A155072 NURUL NABILA BINTI ISMAIL by

Keluarga terabai akibat gajet
Melalui berita yang telah dipilih, ia membincangkan tentang penggunaan gajet yang boleh menyebabkan keluarga sendiri terabai. Walaupun penggunaan gajet penting untuk mendapatkan sesuatu maklumat tetapi ia boleh memudaratkan apabila digunakan secara berlebihan dan tidak dikawal. Ada juga segelintir ibu bapa yang leka bermain gajet sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka dan menyebabkan hubungan renggang kerana kurangnya komunikasi di antara ahli keluarga.  Pelbagai cara boleh dilakukan agar masalah penggunaan gajet ini dapat ditangani.

Kebaikan
Antara kebaikan gajet ialah memudahkan individu untuk mencari maklumat. Kita tidak akan banyak membuang masa apabila menggunakan gajet untuk mencari maklumat berbanding apabila kita pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat. Selain itu, kebaikan gajet ialah ia boleh memudahkan urusan harian seperti orang yang berniaga yang menggunakan gajet untuk berhubung dengan pelanggan.

Aplikasi di dalam gajet juga boleh membantu kanak-kanak belajar secara sendiri kerana lebih menarik dan tidak bosan. Hal ini adalah kerana kanak-kanak lebih mudah belajar melalui  imej yang bergerak dan berbunyi.

Keburukan
Antara keburukan menggunakan gajet secara berlebihan ialah ia akan mengurangkan komunikasi di antara ahli keluarga. Perselisihan faham dan pergaduhan mungkin boleh berlaku. Ini adalah kerana mereka lebih gemar untu bermain dengan gajet kerana ianya tidak bosan. Selain itu, bagi kanak-kanak ia boleh mendatangkan masalah rabun dan boleh menyebabkan kesihatan terganggu akibat bermain gajet dengan lama dan kerap. Mereka juga boleh hilang fokus sewaktu proses pembelajaran apabila terlalu obses dengan penggunaan gajet

Cabaran dan cara mengatasi
Cabaran yang dialami apabila menggunakan gajet ialah sikap anak-anak yang sudah terbiasa dengan penggunaan gajet dan tidak boleh berenggang dengannya. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengatasi masalah ini dengan memantau dan mengawal anak-anak sewaktu mereka bermain dengan gajet terutama anak-anak yang masih kecil. Ibu bapa juga turut bersama-sama anak-anak mereka menggunakan gajet tersebut. Selain itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak beriadah dan meluangkan masa bersama agar anak-anak tidak bosan jika berada di rumah. Seterusnya, penggunaan gajet boleh dihadkan dengan membenarkan anak-anak bermain pada waktu siang tetapi pada waktu malam dikhaskan untuk berehat

Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan gajet memberikan kita kebaikan dan adakalanya memyebabkan keburukan kepada kita. Bagaimana kita menentukan sama ada ia membawa kebaikan atau keburukan adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Sebagai ibu bapa, kita mestilah mahukan yang terbaik untuk keluarga kita sendiri jadi ibu bapa perlulah melakukan perkara yang dapat mencegah anak-anak daripada bergantung dengan gajet di dalam kehidupan mereka.