Keterampilan Berbahasa (BMMB1134) by BIBB-0622 JULIANNA LENNIE ANAK JANNIS

Pada masa kini, isu bahasa merupakan isu yang hangat diperkatakan. Isu bahasa ini bukanlah satu isu yang asing lagi. Pelbagai usaha yang telah dilakukan, namun isu ini masih belum menemukan penyelesaian. Antara isu bahasa yang sering diperdebatkan ialah isu bahasa asing dan isu bahasa rojak. Dengan itu, penulis akan menerangkan bagaimana isu tersebut boleh menjadi isu yang hangat diperkatakan dengan bantuan bahan-bahan yang ada di dalam internet.

Komunikasi merupakan interaksi bagi membolehkan pertukaran idea antara dua atau lebih pihak berlaku. Proses komunikasi dikategorikan sebagai komunikasi yang berjaya apabila kedua-dua pihak mendapat manfaat hasil daripada komunikasi tersebut. Namun demikian, keberkesanan komunikasi dipengaruhi oleh persekitaran. Salah satu halangan untuk mendapatkan komunikasi yang efektif adalah gangguan luaran. Gangguan luaran dalam komunikasi merupakan gangguan yang berlaku secara fizikal. Perkara ini menyukarkan pendengar sukar mendapatkan maklumat yang disampaikan oleh penghantar dengan jelas. Keadaan inilah yang menyebabkan maklumat tidak ditafsirkan dengan betul. Seterusnya, penulis akan menghuraikan tentang halangan yang terdapat dalam gangguan luaran.

2.1 Bahasa Asing
Penggunaan bahasa asing di negara kita dilihat semakin berkembang. Bahasa asing merupakan bahasa yang bukannya bahasa ibunda negara kita. Bahasa asing merupakan bahasa yang digunakan oleh masyarakat di luar negara untuk bertutur. Misalnya, bahasa Korea, Perancis, Sepanyol, Arab, Inggeris dan sebagainya. Namun demikian, penggunaan bahasa asing juga menjadi cabaran kepada bahasa ibunda negara kita. Walaupun demikian, manfaat penggunaan bahasa asing tidak dapat dinafikan lagi. Persoalannya, adakah bahasa asing menjejaskan identiti bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda?

Gangguan Kebisingan
Kebisingan merupakan salah satu gangguan luaran untuk mendapatkan komunikasi yang efektif. Kebisingan ini datangnya daripada bunyi hon kereta, bunyi mesin enjin rumput, pasar tamu, bunyi bising ketika dalam kelas, bunyi kapal terbang, bunyi daripada kawasan perindustrian dan sebagainya. Bunyi mesin rumput tersebut merupakan bunyi yang penulis dapatkan daripada persekitaran penulis.

Bunyi mesin rumput merupakan salah satu bentuk gangguan luaran. Bunyi ini akan mempengaruhi perhatian sama ada pengucap ataupun pendengar. Pengucap tidak dapat menyampaikan mesej dengan sebaiknya kepada pendengar manakala pendengar sukar mendapatkan maklumat yang disampaikan oleh pengucap. Misalnya, apabila seorang guru sedang mengajar di hadapan kelas, perhatiannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mudah terganggu kerana bunyi tersebut. Keadaan ini yang menyebabkan, guru tersebut tidak dapat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid secara efektif.

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai bangsa, agama, budaya dan lain-lain. Kepelbagaian ini yang menyebabkan negara Malaysia boleh menjadi salah satu destinasi perlancongan yang digemari. Namun begitu, kepelbagaian yang wujud ini telah mengundang pelbagai konflik yang berlaku. Konflik ataupun isu budaya merupakan antara isu hangat yang sering diperdebatkan di media massa. Isu budaya merupakan isu yang seharusnya menjadi perhatian semua. Di Malaysia, pelbagai isu yang melibatkan budaya telah berlaku. 13 Mei 1969 merupakan tarikh keramat yang sentiasa tersemat serta menjadi ingatan serta igauan masyarakat Malaysia. Konflik yang berlaku pada tarikh tersebut merup[akan perselisihan faham antara etnik yang pelbagai di Malaysia disebabkan rasa tidak puas hati dengan agihan kekayaan negara (Parker, 1979). Bukan itu sahaja, rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 telah menyebabkan seorang anggota bomba iaitu Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terkorban (Faris Fuad, 2021). Perkara ini telah jelas menunjukkan konflik yang melibatkan isu budaya bukan sahaja boleh menjejaskan kedaulatan serta keharmonian negara kita bahkan juga boleh meragut nyawa masyarakat.

