juga menegaskan bahawa kegunaan usul al-fiqh sepatutnya tidak dihadkan kepada persoalan hukum Islam semata-mata, tetapi patut dilanjutkan penggunaannya kepada bidang di luar hukum Islam,  khususnya yang membabitkan semangat dan tatacara kaedah penyelesaian masalah. Secara mudahnya, ilmu usul al-fiqh ini yang biasanya digunapakai di dalam aspek perundangan Islam mempunyai potensi untuk diperluaskan penggunaannya di dalam bidangbidang kehidupan yang lain. Hal ini boleh dirujuk kepada beberapa perkara yang utama yang terkandung di dalam ilmu ini, seperti; pertama, adab dan kaedah terbaik untuk berinteraksi di dalam agama Islam, yang membabitkan tiga bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah (ibadat), sesama makhluk dan alam sekitar (muamalah).

c- Pendekatan Kodifikasi Yang Ditekankan Dalam Ilmu Usul al-Fiqh Turut Dilakukan Dalam BBT

Dalam tradisi keilmuan Islam yang awal, seseorang fuqaha pada kebiasaannya bukan setakat menyampaikan sesuatu pengajarannya secara lisan semata-mata, bahkan turut dibukukan untuk menjadi rujukan umum dan masyarakat akan datang. Kitab ini pada  kebiasaannya akan dijadikan bahan kajian dan panduan utama kepada golongan yang terlibat dalam proffesion perundangan. Hal yang sama juga telah dilakukan kepada BBT yang telah digubal secara rasmi untuk tujuan rujukan bagi seseorang pembesar dan masyarakat awam Melayu agar setiap perlakuan hidupnya bersesuaian dengan kehendak Islam.88 Atas dasar ini, Muhamad Yusoff Hashim berpendapat bahawa sebenarnya masih lagi ada beberapa prasasti yang mengandungi elemen kodifikasi perundangan Islam yang belum ditemui di Terengganu, sesetengahnya telahpun hilang dan musnah di telan zaman. Mengikut pandangan world-view Islam, syariah Allah merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga diturunkan demi untuk kesejahteraan umat manusia. Berbanding dengan pemahaman sekular yang membezakan antara kehidupan agama dan sosial di dalam suatu kerangka yang berbeza, hal ini tidak berlaku di dalam ajaran Islam. Sebaliknya, Islam di anggap sebagai al-din (way of life) yang mengandungi peraturan hidup yang lengkap bagi dua dimensi kehidupan (dunia dan akhirat), yang sekali gus telah menetapkan bahawa elemen perundangan ini bukan setakat untuk difahami semata-mata, bahkan perlu dilaksanakan di dalam kehidupan seharian.

d- Keterangan Tentang Hukum Jenayah Islam Bertepatan Dengan World-View Syariah

Keterangan BBT tentang hukum jenayah Islam bukan setakat menjadi bukti bahawa pelaksanaan hukum Islam memang telah dijalankan di Terengganu, bahkan lebih penting lagi ia membuktikan wujudnya pemahaman syariah yang bersifat holistic di dalam masyarakat. Hal ini ditegaskan mengikut worldview hukum Islam biasanya pemahaman tentang hukum bermula dengan fiqh ibadat, fiqh munakahat, muamalah dan jenayah. Apa yang jelasnya, pengamalan fiqh jenayah adalah menjadi kemuncak pengamalan syariah bagi menguatkuasakan elemen pencegahan agar kedamaian akan tercapai dan kerosakan dapat dielakkan.

e- Pengakuan ‘Urf Sebagai Salah Satu Dari Sumber Hukum Islam Dan Penerapannya Secara Berhikmah Di Dalam UndangUndang Adat Melayu

