SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA by PISMPBM20623 Christina Simon

Merupakan sebuah institusi pendidikan tradisional Islam dan sistem pendidikan yang diamalkan adalah berteraskan pengajian ilmu Islam.

Sistem pendidikan ini berlaku di tempat-tempat ibadah seperti surau dan madrasah.

Isi kandungan pengajaran ialah pengajian al-Quran dan tajwid, tafsir al-Quran, hadis, fiqah dan tauhid.

Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pihak Inggeris telah mewujudkan sekolah vernakular dan guru-guru sekolah berkenaan dibawa dari negara masing-masing.

Setiap sekolah berkenaan melaksanakan kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sistem persekolahan yang berbeza.

Dalam tempoh pemerintahan Jepun di Tanah Melayu (1941-1946), bahasa Jepun dijadikan bahasa tambahan dalam sistem pendidikan.

Sekolah-sekolah vernakular telah digantikan dengan sekolah Nippon-Go.

Sekolah Nippon-Go menekankan pembelajaran lagu-lagu klasik Jepun dan warisan kebudayaan Jepun dalam kurikulum sekolah rendah.

Pemerintah Jepun telah membubarkan pendidikan menengah aliran biasa dan digantikan dengan pendidikan vokasional dan teknik dan orang dewasa diberi peluang untuk mempelajari bahasa Jepun.

Dipengerusikan oleh L.J.Barnes, iaitu Penagarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford.

Jawatankuasa ini ditugaskan untuk menyemak dan menambah baik sistem pendidikan untuk anak bangsa Melayu.

Laporan Barnes ini mengutarakan cadangan dengan tujuan untuk meningkatkan tahap pencapaian dalam bahasa Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan tahap pencapaian dalam Bahasa Inggeris.

Laporan Barnes ini juga berusaha untuk menangani masalah yang berkaitan dengan guru, meningkatkan kualiti guru, menambah baik tahap penguasaan pedagogi pelatih di maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian.

Juga mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Tujuan sekolah Melayu diwujudkan bagi Laporan Barnes ini adalah sebagai usaha memupuk perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai daripada segi perkembangan dan kemahiran, menggalakkan dan merangsang serta membolehkan komuniti Melayu mencapai pendidikan yang terbaik.

Namun, mendapat tentangan daripada kaum Cina dan India kerana didakwa perkara tersebut usaha untuk menghapus bahasa dan kebudayaan Cina dan India.

Jawatankuasa Fenn-Wu ini telah ditubuhkan oleh Sir Hendry Gurney untuk mengkaji semula Laporan Barnes.

Laporan Fenn-Wu diwujudkan sebagai maklum balas dari masyarakat Cina yang tidak berpuas hati terhadap cadangan dalam Laporan Barnes 1950 dan mengkaji serta menilai semula semua kewajaran yang dicadangkan dalam Laporan Barnes 1950.

Jawatankuasa ini telah menghasilkan Laporan Fenn-Wu yang berfokus kepada pembagunan sekolah-sekolah Cina dan menuntut supaya sekolah Cina dikekalkan dengan sukatan peljaran yang berasaskan negara China.

Laporan ini dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan dan telah diluluskan pada bulan September 1952 dan telah memenuhi tuntutan daripada masyarakat Melayu, Cina dan India.

Laporan Fenn-Wu kemudiannya menjadi sebahagian daripada asas kepada pembentukan Ordinan Pelajaran pada tahun 1952daan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952.

Laporan Fenn-Wu menjadi titik terbentuknya persefahaman antara tiga kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India dalam penggunaan bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda.

Penyata Razak merupakan cadangan yang dikemukakan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan dan dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, iaitu Tun Abdul Razak Hussein.

Laporan ini memberi penekanan kepada usaha dalam membentuk perpaduan antara kaum dan penghasilan tenaga kerja.

Ditugaskan untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi untuk menyatupadukan penduduk berbilang bangsa dan juga ditugaskan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain serta mengkaji isi kandungan Ordinan Pelajaran 1952 bagi membuat pindaan mengikut keperluan.

Tujuan laporan ini adalah untuk menyemak dan menstrukturkan semula dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu bagi membina satu sistem pendidikan kebangsaan.

Ordinan ini dibentangkan pada September 1952 dan ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh masyarakat Melayu dan oleh hal yang demikian, satu Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan bagi membincangkan perkara seperti berikut:

1. Penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dilaksanakan secara berperingkat.
2. Penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil secara beransur-ansur.
3. Mengehadkan bilangan murid masuk ke sekolah.
4. Penubuhan sekolah menengah vokasional.

Pada ketika itu juga, Jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhakan bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.

Melalui Ordinan ini sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak lagi diterima sebagai sebahagian daripada sistem persekolahan kebangsaan, sebaliknya bahasa-bahasa tersebut dicadangkan diajar sebagai bahasa ketiga namun dibantah dan mendapat kekangan dan halangan dan menjadikannya Ordinan ini tidak dapat dilaksanakan.