Bahan pada bahagian ini akan mengupas dengan lebih teliti mengenai isu budaya yang berlaku di Malaysia.

2.2 Bahasa Rojak
Bahasa rojak merupakan bahasa campuran yang digunakan ketika berkomunikasi. Sebagai contoh, penggunaan campuran bahasa inggeris, tamil dan cina ketika berkomunikasi. Penggunaan bahasa rojak sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perkara ini disebabkan oleh kepelbagaian bangsa yang wujud di Malysia. Setiap bangsa memlilikki bahasa sendiri. Bangsa Melayu menggunakan bahasa Melayu, bangsa Cina menggunakan bahasa Cina, bangsa India, menggunakan bahasa Tamil dan lain-lain. Penggunaan bahasa rojak sememangnya memudahkan penyampaian maklumat kepada seseorang. Perkara ini juga turut dinyatakan oleh Shafie et al., (2019), yang mengatakan bahawa bahasa rojak digunakan agar erti maklumat yang ingin disampaikan menjadi lebih mudah untuk disampaikan. Penggunaan bahasa rojak seharusnya dibendung secepatnya. Jika tidak diatasi dengan segera, penggunaan bahasa rojak ini akan mewujudkan satu sistem bahasa yang lari daripada hukum bahasa yang sebenar.

Penggunaan Bahasa Rojak di Media Sosial
Salah satu sebab penggunaan bahasa rojak semakin berleluasa adalah disebabkan oleh pengaruh media sosial. Kebanyakan individu yang menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, You Tube dan Twitter menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi. Keadaan inilah yang menjadi ikutan generasi muda yang menggunakan platform media sosial. Mereka beranggapan bahawa bahasa yang digunakan di media sosial tersebut adalah bahasa yang betul. Rajah di atas merupakan contoh yang menunjukkan penggunaan bahasa rojak di Twitter.

Daripada ciapan Twitter tersebut, kita dapat melihat tentang penggunaan bahasa rojak. Individu tersebut menggunakan Bahasa Melayu yang dicampurkan dengan Bahasa Inggeris. Individu itu seharusnya menggunakan bahasa yang betul ketika menulis sesuatu di media sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana, ciapannya akan dilihat dan dibaca oleh pengguna lain. Individu itu seharusnya memilih satu bahasa sahaja. Individu itu boleh menulis ayat begini jika menggunakan Bahasa Melayu:

'Pasal English ini, tiada cara yang lain melainkan pergi ke kelas tambahan dan tambah baik English sendiri. Kita kena berkorban untuk diri sendiri, barulah orang lain akan berkorban untuk kita. Kamu boleh lakukannya.'

Penggunaan Bahasa Rojak oleh Guru
Punca kedua penggunaan bahasa rojak semakin berleluasa adalah disebabkan oleh sesetengah guru yang memudahkan cara ketika mengajar di dalam kelas dengan menggunakan bahasa rojak. Perkara ini berlaku, agar murid yang diajar oleh mereka lebih cepat memahami konteks pembelajaran. Jika dibiarkan berlarutan, perkara ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada murid. Hal ini dikatakan demikian kerana, murid sentiasa menganggap guru mereka betul. Oleh itu, mereka akan menganggap bahasa yang digunakan guru mereka itu betul. Rajah di atas merupakan contoh kepada penggunaan bahasa rojak oleh guru.

