Ekonomi is DA BEST IN THIS WORLD by Izzat Ezzuddin

PENGHASILAN PRODUK KRAFTANGAN MAMPU MENJANA EKONOMI KAUM WANITA
SRI AMAN: Penghasilan produk kraf tangan yang diperbuat daripada benang, plastik dan sebagainya mampu menjana ekonomi kaum wanita di luar bandar.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis berkata, produk-produk kraf tangan bukan setakat digunakan kaum keluarga sebaliknya mampu dijual ke kawasan lain untuk menjana pendapatan.

“Saya percaya kaum wanita semakin kreatif, mereka bukan hanya mampu membuat kraf tangan berbentuk bakul melalui plastik dan benang boleh menghasilkan pua kumbu tetapi kini sudah ramai menghasilkan kraf tangan menggunakan surat khabar,” katanya pada Majlis Penutupan Pertandingan Kraf Tangan dan Ngiling Tikai anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sri Aman di sini malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu turut berharap kaum wanita luar bandar tidak melepaskan peluang menyertai kursus-kursus mahupun pertandingan seperti ini kerana hasil mereka mampu membangunkan keluarga dan kaum wanita sendiri.

“Jangan kita memikirkan kraf tangan dihasilkan itu tidak mendapat keuntungan sebaliknya mampu meningkatkan pendapatan.

“Kerajaan berharap kaum wanita mempunyai kemahiran menghasilkan kraf tangan, jangan takut mencuba memasarkan produk-produk mereka ke kawasan lain,” jelasnya.

Katanya inilah peluang wanita kita mengetengahkan bakat dan produk hasil tangan mereka kepada masyarakat luar.

Beliau turut memuji usaha SDNU mengambil pendekatan menganjurkan pertandingan seperti itu dalam usaha membantu kaum wanita luar bandar meningkatkan ekonomi mereka.

“Kita berharap usaha seperti ini diperluaskan terutama di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Sementara itu, pengerusi pengelola Langsing Bansi berkata pertandingan itu bertujuan membekalkan para peserta ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kraf tangan.

“Ia memberi manfaat kepada wanita di luar bandar serta menyediakan maklumat keusahawanan bagi menggalakkan peserta menceburi bidang kraf selepas ini,” katanya.

Hadir sama Pengerusi SIDS Sri Aman Roselyn Abunawas, isteri Harden Datin Simba Nallang, Penghulu Briku Busang serta yang lain.

Pada majlis itu, Harden mengumumkan peruntukan berjumlah RM5,000 kepada SIDS Sri Aman.

Ulasan
1.kini,,,kaum wanita khususnya para ibu,suri rumah tangga senuh masa dan ibu tunggal tidak boleh beralasan dlm menjana pendpatan keluarga.kaum wanota boleh mnghasilakn kragtangan sama ada d rumah ataupun mmgikuti kelas atau kursus kraftngn .Lgi pula,,,,kbnykan kedai² serbaneka memerlukan hasil kraftangan yang baharu utk dipasarkan d kedai mereka...Pnghasilan kraftngan yng unik  menarik  dan pelbagai cara mnjadi tumpuan para pelancong.Lebih baik  sekiranya kaum wanita sndri yang memulakan perniagaan kradtngan d kg atau rumah masing² ...Lebih baik lgi jika mereka mngadakan kursus kraftangan bersma pelancong luar dan dalam negara....Sebenarnyaa,,penjanaan ekonomi dlm bidang kraftngan tidak boleh dpndang ringan kerana ramai shjpembuat kraftngan  khususnya d sabah mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit🤑🤑🤑🤑🤑🤑🤑🤑🤑🤑🙉🙉🙉🙉🙉🙉

Perfume BAYBLADE....

Ekonomi 2019
KDNK pada 2019 diunjur tumbuh pada kadar 4.5 peratus daripada 4.8 peratus yang juga merupakan jangkaan kami bagi 2018. Perkara ini berdasarkan jangkaan perbelanjaan swasta yang dijangka kembali kepada pertumbuhan trend iaitu sekitar 6.9 peratus. Di samping itu, sentimen berhati-hati dalam kalangan pengusaha akan menyebabkan pertumbuhan yang lebih perlahan di dalam pelaburan swasta dan ketidaktentuan permintaan luaran dijangka memberi impak kepada eksport negara. Suasana kadar faedah yang tinggi di negara maju terutama AS juga me­nyumbang kepada kesan negatif terhadap momentum pertumbuhan mereka. Oleh itu, prospek pertumbuhan ekonomi global dijangka lebih mencabar pada 2019 berikutan faktor perang dagangan antara AS dan China, ketidakpastian harga minyak dunia dan rundingan Brexit yang masih belum me­nemui kata putus.

Ulasan:Diyakin ianya akan makin mencabar di bawah kerajann sekarang. Dengan para Menteri yg tak kompeten & syok sendiri....so,ekoomi negara sangt memerlukan seorang pemimpin yang bijak dan brilliant utk memntapkan ekonomi negara