Memorabilia 6 Jazzari 2019/2020 by ROSMAWATI BINTI MOHD YUSOFF Moe

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pelajar 6 Jazzari 2020 yang telah berjaya menamatkan pengajian ting.6. Keputusan STPM hanyalah sebagai pembuka jalan untuk kalian terus meneroka kejayaan dalam pelbagai bidang, teruslah melangkah...jangan pernah berputus asa dalam menuntut ilmu untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Selamat maju jaya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Puan Rosmawati binti Mohd Yusoff selaku guru Bahasa Melayu 6 Atas Al-Jazzari dan rakan-rakan. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dapat menjadi salah seorang pelajar Cg Ros selama saya menuntut di tingkatan 6 SMK Seri Balik Pulau. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Cg Ros kerana telah mengajar saya dan rakan-rakan dengan penuh tekun, jujur, dan kasih sayang. Saya juga ingin memohon maaf kepada Cg Ros dan rakan-rakan 6 Atas Al-Jazzari sekiranya terdapat kata-kata dan tindakan negatif saya yang telah menyakitkan hati. Sekali lagi, saya ingin berterima kasih kepada Cg Ros kerana tidak pernah jemu mendoakan anak-anak 6 atas Al-Jazzari. Terima kasih Cg Ros kerana sudi menjadi ibu kami di sekolah. Sesungguhnya, nasihat dan tunjuk ajar Cg Ros akan saya hadam sampai akhir hayat, Insya-Allah. Doa saya untuk para guru tingkatan 6 SMK Seri Balik Pulau akan sentiasa dilafazkan. Tidak lupa juga, untuk rakan-rakan 6 atas Al-Jazzari, terima kasih kerana sudi mengukir nostalgia pahit manis bersama. Ingatlah, rezeki itu milik Allah. Kita kena usaha, sabar, yakin, dan bersangka baik kepada Allah. Jangan putus asa dan jangan biarkan kata-kata negatif  membunuh semangat kita untuk mencapai kejayaan. Kata pada diri kalian, "Kalau orang lain boleh, aku pun boleh! Biarlah orang nak hina kita, Janji aku usaha, aku idamkan hasil usaha itu". Wahai rakan-rakan 6 Atas Al-Jazzari, sematkan dalam minda kalian, "Kegagalan masa silam menjadi pencetus untuk kalian bangkit buktikan diri kalian yang sebenarnya. Biarlah kita diam janji kita berisi". Nasihat untuk diri dan rakan- rakan, "Nak berjaya? Berjayakan akhlak kita dahulu, Insya-Allah pasti ada kemanisan dalam hidup". saya berharap rakan-rakan 6 Atas Al-Jazzari tidak melupakan jasa dan pengorbanan Cg Rosmawati dan juga guru-guru. Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana kata-kata "pedas" mereka banyak membuka mata saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada kawan-kawan rapat saya kerana banyak membantu saya sama ada langsung atau tidak langsung. Akhir kata, salam perpisahan saya zahirkan kepada Cg Rosmawati dan rakan-rakan 6 Atas Al-Jazzari. Jangan biarkan perpisahan itu terhenti di sini.

Ikhlas dari hati,
Azim

Memori indah terang gemerlap,
Bahagia dicipta disulam tawa,
Jika ada salah dan silap,
Maaf dipinta sepenuh jiwa.

Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada guru subjek Bahasa Melayu, Puan Rosmawati binti Mohd Yusoff yang tidak lokek memberikan ilmu bersama senyuman sepanjang 2 tahun. Maafkan saya ya cikgu andai ada kata2 dan perbuatan saya yg mengguriskan hati cikgu. Maaf jika saya ada terkurang dan culas sepanjang menjadi murid cikgu.. Harap dihalalkan segala ilmu yg cikgu berikan. Terima kasih juga buat rakan2 sekelas yg dikasihi, di atas segala memori sepanjang 2 tahun. Maaf jika saya tidak memenuhi kriteria untuk menjadi seorang rakan yang baik. Pohon halal segala ilmu, makanan yang kalian berikan. Sudilah kiranya kalian menyelitkan nama cikgu, nama saya dan rakan2 yg lain dalam doa kudus kalian. 🥺 Doakan saya berjaya di akhirat dan di dunia, saya juga mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan anda semua walau di mana jua anda berada. Assalamualaikum♥️ -Nur Hayani Yassin-

