ASPEK SUKAN by iznaeira zainal

ISI
Perbincangan tentang tindakan-tindakan yang dapat dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi menyelamatkan negara daripada kemelesetan ekonomi dan pembangunan semula negara tidak harus ada penghujungnya maka perbincangan seterusnya akan diteruskan pula melalui peranan masyarakat perlu melibatkan diri dalam pelbagai acara sukan untuk mencapai sesuatu matlamat dan kejayaan dalam diri sendiri mahupun negara.

MAKNA
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan , keseronokan , pembangunan negara , kemahiran , kecemerlangan dan sebagainya. Sukan juga merupakan aspek yang penting kerana banyak menyumbang kepada kemajuan negara untuk mencapai wawasan menjelang 2020. Selain itu , memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan sekaligus menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh badan. Aktiviti sukan juga dapat membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan. Dengan ini , seseorang akan terhindar daripada masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan sesak nafas. Jika seseorang itu memiliki badan yang sihat dan ideal maka mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pekerjaan mahupun pelajaran. Lantas , kemajuan dan kemakmuran negara dapat dicapai dalam membentuk seebuah negara yang mamur dan berjaya.

DATA
Menurut sumber kajian Kementerian Belia dan Sukan amat mendukacitakan dan merobek sembilu luka di jiwa kerana terdapat seramai 89.7% masyarakat di Malaysia tidak menyertai atau melibatkan diri dalam pelbagai acara sukan yang telah dianjurkan oleh pihak tertentu kerana mereka saling beranggapan bahawa sukan tidak penting dalam kehidupan seharian dan tiada kaitan dalam pembangunan sesebuah negara. Jadi , mereka semua hanya mengambil mudah dan hanya mengabaikan peranan masing-masing tentang kemelut sebegini.

SOAL
Persoalan yang sering menerjah dan berlegar-legar dalam minda sebilangan masyarakat ialah mengapakah golongan masyarakat pada hari ini tidak memupuk sifat kesukanan dalam diri masing-masing ? Wajarkah masyarakat melibatkan diri dalam pelbagai acara sukan yang dianjurkan?

JAWAB
Mari kita berfikir sejenak dan bayangkan , masyarakat pada zaman ini tidak mempunyai kesedaran dalam diri masing-masing dek mengikut arus zaman teknologi yang canggih menyebabkan banyak meluangkan masa hanya duduk di rumah sambil bermain alat gadjet seperti Ipad , telefon pintar , komputer dan sebagainya sehingga lalai untuk melakukan aktiviti yang lebih berfaedah seperti bersukan. Oleh itu , sebagai seorang masyarakat yang memiliki akal dan fikiran yang waras  wajarlah menyertai pelbagai acara sukan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada remaja yang berbakat dalam semua bidang sukan amat dialu-alukan. Hal ini tidak mustahil bagi negara untuk mendapatkan atlet yang lebih berbakat dan mampu membawa nama negara ke persada antarabangsa sebagai contoh Datuk Lee Chong Wei yang merupakan salah satunya menjadi kebanggaan serta menjadi harapan emas negara untuk mewakili temasya sukan Olimpik 2016 Rio. Jadi , secara tidak langsung negara kita akan terus maju ke hadapan dan berkembang serta dijadikan inspirasi oleh negara luar untuk menstabilkan semula negara.

SELAGI
Selagi masyarakat tidak mempunyai kesedaran dalam diri , selagi masyarakat tidak menjalankan tanggungjawab masing-masing  dalam pembangunan semula negara , maka selagi itulah hasrat untuk negara mencapai kestabilan ekonomi dan membangunkan semula negara  tidak akan berhasil dan berjaya dengan jayanya.

PENEGAS
Nahtijahnya , peranan masyarakat dalam menyumbangkan tenaga serta melibatkan diri dalam acara sukan amatlah penting untuk kestabilan dan perkembangan negara. Oleh itu , sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran positif dan terbuka hendaklah bersama-sama melibatkan diri dalam apa jua acara sukan yang dianjurkan kerana terdapat banyak manfaat yang dapat diperoleh daripada aktiviti ini dan tidak membazir masa kerana masa itu ibarat emas.