Dalam gambar tersebut kita dapat menyaksikan bahawa guru tersebut ingin menghukum murid yang melanggar peraturan sekolah. Di sini, kita dapat menyaksikan murid tersebut dapat mengenal pasti bahasa yang digunakan oleh guru itu merupakan bahasa rojak. Bagi mengelakkan murid tersebut terikut-ikut dengan bahasa yang digunakan oleh guru tersebut, guru itu seharusnya menggunakan bahasa yang betul serta mengikut hukum tatabahasa. Misalnya:

'Kali ini, kita tidak akan memberikan peluang lagi. Mereka yang ditangkap ponteng atau merokok akan dirotan di khalayak ramai.'

Isu Pakaian Tradisional
Dalam artikel ini, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang merupakan Menteri Perpaduan Negara mengatakan bahawa perlunya untuk menhormati budaya kaum lain sekiranya budaya sendiri mahu dipandang tinggi. Beliau juga mengatakan bahawa tidak perlulah untuk memperlekehkan pakaian tradisional setiap budaya yang ada di Malaysia.

Pada pandangan penulis, pakaian tradisional setiap kaum di Malaysia memilikki keistimewaannya sendiri serta nilai estetika yang tinggi. Keunikan setiap pakaian tradisional seharusnya menjadi kebangaan dan boleh dijulang ke persada antarabangsa. Setiap masyarakat seharusnya menghormati pakaian tradisional yang wujud di Malaysia. Tindakan ini juga merupakan salah satu cara untuk memartabatkan perpaduan yang ada di Malaysia.

Isu LGBT-Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender
Video ini membincangkan tentang isu LGBT yang semakin serius di Malaysia. Menurut video ini, isu LGBT ini merupakan isu yang bercanggah dengan agama, budaya, norma dan undang-undang di Malaysia.

Dalam hal ini, penulis berpendapat bahawa budaya LGBT seharusnya tidak menjadi budaya di Malaysia. Kewujudan budaya ini sememangnya mencemarkan imej dan identiti negara Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat Malaysia seolah-olah tidak mempunyai pegangan agama walhal Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia yang mengatakan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain masih boleh diamalkan. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia mempunyai pegangan agama untuk dijadikan panduan hidup. Justeru itu, budaya LGBT seharusnya ditinggalkan kerana ia bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya Malaysia.

Isu Halal Haram dalam Makanan
Bahan ini pula membincangkan tentang isu halal haram dalam makanan. Mengikut artikel ini, setiap agama mempunyai pantang larang yang tersendiri dalam makanan. Misalnya, agama Islam tidak membenarkan penganutnya memakan makanan yang disembelih yang tidak mengikuti cara yang dibenarkan dalam ajaran agama Islam. Contoh yang kedua ialah agama Hindu pula melarang penganutnya memakan daging lembu.

Daripada perkara yang dinyatakan di atas, penulis berpandangan bahawa setiap individu khususnya pengusaha makanan seharusnya menghormati serta mengetahui isu halal haram dalam makanan secara mendalam. Pengetahuan yang mendalam mengenai isu ini merupakan salah satu cara untuk menunjukkan seseorang individu itu menghormati budaya kaum lain. Misalnya, apabila seseorang individu itu membuka kedai makanan, dia seharusnya memastikan makanan yang dijualnya halal untuk semua penganut di Malaysia. Secara tidak langsung, pematuhan terhadap isu halal haram boleh meningkatkan keuntungannya dalam perniagaan. Oleh hal yang demikian, isu halal haram dalam makanan ini seharusnya diberikan perhatian yang sewajarnya kerana setiap manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan.

Kepentingan Bahasa Asing
Artikel ini membincangkan tentang kepentingan penggunaan bahasa asing. Menurut artikel ini, bahasa asing adalah sangat penting kerana kebanyakan bahan ilmiah yang disiarkan di platform-platform yang tertentu berkaitan dengan isu semasa menggunakan bahasa yang diketahui antarabangsa. Bukan itu sahaja, artikel ini juga ada menyatakan bahawa penguasaan bahasa asing akan membuka peluang yang besar dalam dunia pekerjaan serta perniagaan.

