Kesaksian Tribal Gathering 2025 by Manda Lahung

Tema bagi Tribal Gathering pada tahun ini adalah “Crossover” yang bermaksud menyeberangi yang mana sangat menginspirasi saya sepanjang event ini. Seperti ayat firman yg terdapat di Yosua 1:5 “Sebagaimana dahulu Aku menyertai Musa, demikianlah Aku akan menyertai engkau. Aku tidak akan menterlantarkan engkau dan tidak akan meninggalkan engkau.” Saya menerima peneguhan yang begitu nyata dari Tuhan sepanjang event ini dimana Tuhan menyatakan bahawa hatiNya adalah untuk generasi waktu ini - generasi yang akan mempersiapkan jalan bagi Tuhan dan yang akan melihat waktu-waktu akhir Tuhan akan datang, generasi yang akan membawa suana sorga d bumi dan generasi yg akan menerangi dunia yang semakin gelap. Satu hal yang benar-benar kami d bentuk semasa event ini berjalan adalah tentang hal berdoa. Berdoa dan meratapi bagi bangsa-bangsa dan tanah kita sndiri- khususnya Taginambur. Bagi jiwa-jiwa yang masih tersesat dan bagi generasi yang akan datang yang akan menjadi pelapis. Harapan saya  sebagai anak muda Taginambur adalah supaya kita terus berani menghadap takhta-Nya Tuhan dan terus bertumbuh lebih dalam lagi di dalam Tuhan bukan sahaja saya berimpak didalam pelayanan tetapi lebih lagi sya bertumbuh dan membangun hubungan yg erat bersama Tuhan.

Teologi Impiris
Teologi empiris adalah studi tentang pengalaman keagamaan umat beriman dengan menggunakan metode ilmiah (khususnya dari ilmu sosial) untuk memahami praktik, keyakinan, dan pengalaman mereka dalam kehidupan nyata.

Pengalaman perjalanan Wind& fire at Surabaya

Puji Tuhan teologi empiris salah satu penyumbang kedewasaan rohani , secara pribadi saya sebenarnya setiap kali ada evants kkr saya berusaha mau mengikutinya sebab sy mau mengalami perkerjaanNya, kuasaNya dan kasihNya yang tidak terbatas itu.

Setiap sesi hati saya sangat terharu dan saya menangis sebab Tuhan betul-betul menjamah hati saya melalui Firman Tuhan dan kesaksian Pr Reachel dan Pr Sabarina secara terbuka, kehidupan mereka dahulunya gelap tetapi di ubah Tuhan dengan ajaib, luarbiasa Tuhan pakai mereka.

Semasa ibadah sy simpulkan bahawa kebaktian itu sepenuhnya dikendalikan oleh Roh Kudus, semua orang menangis, berdoa dalam bahasa roh sesi terakhir tidak ada penyampaian FT kerana Tuhan sudah ambil ahli pelayanan. Banyak perkara perlu di uji dalam pelayanan roh, tapi saya percaya Tuhan mengajar sy secara pribadi untuk terus percaya kepadaNya ..

Ada rencana Tuhan setiap kehidupan kita saya sangat percaya itu.. mari kita terus belajar hidup dalam kendali Tuhan.

Pmm Taginambur u all the best.. saya sayang kamu semua..

doakan pastor dalam keluarga dalam pelaynan mari kita sama-sama next level pelayanan .. God Bless..

Mark Bibos..

Selama mengikuti Tribal Gathering, Tuhan memulihkan hati saya. Saya datang dengan banyak pergumulan — dosa, emosi, iman, dan kehidupan. Tetapi di sini Tuhan mengajar saya untuk melepaskan kesalahan yang berulang, melepaskan rasa kecewa, dan mengampuni orang lain dan diri sendiri. Dari pengalaman ini saya terpanggil untuk hidup berubah, meninggalkan pola lama dan mengikut Tuhan dengan iman serta harapan yang baru.

Pastor Rachel: “Permulaanmu tidak menentukan penghujungmu.” Ayat ini memberi harapan bahawa masa lalu tidak menutup jalan bagi berkat yang Tuhan sediakan, khususnya bagi mereka yang jiwanya tersesat dan rindu pulang ke rumah Tuhan.

Walaupun saya hanya jemaat biasa, harapan saya bagi pelayanan dan gereja ialah agar kesaksian TG2025 menjadi pemangkin, membangkitkan lebih ramai generasi muda yang akan dipakai Tuhan, menjadikan gereja tempat pemulihan, latihan rohani, dan rumah bagi mereka yang terluka untuk sembuh.

What the Lord has spoke to me:
Dear Taginambur, the message I received from the Tribal Gathering 2025 from God through Pst Rachel, Pst Sabrina, Pst Hendry Setiawan and our fellow family from Indonesia, Sarawak and Malaysia.

I know the revival back then is not the same as now, but the LORD's Words pour out simultaneously and synchronously into Young Generation of Taginambur Today and forever. That knowing and having relationship with Jesus is our Living Hope and Heritage for our Kids and Generations. Let us be filled with Love. Breaking the Gap among the Elders and Youngers, to keep on Crying for the Nation and Generation that had been left out and filled with bitterness. as Jesus said in Matthew 5:39-40 " But I tell you, do not resist an evil person. If anyone slaps you on the right cheek, turn them the other cheek also, if anyone forces you to go one mile, go with them two miles". Taginambur, keep on building relationship with Jesus, keep in knocking doors and close the door that lead to Darkness and Sin. Leveled Up Taginambur for Jesus ! let's break the cycle of ongoing disobedience towards the Lord even the smallest little thing, CARRY YOUR CROSS and FOLLOW JESUS till death!, Proclaim His Promises and Be Patient for what the Lord is preparing for Us, no time to waste. Let's gather all the Nation from across our neighborhood country Indonesia, Sarawak, Singapore for Revival as what Jesus required us to do, our families giving up their right and follow Jesus's command to be with Taginambur, CRUCIFY your Pride and Self-dependency onto your cross and Listen the Lord's voices into our daily life. Rise Up Generation!

Kesaksian dan Harapan Pelayanan
1. Tuhan menegur saya dengan begitu jelas bahawa saya perlu menyerahkan diri sepenuhnya kepada-Nya. Selama ini saya yakin saya sudah hidup 100% sebagai anak Tuhan, tetapi sebenarnya tidak. Sepanjang TG25, teguran yang paling kuat saya rasakan ialah: “Tidak perlu menunggu hingga diri hebat untuk melakukan pekerjaan Tuhan.” Selama ini saya selalu memberi alasan kepada diri sendiri :  “Saya belum layak jadi pemimpin, belum cukup ilmu Alkitab, biarlah orang lain yang ada ciri kepimpinan melayani, saya tidak pandai berdoa untuk orang lain, saya tidak pandai berkata-kata… nanti saja bila saya sudah bersedia.” Namun Tuhan mengingatkan bahawa kerelaan hati lebih penting daripada kesempurnaan diri.

Ni hati rindu dan menangis nampak anak muda sekarang yang masih terbuai dengan sajian duniawi yang kelihatan menyeronokkan tetapi akhirnya membinasakan hidup mereka. Saya abaikan selalu sebenarnya beban rohani ini yang Tuhan tanamkan dalam hati saya, supaya tidak diam sahaja tapi melangkah keluar untuk melayani.

2. Langkah iman yang ingin saya ambil bermula hari ini ialah memulakan pelayanan dengan pelajar-pelajar asrama di sekolah saya ataupun mana- mana anak muda yang saya jumpa la nanti. Harapan saya adalah agar setiap pelajar dapat merasakan kasih Kristus melalui doa, perkongsian firman, dan teladan hidup saya. Saya percaya Tuhan akan memperlengkapi saya dalam kelemahan sebab teguran Tuhan bilang : ini bukan tentang kemampuan saya tapi tentang Kuasa Tuhan yang nyata bekerja  melalui saya. Begitu juga dengan pelayanan dengan keluarga saya( Berani menegur/reach out  ahli keluarga yang makin hanyut oleh roh judi/ roh mabuk) + saya bersedia menerima pelayanan jika diberi  samada di gereja bahagian ataupun gereja induk (Contoh :  Sebagai AJK Pelaksana, dll ) Saya mahu melangkah dengan iman, percaya bahawa Tuhan akan memperlengkapi saya dalam pelayanan ini.