Secara jelas, dengan pengetahuan usul al-fiqh, fuqaha Melayu awal telah mengakui bahawa faktor budaya juga diambilkira di dalam penetapan hukum dan mempunyai nilai undang-undang di dalam Islam. Bersesuaian dengan kaedah usul al-fiqh yang begitu teliti dan lengkap, para fuqaha silam telah mengemukakan beberapa syarat khusus kepada sesuatu ‘urf sebelum ianya dapat diterima sebagai landasan untuk penetapan hukum. Dalam soal ini, fuqaha Melayu telah mengikuti metode ini dengan memasukkan syarat tambahan dalam soal sifat dan syarat ‘urf bagi masyarakat Melayu. Rasional pendekatan ini adalah boleh dilihat dari pandangan beberapa orang sarjana yang mengatakan bahawa sesuatu kebudayaan itu mengandungi beberapa panduan dan sistem nilai (aksiologi) tentang apa yang baik dan buruk yang sepatutnya dipatuhi oleh anggota masyarakat. Oleh itu, amat wajar sekiranya fuqaha Melayu sendiri cuba memahami panduan dan sistem nilai ala Melayu ini dengan lebih mendalam dan menilainya dengan kerangka ilmu usul al-fiqh.

Secara kasarnya kita dapat mengesan beberapa implikasi khusus BBT bagi perkembangan syariah Islam di Malaysia. Bersesuaian dengan sifat kedinamisan ilmu sejarah secara amnya dan sejarah perundangan Islam secara khusus, terdapat beberapa perkara yang perlu dimaklumi dan diteruskan pengkajiannya oleh pengkaji seterusnya.

Pertama, fakta bahawa Terengganu sebagai tempat awal di Tanah Melayu yang menerima dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Sebelum ini, terdapat teori yang mendakwa Melaka merupakan tempat awal menerima ajaran Islam di Tanah Melayu, yang dikaitkan juga sebagai pusat yang memperkembangkan Islam ke seluruh jajahan takluk empayar Melaka yang lain. Secara mudahnya, kita dapat mengatakan bukti tempat awal menerima Islam perlu didasarkan kepada wujudnya beberapa artifak yang khusus, merangkumi (i) kitab atau manuskrip agama, (ii) masjid tertua, (iii) institusi pendidikan Islam seperti pondok, (iv) kubur seseorang ulama dan (v) penting sekali pengaruh pemikiran Islam yang berkekalan serta dapat dikesan penggunaanya secara meluas di dalam masyarakat. Seandainya bukti-bukti ini mahu diambilkira, kita akan bersetuju bahawa kawasan pantai Timur Tanah Melayu lebih memenuhi syarat bukti ini, kerana kesemua artifak dan bukti ini memang terdapat secara lengkap di kawasan  pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan, dan bukannya di kawasan pantai barat Tanah Melayu.

Kedua, Terengganu, Pattani dan Kelantan telah kekal statusnya sebagai pusat pendidikan Islam tradisional yang agak terkenal, sehingga kekal sampai pada masa sekarang. Walaupun kedatangan penjajah British di Tanah Melayu telah menyuntik epistemologi sekularisme barat di dalam masyarakat Melayu lain, institusi pendidikan Islam (pondok) di ketiga kawasan pantai timur Malaysia ini masih lagi mengekalkan tradisi keintelektual Islam sejati. Bahkan, ianya telah dianggap sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan kesucian ajaran Islam itu sendiri, khususnya berhadapan dengan asakan fahaman sekularisme British. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sektor pendidikan merupakan medium terbaik yang boleh membawa perubahan dan kemajuan di dalam masyarakat ataupun tamadun. Input yang dilahirkan oleh IPT dalam bentuk graduan boleh menjadi aset terpenting di dalam membawa kemajuan dan pengembangan budaya kepada masyarakat.Atas dasar ini, aset ataupun modal insan ini perlu sentiasa diperkasakan dengan ilmu pengetahuan yang bakal memberikan kesan kepada aspek kognitif (elemen pemikiran), afektif (elemen sikap) dan psikomotor (kemahiran).