Perkara ini telah memberi ruang untuk penulis mengutarakan pendapat sendiri. Pada pandangan penulis, penguasaan bahasa asing sememangnya sangat penting baik para mahasiswa mahupun yang individu biasa. Penguasaan bahasa asing akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan seseorang. Hal ini kerana, banyak bahan ilmiah yang boleh dipercayai sumbernya ditulis menggunakan bahasa asing iaitu Bahasa Inggeris. Selain itu, penguasaan bahasa asing merupakan satu kelebihan bagi para graduan ketika mencari pekerjaan khususnya dalam dunia perniagaan. Seseorang yang mahir menggunakan bahasa asing sangat penting dalam dunia perniagaan untuk menarik pelanggan daripada luar negara. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan keuntungan dalam perniagaan kerana strategi pemasaran yang berkesan.

Manfaat Bahasa Asing dalam Memahami Budaya Asing
Dalam video ini, seorang usahawan China yang terkenal iaitu Jack Ma telah memberikan pendapatnya berkenaan dengan kepentingan mempelajari bahasa asing. Ramai orang berpendapat bahawa  beliau tidak perlu mempelajari bahasa asibg seperti bahasa Inggeris, Rusia atau Jepun kerana wujudnya Artificial Intelligence (AI). Namun begitu, beliau berpendapat mempelajari bahasa asing bukan hanyalah sekadar mempelajarinya sahaja, ia lebih daripada itu. Menurutnya, jika seseorang seseorang individu itu menguasai bahasa asing, individu itu akan memahami budaya asing. Dari situlah, seseorang individu itu akan mudah mendapatkan rakan.

Daripada video tersebut, penulis dapat mengklasifikasikan bahawa pembelajaran bahasa asing dapat memudahkan interaksi ataupun komunikasi. Pembelajaran bahasa asing amatlah berguna apabila seseorang individu itu melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun melancong ke luar negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, penguasaan bahasa asing oleh seseorang individu itu akan memudahkan urusannya apabila berada di luar negara.

Isu Sensitif Menyebabkan Situasi di Negara tidak Harmoni
Video ini memaparkan temu bual antara wartawan Harian Metro bersama dengan Dr. Ahmad El Muhammady iaitu Pakar Deradikalisasi. Pakar Deradikalisasi ini mengatakan bahawa konflik kaum dan agama yang berlaku di negara kita berlaku disebabkan oleh sikap seseorang individu itu. Beliau juga menyatakan kembimbangannya terhadap isu ini kerana isu ini memberi peluang kepada pihak yang fanatik ataupun melampau untuk mengeksploitasinya. Beliau juga ada menyarankan bahawa masyarakat seharusnya membantu ataupun bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan dan Integrasi untuk mencari jalan penyelesaian berkenaan dengan isu ini untuk memartabatkan kembali perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita.

Pada pandangan penulis setelah menyaksikan video ini, isu sensitif seperti isu kaum dan agama seharusnya tidak diperkatakan ataupun diperdebatkan sesuka hati. Hal ini dikatakan demikian kerana, isu ini mendatangkan pertelagahan ataupun pergelutan jika tidak diatasi dengan segera. Oleh hal yang demikian, setiap individu seharusnya mempunyai fikiran yang waras serta rasional sebelum mengeluarkan pendapat mereka berkenaan dengan isu ini.

Hala Tuju Bahasa Melayu?
Artikel ini menceritakan tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan secara amnya belum tercapai. Teo Kok Seng yang merupakan penulis artikel ini yang juga Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia mengatakan bahawa ada berapa sebab bahasa tersebut gagal melaksanakan tanggungjawabnya. Antaranya, ialah sesetengah pihak khususnya pihak yang bukan Melayu tidak menerima peranan bahasa tersebut untuk tujuan integratif. Seterusnya, sesetengah pihak hanya mempelajari bahasa Melayu kerana ia merupakan syarat am yang membolehkan seseorang itu dikatakan lulus dalam sistem pendidikan negara Malaysia. Sebab yang terakhir adalah peranan bahasa Inggeris yang boleh digunakan dalam apa-apa sahaja. Tambahan pula, masyarakat Malaysia sendiri menuturkan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda, etnik dan leluhur.

