GKEB 1072 KEMAHIRAN BELAJAR by PI40621 MUHAMMAD AIMAN MALIKI BIN AZAHRI

Peta minda telah diasaskan oleh Tony Buzan pada tahun 1984. la digunakan sebagai salah suatu cara mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Selain itu, ia juga digunakan untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar. Peta minda menggunakan anak panah, warna yang pelbagai dan kod-kod yang istimewa. Ia menghubungkaitkan suatu perkara/ konsep/ perkataan/ kata kunci dengan suatu perkara/ konsep/ perkataan/ kata kunci yang mempunyai perkaitan dan hubungkait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu menonjolkan hubungkait antara idea-idea yang penting. Melalui lakaran, seseorang dapat mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk gambar / kata kunci.Daripada imej tengah atau konsep pusat, ia akan memancar keluar seakan-akan cabang pokok ataupun  urat-urat darah yang mengalir daripada jantung. Cabang-cabang atau urat-urat itu melambangkan apa yang terkandung dalam pemikiran seseorang individu itu. Selain daripada itu dengan adanya elemen berwarna dan grafik seperti imej, perkara ini menjadikan Peta Minda lebih baik untuk menguatkan daya ingatan terhadap otak dan amat efektif untuk mencatat nota ringkas

Peta minda menggunakan ciri-ciri yang berikut:
i. menggunakan kata kunci

ii.berasaskan imej

iii. menggunakan pelbagai warna dilukis dalam 3 dimensi

iv. lukisan dengan saiz yang berbeza-beza

Kelebihan membuat Peta Minda, ;
-Mudah diingati
-Dapat dibaca dengan mudah
-Mudah difahami
-Membantu membentuk gambaran mental daripada perkara yang didengari, dilihat, dibaca dan difikirkan

Kelemahan menggunakan Peta Minda
-Hanya difahami oleh segelintir sahaja
-Terlalu ringkas
-Kata kunci yang tidak sesuai boleh membawa kepada kekeliruan
-Tiada huraian yang jelas