Patriot Merdeka by Najwa Syafiqah

Tokoh Kemerdekaan : Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussien
Biodata :

Nama sebenar beliau Tun Haji Abdul Razak Bin Dato' Hussien dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Pinang Keladi, Pekan, Pahang. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia Kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau terkenal dalam pelencaran Dasar Ekonomi Baru (DEB 1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah dalam Malaysia yang berbilang kaum. Selepas kematianya, beliau dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

Beliau merupakan anak sulung kepada Dato'Hussien Bin Awang Mohd Taib dan Hajah Teh fatimah Binti Daud. Beliau juga merupakan keterunana bangsawan berbangsa Bugis yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang. Bapanya,Dato' Hussien pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Bentong. Beliau digelar Orang Kaya Indera Syahbandar dan Orang Kaya Berempat Pahang. Gelaran ini diwarisi oleh Tun Abdul Razak kemudiannya yang turut pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Beliau telah berkahwin dengan Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah dan mempunyai lima orang anak iaitu Mohd Najib Bin Abdul Razak, Ahmad Johari Bin Abdul Razak, Mohamed Nizam Bin Abdul Razak, Mohamad Nazim Bin Abdul Razak dan Mohamed Nazir Bin Abdul Razak. Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri yang keenam setelah menggantikan Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi pada tahun 2009.

Pendidikan Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussien:
Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Kemudian beliau dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Selpeas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada tahun 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.

Selepas peperangan, beliau pergi ke United Kigdom pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di United Kingdom, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Tun Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Malaya United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di Malaya. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London, United Kingdom.

Kerjaya dan sumbangan Tun Abdul Razak Bin Dato' Husssien :
Selepas kepulangannya,beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Disebabkan keupyaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur 33 tahun.

Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketui oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British dang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan KementerianPertahanan Menteri. Pencapaian -pencapaiannya yang pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".

Beliau mengisytiharkan keadaan drurat selepas kejadian berdarah 13 Mei 1969 dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku Abdul rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengedlikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.

Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.

Ketika berumur 29 tahun, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1951 dan pada tahun 1952 ketika berumur 30 tahun, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada tahun 1955 ketika berumur 33 tahun, beliau menjadi Menteri Besar Pahangyang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman. Pada tahun 1956 ketika berumur 34 tahun, beliau berada di London sekali lagi bersama Tunku Abduk Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britian. Pada tahun 1957 ketika berumur 35 tahun, selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan. Pada tahun 1959 ketika berumur 37 tahun, beliau dianugerahkan pingat Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) oleh Yang Di Pertuan Agong Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tunku Muhammad pada 31 Ogos 1959 yang membawa gelaran Tun. Pada tahun 1969 ketika berumur 47 tahun selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya tahun, keadaan darurat telah disytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai keyuanya.

Pada tahun 1970 ketika berumur 48 tahun, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia keuda pada  September, selepas tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membbasnmi kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagaian kekayaan negara yang lebih saksama.

Pada tahun 1972 ketika berumur 50 tahun, beliau menjemput Dr. Mahathir Mohamad, yang disingkir pada 1969, kembali ke pangkuan UMNO gara-gara surat peribadi beliau kepada Tunku. Pada tahun 1976 ketika berumur 54 tahun, beliau meniggal dunia akibat acute leukemia di London. Beliau dikebumikan berdekatan Makam Pahlawan, berdekatan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.