Daripada pernyataan di atas setelah meneliti keseluruhan artikel tersebut, penulis berpendapat bahawa pembelajaran serta penguasaan bahasa Inggeris sememangnya penting. Namun, setiap individu seharusnya sentiasa mengingati bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda negara Malaysia yang sepatutnya dibanggakan serta dimartabatkan penggunaannya. Perkara inilah yang menjadi cabaran kepada Malaysia dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dan memantapkan penggunaan bahasa Inggeris. Hal ini dikatakan demikian kerana, sesetengah masyarakat mula memperlekehkan serta menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa kuno. Seterusnya, terdapat juga individu yang mahu dilihat sebagai golongan yang bijak pandai kerana mahir dalam penggunaan bahasa Inggeris. Maka, tidak menjadi kemusykilan apabila pembelajaran bahasa asing khususnya bahasa Inggeris memberikan impak yang besar terhadap bahasa Melayu.

Contoh Penghinaan terhadap Pakaian Tradisional
Videoo ini telah memaparkan tentang penghinaan pasangan selebriti terkenal iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam. Dalam video ini, Ryzal Ibrahim menghina pakaian tradisional masyarakat Iban yang mengatakannya sebagai kain buruk dan duit syiling tersebut sepatutnya disimpan dan bukannya dipakai. Video ini telah menjadi perhatian orang ramai serta menimbulkan pelbagai bentuk reaksi.

Daripada video ini, penulis mendapati bahawa tindakan Ryzal Ibrahim tersebut tidak beretika kerana menghina pakaian tradisional kaum lain. Tindakannya yang tidak beretika tersebut sudah semestinya mengundang kecaman daripada pelbagai pihak. Tindakannya juga telah mencemarkan identiti serta nilai estetika bagi masyarakat Iban. Hal ini dikatakan demikian kerana, pakaian tradisional tersebut merupakan pakaian yang diwarisi secara turun temurun serta dihasilkan sepenuhnya menggunakan tangan. Oleh itu, masyarakat Iban khususnya amatlah terkesan dengan tindakannya tersebut. Dalam hal ini, dia seharusnya menghormati dan menghayati kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Ryzal juga mestilah berfikiran waras dengan berfikir dengan sebaiknya sebelum mengeluarkan kata-kata kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Justeru itu, tindakannya seharusnya dijadikan iktibar oleh setiap individu tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan budaya dalam usaha memartabatkan perpaduan di negara kita.

Gangguan Peralatan yang tidak mencukupi
Video ini menyentuh tentang gangguan dalam komunikasi. Peralatan yang tidak mencukupi ketika menyampaikan ucapan boleh menjadi halangan kepada pengucap. Misalnya, tiada peranti yang sesuai ataupun pencahayaan yang tidak sesuai. Masalah peranti merupakan halangan

Tindakan Mengatasi Isu Bahasa
Artikel ini membincangkan tentang peranan pihak yang bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara bahasa kebangsaan. Menurut penulis artikel ini iaitu Lailetaty A Rahman (2019), mengatakan bahawa tanggungjawab untuk tersebut bukannya terletak pada satu pihak sahaja. Tanggungjawab tersebut terletak pada semua pihak termasuklah ibu bapa, organisasi, agensi serta pihak sekolah.  Tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sahaja masih tidak memadai untuk memartabatkan bahasa Melayu. Penulis ini menyatakan pembelajaran bahasa asing tidak salah bahkan, pembelajaran tersebut sememangnya digalakkan. Walaubagaimanapun, bahasa sendiri usahlah dipinggirkan. Penulis ini juga menzahirkan kembimbangannya terhadap bahasa rojak yang digunakan dalam lagu yang disiarkan di media televisyen dan radio serta pada generasi muda. Penulis artikel ini juga menyatakan bahawa tindakan setiap individu untuk mengangkat semula martabat bahasa Melayu amatlah penting identiti negara serta jati diri Malaysia tidak hilang begitu sahaja.