Harapan : Saya berharap gereja akan terus menjadi tempat di mana kasih Tuhan dialami secara nyata. Saya berdoa agar gereja dipenuhi dengan pemimpin rohani yang rendah hati, saling menguatkan, dan bersama-sama menunaikan misi Tuhan. Kiranya gereja kita bertumbuh menjadi terang yang membawa berkat, bukan sahaja kepada jemaat, tetapi juga kepada masyarakat di sekeliling.

Pounsikou kepada Tribal Gathering Borneo, Ps Rachel Bulan, Pastor Mark, Ahli Majlis Gereja dan Team ✨

Kesaksian TG25
Satu hal yg sy belajar sepanjang mengikuti tribal gathering 2025 adalah utk sentiasa mengucap syukur kpd generasi terdahulu yg suda bersusah payah menyediakan laluan iman utk generasi muda. Tanpa mereka, generasi sekarang mungkin belum lgi mengenal dan menerima Tuhan Yesus. Selain itu, sy jga belajar utk tidak lagi terikat dgn masa lalu dan dosa2 yg lama. Sebaliknya, menyerahkan hati sy sepenuhnya kepada Tuhan dan biar Tuhan bekerja dlm hidup sya.

Sya ingin berkongsi satu testimoni yg telah sya alami spnjg mengikuti tribal gathering ini. Pada night rally 2, Pst Jonathan membawa kmi utk menutup 4 pintu dosa yg ada dlm hati (sexual sin, fear, bitterness, offense). Sy pun berdoa kpd Tuhan memohon pengampunan dan mau menutup keempat2 pintu itu utk selama-lamanya dan mau menyerahkan kunci kehidupan sy kepada Tuhan. Ketika sya sdng berdoa, sya dpt rasakan ada tangan yg sdng memegang tngn sya dan selepas itu ada kain yg menutup bdn sya seakan2 ada sosok yg sdng memeluk sya. Pada saat itu jga sya merasa damai sejahtera yg tidak pernah sya rasakan. Air mata sya tidak dpt berhenti mengalir pd waktu itu. Sya yakin dan percaya Tuhan Yesus lah yg sdng memeluk sya pda saat itu.

Harapan sy utk gereja dan pelayanan adalah utk terus berdoa buat anak2 muda di Taginambur. Biar ada satu penerobosan berlaku dan lebih ramai jiwa2 yg diselamatkan. Seperti yg tertulis di dlm Yehezkiel 36:26 - Kamu akan Kuberikan hati yang baru, dan roh yang baru di dalam batinmu dan Aku akan menjauhkan dari tubuhmu hati yang keras dan Kuberikan kepadamu hati yang taat. Jadi, marilah kita smua tinggalkan diri kita yg lama dan pandanglah kepada Yesus. Tuhan memberkati kita smua! 🫶🏻

Tribal Gathering 2025: CROSSOVER❤️‍🔥
Di dalam sesi 1, khotbah tentang “Father’s Love” yang disampaikan oleh Pst Henry Setiawan. Ada beberapa poin yang telah menyentuh hati saya. Poin kedua yang terdapat dalam khotbah Pst Henry iaitu “Berlari Ke Arah Kamu”. Bapa berlari kepada anaknya, iaitu anak dalam Lukas 15 yang merupakan anak yang tidak baik. Tetapi apabila ayahnya tau anaknya sudah pulang, bapanya berlari, dia peluk anak itu. He give him a ring, kasi jubah, throw a big party yang terbaik. Itulah Bapa kita. And why did the father run? Di dalam Ulangan 21:18-21, orang” Israel pada waktu dulu, kalau ada anak” muda yang jahat membangkang, peminum, pemabuk, tidak hormat orang tua. Maka haruslah anak ini dibawa ke depan pintu kota dan semua tua” kota, anak”, orang tua harus melempari anak itu sampai mati. Sekarang kita sudah mengerti kenapa bapa itu berlari seperti dalam Lukas 15. Sebelum anak itu dilempari batu dan dibunuh bapa itu berlari mendahaului anak itu kerana cintanya, kasihnya, dia melindungi anak itu. Seberapapun gagal dia, dia tetap anaknya. Mungkin dosanya banyak, dia peminum, pemabuk, dia simpan sakit hati. Tetapi harini, Bapa akan berlari kepadamu, dia akan melindungi dan menjagaimu. Betapa cintanya Dia kepada kita, betapa besar kasihNya terhadap kita. Jangan hidup dari  masalah dan masa lalu kita. Mungkin kita masih kekurangan kasih dalam dunia ini, kekurangan cinta dari orang tua kerna manusia terbatas, bahkan kita melihat pemimpin” rohani kita yang mungkin tidak hidup seperti selayaknya seorang pemimpin. Dan itu menyimpan rasa dendam di dalam hati kita, dan membuat kita tertanya “kenapa?”. Oleh itu, jangan lihat kasih dari orang lain, jangan cari kasih dari dunia ini tetapi carilah kasih from above. Jesus who will cover our life, giving us a new chance. Seterusnya, poin ketiga dalam khotbah Pst Henry juga telah memberi terang baru kepada saya. Di dalam Yehezkiel 36:26 “Kamu akan Kuberikan hati yang baru, dan roh yang baru di dalam batinmu dan Aku akan menjauhkan dari tubuhmu hati yang keras dan Kuberikan kepadamu hati yang taat.” Aku akan memberikan kamu hati yang baru bermaksud bukan hasil usahamu. If u want a new heart, ingin kasih, ianya bukan hasil dari usahamu. Hati yang baru diberikan kepada kita. Ada statement Pst Henry yang mengatakan “EVERYTHING IN THE KINGDOM IS RECEIVE NOT ACHIEVE”. Semua didalam kerajaan syurga diberikan, kasih Tuhan diberikan sama kita bukannya hasil dari usaha kita, bukannya aku ada pelayanan jadi saya akan mendapatkan kasih yang lebih banyak. Engkau sudah dikasihi, sejak dari awal kita sudah dikasihi. Ketika hati kita diganti dengan hati Tuhan, diberi hati yang baru, maka kita akan mengerti, bahawa kita akan sangat mudah untuk mengampuni. Sebab bukan hati kita lagi tapi hati yang diberikan oleh Tuhan untuk kita. Ada banyak hal in the Christian life today, we always say “Forgive and Forget”, “Ampuni dan Lupakan”. Tetapi alkitab mengatakan, bukan forgive and forget but forgive, and forgive, and forgive, and forgive, and forgive. Sampai luka itu tidak akan diingat lagi, bukan sebab kita lupa, tapi luka itu masih juga ada. Ketika kita lakukan kesalahan, luka itu ada, bukan untuk dilupakan tapi untuk diampuni. Kita tidak akan dapat mengampuni kalau kita gunakan kekuatan kita sendiri. Hati yang baru memberikan kekuatan untuk mengampuni, jalan di hadirat Tuhan, melembutkan hati yang keras. Kenapa anak” muda boleh menangis untuk Malaysia? Sebab itu bukan hati kita, itu adalah hati Tuhan yang diberikan kepada kita. Inilah masanya untuk receive God’s love. Christianity is not about the brain, but it’s experiencing. Kita harus mengalami cinta yang tak terbatas itu. Kenapa kita tidak merasakan apapun dan masih dingin apabila kita bercakap tentang kasih Tuhan? Itu kerana hati kita belum baru. Kita masih simpan yang lama, dan tidak mau gantinya dengan yang baru. Dan apabila kita datang ke altar Tuhan, sesuatu di dalam diri kita diambil, Tuhan ganti dengan yang baru, inilah yang membuatkan kita peribadi yang baru. Our future will be renewed by God, ada banyak hal yang belum kita terima akan kita terima bersama Tuhan. Our duty is to open our heart and say “Tuhan gantilah hatiku yang pahit ini, ganti hatiku yang penuh dosa ini dengan hatiMu” dan kita hanya dapat menerimanya dengan cara pengampunan, forgive and forgive and forgive…Ketika kasih, hati yang baru diberikan, hidup kita tidak akan sama lagi, kita akan merasakan kasih Bapa. Poin yang terakhir “Compassion” belas kasihan dari Tuhan. Bahasa aslinya recham yang bererti rahim, tempat untuk melahirkan anak. As Pst Rachel said sebelumnya dia seorang peminum, dan Pst Henry mengatakan bahawa dia percaya sebelum Pst Rachel ditemui dan dipeluk oleh Bapa, ada seorang ibu dan bapa yang selalu groaning di setiap malam for the next generation, for my sons and daughters, for the sake of our children Lord send revival. Groaning, tangisan itu, jangan kita fikir bahawa itu hanya dimiliki oleh orang tua” atau untuk ancestors sahaja. If you use your own heart, it’ll never be enough. Engkau tidak akan cukup untuk mendoakan buat orang tua yang penuh kepahitan dan telah membuat engkau marah, tidak pernah cukup. Tapi bila hati kita diganti dengan hati Tuhan, kita kan mengalami sentuhan Tuhan dan suddenly we can pray, groan and cry untuk bangsa kita. Inilah waktunya generasi sekarang dibangkitkan Tuhan. Perubahan itu harus dimula dari diri kita sendiri. Ketika hati kita diganti dengan hati Tuhan dan ketika kita melihat Bapa berlari mendapatkan kita dan Dia memeluk kita, berikan kita hati yang baru bahkan hati untuk menangisi orang” yang belum mengenal Tuhan. Kita akan mengerti how to groan, how to pray for school and etc. If we experience belas kasihan dari Tuhan, kalau kita belajar sejarah revival, banyak revival yang dimulai dengan groaning. Seorang bernama Watchman Nee mengatakan “Spiritual travail is the groaning of the spirit to birth God’s purpose on earth.” Beliau mengatakan, ketika kita groaning akan ada next level of belas kasihan Tuhan dan tiba” ada sesuatu rencana Tuhan mulai terjadi dalam kehidupan kita, semua itu dimulai dari perjumpaan pertama kita dengan Tuhan. Pelukan pertama kita dengan Tuhan dan apabila kita butuhkan pelukan kedua dan seterusnya dan kita akan terus merasakan bahawa hati Tuhan itu diperlebar-lebar dan lebarkan sampai semua rencana Tuhan digenapi. And we believe that semua rencana Tuhan di syurga harus digenapi dengan atau tanpa kita terlibat dengan kasih Tuhan, rencana Tuhan di Malaysia  akan terus berjalan. Kalau kita bersama Tuhan, sesuatu yang ajaib pasti akan terjadi. God is the expert to make the broken become the precious. Tuhan itu pakar yang membuat bejana yang rosak menjadi bejana yang luar biasa. Dialah pakarnya. Kalau hidup kita rosak, yang paling mengerti kita adalah oencipta kita. Terima cintaNya, terima Yesus dalam hidup. Bukan kekuatan kita lagi, bukan hati kita lagi, tapi sesuatu di dalam kita yang meledak di dalam. Christianity selalu dari dalam keluar bukan keluar ke dalam. Sentuhan Tuhan dan pelukan Kasih Tuhan akan kita alami dan hanya orang yang mempunyai hati Tuhan, yang punya kekuatan dari dalam dapat mengampuni.