Ketiga, momentum pelaksanaan syariah yang awal di Terengganu kemudiannya telah menjana perkembangan syariah yang agak dinamik. Terdapat beberapa bukti yang boleh diutarakan bagi memperkukuhkan dakwaan ini, seperti;

1) Mercu tanda terbaik bahawa syariah Islam memang pernah menjadi law of the land di dalam masyarakat Melayu silam. Atas dasar inilah usaha untuk menghapuskan pemakaian English Common Law di Malaysia seperti dicita-citakan oleh Profesor Ahmad Ibrahim memang tidak mustahil untuk dilakukan. Ini kerana syariah Islam pernah berfungsi dengan cukup baik di Tanah Melayu sebelum kedatangan kuasa penjajah British. Fakta ini turut diperkukuhkan dengan beberapa teori yang utama, antaranya; a) Teori kredo dan Syahadah. Mengikut teori ini, apabila seseorang itu memeluk Islam, mereka wajib melaksanakan hukum Islam di dalam kehidupan sehariannya. Proses Islamisasi Alam Melayu secara langsung telah menyebabkan hukum Islam berasaskan Mazhab Syafie dijalankan dan hal ini didorong dengan kewujudan institusi beraja Islam yang kemudiannya mewujudkan institusi kehakiman Islam dan sistem pengajian perundangan di dalam masyarakat. b) Teori Receptio in complex. Memandangkan wujudnya isntitusi politik dan pendidikan Islam yang cukup kuat di dalam masyarakat Melayu-Islam, hukum Islam telah mendapat tempat yang cukup kuat di dalam masyarakat sehingga ianya telah menjadi adat kebiasaan (‘urf) dan asas untuk jati diri ataupun terdalam di dalam masyarakat Melayu. Ianya telah sebati menjadi elemen pola cita dan kelakuan di dalam kebudayaan Melayu.
c) Teori Reception Exit. Teori ini timbul dengan kedatangan kuasa penjajah barat yang menguasai ruang politik dan epistemologi masyarakat Melayu sehingga telah mengacau dan mengugat perkembangan sistem perundangan Islam yang selama ini telah secara tuntas dijalankan. Pihak penjajah British telah meminggirkan hukum Islam yang dikatakan bersifat out of dated dan perlu diganti dengan sistem perundangan barat yang kononnya lebih bersifat moden. Usaha penjajah ini kemudiannya telah semakin parah lagi apabila sistem pendidikan perundangan ala barat diperkenalkan mengantikan sistem pendidikan Islam yang dipinggirkan daripada arus perdana. Akibatnya, telah lahir beberapa orang pengamal undang-undang di Malaysia yang begitu taksub dengan sistem perundangan barat.

Sebagai rumusannya, kita dapat mengenalpasti hakikat bahawa sistem fiqh Islam berasaskan mazhab Shafi’i yang berkembang di dalam masyarakat Melayu-Islam sejak zaman berzaman merupakan suatu sistem yang bersifat dinamik, flexible (murunah), begitu mempengaruhi kebudayaan Melayu dan dapat dianggap sebagai suatu kuasa agung (force) yang dapat mempengaruhi pihak kerajaan sendiri.

2) BBT telah memberi nafas sebenar kepada pembinaan world-view Melayu. Hasil penelitian yang dibuat oleh Prof. Hashim Musa terhadap tipologi sejarah tamadun Alam Melayu, mendapati pembinaan tamadun Melayu ini telah diasaskan dengan  enam pandangan world-view yang bersumberkan wahyu Allah. Keenam-enam pandangan ini telah menjadi pegangan utama masyarakat Melayu (konsep jati diri Melayu) sehingga pada masa sekarang, yang terdiri antara lainnya;
a) Alam ini hasil ciptaan dan tabdiran Allah yang mencakupi alam arwah, alam dunia dan alam akhirat. Alam akhirat adalah destinasi dan natijah muktamad dari kehidupan di alam dunia. Kejayaan hakiki di alam akhirat adalah dapat memasuki syurga dan kejayaan di alam dunia adalah ketaatan kepada Allah.
b) Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-din yang mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi untuk kejayaan hakiki mereka.
c) Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk untuk amalan yang buruk.
d) Wawasan, misi, objektif, niat, strategi dan operasi segala bidang kerja hendaklah salih, benar dan mematuhi segala aspek hukum Islam tanpa kompromi, manipulasi dan tolak ansur.
e) Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala perkara yang membantu pembentukan insan yang beriman, beramal salih dan berakhlak mulia yang manafaatnya dapat dinikmati sama oleh orang lain.
f) Kehidupan pertengahan dan seimbang antara jasmani, akali dan rohani berasaskan kepada ilmu pengetahuan dalam bentuk fardhu ain dan fardhu kifayah.