Daripada artikel tersebut, penulis berpendapat bahawa tindakan semua pihak dalam mengatasi isu bahasa ini sememangnya penting. Tindakan untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu memerlukan kerjasama semua pihak. Apabila kerjasama tersebut mencapai matlamat, nescaya masyarakat yang cintakan bahasa ibunda sendiri dapat dilahirkan. Jika matlamat ini tercapai, maka hasrat untuk mengglobalkan bahasa Melayu dapat direalisasikan.

Gangguan Pemakaian
Rajah di atas menunjukkan pakaian yang sesuai ketika menyampaikan ucapan. Pemilihan pakaian ketika mendatangkan ucapan bergantung dengan kesesuaian tema. Misalnya, apabila diminta untuk berucap di hadapan khalayak ramai dalam situasi formal, pengucap seharusnya menggunakan pakaian yang sesuai seperti diatas. Walaubagaimanapun, jika diminta untuk berucap pada situasi bukan formal, pengucap boleh menggunakan pakaian semi formal seperti berbaju kollar, seluar panjang dan berkasut.

Gangguan pemakaian ini berlaku apabila pangucap menggunakan pakaian yang tidak sesuai ketikan menyampaikan ucapan. Pakaian yang tidak sesuai merupakan salah satu bentuk gangguan luaran kerana ia dapat mempengaruhi keberkesanan ucapan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pendengar berasa tidak selesa melihat pakaian yang digunakan oleh pengucap. Keadaan inilah yang menjadikan proses komunikasi terganggu kerana wujudnya perasaan tidak selesa para pendengar. Oleh hal yang demikian, pemilihan pakaian adalah sangat penting ketika ingin menyampaikan ucapan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pakaian mencerminkan personaliti dan keberanian seseorang.

Gangguan Suhu yang Tidak Sesuai
Gambar ini menunjukkan interaksi antara dua individu tersebut terganggu disebabkan oleh suhu yang panas serta kekurangan kipas serta penghawa dingin. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kertas untuk menyejukkan diri sendiri. Oleh hal yang demikian, persekitaran dengan suhu yang berpatutan amatlah penting agar komunikasi menjadi efektif.

Bau yang Tidak Menyenangkan
Rajah di atas menunjukkan gangguan luaran dalam komunikasi iaitu bau yang tidak menyenangkan. Proses komunikasi menjadi tidak berkesan apabila terdapat bau yang tidak menyenangkan seperti daripada makanan yang sudah basi.

Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat pelbagai halangan luaran yang menjadi penganggu kepada komunikasi yang berkesan. Setiap pengucap seharusnya menghadapi gangguan luaran ini dengan tenang semasa berucap. Oleh itu, setiap pengucap seharusnya melakukan persiapan yang rapi sebelum memberikan ucapan. Persiapan yang rapi mempengaruhi keyakinan seorang pengucap untuk berucap.

Kesimpulan
Isu bahasa merupakan isu yang seharusnya diambil perhatian oleh semua pihak. Isu bahasa sememangnya sudah parah dan tindakan yang proaktif untuk menangani isu ini sangat diperlukan. Apabila isu ini tidak diselesaikan dengan segera, maka kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kian tercemar walaupun telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukannya. Justeru itu, setiap individu seharusnya bertanggunjawab untuk memelihara dan memulihara kedudukan Bahasa Melayu

Kesimpulan
Kebebasan bersuara yang dimilikki oleh masyarakat Malaysia bukanlah satu tiket untuk mengeluarkan apa-apa pandangan. Dalam hal ini, setiap masyarakat seharusnya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan pendapat. Isu budaya merupakan isu sensitif apabila disentuh. Isu ini boleh menimbulkan pergaduhan ataupun konflik jika diperdebatkan.  Setiap budaya yang ada di Malaysia seharusnya dinikmati serta dihayati nilai estetikanya. Setiap individu tanpa mengira latar belakang budaya, agama, kaum, darjat dan bangsa semestinya saling menghormati kepelbagaian yang terdapat di Malaysia. Apabila sikap menghormati budaya yang ada di Malaysia dapat diwujudkan, barulah negara yang aman dan damai dapat diwujudkan.

Julianna Lennie Anak Jannis