Kita semua ada pengalaman, masa lalu, masalah, dan dosa”. Oleh itu, datanglah kepada Bapa. Hanya orang yang disakiti sanggup mengampuni. Kalau kita tersakiti harini, kita mempunyai kesempatan untuk mengampuni. Dalam sesi ini, ia telah menunjukkan kepada saya bahawa seburuk apapun saya, apapun kekurangan saya, kelemahan, masalah, dosa yang sering kali saya ulangi, Tuhan tidak pernah berhenti untuk berlari ke arah saya. Di dalam pelukan Bapa, ia telah menyedarkan saya bahawa ianya belum lagi terlambat, masih ada peluang untuk bertobat, berubah, dan datang kembali kepadaNya. “Forgive and Forget” yang digantikan kepada “Forgive and Forgive” juga telah encourage me to learn about not forgetting the bruises I had but forgive and keep on praying for them so that they will repent and choose to follow and fall deeper in love with God. Dan apabila kita berdoa dengan penuh belas kasihan and groan in our prayer, sudah pasti kehendak Tuhan akan terjadi di bumi ini! Kerana pergumulan rohani adalah rintihan dalam roh untuk melahirkan kehendak Tuhan di bumi. Now is the time for us to CROSSOVER into all that God has promised. Come on next generation, step up and walk with Jesus. Let’s just not receive, but to release. Let a generation of Jesus lovers rise up. A generation where the Lord is their God. “God I want to follow Jesus, I don’t want to just believe that there is a God. I want you to work on a real repentance in my heart. I want to be a disciple for Jesus!” Hanya murid yang memutarbalikan dunia. Orang ramai tidak mengubah dunia, murid yang mengubah dunia. Murid bukannya orang yang hanya mengikut dan percaya Yesus, murid adalah orang yang berjalan dalam firman. Yohanes 15:7, yang berbunyi, "Jikalau kamu tinggal di dalam Aku dan firman-Ku tinggal di dalam kamu, mintalah apa saja yang kamu kehendaki, dan kamu akan menerimanya". Perkataan ini menekankan pentingnya bersekutu erat dengan Yesus (tinggal di dalam Dia) dan menerima serta memelihara ajaran-Nya (firman-Nya tinggal di dalam kita) agar dapat menerima jawaban doa sesuai kehendak Bapa dan menjadi murid yang menghasilkan buah. 🙏🏼Let us be a disciple who will take him seriously, who will follow Jesus all the days of their lives, who will stand up for Him and not be ashamed of Him!❤️‍🔥

Bukan kebetulan tapi Tuhan yang memilih kita semua untuk hadir ke Tribal Gathering.. Kuasa Tuhan sungguh nyata, sebelum bertolak ke Sibu keadaan badan saya tidak sihat tapi Tuhan campur tangan sepanjang bermula berjalanan sehingga balik di mana rasa sakit tidak ada langsung. TG sangat-sangat banyak menegur, mengajar dan membuka mata rohani saya untuk terus 'level up'. Tuhan tidak mahu saya menjadi biasa saja tapi harus lebih lagi dimana versi saya yang sekarang Tuhan bilang belum cukup tapi harus terbang lagi tinggi dalam iman, pelayanan dan disiplin rohani. Mengikut dan mendalami Yesus membuat saya ingin menjadi versi yang lebih baik setiap hari di mana pun saya berada. Sukacita yang Ps Sabrina katakan dapat saya rasakan dimana saya pandai ketawa dan juga menangis dalam masa yang sama... Sepanjang TG saya juga sangat terdorong berdoa bagi Taginambur. Tuhan bilang ada roh kesombongan yang menghambat kebangunan rohani terjadi di Taginambur. Tuhan mahu kita semua terus bersatu berdoa dengan lebih keras lagi seperti Ps Rachel bilang berdoa sahaja tidak cukup tapi kita perlu berdoa dan menangisi untuk kebangunan rohani terjadi lagi di Taginambur. Begitu juga bagi generasi baru, mereka perlu didoakan supaya bukan setakat info dan pengetahuan tentang Yesus sahaja seperti yang Ps Sabrina kongsikan dalam firman malam ketiga tapi dapat mendalami Tuhan dengan lebih dalam lagi. Generasi penerus, jangan takut tapi Tuhan katakan pegang tangan Dia untuk berjalan bersama ke depan. Harapan saya adalah untuk melihat generasi baru terus dijangkau, dimuridkan dan bangkit bagi bangsa-bangsa. Di mana mereka mulai merasa ada kesukaan dalam berdoa dan terus rindu mendekatkan diri kepada Tuhan dalam pertemuan-pertemuan. Saya sangat berharap acara anak muda seperti TG ini dapat dilakukan di Taginambur dan di seluruh Sabah supaya mereka juga turut merasakan apa yang kami alami. Tuhan Memberkati🙏🏻🔥

