My artistic wall by mahanee mahmud

Sebelum merdeka, sistem pendidikan bermula dengan sistem Pendidikan Pondok
Kemukakan ciri-ciri sistem Pendidikan Pondok di Malaysia secara ringkas

Sekolah pondok
institusi pengajian dan pendidikan  Islam secara tradisional.  Terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada sekolah pondok seperti pesantren di Jawa, penjentren di Madura, ranggang di Aceh dan surau di Minangkabau.  Sekolah pondok  adalah sebuah kawasan yang di dalamnya terdapat institusi pengajian Islam yang berbentuk tradisional. Terdapat rumah-rumah kecil yang didirikan berasingan. Bentuknya hampir sama antara satu dengan yang lain. Rumah-rumah ini didirikan secara tersusun yang berhampiran dengan rumah tuan guru dan surau atau masjid.  Rumah-rumah kecil tersebut merupakan tempat tinggal pelajar, manakala surau atau masjid dijadikan tempat belajar dan beribadat.

Kanak-kanak orang Tamil yang belajar di pondok

Perkembangan Pembangunan Pendidikan Sebelum Merdeka
Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular.

1.  Ilmu agama

Dari segi pembelajaran sukatan pembelajaran yang didedahkan kpd para pelajar adalah tidak tersusun, ia bergantung kepada kemahiran guru. Antara mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir, fekah, nahu saraf, hadis, doa-doa yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Para pelajar juga didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan bahasa Arab.

2. Ilmu perubatan

Sesetengah institusi pendidikan pondok mendedahkan ilmu perubatan tradisional yang menggunakan bahan-bahan spt akar kayu di samping jampi-jampi yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Antara kitab yang berkaitan ialah Tashil al Manafi fi al Tibbi wa al Hikmah, Kitab Mujarabad dan lain-lain.

3.Mata pelajaran sampingan

Untuk menghilangkan rasa jemu di kalangan para pelajar mata pelajaran spt bernasyid, berzanji, marhaban dan qasidah turut diajar

4.Bahasa penghantar

Pembelajaran dijalankan dalam bahasa Melayu memandangkan banyak kitab-kitab Arab telah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu.

5.Tenaga pengajar

Para pelajar diajar secara percuma, guru di sekolah pondok hanya mendapat khidmat tenaga anak-anak muridnya yang mengerjakan tanah sawah atau kerja-kerja pertukangan.

Hubungan antara guru dan anak-anak muridnya amat rapat, buka sahaja kerana kealiman guru berkenaan, bahkan rasa tanggungjawab guru berkenaan apabila para ibu bapa menyerahkan anak-anak mereka untukdididik oleh guru berkenaan

6.Tempoh belajar
Tempoh masa belajar di sekolah pondok tidak terhad, ada di kalangan para pelajar berada di institusi ini selama 10 tahun, malah ada di kalangan yg berpindah dari satu pondok ke pondok yang lain

7.Kaedah pembelajaran

Dalam bentuk halaqah, di mana para pelajar akan membuat separa bulatan mengelilingi guru mereka. Selain itu guru-guru juga menggunakan kaedah hafalan, syarahan (kuliah), perbincangan (muhadatah), soal jawab perdebatan (mujadalah), pengembaraan (rehlah) dan lain-lain.

8.Lepasan pondok

Mereka akan menjadi tenaga pengajar di institusi pondok. Ada yang melanjutkan pelajaran ke Aceh, Mekah dan Madinah, kemudian apabila kembali mereka mengajar di pondok yang sama atau di tempat lain. Mereka juga boleh menjadi pendakwah di surau atau masjid.

Sistem Pendidikan Pondok
Pendidikan Pondok bukan sahaja menfokuskan orientasinya kepada akhirat atau mengajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keagamaan sahaja, bahkan ia juga mengajar tentang ilmu-ilmu yang lainseperti ilmy hisab dan ilmu kaji bumi.

Sekolah pondok mula diperkenalkan oleh para alim ulama tersebut sekitar awal kurun ke-19 di negeri-negeri Tanah Melayu seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah. Sekolah pondok ini merupakan satu institusi pendidikan agama Islam yang berasrama. Pada ketika itu, sistem pengajian pondok boleh dikatakan lebih kemas dan maju daripada sistem pendidikan agama di surau atau masjid. Pada umumnya, sekolah pondok ini didirikan oleh penduduk kampung secara gotong royong dan diuruskan oleh alim ulama dengan sukarela. Mengikut kajian, mata pelajaran yang diajarkan pada masa itu ialah Tauhid, Tafsir, Fiqh, Hadis, Nahu Saraf, Tasawuf dan doa-doa serta Jawi dan bahasa Arab. Bahasa pengantar ialah bahasa Melayu. Tempoh tamat pengajian ridak ditetapkan; ada murid pernah menghabiskan sepuluh tahun untuk menamatkan pengajiannya di dalam sekolah pondok itu.