Hanya Sekolah Yang Dapat Membentuk Perwatakan Pelajar. Bersetujukah Kamu? Mengapa? (Soalan GCE "O" Okt/Nov 2018) by Supandi B Djoeraemi

Tidak Setuju (Isi-Isi Penting)
1.Pengaruh Keluarga
2.Pengaruh Rakan Sebaya
3.Pengaruh Masyarakat
4.Pengaruh Agama
5.Pengaruh Media Massa

CONTOH PERENGGAN ISI (IHC+KP) - PENGARUH KELUARGA
Alasan pertama, ialah pembentukan perwatakan pelajar juga dipengaruhi oleh ibu bapa yang menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa mampu mencorakkan anak-anak yang diibaratkan seperti kain putih. Contohnya, sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat membentuk anak-anak yang berperibadi mulia bertanggungjawab,bersopan dan saling menghormati satu sama lain. Kesannya, keluarga yang Bahagia akan mempengaruhi remaja dari sudut yang positif.Bak kata pepatah “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.” Sememangnya, ibu bapa sebagai ketua keluarga mampu membentuk perwatakan pelajar dan menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar agar mereka membesar dengan peribadi  mulia.

CONTOH PENDAHULUAN (DHK+PP)
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan sekolah sebagai institusi pengajian. Manakala perwatakan pula ditakrifkan sebagai sifat, perangai, kelakuan, tingkah laku, moral , akhlak, tabiat atau budi pekerti seseorang.
Marcapada ini, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Masalah sosial seperti mencuri, vandalisme, membuli, penagihan dadah menjadi isu yang serius dan sering dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan dan juga di media-media sosial. Kesannya, ia telah mencemarkan imej negara di mata dunia.  Pemerintah berpendapat bahawa subjek Perwatakan dan Kenegaraan (CCE) harus diwajibkan di sekolah-sekolah bagi membentuk para pelajar yang bersahsiah mulia.  Persoalannya adakah hanya sekolah sahaja yang boleh membentuk perwatakan para pelajar? Saya tidak bersetuju seratus peratus dengan pernyataan tersebut.

KESIMPULAN (KC+HRP)
Kesimpulannya, sudah terang lagi nyata bahawa bukan hanya sekolah yang boleh membentuk perwatakan pelajar tetapi terdapat pihak-pihak lain yang turut membentuk perwatakan para pelajar. Saya mencadangkan agar semua pihak berganding bahu demi membentuk perwatakan pelajar.Saya berharap semua pihak dapat berganding bahu dan berusaha gigih untuk membentuk perwatakan pelajar kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Seandainya ini dapat dilakukan usaha untuk melahirkan para pelajar yang mempunyai perwatakan yang mulia akan dapat direalisasikan. Akhir kata, akhlak yang mulia, kunci kejayaan negara.