Patah dahan pohon akasia,
Diikat Juwita bersama tali,
Andai Tuhan panjangkan usia,
Moga kita bersua kembali.

assalamualaikum cikgu dan sahabat sahabat seperjuangan yang saya kasihi, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana telah mengajar saya, akan saya amalkan ilmu itu sampai bila bila, mohon halalkan segalanya, saya juga ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa dalam saya menuntut ilmu dengan cikgu🥺 buat kawan kawan sekalian, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya walaupun hanya 2 tahun☺️ izinkan saya memohon sedikit kemaafan jika ada yang terasa hati dengan sikap saya selama ini, semoga kita semua dapat mencapai impian masing masing, aminnnn 🥺🤍

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada guru bahasa Melayu yang kami kasihi iaitu Puan Rosmawati binti Mohd Yusoff kerana telah sudi mengajar saya dan rakan-rakan dengan sabar selama 2 tahun di kelas 6 Atas Jazzari. Jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada kami hanya dapat dibalas dengan doa disetiap solat kami. Segala ilmu yang telah diajar akan kami amal di dalam kehidupan seharian dan insyallah kekal di dalam fikiran kami.

Kepada rakan-rakan yang bakal mengambil keputusan STPM tahun ini. Sentiasalah bersyukur dengan keputusan yang telah diperolehi berkat usaha gigih kita selama ini. Jika tiada rezeki disini, insyallah ada rezeki di tempah lain kerana bumi ALLAH itu luas. Saya juga ingin mengambil kesempatan intuk memohon ampun jika pernah mengores hati rakan-rakan sama ada tidak sengaja atau sengaja.

"STPM mungkin sudah tamat tetapi hubungan silaturahim kita akan kekal sehingga ke Jannah"
KKC (2019-2021)

Assalamualaikum cikgu , semoga cikgu berada dalam keadaan yang baik baik sahaja 🤗😍, Saya di sini ingin meluahkan rasa bersyukur dan bertuah sekali apabila dapat menjadi salah seorang anak murid cikgu Ros 🌹. Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat cikgu Ros kerana telah mengajar Saya dan rakan rakan 6 Al Jazzari tanpa mengenal erti jemu dan lelah. Cikgu sentiasa prihatin dan sangat bertanggungjawab terhadap pelajar cikgu yang tercicir sehingga adanya 'Klinik Bahasa Melayu' untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan. Malah, cikgu Ros sering memberikan nasihat dan sokongan yang utuh buat Saya dan rakan- rakan untuk menjadikan kami insan yang berguna di masa hadapan. Cikgu Ros juga sentiasa memastikan para pelajar dapat memahami subtopik yang telah diajar dan sewaktu tamat sesi pembelajaran cikgu akan bertanyakan kefahaman para pelajar mengikut skala. Terima kasih cikgu atas pengorbanan dan usaha selama ini yang telah cikgu lakukan untuk kami. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas niat murni cikgu dalam mendidik dan memberi pengajaran buat kami. Sesungguhnya Saya dan rakan- rakan sangat merindui cikgu, hanya kiriman doa yang tulus daripada kami buat cikgu Ros yang tersayang. Semoga cikgu Ros terus menjadi guru yang cemerlang dalam warga pendidik. Akhir kalam semoga kita bertemu lagi 🤲🤗 daripada Saya Nur Farzana Izzati Binti Yasser 💙