Pada petang 16hb sebelum bertolak ke sibu esok pagi, satu badan saya sakit.  kakak saya sempat lagi cakap sama saya kalau saya masih bertahan dan mau pigi sana Sibu dlm keadaan yang sakit. tapi saya cakap sama dia, sayang itu tiket kalau saya tidak pergi dan memutuskan untuk memaksa diri ini pergi kesibu dalam keadaan badan yang tidak sihat, demam dan pening. tetapi syukur sama Tuhan, keesokan paginya tu sakit-sakit yang sa alami semakin berkurang.

untuk sepanjang event pula, ada satu hal yang saya ingin kongsikan. ada satu sesi di mana ps rachel memanggil beberapa 2 kump yang mengalami sesuatu dalam hidup mereka. ada satu panggilan ps rachel yang membuatkan hati saya tersentuh. walaupun situasi saya tidak sama seperti mereka, tapi saya boleh relate dengan dorang. seperti apa yang dikatakan oleh pst Henry 'luka lama tidak boleh dilupakan, tapi kita harus menutupinya dengan pengampunan'. saya tidak pernah melupakan situasi itu dan tidak pernah memaafkan dia. so the moment pst rachel told everyone to raise their hands up. saya tidak angkat, sbb itu bukan situasi saya walaupun hampir sama, tapi at that moment i felt understood and cried. tambahan lagi apabila ada representative yang mewakili orang itu. I felt warm dalam dati saya, as if God has touch my heart and told me that I can let go of it now and told me to forgive him. Ini adalah salah satu kesaksian yang saya ingin kongsikan

Jadi di sini, saya ingin kongsikan bahawa setiap kita mungkin pernah disakiti oleh orang-orang di sekeliling kita atau berada di situasi yang membuatkan kita tidak dapat mengampuni orang itu. tetapi percayalah, Tuhan itu tidak pernah meninggalkan kamu. Dia itu sentiasa ada, tetapi hati kita yang membuatkan ia tidak dapat masuk ke dalam. Buka hati kita, tidak cukup hanya di fikiran sahaja tetapi hati ini juga perlu dibuka. Apabila kita minta Tuhan yang lead hidup kita, kita mampu menjalani kehidupan yang tidak terikat kepada masa lalu. Biarlah kita dapat menjadi generasi yang memberikan impak dan dapat menjadi terang dan garam dunia. supaya api yang ada itu tidak akan padam.

harapan saya pada masa akan datang adalah, untuk membawa lebih ramai anak-anak muda seawal kanak-kanak sekolah minggu dalam doa agar hati mereka terbuka dan mempunyai satu kerinduan yang mendalam untuk mencari hadirat Tuhan. begitu juga bagi jemaat yang di luar sana yang hati mereka masih suam-suam kuku. Kita terus berdoa agar ada ramai lagi anak-anak muda yang sedia untuk mengatakan 'saya mau mengikut Yesus. Mengikut Yesus adalah keputusanku' dengan hati yang tulus. Saya percaya kita boleh! Saya juga berharap agar diri saya ini juga akan terus membangun dari segi rohani, kerana ada banyak hal yang masih kurang dalam diri ini selepas mengikuti TG2025.

#GodBless #IgniteTheFire 🔥🔥

Groaning for Taginambur
Sepanjang Tribal Gathering, ada banyak hal yang Tuhan nyatakan dalam hidup saya. Salah satunya ialah ketika pujian dan penyembahan, di mana Tuhan letak dalam hati saya untuk terus berdoa dan menangisi Taginambur.

Tuhan mengingatkan saya bahawa masih banyak jiwa dan generasi muda yang jauh daripadaNya. Saat itu hati saya mulai menangis untuk Taginambur, untuk tanah dan bangsa kita. Saya sedar bahawa beban doa itu bukan dari diri saya sendiri, tetapi Tuhan yang meletakkannya dalam hati saya.

Saya percaya bahawa pada waktunya Tuhan akan menyatakan pemulihan dan kebangkitan, dan Dia berfirman agar kita tetaplah berdoa, walaupun dengan air mata sekalipun. Tuhan benar-benar ingin kita kembali padaNya. Ini bukan waktu untuk bermain, tetapi waktu untuk bersungguh-sungguh dalam doa. Bersatu di dalam doa.

Harapan saya, mari kita semua naik ke satu level yang belum pernah kita lakukan. Mari kita setia dan tetap berdoa, ‘groaning for Taginambur’. Mari kita menangisi tanah kita, menangisi anak-anak yang sudah jauh daripada Tuhan.

Firman Tuhan berkata:

Sengsaraku Engkaulah yang menghitung-hitung, air mataku Kautaruh ke dalam kirbat-Mu. Bukankah semuanya telah Kaudaftarkan? (Mazmur 56:9).

Cegahlah suaramu dari menangis, dan matamu dari mencucurkan air mata, sebab untuk jerih payahmu ada ganjaran, demikianlah firman Tuhan; mereka akan kembali dari negeri musuh.(Yeremia 31:16)

Saya percaya dan yakin bahawa setiap air mata doa kita tidak sia-sia. Tuhan sedang menadahnya, dan pada waktunya, Ia akan menjadi jawapan doa bagi kita. Amen.

Bangkit anak-anak Taginambur🔥🔥

"Crossover"
shalom, demikian kesaksian iaitu terang baru yang saya dapat daripada tribal gathering ialah, pada sesi pagi hari terakhir, d mana kmi semua perlu membuat kegerakan profetik crossover, saya masih di tmpt saya utk berdiam dlm doa, dan saya mendengar suara "persiapkan dirimu, kerana Aku akan membuat tanah itu kering dengan tembok air kiri dan kanan" ini membuat saya terdorong untuk ke altar call dan berdoa bagi generasi muda terutamanya d tmpt sya belajar skrg. Tetapi saat dtg ke hadapan, sya mmbwa pergumulan saya mengenai teman2 saya,dan sekarang saat menulis kesaksian ini, ini firman Tuhan yang memberi saya halah tuju tentang apa gerakan seterusnya: BILANGAN 14:24 BM
[24]  Tetapi sikap Kaleb, hamba-Ku itu lain; dia tetap setia kepada-Ku. Oleh itu Aku akan membawa dia ke tanah yang dijelajahinya. Keturunannya akan memiliki tanah
Ini memberi saya semangat untuk cara hidup yang baru iaitu yang menyenangkan hati Tuhan, meskipun perkara kecil dan besar, semua itu hendak diperbaharui dengan api terang yang sudah peroleh daripada hamba2 Tuhan di tribal gathering, begitu jga yang terpenting sekali ialah membaca dan memahami kebenaran alkitab dan kehendak Tuhan seperti dalamMATIUS 6:33 BM [33] Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu. Harapan yg sya ingin bawakan dlm doa ialah supaya generasi muda dapat menjadikan pembacaan alkitab suatu semangat sukacita bersama yang perlu dilakukan secara setiap tahun mungkin dengan mengikut gerakan membaca alkitab (GBA) secara menerima bimbingan bagaimana pengaplikasian kebenaran Tuhan.

The Generation of Joshua
Segala Pujian dan Syukur hanya kepada Tuhan Yesus. Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir untuk ke Tribal Gathering, tapi adik-adik saya yang membawa saya ke Tribal Gathering dan ITU BUKAN SATU KEBETULAN untuk saya berada di Tribal Gathering. Tuhan Yesus menyatakan bahawa segala sesuatu bukan kebetulan tetapi itulah kehendak Dia. Saya bersyukur kepada generasi di Taginambur terdahulu, yang mengenal Tuhan Yesus, menjadi saksi dan mengalami kuasaNya yang terjadi di Taginambur. Kerana dedikasi merekalah saya mengenal Tuhan Yesus Kristus dan menjadi juruselamat dalam hidup saya.

