Kumpulan 3 : Pemerintah yang mempunyai kepelbagaian gaya kepimpinan dapat mengemilangkan negara.Berdasarkan pernyataan tersebut,bincangkan kepimpinan sultan Alauddin Riayat Syah by zulaika

Pemimpin yang tegas dalam memberi arahan
Setiap pemimpin hendaklah tegas dalam mentadbir sesebuah negara supaya rakyat akan setiasa akur terhadap peraturan dan arahannya. Dengan ini, sudah tentu dapat memelihara kedudukan pemimpin sebagai ketua negara dan secara tidak langsung institusi diraja dapat dikekalkan. Tanpanya, sesebuah negara akan menjadi tidak membangun dan tidak tenteram.

Contohnya, Sultan Alauddin Riayat yang tegas dalam pemerintahannya apabila beliau menegur Tun Muntahir yang tidak melaksanakan tugasnya sebagai temenggung kerana beliau tidak melakukan pengawalan pada waktu malam secara teliti. Hal ini telah menjadikan rakyat lebih taat akan arahan pemimpin.

Oleh itu, jelaslah bahawa sikap tegas sepatutnya ditanam dalam diri setiap pemimpin bagi menjamin keselamatan dan kemakmuran rakyat dan negara.

Pemimpin yang berani
Pemimpin yang berani,

H-Silap berani sewajarnya ada pada setiap pemimpin, dangan adanya silap berani ini, keselamatan sesebuah negara akan terpelihara. Berani juga mampu mempertingkatkan kedaulatan sesebuah negara.Tanpanya sudah pasti, keadaan negara akan menjadi huru-hara Dan tidak Selamat

C- CONTOHNYA, Sultan Alauddin Riayat Syah seorang pemimpin yang berani, beliau menyamar diri sebagai pencuri Dan membuat rondaan pada waktu malam untuk mengawasi kegiatan pencuri demi menjaga keselamatan melaka

K-Dengan ini jelaslah bahawa keberanian pemimpin mampu mempertingkatkan keselamatan serta kedaulatan sesebuah negara

Pemimpin yang bijak menyelesaikan masalah
Kebijaksanaan dalam memimpin negara adalah satu perkara yang dititik beratkan sama ada dari aspek politik,ekonomi mahupun sosial. Dengan adanya kepimpinan ini mampu menjadikan sebuah negara yang maju . Bukan itu sahaja, ini dapat membentuk negara yang majmuk dan berwibawa. Tanpanya sudah pasti tadbir urus negara menjadi tidak sistematik.

Contohnya, Sultan Alauddin Riayat Shah yang bijak dengan membina Balai Simpang Empat sebagai tempat untuk memulangkan harta orang tercicir yang ditemui untuk dituntut oleh pemilik iaitu sebagai langkah bagi menangani masalah kecurian di Melaka. Dengan ini, masalah sosial mahupun jenayah dalam negara dapat dibendung.

Jelaslah bahawa, setiap pemimpin mestilah bijak agar membentuk sesebuah negara yang berwawasan.

Pemimpin yang bertanggungjawab
H: Bertanggungjawab merupakan kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.Sebagai seorang pemimpin sewajarnya mempunyai sikap ini agar mampu menjamin kesejahteraan hidup rakyat di negara dan dapat membentuk kehidupan yang harmoni dan aman damai di dalam negara.

C: sebagai contoh Sultan Alauddin Riayat Syah bertanggungjawab dengan cara baginda meronda pada waktu malam di Melaka untuk menghapuskan kes pencurian. Beliau telah mengejar dan berjaya membunuh beberapa orang pencuri. Kesannya masalah kecurian dapat diatasi di Melaka.

KK:  Dengan ini jelaslah dengan sikap bertanggungjawab ini mampu menjamin kesejahteraan hidup rakyat di negara.

Pemimpin yang cekap mengatur strategi
H- Seorang pemimpin negara seharusnya mempunyai kecekapan untuk mengendalikan segala masalah dan cabaran negara. Dengan ini, keselamatan rakyat akan terjamin dan kedaulatan negara terpelihara daripada gangguan musuh.Tanpa sifat ini, tentu negara akan porak peranda dengan adanya gangguan musuh luar.

C- Contohnya, Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan pemimpin yang cekap apabila beliau bertindak pantas untuk menyelesaikan masalah di Haru dengan menitahkan Paduka Raja, Laksamana Hang Tuah dan Seri Bija Diraja memimpin angkatan tentera di perairan Melaka. Dengan ini, baginda mempunyai kecekapan dalam mengatur strategi perang demi mempertahankan negara.

KK- Jelaslah bahawa sifat ini penting bagi pemimpin agar segala cabaran negara dapat diselesaikan dan mengekalkan keamanan negara.

Pemimpin yang adil dalam pemerintahanya
H-Kepimpinan sedemikian sewajarkan diterapkan dalam diri seorang raja dalam memerintah negeri.Dengan kepimpinan ini dapat melancarkan pengurusan pentadbirannya dan menjadikan negara kekal makmur dan sejahtera tanpa ancaman.Tanpanya akan menyebabkan negara mudah tergugas kedaulatannya.

C-contohnya Sultan Alauddin Riayat Syah telah memperkenalkan undang-undang kudung tangan terhadaap org yang tidak mengembalikan harta yang ditemukan samada kepada tuannya ataj ke balai yang disediakan.Dgn tindakan ini melaka kekal sejahtera dan rakyat hdp dlm keadaan aman sejahtera.

Kk-

Oleh itu sewajarnya sbg seorg raja perlu mempunyai sikap sedemikian bagi memaparkan kewibawaan pemerintahan negara.