Salam Perpisahan
Assalamualaikkum wbt dan salam sejahtera buat guru tersayang Puan Rosmawati Binti Mohd Yusoff serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana sudi mengajar kami. Jasa cikgu tak dapat kami balas, hanya doa dapat kami panjatkan agar Allah swt mengangkat martabat cikgu dan sekeluarga. Harus saya akui sepanjang pengajian tingkatan enam di Smk Seri Balik Pulau ini banyak memberikan saya memori serta pengalaman yang indah dan turut mengajar saya erti mandiri dalam kehidupan. Saya juga ingin mengambil peluang dan kesempatan ini mengucapkan tahniah buat semua rakan rakan seperjuangan 6 atas Al Jazzari di atas keputusan STPM yang diumumkan baru baru ini. Pesanan saya buat kalian, Walau apa pun keputusan yang diperolehi percaya pada diri anda. INGATLAH, KITA TETAP MENANG, kita sudah berjaya mengharungi keperitan dan kepayahan menuntut ilmu dalam situasi pandemik ini. Kita seharusnya berbangga dengan kejayaan yang diperolehi, kerana ini adalah berkat doa guru-guru dan usaha kita. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana sudi mencurahkan ilmu kepada kami, dan saya juga ingin memohon maaf kepada cikgu dan rakan rakan sekalian andai kata kata saya atau perbuatan saya pernah melukai kalian tanpa saya sedari. Diharapkan ukhuwah yang terbina antara kita berkekalan hingga ke jannah aminn..Saya juga mendoakan semuanya dipermudahkan segala urusan dan selamat menempuh kehidupan universiti bagi yang melanjutkan pelajaran serta selamat menempuh alam pekerjaan bagi yang bekerja ❤ tak kisah apa pun bidang yang anda ceburi ingat jangan berhenti berusaha dan percaya pada kebolehan diri anda.
-Pesanan Ikhlas dari Nur Zafirah Zairin Zairy

Assalamualaikum, selamat malam buat Cikgu Rosmawati dan sahabat sekalian. Maafkan saya kerana lewat mencoretkan kata, maaf buat cikgu tertunggu-tunggu..

1. Cikgu, terima kasih sudi mendidik kami hingga ke akhirnya. Jujur, saya suka cara cikgu mengajar, cikgu banyak berinteraksi dengan pelajar dalam kelas. Cikgu sebut nama sorang-sorang sampai habis.  Cikgu bagi peluang untuk kami semua meluahkan rasa. Saya selalu ternanti-nanti waktu untuk belajar BM, saya ternanti-nanti waktu cikgu panggil nama kami sorang-sorang..  Saya suka, saya rasa dihargai, rasa disayangi :') . Nikmatnya hidup berkasih sayang kan cikgu.. Semoga cikgu tetap begitu, mungkin ramai lagi yang memerlukan kasih sayang itu.. Terima kasih cikgu, saya hargai.. Tanpa sedar, air mata saya mengalir..

2. Saya jatuh cinta dengan peribadi cikgu, cikgu sopan, lembut, berbudi.. betullah perhiasan terindah itu ialah wanita yang solehah. Dalam diam saya cuba ikut jejak langkah cikgu .. doakan saya istiqamah ya cikgu..

3. Saya minta maaf ada masa saya terlelap dalam kelas cikgu, maaf ya cikgu .. Semoga  cikgu tidak lelah berbakti untuk anak bangsa. Moga syurga buat Cikgu Rosmawati binti Mohd Yusoff,aamin ya Rab.

4. Buat sahabat sekalian, terima kasih sudi berkawan dengan diri ini. Walaupun seketika cuma, bagi saya itu amat berharga. Banyak benda saya pelajari dari persahabatan ini. Terima kasih kerana menghiburkan. Terima kasih atas sokongan. Terima kasih untuk segala bantuan. Moga Allah membalas kalain dengan kebaikan. Maaf dipinta andai sikap dan perilaku saya ada membuatmu terguris hati.. Ceritakanlah khilaf saya agar saya dapat mengubah diri menjadi insan yang lebih baik..

5. Apapun keputusan stpm kalian .. tahniah, tahniah sebab mampu menghabiskan perjuangan ini hingga ke titik akhir. Tak semua mampu bertahan. Tak semua berani untuk pilih tingkatan 6 sebagai halatuju selepas SPM. Kalian hebat !

6. Sahabat, selamat meneruskan perjalanan hidup ini. Jaga agama,jaga solat, jaga aurat , walau kita asalnya bukanlah orang baik baik. Kerana dengan itu, kelak kalian pasti berjaya dunia akhirat. Yakinlah kejayaan hakiki itu ada pada diri yang sentiasa mendekatkan diri dengan Tuhannya. Jaga Allah, Allah akan jaga kita.

Setakat ini sahaja coretan saya..
Moga doa kita untuk kita tidak akan putus.
Terima kasih cikgu, terima kasih sahabat sudi baca coretan yang tidak seberapa indah ini .. Sayang semua kerana Allah kerana Rasulullah.

