PENGOPERASIAN SEKOLAH SK DESA JAYA by UNIT PENTADBIRAN SKDJ

PEMBUKAAN SEKOLAH
Assalamualaikum w.r.t / Salam sejahtera,
Makluman untuk semua murid SK Desa Jaya dan ibu bapa atau penjaga mengenai pembukaan sekolah

Tarikh pembukaan sekolah :

Tahap 1 ( Tahun 1, 2 dan 3 ) - 25 Oktober 2021 ( Isnin)

Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6 ) - 01 November 2021 ( Isnin )

Kaedah kehadiran murid adalah mengikut jadual penggiliran. Murid dan ibu bapa boleh semak nama murid dalam JADUAL PENGGILIRAN

Bersama ini juga disertakan JADUAL PERSEKOLAHAN MENGIKUT SISTEM PENGGILIRAN

Murid yang hadir ke sekolah mengikut jadual berkenaan akan melaksanakan PdPC iaitu pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dengan guru. Murid yang berada di rumah pula akan melaksanakan PdPR. Sila rujuk jadual yang disertakan :

JADUAL PDPC ( DI SEKOLAH )

JADUAL PDPR ( DI RUMAH )

Jadual PdPR adalah mengikut National Class Room Teaching (PENGGUNAAN DIK TV)

Jadual yang disertakan di atas adalah mengikut Tahap 1 dan Tahap 2.

Guru boleh memberikan tugasan murid yang berada di rumah dengan menggunakan aplikasi whatsapp, telegram atau lain-lain yang sesuai.

Murid boleh belajar secara kendiri di :

DIDIK TV

SUMBERKU

Lain-lain

Jadual waktu hadir dan pulang

Waktu mula pembelajaran hari Isnin hingga Jumaat tahap 1 dan 2 ialah pada jam 7:40 pagi.

Waktu pulang:

Tahap 1 | Isnin & Selasa - jam 1:10 | Rabu & Khamis -12:40 | Jumaat - jam 12:10

Tahap 2 | Isnin - jam 1:40 | Selasa - jam 1:10 | Rabu & Khamis - jam 12:40 | Jumaat - jam 12:10

Kepulangan murid dari sekolah adalah mengikut kaedah penyuraian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

Mematuhi SOP ketika berada dalam kawasan sekolah:

Pintu pagar hadapan ( Pintu Utama ) dan pintu pagar belakang ( Pintu pagar taman perumahan ) akan mula dibuka pada jam 6:30 pagi untuk kemudahan ibu bapa atau penjaga yang terpaksa menghantar awal murid ke sekolah.

Pintu pagar sekolah akan ditutup pada jam 7:40 pagi.

Murid yang datang awal boleh duduk di kerusi ruang menunggu sebelum pemeriksaan suhu.

Murid akan terus ke stesen saringan  (tempat pemeriksaan suhu) mengikut arah anak panah dengan penjarakan sosial 1 meter.

Pemeriksaan suhu sebelum murid masuk ke kelas akan dilaksanakan bermula jam 7.00 pagi oleh guru bertugas.

Sekiranya suhu murid di bawah 37.5 murid boleh terus bergerak ke kelas masing-masing.

Sekiranya suhu melebihi 37.5, murid akan dibawa ke Bilik Isolasi. Jika perlu, penjaga akan dihubungi untuk membawa anak pulang ke rumah.

Murid yang demam, batuk dan sesak nafas tidak dibenarkan hadir ke sekolah.

Membasuh tangan di tempat yang disediakan sebelum masuk ke kelas.

Berjalan masuk ke kelas mengikut laluan yang telah ditetapkan.

Duduk di tempat yang telah disediakan mengikut nama dan nombor masing-masing di dalam kelas. Tidak dibenarkan bertukar tempat.

SOP Waktu Rehat:

Murid hanya makan dan minum di dalam kelas masing-masing.

Murid digalakkan membawa makanan dan minuman dari rumah.

Bawa sudu dan garfu sendiri bagi mengurangkan pergerakan keluar masuk untuk membasuh tangan.

Membasuh tangan hanya dibenarkan di tempat yang disediakan di luar kelas. TIDAK DIBENARKAN MEMBASUH TANGAN DI DALAM TANDAS.

Kantin sekolah akan dibuka. Murid akan membeli makanan mengikut giliran dan menyediakan duit yang mencukupi.

SOP SEMASA PULANG.

Murid akan keluar dari kelas untuk pulang mengikut kelas seperti yang telah ditetapkan dan akan dikawal oleh guru bertugas.

Murid akan pulang mengikut laluan yang telah ditetapkan.

Penjaga diminta mengambil anak tepat pada waktunya.

Elakkan daripada mengambil masa yang lama ketika menghantar dan mengambil anak bagi mengelakkan kesesakan di pintu pagar.

Sila tunggu pada penjarakan 1 meter.

Murid akan terus pulang ke rumah dan elakkan dari berkumpul.

Etika Menjaga Kebersihan:

Dalam apa jua keadaan, penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter hendaklah dipatuhi.

Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun @ hand sanitizer

Sentiasa amalkan etika batuk dan bersin dengan betul.

Sentiasa memakai pelitup muka dengan sempurna

Tanggungjawab dan peranan ibu bapa / penjaga:

Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan menghantar murid di luar pagar sekolah sahaja kecuali hujan dan atas urusan-urusan tertentu sahaja

Memastikan anak dalam keadaan sihat sebelum hadir ke sekolah.

Jika ada kontak rapat dengan individu yang bergejala atau mempunyai simptom Covid 19 MURID TIDAK PERLU HADIR KE SEKOLAH dan maklumkan pada Guru Kelas.

Sentiasa memastikan ibu bapa atau penjaga boleh dihubungi oleh pihak sekolah jika berlaku kecemasan.

Mematuhi jadual penggiliran kehadiran seperti yang telah ditetapkan.

Kerjasama dari pihak ibu bapa / penjaga untuk sentiasa mengikuti makluman terkini dari pihak sekolah adalah sangat di harapkan.

Sekian dan terima kasih.
GURU BESAR SK DESA JAYA

#skdjpadu
#staysafe
#kitajagakita