my dazzling padlet by Nur Arisya

Baiklah. Yang dihormati cikgu rozinah yang ceria selalu dan rakan-rakan taulan yang saya kasihi sekalian. Asalamualaikum, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

"Rasuah Pemusnah Integriti Masyarakat"

Begitulah mauduk lisan yang bakal meniti di bibir kami pada hari ini. Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina mauduk lisan kami pada hari yang berbahagia ini agar yang kabur dijelaskan dan yang gelap diterangkan.

Definisi rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud wang yang diberikan oleh orang tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah dan cepat tetapi salah

mengikut undang-undang negara. Pemusnah membawa erti sesuatu yang membinasakan. Integriti bermaksud kejujuran. Manakala masyarakat
merupakan sekumpulan manusia yang

hidup bersama. Oleh itu, secara generalisasinya, amalan sogokan akan membinasakan nilai kejujuran dalam sekumpulan manusia yang hidup bersama.

Hadirin yang dihormati,

Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini. Gejala ini merupakan duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita. Syed Hussein al-Attas menyatakan bahawa rasuah sebagai penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi. Rasuah yang berleluasa juga mencemarkan integriti dan maruah Malaysia sekaligus menimbulkan kesan negatif yang boleh membawa kemudaratan kepada seseorang atau kepada sesebuah negara.

Hadirin sekalian,

Gejala rasuah di Malaysia berada pada tahap sederhana dan terkawal. Namun begitu, amalan rasuah masih berlaku dalam semua peringkat kehidupan manusia. Amalan rasuah juga merupakan penyakit masyarakat yang sukar diatasi kerana pengetahuan tentang keburukan

gejala rasuah ini kurang diketahui oleh masyarakat pada hari ini. Walau bagaimanapun, masyarakat sekarang yang masih mengamalkan amalan rasuah ini harus sedar bahawa undang-undang negara kita tidak akan memandang benteng amalan rasuah ini kerana perkara

ini merupakan amalan yang buruk yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman masyarakat setempat mahupun negara. Statistik terkini menunjukkan baha!a bilangan kes rasuah yang disiasat meningkat dua kali ganda, daripada 663 kes pada tahun 2001 kepada 1317 kes pada tahun 2006. Bilangan tangkapan juga meningkat dari 318 kepada 564. Jika amalan ini masih berterusan, ia dapat menggugat keutuhan masyarakat dan tidak mustahil suatu hari nanti negara kita akan tergadai.