Aktiviti 4.1 (Padlet) Batu Bersurat Terengganu by Aaron Chong Kar Hie

Batu Bersurat Terengganu
Batu Bersurat Terengganu telah ditemui oleh seorang ahli perniagaan, Sayyid Husin bin Ghulam al Bukhari di Kuala Berang pada tahun 1899. Ia mempunyai ukiran yang paling tua dan merupakan tulisan Jawi pertama yang ditemui di dalam Malaysia, dan terbukti Agama Islam sudah sampai ke negeri Terengganu sebelum tahan 1326.

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Undang-undang Syariah Islam merupakan undang-undang yang berdasarkan al-Quran dan sunah dari Nabi Muhammad S.A.W.

Batu Bersurat Terengganu yang bertulisan Jawi telah mencatatkan undang-undang Islam yang telah dijalankan di Terengganu pada waktu itu. Penerangan Islam sebagai agama rasmi dan hukuman-hukuman Islan mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang telah dijalankan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan keharmonian negeri.

Kerajaan Melayu Melaka mempunyai undang-undang awam dan juga jenayahnya berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat seperti Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Kedatangan Islam Melalui China:
Perdagangan antara orang Arab dengan China telah muncul sebelum kelahiran agama Islam, dengan menukar barangan seperti bau-bauan, batu-batu dan mutiara.

Semasa pemerintahan Bani Umaiyyah, pasukan tentera yang dihantar oleh Khalifah Al-Walid telah berunding dengan raja China, dan orang Yunan yang tinggal di Selatan China telah memeluk Islam. Juga, kebanyakan orang muslim telah berhijrah ke Asia Tenggara kerana huru-hara yang terlaku.

Kedatangan Islam Dari Tanah Arab:
Orang Arab telah sampai ke Tahan Jawa, dan membina perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera pada tahun 684. Pada zaman pemerintah Khalifah Al-Makmun bin Harun, sebanyak 100 orang mubaligh dengan seorang yang berketurunan Quraish  telah dipimpin oleh seorang nakhoda telah menuju ke Nusantara, menghadapi Raja Perlak, dan telah berjaya mengislamkan baginda. Mubaligh Quraish delah diyatukan oleh Raja Perlak dengan puterinya, dikurniakan seorang putera, dan diberi nama Syed Abdul Aziz, dan dijadikan Sultan Perlak.

Kedatangan Islam Melalui India:
Pada abad ke-13 Masihi, kerajaan umat Islam telah menjadikan Malabar sebagai pangkalan penting pusat perhubungan antara timur dengan barat, apabila menguasai bahagian barat dan timur India. Perdagangan oleh sadagar Muslim dari Malabar sering berlaku dan epnyebaran ajaran Islam kepada penduduk tempatan dapat dilakukan. Graduan pusat pengajian Bengal yang dikuasai oleh umat Islam telah menikahi wanita tempatan, dan menjadikan rumah mereka sebagai tempat untuk mengajian Quran dan fardhu ain.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan diplomatik, perdagangan  dan diplomatik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina iaitu Yung Lo ialah perhubungan pertama dengan negara luar di Tanah Melayu. Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming telah mengutuskan Laksamana Yin Ching untuk membuat persetujuan perdagangan dua hala. Parameswara menjalinkan persahabatan dengan negara China  yang mempunyai kuasa yang besar untuk mengelakkan serangan dari negeri-negeri yang berhampiran.

Sultan Melaka juga memintah Negara China menjadi penaungnya, untuk menjaga keselamatan Melaka terutamanya dari serangan Siam. Baba dan Nyonya yang beragama Islam telah terlahir akibat perkahwinan campur Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po.