3) Fakta sejarah yang menunjukkan wujudnya institusi mahkamah yang membicarakan kes yang di hakimi oleh sultan di Negeri Terengganu. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan Islam di Negeri Terengganu masih menjalankan istitusi penguatkuasaan syariah Islam walaupun selepas era BBT. Keadaan ini semakin dipergiatkan lagi dengan diwujudkan undang-undang tubuh Negeri Terengganu, Itqan al-Muluk. Hal ini kemudiannya telah dirosakkan oleh kuasa kolonialisme British yang telah memisahkan agama daripada sistem politik (dasar sekularisme) di dalam system  politik pemerintahan kerajaan Melayu. Agama dikhususkan hanya untuk tujuan peribadi yang sempit, manakala pemerintahan negar perlu dijalankan mengikut system politik Sekular Barat.

1. Ms.wikipedia.org. (2018). Batu Bersurat Terengganu. [online] Available at: https://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Terengganu [Accessed 30 Oct. 2018].
2. Abd Rahim, R., Hj Ismail, P., Abd Majid, M. and Md. Dahlal, N. (2010). BATU BERSURAT TERENGGANU: SATU TAFSIRAN TERHADAP PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM.  Jurnal Fiqh,No.7, p.42.
3. Abd Rahim, R., Rosele, M., Ismail, A., Ismail, H. and Abd. Kadir, N. (n.d.). TERENGGANU SEBAGAI PUSAT PERKEMBANGAN ISLAM TERAWAL DI MALAYSIA : ANALISA SEJARAH. p.18.

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887, (ada berpendapat 1899).

Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.

Merujuk kepada keahlian masyarakat, sejarah Geo-Politik masyarakat kawasan Timur Laut merangkumi tamadun kerajaan dan negara kota yang lama dan terkenal, seperti empayar Champa, China, Terengganu dan Kelantan. Dilaporkan tamadun lama zaman primitif telahpun wujud di kawasan lembayang kawasan ini. Ini bermakna masyarakat ini bukannya lahir daripada ruang yang kosong tetapi mempunyai sejarah tamadun silam yang cukup besar. Ia dikatakan sebagai masyarakat yang telah mampu mencipta barangan besi untuk tujuan kehidupan.

Masyarakat Timur Laut ini bersifat kosmopolitan dari pelbagai rumpun teras Melayu. Proses migrasi kerap berlaku di antara masyarakat di kawasan Timur Laut ini membabitkan migrasi masyarakat di Terengganu dan Kelantan ke kawasan Thailand dan Kemboja. Hal ini telah memperkayakan lagi bentuk budaya dan bahasa kawasan terbabit. Hasil kajian terkini yang dilakukan oleh Yusuf Liu Baojun mendapati ramai masyarakat Islam di kawasan Yunan China dikesan berasal daripada Terengganu dan Kelantan.

Dari segi bahasa asas, masyarakat di kawasan ini mempergunakan bahasa (dailek) dan budaya yang sama bagi kehidupan seharian. Apa yang jelasnya, sistem pengajian agama dalam bentuk pengajian pondok telah menggunakan bahasa wilayah Timur Laut melalui sistem tulisan jawi. Kita mungkin tidak tahu siapa dan tarikh sebenar tulisan jawi diperkenalkan untuk konteks Alam Melayu. Namun begitu, mengikut Omar Awang tulisan jawi yang dikesan dalam BBT merupakan tulisan paling awal dan lengkap sekali.