🤍اللهم صل على سيدنا محمد

-Afiqah Ammar 2/7/21 11:26pm

SOBRI
Asslamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada guru saya, Puan Rosmawati Binti Yusoff serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Sebelum itu,  saya dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada cikgu Ros kerana lewat mengisi kata-kata saya dalam padlet ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Allah swt atas nikmat sementara yang dipinjamkan kepada saya, tidak lupa juga kepada guru saya puan Rosmawati Binti Yusoff serta rakan² sekalian, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kamu semua kerana  banyak membantu saya dan tidak pernah loket untuk berkongsi ilmu. Saya sangat² bersyukur dengan keputusan yang saya peroleh kerana perjalanan saya tidak mudah seperti anda bayangkan. Saya yakin dan percaya saudari hayani,  saudara Kazim dan Cikgu yang saya sanjungi Cikgu Siti Hajar lebih mengenali  latar belakang diri saya serta perjalanan saya untuk sampai ke tahap ini. Pesanan saya untuk rakan² seperjuangan sekalian, jangan mudah putus asa dengan rahmat dan rezeki Allah, kita kena yakin dan percaya setiap perjalanan dan aturan hidup kita Allah susun molek² dah, cuma cepat atau lambat sahaja. Selain itu, saya menyeru kepada rakan² , kita perlu mengekalkan tali persahabatan kita dan kita juga  perlu menjaga silaturahhim dengan guru² kita. Akhir kata daripada saya, belajar/kerja rajin², jangan tinggal solat, jangan tinggal Al quran , dengar cakap ibu bapa. Selagi mereka hidup, hormati dan sayangilah mereka. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rosmawati Binti Yusoff serta rakan² seperjuangan sekalian, hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua, halalkan ilmu yang saya terima😊

-dzikhairie/ Kay e/Sobri 3/7/21-

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Puan Rosmawati binti Mohd Yusoff dan kawan2 yang disayangi., buat cikgu Rosmawati yang paling saya sayang terima kasih telah mengajar saya selamat dua tahun , jasa cikgu akan saya ingat dan hargai sampai bila2, gaya mengajar cikgu membuatkan saya ingin tinggal lebih lama di tingkatan 6. Namun waktu perjumpaan kita berakhir dalam perpisahan. Akan tetapi percayalah jasamu akan selalu saya ingat..                                                                                                                                       Buat kawan2 sekelas gelak tawa bersama akan dirindui , terkadang perpisahan membuatkan  mengerti betapa pertemuan itu sangat berarti  , sehingga kita mampu menghargai setiap detik bersama.. terimakasih kawan2 untuk dua tahun kita menjadi kawan , diharapkan agar silaturrahim tidak terputus,         Akhir kata, saya mohon ampun dan maaf kepada cikgu ros dan kawan andai ada salah silap saya, yang pernah bergaduh atau terasa hati juga saya mohon ampun, saya doakan kejayaan buat kita semua

Salam perpisahan buat semua, semoga bertemu lagi dilain hari😊

AMIELIA BINTI AZHAAR

4/7/21

BUAT GURU DAN RAKAN-RAKAN🤗
Asalamualaikum dan salam sejahtera,
Mengharapkan khabar yang baik-baik belaka,
Syukur kita telah berjaya mengharungi kehidupan di tingkatan enam sememangnya memberi banyak makna dan tersirat begitu banyak memori bersama.

Pertama sekali saya ingin megucapkan terima kasih kepada Puan Rosmawati yang banyak memberi tunjuk ajar sama ada dari segi akademik dan rohaniah. Sememangnya ilmu yang diberi tidak dapat dibalas dengan apa-apa hanya Allah sahaja yang mampu memberikannya. Terima kasih cikgu yang tidak jemu memberi semangat kepada anak muridnya untuk meningkatkan prestasi sama ada dalam akademik dan rohani. Teguranmu sangat memberi manfaat dan impak kepada diri saya sama sekali untuk menjadi lebih berusaha untuk mencapai keputusan yang tinggi. Doamu terhadap murid2 semestinya tidak lekang dibibir.
Saya menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf sekiranya ada menyinggung perasaan cikgu sama ada sedar mahupun tidak sedar.😌

Kepada rakan-rakan tanpa anda hari-hari saya tidak seindah di sekolah. Mencoretkan memori bersama sememangnya tidak dapat dilupai. Senda tawa,tangis,gembira sama-sama diharungi. Saya memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan kepada anda semua . Tutur bicara saya dan gurauan yang saya lakukan tidak terniat dihati untuk menyakiti sekadar ingin bergurau, harap-harap tidak simpan didalam hati.
Halalkan makan minum yang telah anda semua beri. Saya mendoakan rakan berjaya di akhirat dan dunia.