Pada sesi Pdt. Henry, saya rasa terpanggil untuk berlutut dan berdoa untuk dilepaskan, kerana saya mempunyai kepahitan dalam hidup saya. Saya merasakan kepahitan itu sebagai beban yang menjauhkan saya untuk datang kepada Tuhan, banyak dosa yang masih menyelubungi saya. Saya berlutut dan menyeru kepada Tuhan untuk dilepaskan, dan ketika ada seorang Pendoa datang kepada saya dan berdoa kepada saya, badan saya terasa lemah hanya disokong dengan pelukan dari Pendoa dan semasa beliau menyebut ‘Cleanse her Lord’ saya termuntah. Saya dengan terdesak memeluk Pendoa Kembali untuk mendoakan tentang dosa saya, saya beritahu padanya apa yang saya perbuat dan dia mendoakan saya. Saya merasakan bahawa sebelum saya menjadi penggerak kepada generasi saya dan bangsa saya, saya perlu diperbaharui, saya perlu dipenuhi dan saya perlu mengubah sesuatu dalam diri saya sebelum saya pergi kepada bangsa saya. Seperti dalam sharing Pst. Sabrina, ‘Keselamatan bukan sekadar percaya, ia memerlukan pertaubatan’, ‘Perubahan itu pasti di dalam Kristus Yesus’. Kisah Para Rasul 11:12 Melalui kuasa Tuhan yang menyertai mereka, ramai orang percaya dan berpaling kepadaNya.

Saya sangat diberkati membaca kesaksian yang ada dalam padlet ini, saya bersyukur saya dapat menjadi seorang yang terbuka, mengeratkan kasih bersama antara satu sama lain. TAPI saya percaya kami mempunyai tujuan yang sama, untuk memenangkan Yesus di Taginambur, membawa jiwa yang hilang, memperbaharui iman dan membangkitkan semua bangsa untuk Yesus Kristus, menjadi generasi Yosua yang memimpin ke Tanah Perjanjian. Be prepared, TAGINAMBUR, we are going to CROSSOVER! This end-times is where the Lord will pouring His Grace like never before. Let's rise as the Generation of Joshua, stepping boldly into God's promises. Let's make Heaven Crowded!

Tuhan memberkati dan terus memberkati kita semua.

Kesaksian Peribadi TG25
Saya percaya dan bersyukur sebab Tuhan Yesus yg memberi peluang kepada saya untuk mengikuti TG25 ini. Sebelum ini, saya masih punya keraguan untuk mengikuti TG ini sebab saya masih ada anak-anak kecil yang perlu dijaga manakala suami sedang keluar beroperasi. Tidak lama kemudian, suami memberi 'green light' kepada saya untuk pergi dan dia sendiri akan menjaga anak-anak kami. Itu juga salah satu berkat dan jalan Tuhan bagi kepada saya.

Tujuan saya ke TG ini adalah untuk membawa 'api' kepada warga Taginambur. Dan saya percaya setiap 23 org yang memgikuti dari SIB Taginambur membawa tujuan yang sama. Namun, saya dapat teguran dari Tuhan secara personal. Ketika berdoa pada sesi yang dikendalikan oleh Pastor Hendry, beliau ada mengatakan hal megampuni. Pada mulanya saya sangat susah untuk megampuni orang yg benar2 menyakiti saya pada ketika dulu. Ketika ada seseorang menumpang tangan saya sempat menepis dan cuma menangis seolah-olah saya tidak mahu didoakan. Tiba-tiba kaki saya dipaku dan saya langsung tidak dapat bergerak. Pada saat itu saya mendengar suara dan berkata 'Sebelum kamu menangisi untuk Taginambur, kamu selesaikan dahulu amarah yang ada dalam hati kamu' saya cuma mampu menangis sepuasnya dan mampu bercakap 'sakit' tidak lama kemudian ada damai saya rasakan dalam hati dan ada suara berkata 'selesaikan sekarang' dan pada saat itu saya lepaskan amarah saya kepada Tuhan Yesus dan berdoa.

Pada sesi yang dikendali kan oleh Pastor Rachel, ada sesuatu dalam hati saya. Nama Taginambur muncul dalam hati saya dengan rancak sekali. Saya melihat jemaat-jamaat Taginambur, muka temam-teman saya yang masih suka minum beralkohol dan tidak dtg ke gereja. Saya menangis sebab saya juga mahu mereka merasakan revival. Saya berdoa untuk mereka agar hati mereka dibuka dan menerima Tuhan Yesus sepenuhnya.

Sesi yang dikendali oleh Pastor Sabrina, beliau ada menyuruh semua orang tutup mata dan lihat Tuhan Yesus. Secara jujur, saya langsung tidak nampak Tuhan Yesus namun saya SANGAT merasakan kehadiran Tuhan Yesus disebelah saya. Saya cuma mampu tunduk dan menangis sebab saya dapat rasakan hadiran Tuhan pada masa itu. Tidak lama kemudian, saya nampak satu penglihatan. Dalam penglihatan saya, saya nampak ada api yang masih kecil berwarna ungu tp api tersebut sangat-sangat cantik. Api tersebut seolah-olah menari dan menunggu untuk dibesarkan. Apa yang saya dapat dari penglihatan tersebut, api tersebut adalah Api Revival yang ada pada Taginambur sekarang. Pada post mortem KKR di Taginambur pada bulan June, Reverend Ernest Leduning juga mengatakan hal yang sama. Api tersebut sekarang tengah menunggu dibesarkan dan menunggu banyak 'kayu' agar dapat dibakar dan menjadi besar. Saya percaya anak-anak Taginambur sekarang api dalam roh mereka sedang dibakar dan kami bersiap untuk 'membakar' jemaat yang lain. Yang pasti bukan kami sahaja yang dapat rasakan hadirat Tuhan yang luar biasa, tapi jemaat yang jauh dari Tuhan juga akan merasakan hal yang sama.

Saya percaya dengan adanya api yang kami bawa dari TG, kami boleh 'membakar' jemaat-jemaat yang lain. Kami mahu anak2 muda dan orang2 tua bersatu kerana kami tahu ini lah yg Tuhan mahu lihat iaitu KESATUAN DALAM KRISTUS. Tuhan Yesus adalah Tuhan yang berkuasa atas segalanya.

Bagi [Tuhan] tiada perkara yang mustahil.”—Lukas 1:37

'Tuhan Yang Maha Kuasa dapat melakukan hal yang dianggap mustahil bagi manusia. Tiada apa-apa yang dapat menghalang-Nya daripada melaksanakan apa yang diisytiharkan atau dijanjikan-Nya'

CROSSOVER🙌🏻
Crossover yang sangat memberkati sya spnjang TG event adalah tentang 1. Mengampuni 2.Berdoa untuk orang lain dan 3. Menjadi generasi muda yg brimpak.

Yakobus 5:16

Karena itu hendaklah kamu saling mengaku dosamu dan saling mendoakan, supaya kamu sembuh. Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya.

FT ini mmberi pneguhan iman saya supaya mengampuni orang yg brsalah kpd kita wlaupun mengmpuni itu bukan sesuatau yg mudah tetapi saya prlu melihat peribadi Bapa yg selalu mengampuni dan penuh dengan kasih. Saya juga ditegur kerana lalai untuk berdoa bagi generasi sya di Taginambur. Melalui konfrensi ini sya diingatkan kembali untuk terus menaikkan doa bagi generasi muda di Taginambur. Dengan mempunyai sikap yg sentiasa ingin menjadi serupa dengan Bapa, saya percaya di mna pun saya brada sya dpt mnjadi impak yg baik bagi orang lain dan generasi muda.

Harapan saya untuk generasi saya dan pelayanan ialah bangkit generasi yg takut akan Tuhan, bangkit generasi pendoa” syafaat yg sanggup menangisi tanah Taginambur dan bangkit generasi yg berimpak bagi gereja dan orang lain.

By: Nea🫶🏼
Ini kesaksian sya masa di Sibu, pada masa tu kami menyanyi di hadapan sya pun lupa bila tapi kami menyanyi Dan lepas menyanyi tu kami kena suruh berlutut or duduk, kami buat lah apa yg kena suruh pastor,pastor bilang berdoa pada tuhan apa yg kami mau and then sya berdoa lah tapi dunno why. Sya shiver begitu shivering tidak Tau kenapa masa berdoa tu,tidak juga terlampau sejuk sbb baru seja siap lompat-lompat, macam tuhan menjawap doa sya. Macam Tuhan ada seja di sekitar sya and then, I cry and cry because I know Jesus is with me I know he will always be with me, and masa tu juga I felt reborn I feel like he's forgiving me for my sins.

itu seja dri sya Tuhan memberkati🤍🔥

Kesaksian TG25
1. Terang baru yang saya alami.

CROSSOVER, suatu perkataan yang mudah diucapkan, namun sukar untuk dilakukan. Saya sejujurnya sentiasa ada musim dimana saya jatuh dan susah betul untuk bangkit semula. Erti kata lain, susah utk lakukan CROSSOVER yang SEBENAR. Keduniawian menyebabkan saya stuck dalam suatu kegelapan, dan sukar utk lihat kembali jalan keluar. Saya hanya menikmati kepuasan singkat saja. Saya mulai sedar yang selama ini saya berada di zon keselesaan saya saja. Hidup yang penuh ketidakpastian. Saya betul2 perlukan crossover. Sharing dari Ps. Rachel, ttg crossover seperti suatu bisikan Tuhan kepada saya utk meninggalkan kehidupan lama, dan mula bina kehidupan baru. Ps. Rachel says, sikap yang kita perlukan untuk menyeberang ialah pertama, jangan membiarkan masa lalu menentukan masa depan. Kedua, permulaanmu tidak menentukan penghujungmu. Kalau mahu betul2 berlakunya crossover dalam dirimu, ada 3 things that i need to surrender, which are time, relationship & keegoan. You will never experience a true crossover before you repent fully to God. Tutup semua pintu dosa kegelapanmu! dan mulai dari itu, beri kunci hatimu kepada Tuhan, supaya dia yang mengendali hidupmu. Saya telah membuat keputusan untuk menutup pintu lama dan menyerahkan kunci hidup saya hanya untuk Tuhan. Saya belajar bahawa tanpa Tuhan, saya tidak akan mampu mengharungi cobaan dunia. Oleh itu, tindakan iman memberikan kunci hidup saya kepada Tuhan is an act yang saya mahu Tuhan yang pandu hidup saya sepenuhnya. Perubahan itu pasti di dalam Yesus Kristus. The real battle is on. Walau apapun yang saya akan seberangi, saya seberangi dengan Tuhan yang menjadi ketua dalam hidup saya.

2.Harapan utk gereja dan pelayanan.

Selama 3 hari merasakan pengurapan Tuhan di Tribal Gathering, satu perkata yang saya betul2 harapkan di kalangan kita, jemaat Taginambur adalah UNITY. Konsep passing baton, bukan apabila old generation passes it to the new generation, and then they leave them on their own. But, the old generation MUST walk together with the new generation. (Both must have mutual honors too). Oleh itu, jemaat Taginambur, mari bersatu lebih lagi dalam Tuhan. Kami pmmr tda akan mampu berjalan kalau tidak bersama dengan kamu sebagai sokongan dan pendorong kami. Doa yang kamu angkat, itu yang menguatkan kami anak2 muda di Taginambur ini. Not only that, saya sebagai pmm sangat rindu merasai revival dari Tuhan kepada bangsa dan kampung kita. Saya rindu mendengar cerita bagaimana pmmr dulu betul2 rindu mencari Tuhan dan giat dalam pelayanan. Saya percaya, untuk softens the land of taginambur, we need to first soften our heart. Mari generasi muda Taginambur, kita mesti sentiasa ada hati yang terus mau mencari Tuhan, lapar akan kebenarannya. Saya yakin, bila hati kita sudah lembut(no more keegoan, kesombongan, ketidaksefahaman, dll) roh kudus akan memenuhi kita, dan kita pasti dapat melakukan hal yang lebih banyak, sehingga dapat merasakan lagi lawatan Tuhan kedua kalinya. Saya harap akan ada lagi acara seperti Tribal Gathering dilakukan untuk generasi muda di sabah ini.

cross over
This is my testimony for the TG 2025. At first, I didn't want to participate in the TG because I wasn't really close to Jesus at that time. I saw the opportunity to be closer to God and walk on the right path with him. As I stepped into the hall, I felt goosebumps. Not because of the cold, but because of the atmosphere of everybody there to do one thing. To praise Jesus. I felt like i also needed to praise Jesus and I wanted to. I was nervous at first and I hesitated. But I found my place and I got comfortable. I wanted God to see me and to use me. I wanted him to be with me every step on the path to righteousness. I Changed my perspective on Christianity and Jesus. I felt that I wanted to change. I wanted to change for Jesus. I wanted to get out of trouble and walk with Jesus on the right path. I live up to the Bible verse, Philippians 4:13 ESV: "I can do all things through Christ who strengthens me.". This verse inspired me to praise Jesus and be with him through every walk. I thank Jesus for protecting me through the whole trip and changing me. He brought me closer to him and I'm really grateful for Jesus to use me. I will go with the flow and be ready for the plans Jesus made for my life. God Bless everyone 💓 .

Tribal Gathering 2025
Melalui Tribal Gathering,Tuhan mengingatkan saya untuk kembali kepada hal yang paling asas namun paling penting iaitu kembali menyediakan waktu khusus setiap hari untuk masuk hadirat Tuhan, dalam doa dan penyembahan pribadi - sebelum program KPMM SIB SABAH dan TRIBAL GATHERING berlangsung, Tuhan letakkan dalam hati saya berdoa bagi perkara ini. Saya ada buat, tapi saya tidak serius berdoa bagi perkara ini.. saya sudah berdoa bagi perkara ini beberapa Kali dan saya rasa itu sudah cukup. Tapi saya ditegur Tuhan masa TG day 1 - night rally lewat pst. Rachel.. dimana masa tuh pst rachel membawa kami berlutut dan berdoa untuk acara TG dan beberapa perkara lain (doa&menyembah) -  di situ saya sedar bahawa Tuhan betul-betul mau saya/kita semua untuk ambil serius dalam hal berdoa.  bukan hanya semangat/doa yang sementara, tetapi Tuhan juga menuntut kerendahan hati dan pertumbuhan rohani dalam diri kita 🙌

“Kita adalah karya indah Tuhan dalam Yesus Kristus, tapi masih dalam proses disempurnakan”

Harapan saya -  kita Menang dan menyahut panggilan untuk “crossover” — mengalami pertobatan dan lawatan Tuhan secara peribadi “Pst sabrina - Salvation is not just about believing, it is also about repentance!”, meninggalkan hal-hal lama - Dosa seksual, ketakutan, kepahitan dan kesalahan masa lalu.

Kesaksian sya masa di Sibu, masa itu sya sangat enjoy kerana sya dapat menari sama menyanyi dengan penuh hati sya dan dengan apa yg pastor bercakap di depan, ada yg lucu ada yg serius tetapi semua bertentang Tuhan Yesus dan sya lebih dpt mengenali Tuhan Yesus sama sya dpt mengenal sejarah yg terdapat di Sibu dan banyak pekara lain sya pelajari, saya percaya dan bersyukur sebab Tuhan Yesus memberi peluang kepada sya untuk mengikuti TG25 ini, dalam hati sya, sya berdoa kepada generasi yg akan datang dan semua pekara penting dalam hidup sya. Itu saja dari sya, Tuhan memberkati

Di Tribal Gathering ini Tuhan menjawab doa saya dari satu tahun yang lalu semasa saya menyambut hari jadi yang ke 21 tahun. Doa saya waktu itu ialah saya ingin menjadi peribadi yang lebih kuat di dalam Tuhan dan bukan peribadi yang senantiasa jatuh bangun di dalam iman. Tapi nyatanya di umur ke 21 tahun inilah tahun yang paling mencabar dalam hidup saya. Dan hal yang paling berat ialah saat saya melepaskan pelayanan sekaligus persahabatan yang telah lama bersama-sama dengan saya. Saya melepaskan pelayanan di tempat yang lain agar saya dapat lebih fokus ke sidang saya sendiri. Selepas saya menyatakan isi hati saya kepada mereka bukan kata² yang manis yang diberikan tapi kata² yang menyakitkan hati dan menjatuhkan semangat. Dan hal yang paling berat yg saya dengar ialah urapan saya akan hilang dan panggilan Taginambur akan beralih ke tempat lain.

Selepas dari semuanya itu, saya tetap memilih untuk melepaskan pelayanan bersama mereka. Saya berdoa melepaskan pengampunan kepada mereka dan agar setiap kata² yang menjatuhkan itu dipatahkan dan dihancurkan dalam Nama Yesus.

Hari demi hari berlalu setiap kali saya merasa saya lemah saya akan mengigat perkataan mereka dan berfikir mungkin apa yang mereka katakan itu benar. Setiap kali sebelum kebaktian mula saya akan berdoa bagi hal itu kerana itu sangat menggangu saya.

Tapi saya tetap datang ke gereja kerana dari kebaktian saya merasa ada kekuatan untuk melangkah meskipun berat. Masuk di bulan september tahun ini, saya rasa doa saya belum dijawab dan saya sendiri merasakan semakin hari saya semakin kehilangan diri saya.

Saya yakin saya datang ke Tribal Gathering 2025 ini bukan satu kebetulan tapi rencana Tuhan untuk saya. Mulai dari hari yang pertama Tuhan sudah mulai memulihkan satu persatu dalam diri saya. Kesilapan kami naik ke Hall 6 menjadi satu pertemuan yang indah dengan seorang Doktor dan dia memberkati kami dengan berkat rohani dan berkat kewangan.

Di hari yang terakhir, waktu sesi pagi Tuhan bekerja dengan luar biasa dalam diri saya, saya dapat rasakan satu persatu Tuhan pulihkan dalam diri saya. Waktu lagu penyembahan sebelum mendengar Khotbah saya dapat merasakan pelukan Tuhan dan begitu besar KasihNya untuk saya. Tuhan katakan kepada saya "Aku mengasihi engkau dan Aku menyukai tindakan mu yang selalu berada di bawah kakiKu".

Dan Tuhan terus bekerja dalam diri saya sepanjang sesi pagi hari terakhir. Dan Tuhan menjawab doa saya 1 tahun yang lalu di waktu yang tepat, Dia menjawab doa saya sehari sebelum saya menyambut kelahiran saya yang ke-22 pada 21/9.

Saya menutup kesaksian saya dengan satu hal yang semua anak² Taginambur perlu hidupi iaitu panggilan Tuhan kepada kita. Tidak ada yg dapat mengambil apa yg Tuhan sudah berikan kepada kita. Dia yang memberi Dia juga yang akan Mengambil, tidak ada manusia yang dapat melawan dan mengambil panggilan itu daripada kita.

Harapan saya ialah agar anak² muda di Taginambur lebih giat lagi di dalam Tuhan. Ada kesatuan di dalam Tuhan. Dan saya doakan agar dari generasi kita di SIB Taginambur akan lahir orang² yang hebat yang dapat menjadi berkat bagi semua orang dari segala aspek. Sama ada dari segi kerohanian, ekonomi dan politikal.

Walaupun mula" ada keraguan untuk mengikuti TG2025 dan sempat mahu tarik diri tetapi disini saya dapat belajar dalam menyerahkan keraguan dan percaya akan Tuhan

Melalui TG2025 ini..saya diteguhkan lagi..pergumulan yang saya hadapi pada masa tu membuatkan saya merasakan saya jauh dari Tuhan banyak persoalan dalam fikiran saya tetapi dari TG ini saya diteguhkan dengan percaya Tuhan menyayangi semua anak-anakNya dengan apapun masa lalu yang dilakukan dan jangan membuatkan masa lalu menghalang untuk dekat dengan Tuhan. Saya juga ditegur dengan gaya hidup saya yang menghabiskan masa untuk duniawi disini saya belajar utama kan untuk Tuhan.

Tidak lupa juga semasa sesi lunch bersama team Pst.Rachel. Saya sangat diberkati dengan teguran yang diberikan disini saya belajar jangan takut untuk dibenci memberi kesaksian tentang kasihNya/firmanNya kepada orang sekeliling dan saya disedarkan untuk bertekun dalam doa lagi bagi Taginambur

Ucapan syukur saya juga kerana saya merasakan satu kekuatan baru atau penyembuhan di bahagian bahu saya yang sakit dari konfrensi sehingga di TG..sakit nii sangat mengganggu saya dan semasa berdoa pemyembuhan di satu sesi tuu bahu saya terasa sangat sakit ditekan bukan seperti yang sebelumnya dan selesainya berdoa saya rasa sakit itu hilang disini meneguhkan saya untuk berdoa dengan iman maka sesuatu pasti tidak akan mustahil walaupun dalam perkara kecil.

Harapan saya bangkit generasi muda Taginambur bertekunlah dalam doa dengan disertakan iman percaya, jaga kesatuan dengan yang lain dan jangan membiarkan masa lalu menghalang untuk datang kepada Tuhan kerana Tuhan menyayangi semua anak-anakNya.

Sepanjang Tribal Gathering, saya sangat diberkati baik dalam firman Tuhan, pujian penyembahan dan juga kebersamaan dengan team Pst Rachel. Sepanjang TG ini, banyak hal yang saya ditegur dan saya pelajari, yang telah meneguhkan iman percaya saya terhadap Tuhan. Fikiran saya juga dibukakan kembali mengenai pentingnya hubungan dengan Tuhan dan pertaubatan yang sejati terutamanya bagi anak-anak muda. TG ini mengajar saya untuk menyerahkan diri sesungguhnya kepada Tuhan dan membiarkan Allah yang bekerja membentuk peribadi kita sendiri. Disaat kita mengatakan ‘saya mau menjadi murid Yesus’ dengan penuh iman dan kerendahan hati, Tuhan akan memulihkan dan memenuhi setiap peribadi yang mau datang kepadanya. Tuhan sentiasa membukakan tanngannya, menanti serta menyambut kita kembali tidak kira berapa jauh kita menyimpang daripadaNya. Seperti perumpamaan anak yang hilang, meskipun anak itu telah memboroskan segala miliknya dan hidup berfoya-foya, saat bapanya melihat anaknya kembali, ia berlari, memeluk dan mencium anaknya. Begitulah juga belas kasihan Bapa terhadap setiap kita. Tuhan tidak menolak kita, tetapi menantikan kita kembali dengan hati yang hancur dan penuh kerendahan.

Karna ketika kita datang, Tuhan tidak hanya menerima tetapi Tuhan akan memulihkan.

Tindakan iman saya ialah saya mahu terus hidup dalam ketaatan dan kerendahan hati di hadapan Tuhan. Saya tidak mahu hanya menjadi pendengar firman, tetapi pelaku firman yang setia. Saya mahu menjadi murid Yesus yang sungguh-sungguh, yang rela dibentuk, ditegur, dan dibaharui setiap hari. Saya juga mahu bangkit dalam doa dan pelayanan, dan menjadi suara yang membawa terang kepada rakan-rakan dan generasi saya. Biarlah hidup saya menjadi saluran kasih Tuhan agar melalui hidup ini, ada jiwa-jiwa yang kembali kepada Bapa.

Harapan saya ialah  bangkit generasi yang tidak malu akan Injil. Generasi yang tidak hanya tahu tentang Tuhan, tetapi hidup untuk Tuhan. Yang mahu berdiri di celah tembok, membawa doa dan terang untuk rakan-rakan, suku-suku, dan bangsa-bangsa

"Crossover"
Sepanjang konferensi ini, saya benar-benar diberkati melalui sesi worship dan kotbah yang disampaikan oleh para speakers. Honestly, at first I didn’t want to join this conference because I was afraid I wouldn’t have any friends. Sebab, saya merasakan perkara ini akan membosankan dan tidak semeriah Conference KPMM di Sabah, yang juga diadakan pada tarikh hampir sama iaitu 15-17 September.

Namun demikian, my parents and siblings encouraged me to join the Tribal Gathering Conference in Sibu. Walaupun saya dibawa oleh rakan-rakan gereja, saya masih berpegang pada pendirian bahawa saya tidak mahu pergi. Pada masa itu, saya sudah menetapkan negative mindset seperti: “I don’t have money, why should I go? Nothing interesting about that conference, it’s too boring. My exams are just around the corner, I need to study. I will be so tired because I need to spend my whole one-week holidays for church activities.” Semua perkataan negatif muncul dalam fikiran saya.

Tetapi pekerjaan Tuhan tidak berhenti di situ sahaja. Slowly, God opened my heart untuk ikut serta selepas saya mengetahui bahawa konferensi tersebut memberikan sponsor kepada PMM Sib Taginambur. Dari situlah saya tidak lagi risau tentang wang. Walaupun begitu, saya masih kurang bersemangat. Namun, lama-kelamaan dorongan daripada rakan-rakan gereja serta daddy and mummy semakin kuat sehingga akhirnya saya setuju untuk pergi.

Satu minggu sebelum konferensi bermula, semangat saya hampir hilang  kerana fikiran saya hanya tertumpu kepada peperiksaan dan saya lebih ingin menyertai KPMM di Sabah. Tetapi dalam hati saya berkata: “If I miss this chance, maybe I won’t have the opportunity to take a flight and experience something new outside my state.” Jadi saya terus berdoa agar semangat saya tidak hilang begitu sahaja.

Malam pertama konferensi, saya dan rakan-rakan gereja disambut oleh para usher yang sangat ramai dan friendly. It makes me feel like I was not a stranger in Sarawak, but more like a special guest. Semasa worship dijalankan, lagu-lagu yang dinyanyikan sungguh luar biasa. Walaupun lagu tersebut sudah biasa saya dengar, tetapi cara penyampaian dan suasana worship memberikan vibes yang berbeza and I felt so happy.

Firman Tuhan pada hari itu juga sangat memberkati. Antara poin yang saya masih ingat ialah:

• Root: Father is the source.

• Run to You.

• Receive His heart.

Firman itu mengingatkan saya kepada Yehezkiel 36:36 yand dapat disimpulkan “Everything in the Kingdom is received, not achieved” yang bermaksud setiap perkara dalam Tuhan adalah untuk diterima, bukan untuk dicapai. I believe that spiritual travail is the groaning of the Spirit to birth God’s purpose on earth.

Pada hari kedua, walaupun saya letih dan sempat terlelap, I was still excited to worship God. Kotbah yang disampaikan memberikan saya kekuatan rohani. Saya masih ingat seorang speaker berkata: “Grades are tools, not your worthy! Knowing your value gives direction to strength.” Maksudnya, gred hanyalah alat, bukan nilai diri kita. Mengetahui nilai diri memberi arah dan kekuatan. This really motivated me to study harder walaupun kadang-kadang saya malas.

Pada hari terakhir, saya mendengar kotbah daripada Ps. Sabrina. Saya merasakan bahawa apabila Yesus membawa pembebasan, akan hadir sukacita dan perubahan itu pasti terjadi di dalam Kristus. Kotbah ini memberi impak positif kepada kehidupan harian saya. Selain itu, saya sangat gembira kerana berpeluang ambil picture dengan Ps. Rachell.

For the very first time, I cried when I prayed and worshipped. Pada saat itu, saya sedar bahawa jika kita mahu mengikut Yesus, we need to live fully in Him.

Harapan saya, pada tahun-tahun akan datang, I can join this conference again. Saya juga berharap anak-anak muda di gereja semakin aktif, kreatif, dan bersemangat dalam melayani Tuhan. Not only that, saya berdoa agar pelayanan yang saya jalani boleh menjadi berkat, bukan hanya untuk orang lain tetapi juga untuk diri saya sendiri supaya iman saya semakin teguh.

Tribal Gathering 2025 memberi IMPACT yang luarbiasa dalam diri saya
Shalom semua…Saya amat bersyukur kerana diberi peluang menghadiri Tribal Gathering 2025 di Sibu, yang bukan sekadar acara rohani, tetapi menjadi sebuah pengalaman yang telah mengubah hidup saya.

Sejujurnya, sebelum menghadiri Tribal Gathering ini, saya berasa letih secara rohani. Kehidupan harian dengan cabaran, tekanan, dan pelbagai beban membuatkan saya mula hilang fokus serta tujuan. Namun, saat saya melangkah masuk ke Tribal Gathering 2025, saya disambut dengan suasana yang penuh kasih, penuh semangat, dan penuh dengan hadirat Tuhan. Dari detik pertama itu, saya tahu sesuatu yang luar biasa bakal berlaku pada diri saya dalam Tribal Gathering ini.

Sepanjang Tribal Gathering, saya melihat sendiri bagaimana ribuan orang dari pelbagai latar belakang suku kaum, bahasa, dan budaya berkumpul di bawah satu nama, iaitu Yesus Kristus. Ia benar-benar membuka mata saya bahawa kita adalah satu keluarga rohani yang dipanggil untuk berjalan bersama-sama. Setiap doa, setiap nyanyian, setiap perkongsian firman menyentuh hati saya dengan cara yang begitu mendalam. Saya merasakan Tuhan sedang berbicara terus ke dalam hidup saya, memulihkan luka yang lama, serta menyalakan kembali api yang hampir padam dalam hati saya.

Saya juga belajar bahawa kasih Tuhan melangkaui batas peribadi. Melihat bagaimana orang muda, dewasa, dan warga emas menyembah Tuhan dengan penuh kebebasan membuat saya sedar bahawa iman bukanlah sesuatu yang kita simpan untuk diri sendiri, tetapi harus dikongsi dan dinyatakan kepada dunia. Tribal Gathering ini telah menyegarkan panggilan pelayanan saya, mengingatkan saya bahawa saya dipanggil bukan hanya untuk percaya, tetapi juga untuk melayani.

Salah satu moment yang paling mengubah hidup saya ialah ketika saya melihat ramai anak muda bangkit dengan semangat yang menyala-nyala. Mereka berani mengangkat tangan, bersuara lantang, dan menyerahkan hidup sepenuhnya kepada Tuhan. Saat itu, Saya menangis, bukan kerana kelemahan, tetapi kerana saya menyedari betapa kasih Tuhan tidak pernah meninggalkan saya walaupun saya hampir berputus asa.

Selepas menghadiri Tribal Gathering 2025 di Sibu, saya pulang dengan hati yang diperbaharui, iman yang diteguhkan, dan visi hidup yang lebih jelas. Saya tidak lagi melihat hidup ini sekadar rutin harian, tetapi sebagai sebuah perjalanan untuk melaksanakan misi yang Tuhan percayakan. Saya mahu menjadi terang di tempat saya berada, membawa pengaruh yang baik, dan berkongsi kasih Kristus kepada mereka yang belum mengenal-Nya. Seperti dalam Matius 5:16: “Hendaklah terangmu bercahaya supaya orang melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu di sorga.”

Bagi saya, Tribal Gathering 2025 bukan hanya sebuah acara, tetapi sebuah Turning Point bagi diri saya. Saya mengalami pemulihan dan menerima kekuatan baru, dan di sinilah saya menemukan kembali makna sejati kehidupan dalam Tuhan Yesus. Yesaya 40:31 berkata: “Orang yang menanti-nantikan Tuhan mendapat kekuatan baru.” Itulah yang saya alami. Tuhan memberi saya kekuatan dan semangat baru.