Kamis Bin Ismail (2003), Shi'ah Dan Pengaruhnya Dalam Bidang Politik Dan Tasawuf Falsafah Di Alam Melayu Zaman Tradisional, Tesis Kedoktoran Untuk Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, UKM, Bangi, h. 69-70. Kajian tesis kedoktoran yang sedang dilakukan oleh Yusuf Liu Baojun (2012), The Chinese Muslim In The Malay World And Malay Communities In China: A Study Of Culture Impact, tesis phd untuk Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM, 2012. Omar Awang (1981), “ The Major Arabic Sources Which Determined The Structure Of Islamic Thought In The Malay Archipelago Before The Nineteenth Century A.D. In The Field Of Law, Theology And Sufism “, dalam Islamika, v. 1, h. 80-85.

Terpenting sekali, penciptaan dan penggunaan tulisan jawi dalam masyarakat Melayu telah memperkayakan bahasa Melayu dalam bentuk tulisan jawi, yang dijadikan sebagai alat untuk memperkembangkan keilmuan Islam. Fenomena yang mengambilkira elemen tempatan dalam bentuk memilih bahasa tempatan sebagai medium untuk penyebaran ilmu agama telah dilakukan oleh sarjana Islam di kebanyakan dunia Islam, seperti penciptaan tulisan Urdu di India dan tulisan Parsi di Iran berteraskan dari segi bentuknya kepada bahasa Arab dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian. Ringkasnya bahasa Melayu mengikut dailek masyarakat Timur Laut telah menggunakan tulisan jawi sebagai medium untuk berkomunikasi sesama mereka. Hasilnya, kita boleh mengesan bagaimana memang wujud persamaan bahasa dan tulisan di antara semua masyarakat Timur laut ini, yang merangkumi masyarakat Melayu di Terengganu, Kelantan, Selatan Thailand dan Kemboja.Bagi kedudukan geografi dan aktiviti ekonomi, kawasan wilayah timur laut ini yang berada di kawasan Laut Cina Selatan menjadi jalan perdagangan terpenting yang menghubungkan dunia barat dan timur yang agak luas. Sebahagian besar tamadun kawasan ini mempunyai pelabuhan maritime yang menjadi pelabuhan core dan tempat persinggahan perdagangan antarabangsa. Masyarakat kawasan Timur Laut ini dikenali sebagai saudagar, pelaut dan pembuat kapal yang handal.
Saki baki industri membuat kapal ini masih lagi kekal hingga sekarang di Terengganu dan selatan Thailand.

Untuk mengetahui bagaimana bentuk perdagangan di Terengganu, kita boleh merujuk kepada fakta maklumat yang dicatat oleh pedagang British. Mereka bertanggungjawab mengumpul maklumat tentang negeri Melayu yang mempengaruhi kerajaan British di India untuk campurtangan di Tanah Melayu. Antara maklumat ini;

1)      Terengganu sebagai pelabuhan core yang maju - terkenal dengan bahan ekspot emas dan lada hitam. Terengganu telah menjadi rebutan antara pihak British dengan Belanda yang mengetahui ianya terletak dalam kawasan dagang yang strategik; jalan dagang antara Tanah Melayu dengan China ataupun tempat persinggahan jalan dagang antara kawasan timur dan barat. Dalam hal ini, kapten Joseph Jackson menulis : Terengganu adalah negeri yang kaya dan maju dan mempunyai pelbagai jenis barangan. Orang China mempunyai penempatan yang besar dan menjalankan perdagangan yang giat disini.

2)      Pelabuhan Terengganu dikatakan bersifat kosmopolitan dengan pelbagai bangsa seperti China, Arab, Parsi dan sebagainya. Urus niaga berjalan dengan baik kerana pemerintahnya Sultan Mansur menyedari kepentingan menjalinkan hubungan dagang dengan kuasa besar (China, India dan Tanah Arab) pada masa itu.

3)      Hubungan diplomatik memang wujud antara kerajaan British di India dengan pedagang British yang menjadi orang tengahnya.

4)      Berlaku pertukaran barangan dagang antara Terengganu dengan British. Ianya terdiri daripada emas, timah, lada hitam, beras, senjata api dan candu.