STPM bukanlah pengakhiran hidup kita teruskanlah berjuang untuk menggapai mimpi,agar menjadi realiti.
Masih luas terbentang rezeki didunia ini jangan putus asa dengan diri, teruskan berusaha dan berdoa kepada Ilahi untuk membuka pintu rezeki. Hidup masih panjang coret dan lakarlah masa depan kita untuk peroleh kejayaan. Bumi itu bulat kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah. Harungilah dunia sebagai perjalanan bukan pelarian kerana dunia tidak hakiki.

Akhiri ucapan, saya sekali lagi memohon maaf kepada semua terutama Puan Rosmawati halalkan ilmu yang cikgu beri dan halalkan makan minum saya , begitu juga dengan rakan-rakan. Sekiranya ada masalah sudilah berkongsi agar dapat kita saling membatu.

Perpisahan itu bersyarat, perpisahan itu pasti.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan layu-layuan.

Salam perpisahan dari saya
KAZIM😎(Budak Nakal 6 Atas Al-Jazzari)

Assalamualaikum cikgu Rosmawati binti Mohd Yusoff dan rakan rakan seperjuangan yang dikasihi 🥰 pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu yang mengajar saya dan banyak memberikan tunjuk ajar yang takdapat saya balas hanya doa yang mampu saya kirimkan ❤️ semoga cikgu selalu didalam lindunganNya. Mohon cikgu halalkan segalanya dan saya juga ingin memohon maaf jika saya tersilap kata dan terkasar bahasa selama saya menjadi anak murid cikgu. Dan kepada rakan rakan seperjuangan saya juga ingin memohon maaf jika terkasar bahasa selama 2 tahun. Ucapan tahniah kepada semua kerana telah berjaya mendapat keputusan yang baik apa pun keputusan itu tapi tetaplah bersyukur kerana itu adalah usaha kita selama ni 🥰 jaga diri baik baik & harap hubungan kita tidak putus sampai ke sini sahaja.

-NUR AIKA NABILA BINTI AZMI -

“ cikgu sayang saya tak ? “ ❤️

-GURUKU YANG DISAYANGI😍
Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Apa khabar cikgu cantik & sekeluarga?Semoga cikgu sentiasa sihat walafiat.
Maafkan fittriya kerana baru menulis.

Cikgu telah banyak memberi pengajaran ketika berada di kelas dan di luar. Pertemuan pertama dengan cikgu bukanlah di kelas tapi di Masjid Simpang Empat tahun 2019, pada masa itu bulan ramadan. Kemungkinan cikgu tidak ingat kerana saya disebelah cikgu di malam terawih. Ketika saya jumpa cikgu di dalam kelas, saya terkejut rupanya seorang guru tingkatan 6. Masih segar diingatan...

Cikgu telah memberi kami membuka jendela dunia untuk mencapai kejayaan kami dengan bimbingan cikgu sendiri.
Cikgu, engkau bapa dan Ibu kedua bagi kami, menjadi orang tua tatkala kami nakal, menjadi sahabat tatkala kami kebingungan, menjadi pelita tatkala kami kegelapan. Semoga cikgu sentiasa sayang, masih mengingati & selalu mendoakan kejayaan anak muridnya.😘

"SELAMAT HARI LAHIR CIKGU ROSMAWATI"
-Semoga selalu dilimpahi/dimurahkan rezeki
- Semoga sentiasa sihat hingga ke tua
- Semoga cikgu sentiasa tersenyum dan ceria
- Semoga kita berjumpa lagi cikgu yang disayangi
- Semoga diberikan kebahagiaan di dunia & akhirat
- Semoga cikgu & keluarga dilindungi Allah S.W.T daripada penyakit & dijauhi fitnah akhir zaman

* fittriya -white lily-
(05/08/21)
11:51p.m.