Mooc by Pui Ching

(1) Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Syariah membawa maksud undang-undang dan aturan-aturan Allah S.W.T. Ia mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia seperti manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia sesame manusia dan hubungan dengan alam untuk mencapai kesejahteraan dan keamanan di dunia ini. Terdapat beberapa keistimewaan undang-undang Syariah itu sendiri. Antaranya ialah bersifat sempurna bagi memenuhi keperluan manusia dalam semua bidang kehidupan, bersifat tetap dan tidak mengalami perubahan sehingga hari kiamat dan sebagainya. Sumber-sumber undang-undang Syariah adalah daripada Al-Quran, Hadis, Ijma, Qiyas dan Ijtihad. Pelaksanaan undang-undang dan kehakiman Islam di Tanah Melayu bermula pada 1303 sebelum Masihi berasaskan penemuan Batu Bersurat Terengganu.

(2) Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Faktor utama perkembangan Islam di Nusantara adalah melalui kegiatan pelayaran.
Di Indonesia, hubungan diplomatik dilakukan dengan pedagang muslim yang berasal
dari Gujarat, Arab dan negara-negara Islam yang lain. Hal ini disebabkan kedudukan
geografi Indonesia yang strategik untuk menjalankan kegiatan pelayaran dan
pedagang-pedagang Arab yang berpegang pada konsep ingin menyebarkan agama
Islam di seluruh dunia.
Faktor yang kedua ialah sifat keterbukaan masyarakat di Indonesia. Agama Islam
diterima oleh masyarakat di Indonesia tidak hanya dalam kalangan para bangsawan
tetapi juga tokoh-tokoh masyarakat kepala suku dan para ulebelang (ketua adat). Sifat
ini memberikan peluang kepada pedagang-pedagang dari Arab untuk berkongsi ilmu.
Perkahwinan dan pendidikan juga merupakan faktor-faktor penyebaran Islam di
Nusantara. Agama Islam tersebar apabila pedagang-pedagang dari Arab berkahwin
dengan penduduk-penduduk di Nusantara kerana ini secara tidak langsung
menyebarkan agama Islam kepada penduduk yang merupakan isteri dan anak. Selain
itu, pedagang Arab telah menyebarkan agama Islam di Nusantara melalui pendidikan
seperti Al-Quran dan Sunnah. Tulisan Jawi juga diperkenalkan di Nusantara.
Perkembangan Islam di Nusantara dapat dibuktikan dari seni bina masjid,
perkembangan senjata api dan hasil tulisan Jawi yang kekal sehingga kini.

(3)Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Kerajaan Melaka yang merupakan salah satu kerajaan islam melayu telah menjalinkan hubungan luar dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai,Kampar, Jawa, dan Siak. Selain itu, Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Pasai, China, Jawa, Siam, dan Kepulauan Ryukyu ( Jepun ). Contohnya, kedatangan laksamana Chen ho ke Melaka pada abad ke-15 atas arahan Maharaja Yung Lo yang berkuasa pada tahun 1403-1424 untuk mengadakan hubungan diplomatik antara China dengan kerajaan Melaka pada waktu itu. Penyebaran Islam di Tanah Melayu turut didorong oleh faktor hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Kerajaan Moghul di India dan Makkah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh misalnya mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam seperti Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dan lain-lain. Pada zaman baginda, Acheh telah dikunjungi oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah.