FOLIO KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN by MUHAMMAD NAZRI BIN NASAL

TOPIK 7 – PENGURUSAN SUMBER
Pengurusan sumber merujuk kepada proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan dan menggunakan semua sumber secara berkesan dan cekap. Sumber pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian, dan bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber pembelajaran mestilah dinilai kesesuaian penggunaannya sebelum dapat digunakan di bilik darjah. Penggunaan sumber pembelajaran adalah bagi memudahkan aktiviti pembelajaran, mencapai tahap kefahaman yang tinggi, seterusnya mencapai pembelajaran berkesan.

Sumber asas merupakan antara sumber pembelajaran seperti papan tulis dan bahan bercetak yang digunakan semasa proses PdP. Menurut Azman Larut et.al (2005), bahan bercetak boleh terbahagi kepada buku dan bukan buku. Antara contoh bahan-bahan bercetakbagi buku ialah buku fiksyen yang terdiri kepada buku cerita bahasaMelayu dan bahasa Inggeris, buku bukan fiksyen pula terdiri kepadabuku Sejarah dan Geografi manakala rujukan pula terdiri kepadakamus, ensiklopedia, atlas dan buku teks. Kemudiaan, bagi bahan bercetakbukan buku ialah majalah, surat khabar dan risalah.

Sumber bukan elektronik pula ialah sumber pembelajaran yang menggunakan bahan seperti model, patung, gambar, lukisan, carta, gambar rajah, graf, poster dan kartun. Dalam hal ini  sumber bukan elektronik ialah bahan pengajaran yang terlebih dahulu digunakan sebelum adanya bahan elektronik. Namun begitu,  fungsi sumber ini masih berkesan untuk memudahkan guru menyampaikan topik pengajaran.

Sumber penbelajaran seterusnya ialah sumber elektronik iaitu teknologi terkini yang menjadi tarikan khususnya pada pelajar. Menurut Noriati et. al (2009), bahan elektronik merupakan salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran yang sering kali menarik perhatian murid. Contoh bahan elektronik ialah seperti slaid Powerpoint, radio, televisyen, video, projektor dan pembesar suara. Guru harus mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pengendalian bahan elektronik supaya proses PdP berjalan dengan lancar.

Sumber pengalaman ialah sumber pembelajaran seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, dan bahan alam sekitar. Relia merupakaan bahan sebenar daripada alam sekitar yang mana ianya merupakan bahan semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu benda bukan hidup, benda hidup, benda buatan, dan tumbuh-tumbuhan.

Kesimpulannya, Penilaian sumber pembelajaran bergantung kepada kepakaran dan penilaian profesional guru. Oleh hal yang demikian, guru haruslah menggunakan sumber pembelajaran yang sesuai supaya dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar. Sumber pengajaran juga dapat menarik minat pelajar, pembelajaran lebih menyeronokkan dan melibatkan murid dengan aktif semasa dalam bilik darjah.

Rujukan:

Kaviza, M. (2020). Pembelajaran Berasaskan Bahan dalam Mata Pelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5), 149-156.

Kaviza, M. (2021). Kesan Pembelajaran Berasaskan Dokumen dengan Pendekatan Kepelbagaian Sumber Terhadap Pengetahuan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 128-139.

Nur, F. M. (2012). Pemanfaatan sumber belajar dalam pembelajaran sains kelas V SD pada pokok bahasan makhluk hidup dan proses kehidupan. Jurnal penelitian pendidikan, 13(1), 67-78.

TOPIK 6 – PENGURUSAN BILIK DARJAH
Alberto dan Troutman (1986) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai kemahiran guru mengurus masa, ruang, sumber pengajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Pengurusan bilik darjah melibatkan proses penyusunan fizikal, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Tujuan pengurusan bilik darjah ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas.

Kumpulan mengikut kebolehan merupakan pengajaran berkumpulan terdiri daripada pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan tersebut terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan sama ada dalam aktiviti tertentu, pandai membaca, melukis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. Pengajaran berkumpulan ini dibentuk berasaskan tugasan yang diberikan oleh guru.

Kumpulan pelbagai kebolehan juga merupakan pengajaran berkumpulan yang mana ianya adalah berdasarkan kepada minat murid. Hal ini kerana setiap pelajar mempunyai minat yang tersendiri termasuklah mata pelajaran semasa di sekolah. Sebagai contoh, minat dalam mata pelajaran pendidikan seni dan muzik. Kumpulan ini adalah bersifat kekal atau sementara kerana ianya adalah berdasarkan aktiviti, kehendak serta keperluan guru dan murid.

Pengajaran berkumpulan yang seterusnya ialah kumpulan mengikut minat pengajaran individu iaitu setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita, dan minat. Hal ini dimana setiap murid berhak mendapat peluang perkembangan kecenderungan mereka secara bebas dan menyeluruh. Mereka akan menguasai kemahiran mengikut tahap kebolehan mereka. Guru harus menyediakan situasi pembelajaran yang merangsang minat murid untuk terus belajar.

Pengajaran individu ialah pengajaran kumpulan iaitu murid dapat menguasai sesuatu kemahiran mengikut kebolehan masing-masing. Dalam hal ini murid mendapat panduan khusus daripada guru untuk meneroka kebolehan mereka. Hal ini kerana murid dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri. Secara tidak langsung ianya meningkatkan keyakinan diri murid dan motivasi untuk terus belajar.

Kesimpulannya, guru bertanggungjawap terhadap kelancaran proses PdP dalam bilik darjah dimana ianya juga turut mempengaruhi motivasi, tingkah laku dan penglibatan murid. Oleh itu, guru harus bijak untuk menyesuaikan peranannya terhadap persekitaran dalam bilik darjah dan mewujudkan persekitaran yang kondusif. Hal ini kerana pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Rujukan:

Amin, A. M. M., & Othman, N. (2019). Pengurusan Bilik Darjah Guru Baharu yang Mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)(Classroom Management of New Teachers that Participate in the New Teacher Development Program). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 44(1), 21-27.

Apak, J., & Taat, M. S. (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(4), 6-22.

Jamaludin, F., Nor, M. Y. M., & Hamzah, M. I. M. (2018). Latihan Dalam Perkhidmatan: Pengurusan Bilik Darjah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1).

TOPIK 5 – PENGURUSAN MURID
Menurut Jaafar Muhammad (1998) pengurusan sebagai satu proses pengajian input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Pengurusan murid merupakan salah satu komponen yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini kerana pengurusan murid adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang berkualiti dan boleh membawa pelbagai perubahan dan pembaharuan terhadap negara suatu hari nanti.

Aplikasi pangkalan Data Murid (APDM) merupakan sistem pengurusan murid yang dibangunkan bagi memudahkan guru mengakses maklumat berkaitan murid. APDM ialah sistem yang digunakan oleh guru-guru untuk merekodkan kehadiran murid ke sekolah. Sistemi ini menyimpan dan guru kelas  berperanan untuk mengemaskini segala maklumat murid. Pengguna utama APDM ialah guru kelas dan pegawai pentadbir APDM.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) juga adalah sistem pengurusan murid yang menganalisis keputusan peperiksan di sekolah. Sistem ini dibagunkan bertujuan untuk memudahkan guru memasukkan markah peperiksaan dan ibu bapa dapat melihat prestasi anak mereka di dalam peperiksaan. Selain itu, sistem ini juga adlaah untuk menyimpan, mengumpul dan menganalisis data keputusan peperiksaan murid. Sistem ini mudah diakses iaitu secara atas talian dan boleh dicapai oleh semua stakeholder.

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) adalah sistem pengurusan murid yang dibangunkan untuk pengurusan disiplin murid di sekolah. Sistem ini adalah berasaskan web yang bertujuan untuk merekod setiap maklumat yang berkaitan dengan salahlaku disiplin murid di seluruh dimana ianya merupakan pangkalan data pengurusan disiplin murid. Melalui sistem ini setiap murid dikehendaki mengamalkan amalan baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai murni murid. Amalan baik turut direkodkan di dalam sistem SSDM ini.

Kesimpulannya, pembangunan pelbagai sistem pengurursan murid ini membolehkan setiap data dan maklumat murid dapat disimpan dengan lebih baik dan tersusun. Bukann itu sahaja, sistem ini juga telah memudahkan guru dalam menyimpan dan ianya juga mudah diakses oleh guru-guru. Oleh itu, setiap guru perlulah menmpunyai kemahiran dalam teknologi kerana penggunan sistem pengurursan murid tersebut adalah bersifat terkini.

Rujukan:

Hamid, R. H. A., Asma’Mokhtar, U., Yusof, M. M., & Warland, A. (2020). Electronic Records Management in Schools: The Case Study of School Examination Analysis System. Jurnal Pengurusan (UKM Journal of Management), 57.

Mohamad Nazli, O. (2013). Pengurusan dakwah di negeri maju: Kajian tentang cabaran dan masalahnya di Melaka/Mohamad Nazli bin Omar (Doctoral dissertation, University of Malaya).

Nuin, N. F. M., Ambotang, A. S., & Salam, S. N. (2020). Pengaruh motivasi dan kompetensi terhadap perubahan pengurusan data murid di Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 5(34), 116-125.

TOPIK 4 – ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
Organisasi ialah satu unit sosial manusia yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya. Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang menduduki sebuah jabatan sebagai pemimpin. Organisasi yang sestematik mempunyai orientasi visi dan misi yang jelas. Menurut Stogdill (1950) Kepimpinan didefinisikan sebagai satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi.

Autokratik merupakan gaya kepimpinan pentadbiran yang berhierarki dan melibatkan komunikasi satu hala. Dalam hal ini penentuan dasar, pelaksanaan pentadbiran, dan aktiviti adalah mengikut keputusan pengetua. Pemimpin autokratik akan menjalankan kawalan yang ketat dan kurang mempercayai orang lain. Melahirkan mereka yang patuh dan mungkin tidak menggalakkan perkembangan idea. Gaya kepimpinan autokratik mementingkan pelaksanaan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan sentiasa dipatuhi.

Gaya kepimpinan demokratik pula lebih liberal, pengetua boleh berbincang, menerima dan memberi pandangan begitu juga dengan semua pihak. Dalam hal ini keputusan dicapai menerusi persetujuan majoriti. Gaya kepimpinan ini lebih menggalakkan percambahan minda apabila guru-guru diberi peluang memberikan idea. Guru-guru mungkin berasa lebih dihargai apabila pandangan mereka diambil perhatian. Proses membuat keputusan menjadi lebih cepat dan lebih baik.

Laisez-Faire merupakan gaya kepimpinan melibatkan pemimpin yang sedikit  menggunakan kuasanya dan memberi orang bawahan bekerja sepenuhnya. Dalam hal ini pemimpin banyak memberikan kebebasan, mempunyai kurang unsur kawalan, dan kurang memberikan pandangan. Pemimpin juga kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang diadakaan. Gaya kepimpinan ini sesuai diaplikasikan kepada murid yang mempunyai kawalan diri, berinisiatif, dan rajin belajar manakala guru hanya berperanan sebagai pemudahcara sahaja.

Gaya kepimpinan kontigensi ialah mengikut situasi dimana tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir sebuah organisasi. Setiap tindakan adalah mengikut keperluan atau keadaan yang wujud. Menganalisis kepentingan dan keperluan-keperluan sesuatu keadaan. Mempunyai kaitan dengan faktor persekitaran, teknologi dan orang yang terlibat. Antara faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan mempengaruhi keberkesanan pemimpin ialah hubungan antara pemimpin dan anggota, struktur tugas serta kedudukan kuasa.

Kesimpulannya, kepimpinan adalah elemen yang sangat penting dalam sebuah organisasi khususnya di sekolah. Pemimpin yang berwibawa akan akan sentiasa mencadangkan dan menerima pandangan dari pihak lain. Peranan sebagai seorang pemimpin sangat besar bagi menerajui sebuah kepimpinan oleh itu, penguasaan terdapat semua jenis gaya kepimpinan juga adalah sangat penting.

Rujukan:

Abdullah, A. G. (2005). Kepimpinan transformasi pengetua dan penggantian kepimpinan sebagai penentu komitmen terhadap organisasi dan perlakuan warga organisasi pendidikan. Malaysian Jounal of Educators and Education, 20, 53-68.

Ishak, R., Ghani, M. F. A., & Siraj, S. (2017). Amalan kepimpinan organisasi pembelajaran di sekolah berprestasi tinggi Malaysia. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(2), 1-12.

Shah, I. M. (2006). Kepimpinan dan hubungan interpersonal dalam organisasi. Penerbit UTM.

TOPIK 3 – PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
Menurut Weber (2006) bahawa tugas mengajar (teach) guru sebenarnya merangkumi dua dimensi utama, iaitu tugas menyampai ilmu (instruction) dan tugas mengurus bilik darjah (classroom management). Oleh itu, kedua-dua aspek tersebut adalah saling berkait. Pengurusan bilik darjah ialah tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003). Menurut Woolfolk (1995) definisi pembelajaran ialah sebuah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal.

Strategi pengurusan pembelajaran berpusatkan guru diamana guru menguasai proses PdP. Guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap alat atau bahan bantu mengajar yang akan digunakan. Menurut Brophy (1978), pendekataan ini merupkan pendekatan yang mudah dirancang dan diurus. Dalam hal ini proses PdP bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar. Contoh aktivitu bagi strategi ini ialah seperti kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan dan soalan-soalan yang diberi oleh guru.

Strategi berpusatkan pelajar adalah pelajar akan mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang mereka telah diajar dan bagaimana mereka dapat mempelajarinya. Secara tidak langsung ianya akan mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menarik kepada pelajar. Melalui strategi ini murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam setiap aktiviti. Pengajaran juga dijalankan secara individu atau kumpulan.

Strategi berpusatkan bahan dimana guru menggunakan bahan pembelajaran untuk digunakan semasa proses PdP. Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesesuaian dan keperluan supaya ianya dapat digunakan secara berkesan dan menyeluruh. Dalam hal ini guru berperanan sebagai pembimbing dan hanya memantau pelajar menggunaakan bahan pembelajaran. Misalnya, seperti penggunaan komputer, buku teks dan buku rujukan.

Kesimpulannya, strategi pengurusan pembelajaran amatlah penting dikuasai oleh guru. Hal ini kerana pengaplikasian strategi yang berkesan akan dapat mewujudkan persekitaran yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran  yang aktif, dan meningkatkan motivasi pelajar semasa proses PdP. Pelajar juga akan mudah memahami topik yang diajar dan lmereka akan ebih aktif semasa melakukan aktiviti yang dijalankan.

Rujukan:

Awang, H., Mat Aji, Z., Sheik Osman, W. R., Kamaruddin, E., Al-Mashhadani, A. F. S., & Khamis, S. (2020). Cabaran dalam melaksanakan teknologi maklumat dan komunikasi: Analisis kes persekitaran pembelajaran Maya-Frog serta strategi untuk melestarikan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru. Journal of Educational Research & Indigenous Studies, 1(1), 1-18.

Sulaiman, E. (2004). Pengenalan pedagogi. Penerbit UTM.

Yusoff, M. A. B., & Adnan, M. A. M. (2010). Motivasi Dan Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri: Perspektif Malaysia. AL-NUR JOURNAL OF GRADUATE SCHOOL, FATONI UNIVERSITY, 5(8), 57-71.

TOPIK 2 – INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
Interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif diantara satu sama lain atau tindak balas antara dua atau beberapa individu. Menurut kamus A English Dictionary, interaksi merujuk kepada proses bertindak atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Maka, guru dan murid akan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.  Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, dan sosial (Shahabuddin et, al, 2007).

Interaksi sehala ialah kaedah mengajar cara terdahulu dimana guru memberi arahan manakala pelajar hanya menjadi pendengar. Guru akan memberi huraian, penjelasan serta penerangan berkaitan topik yang diajar dan tidak ada interaksi yang berlaku diantara pelajar. Namun, interaksi ini tidak akan mengembangkan pemikiran pelajar. Contoh aktiviti interaksi sehala ialah seperti syarahan, demonstrasi dan bercerita.

Interaksi dua hala ialah dimana guru bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya dan guru menjawab. Interaksi ini tidak melibatkan interaksi antara antara rakan sebaya. Hal ini akan menyebabkan pelajar menjadi bosan dan rimas. Oleh itu, guru perlulah sentiasa mendorong pelajarnya untuk aktif semasa waktu PdP. Sebagai contoh, melalui sesi soal jawap dimana guru akan memberikan ganjaran kepada pelajar yang menjawap soalan dengan betul.

interaksi kumpulan berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan semasa proses PdP. Menurut Mohd Faiz et al. (2006) yang menyatakan belajar secara berkumpulan dapat merangsang minat, menambah keyakinan dalam memberi pendapat, memotivasi pelajar, mengumpul dan menjelaskan idea dalam menjadikan seseorang pelajar menjadi lebih baik dalam pembelajaran. Melalui interaksi ini juga pelajar yg malu berpeluang berinteraksi dengan rakan mereka. Misalnya melalui aktiviti seperti projek, bermain, dan lakonan.

Menurut Kamus Dewan interaksi sosial didefinisikan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. Hal ini juga merujuk kepada persahabatan, pergaulan dan apa saja aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Semasa dalam bilik darjah pula, interaksi sosial lebih menekankan kepada aktiviti berkumpulan yang bertujuan mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar.

interaksi pelbagai hala adalah interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Melalui interaksi ini proses PdP lebih bercorak aktif dimana. Hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid dipereratkan. Peranan murid digunakan secara optimum. Contoh: Kaedah simulasi, main peranan, dan perbincangan. Mok Soon Sang (2003).

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis interaksi yang boleh digunakan oleh guru semasa proses PdP, namun ianya harus disesuaikan supaya pelajar dapat menerima maklumat dengan jelas dan persekitaran kelas yang sesuai. Guru juga harus memilih dan menguasai interaksi-interaksi tersbeut supaya dapat diaplikasikan semasa proses PdP pada bila-bila masa.

Rujukan:

Anggraini, I. S. (2016). Motivasi belajar dan faktor-faktor yang berpengaruh: sebuah kajian pada interaksi pembelajaran mahasiswa. Premiere Educandum: Jurnal Pendidikan Dasar dan Pembelajaran, 1(02).

Hanafy, M. S. (2014). Konsep belajar dan pembelajaran. Lentera Pendidikan: JurnalIlmu Tarbiyah dan Keguruan, 17(1), 66-79.

Inah, E. N. (2015). Peran komunikasi dalam interaksi guru dan siswa. Al-TA'DIB: Jurnal Kajian Ilmu Kependidikan, 8(2), 150-167.

TOPIK 1 – SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Sosiologi merupakan himpunan pengetahuan asas tentang masyarakat serta tingkah laku sosial mereka yang lebih saintifik dan berdisiplin. Menurut Openstax (2017) sosiologi adalah sebuah kajian tentang kumpulan dan interaksi kumpulan, masyarakat dan interaksi sosial, dari kumpulan kecil dan peribadi kepada kumpulan yang sangat besar. Terdapat tiga teori utama yang melibatkan ilmu pengetahuan sosiologi.

Teori fungsionalisme telah diasaskan oleh Auguste Comte (1798-1857). Teori fungsionalisme teori mengenai persefahaman ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan hubungan antara mereka. Dalam hal ini struktur sosial dalam sebuah masyarakat akan menentukan keharmonian mereka. Masyarakat dianggap seperti tubuh badan manusia diamana setiap dari mereka mempunyai tanggungjawab, peranan dan fungsi yang tersendiri.

Selain itu, teori konflik telah dipelopori oleh oleh Karl Marx (1818-1883). Teori konflik merupakan sebuah teori yang menganalisis konflik yang berlaku dalam masyarakat. Dalam hal ini teori ini digunakan bagi mengkaji ketegangan di antara individu dan kumpulan dalam sesebuah masyarakat yang bersaing mendapatkan kepentingan sendiri seperti perebutan mengenai kuasa, kekayaan, kebendaan, kehormatan dan berpengaruh.

Seterusnya, teori interaksi simbolik telah diasaskan George Herbert Mead (1863-1931). Teori ini mengkaji mengenai makna yang muncul dari interpretasi individu dalam persekitaran sosial dengan individu lain. Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan antara manusia dengan dunia luar. Teori ini lebih memfokuskan kepada makna simbolik atau makna tersirat yang muncul dalam interaksi manusia dengan lebih secara subjektif.

Kesimpulannya, seluruh teori yang disenaraikan merupakan teori yang mengkaji mengenai mansyarkat sama ada mengenai tingkah laku, persefahaman ataupun konflik yang berlaku antara mereka. Namun, teori ini juga digunapakai dalam bidang pendidikan dimana ianya bertujuan untuk mengkaji mengenai kepelbagaian keperluan, ketidaksamaan sosial dan interaksi yang berlaku dalam masyarakat sekolah. Dalam hal ini kesemua teori ini adalah berkait rapat dan ianya haruslah diaplikasikan supaya dapat dijadikan panduan untuk penyelesaian kepada masalah yang timbul.

Rujukan:

Maksum, A. (2016). Sosiologi pendidikan. Malang: Madani.

Raho, B. (2016). Sosiologi.

Subadi, T. (2009). Sosiologi dan Sosiologi Pendidikan.

TOPIK 8 – STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
Pengurusan bilik pembelajaran merupakan tindakan yang dilaksanakan bertujuan untuk mengekalkan peraturan bilik pembelajaran. Terdapat beberapa bilik pembelajaran yang sering digunakan oleh pelajar, iaitu bilik darjah, makmal sains, makmal komputer dan studio.  Seorang guru perlulah memastikan keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011).

Unsur fizikal bilik darjah merupkan antara strategi mengurus bilik pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis bilik darjah iaitu bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM, dan bilik darjah terbuka. Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa, pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran.

Strategi mengurus bilik pembelajaran ialah interaksi dalam bilik darjah. Interaksi ialah proses dimana saling bertindak sekurang-kurangnya dua pihak. Terdapat pelbagai jenis interaksi seperti interaksi sehala, dua hala, pelbagai hala dan interaksi berkomputer. Faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas ialah seperti susunan bilik darjah, keadan emosi bilik darjah, kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai, penggunaan kaedah kumpulan, memperbanyakkaan pengajaran berbentuk amali, kedah pengajaran yang menghidupkan suasana pembelajaran, menggunakan alat bantu mengajar berteknologi, dan sikap guru yang baik.

Iklim pembelajaran positif juga merupakan strategi pengurusan bilik pembelajran. hal ini kerana suasana bilik darjah yang kondusif memainkan peranan yang besar semasa proses PdP. Iklim bilik darjah terbahagi kepada 3 iaitu suasana fizikal, sosial dan emosi. Guru berperanan menentukan suasana fizikal dengan membuat perancangan dan penyusunan dri segi pengorganisasian, merncang dan pengguan ABM atau APD. Guru juga harus mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri. Seterusnya suasana emosi bilik darjah adalah berdasarkan suara, kemesraan, kelucuan, stail, penggunaan pujian, kawalan, sikap dan ekspektasi serta kepimpinan dan kaedah mengajar.

Kesimpulannya, aspek fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah merupakan strategi pengurusan yang berkait rapat antara satu dengan yang lain. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan dan mewujudkan suasana pembelajajaran yang bersesuaian bagi memastikan proses PdP berjalan dengan laancar. Secara tidak langsung, pelajar juga dapat meningkatkan kefahaman berkaitan topik pembelajaran yang disampaikan.

Rujukan:

Abas, H. (2012). Tahap, Amalan Dan Masalah Pengurusan Bilik Darjah Guru-guru Sekolah Menengah Daerah Segamat (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Amin, A. M. M., & Othman, N. (2019). Pengurusan Bilik Darjah Guru Baharu yang Mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)(Classroom Management of New Teachers that Participate in the New Teacher Development Program). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 44(1), 21-27.

Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan bilik darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

TOPIK 9 – PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkah laku yang baik. Masalah disiplin pelajar tidak boleh dipandang ringan kerana dikhuatiri ianya akan mendatangkan lebih banyak masalah kapada pelajar, keluarga dan sekolah. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian iaitu mereka yang melanggar peraturan seperti buli, ponteng sekolah, merokok dan vandalisme.

Devian inovasi (innovation) merupakan uatu cara memenuhi matlamat diingini dengan cara yang salah. Dalam hal ini pelajar akan sanggup melalkukan apa sahaja untuk mencapai tujuan yang diinginkan. Contohnya, pelajar melakukan kecurangan akademik dengan meniru semasa peperiksaan kerana ingin mendapatkan maarkah yang tinggi tetapi dia tidak berupaya menjawap soalan yang dikemukakan semasa peperiksaan.

Devian (Ritualism) ialah tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan. Dalam hal ini boleh dikatakah bahawa pelajar tersebut sengaja untuk melakukan masalah disiplin berulang kali. Hal ini kerana mereka menyedari bahawa mereka tidak dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Misalnya, mengulangi tingkah laku yang sama berulang kali disebabkan perasaan kecewa.

Devian undur (Rteatism) ialah seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Dalam hal ini pelajar tersebut ingin mencari kepuasan lain yang memberikan dirinya kesenangan dan kegembiraan. Contohnya, pelajar yang ponteng sekolah disebabkan perasaan kecewa yang dialaminya terhadap pencapaian akdemik dan masalah pembelajaran yang dialaminya.

Devian menentang (Rebelliation)ialah mnolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain yang dapat memenuhi kehendak mereka seperti melibatkan diri dengan gengsterism. Hal ini menunjukkan mereka yang menolak matlamat persekolahan adalah mereka yang tidak lagi ada perasaan ingin menuntut ilmu sebaliknya terjebak dengan kegiatan sosial yang mengundang banyak masalah.

Kesimpulannya. Peranan untuk membantu dan memantau salah laku pelajr tidak seharusnya diletakkan pada bagu padra pendidik sahaja sebaliknya ibubapa dan masyarakat juga haruslah bertanggungjawap daalam membantu mengekang masalah disiplin sekolah. Sekolah adalah tempat untuk mendidik dan membentuk akhlak dalam diri pelajar. Mereka merupakan generasi yang akan memandu kemajuan negara kita pada masa akan datang. Oleh itu, semua pihak haruslah mengembeleng tenaga untuk membantu membentuk disiplih dan jati diri pelajar dari peringkat sekolah lagi.

Rujukan:

Apak, J., & Taat, M. S. (2018). Hubungan Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti Guru dengan Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(3), 64-79.

Etum, S., Mydin, A. A., & Abdullah, A. G. K. (2021). Pengaruh Pengurusan Disiplin Sekolah, Tingkah Laku Buli Murid dan Estim Kendiri Murid Terhadap Kualiti Kehidupan Murid: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 303-312.

Mahfar, M., Zaini, F., & Nordin, N. A. (2007). Analisis faktor penyebab stres di kalangan pelajar. Jurnal Kemanusiaan, 5(1).

TOPIK 12 – PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Pengurusan murid pelbagai upaya dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu pemulihan khas dan pendidikan khas. Pemulihan khas merupakan sebuah program bagi murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan faktor persekitaran dan bukan kognitif. Pendidikan khas pula merujuk kepada murid yang mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa atau percakapan, gangguan emosi, autisme, cacat penglihatan atau pendengaran dan lain-lain yaang berpunca dari kesihatan termasuklah pelajar pintar cerdas.

Gaya pembelajaran secara visual merujuk kepada murid yang dapat menerima maklumat dengan baik semasa proses PdP melalui paparan visual yang terdapat dalam buku atau melalui paparan slaid. Bahan yang mempunyai ilustrasi sama ada gambar, graf atau carta adalah sesuai digunakan bagi pelajar visual kerana mereka dapat menyerap dan mengingat topik yang diajar dengan lebih mudah. Menurut Murdoch Teacher Center 1984, Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingat sesuatu. Pelajar visual terbahagi kepada dua iaitu pelajr spatial iaitu mereka yang gemar belajar melalui gambar, carta dan graf dan pelajar linguistic iaitu pelajar yang mudah belajar melalui teks dan menulis nota.

Gaya pembelajaran auditori merupakan pelajar yang belajar dengan menggunakan perkataan yang disebut serta arahan lisan yang diberikan. Mereka akan membaca nota atau melalui buku teks dengan bacaan kuat atau dengan menggerakkan bibir mereka. Pelajar auditori akan lebih mudah mengingat apabila mereka mendengar semula rakaman pita suara, mengajar rakan mereka ataupun semasa bertanya dengan guru semasa proses PdP. guru berperanan menjelaskan serba sedikit mengenai topik yang bakal dipelajari sebelum memulakan proses PdP, merumuskan topik semasa akhir proses PdP dan menggunakan kaedah Socratic iaitu sesi perbahasan antara pelajar.

Gaya pembelajaran kinestetik adalah pelajar yang belajar melalui pengalaman dan sentiasa terlibat dalam aktiviti fizikal dalam bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on (Murdoch Teacher Center, 1984). Guru perlu memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan, memainkan muzik dalam aktiviti tertentu dan menggalakkan aktiviti menukar maklumat dari 2 medium yang berbeza.

Kesimpulannya, setiap murid mempunyai gaya pembelajaran tertentu yang mereka minat dimana ianya dapat membantu mereka mencapai kefahaman pada tahap optimum dan lebih berkesan. Oleh itu, setiap guru haruslah mengenalpasti gaya pembelajaran setiap murid dalam kelas mereka yang mempunyai latar belakang keupayaan berbeza agar dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Hal ini kerana mereka juga berhak diberikan peluang untuk menuntut ilmu dan mendapat pendidikan yang berkualiti.

Rujukan:

Ahmad, N. A. (2014). Pengurusan Program Pendidikan Inklusif bagi murid bermasalah pembelajaran: Kajian secara naratif inkuiri. Management Research Journal, 3, 38-52.

Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan bilik darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Nassir, M., & Idayu, S. N. (2016). Pelaksanaan program transisi kerjaya (PTK) murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) masalah pembelajaran (MP) (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

TAJUK 10 – PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Pengurusan penasihatan murid merupakan satu objektif yang perlu dimiliki oleh setiap sekolah bagi melahirkan murid yang sentiasa terpelihara dari segi tingkah laku mereka. Nasihat ialah suatu ajaran, petunjuk yang baik, peringatan megusulkan, mengesyorkan atau mengnjurkan pelbagai hal kepada seseorang. Konsep memeberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.

Bimbingan ialah suatu proses untuk membantu individu untuk membuat keputusan yang tepat bagi membentuk peribadi dan pendidikan yang memadai bagi seorang individu. Menurut Crow & Crow (1960) tujuan bimbingan mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Dalam hal ini bimbingan lebih berfokus kepada potensi seorang individu untuk memahami diri dan dunia mereka. Bimbingan juga merupakan sebuah aktiviti yang dirancang. Proses yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui pendidikan (Mathewson 1962).

Penasihatan ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah 1994). Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal (Kamus Dewan). Penasihatan pada dasarnya lebih fokus kepada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar. Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. penasihatan adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu memberi impak.

Mentoring merupakan perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee. Menurut Fletcher (2000) mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar supaya mereka dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan. Proses mentoring. Menjalin Perhubungan, Merundingkan persetujuan/perjanjian, Perkembangan Professional mantee, Menamatkan Perhubungan.

Kesimpulannya, peranan untuk membimbing, menasihat dan mentoring pelajar bukan perlu dilaksanakan oleh guru kaunseling sahaja. Semua guru bertanggungjawap untuk membentuk keperibadian dan personaliti pelajar. Oleh itu, semua guru haruslah menjadi pembimbing, penasihat dan sentiasa mentoring pelajar mereka supaya keperibadian pelajar baik pelajar dapat dibentuk.

Rujukan:

Othman, M. I. (2006). Menangani disiplin di sekolah. Utusan Publications.

Said, M. N. H. M., & Suhaimin, I. M. Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar.

Wahyuni, H. W. (2006). Pengaruh gaya dan aktiviti penasihatan akademik terhadap keberkesanan perlaksaaan sistem penasihatan akademik (Doctoral dissertation, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn).

TOPIK 11 – PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Menurut Amir (2002) budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990). Pelbagai budaya dapat didefinisikan sebagai sebuah sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat.

Melting Pot 1: Anglo Conformity merupakan teori sosial pendidikan pelbagai budaya. Masyarakat terdiri daripada individu dengan pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya yang harus disatukan. Melalui teori ini setiap masyarakat iaitu individu dapat dilihat dalam sebuah hierarki iaitu kumpulan majoriti dan minoriti. Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti. Jelas dapat dilihat yang teori ini tidak berpegang kepada prinsip demokrasi.

Teori sosial pendidikan pelbagai budaya seterusnya ialah Melting Pot II: Ethnic Synthesis. Setiap individu dalam masyarakat dengan pelbagai latar belakang, disatukan dam seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut. Dalam hal ini identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru manakala identiti asal akan hilang. Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.

Cultural Pluralism (Mosaic Analogy) ialah Teori sosial pendidikan pelbagai budaya. Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik. Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.

Kesimpulannya, kepelbagaian bangsa dan etnik di Malaysia merupakan sebuah keunikan dan ianyaa haruslah sentiasa diplihara. Dalam konteks sekolah seharusnya teori-teori yang disenaraikan menjadi panduan agar semua murid walaupun berbeza agama, bangsa dan kaum sentiasa dalam kesatuan dan dilayan dengan sama rata. Oleh itu, pihak sekolah bertanggungjawab menyemai semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

Rujukan:

Ahmad, H. H., & Hamid, H. A. (2017). Pengurusan Pembangunan Konsep Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Satu Kajian Di Klang, Selangor. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(4), 1-15.

Omar, N., & Noh, M. A. C. (2017). Kepelbagaian elemen budaya dalam pengajaran pendidikan Islam: Isu dan kepentingan. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 3, 1-11.

TOPIK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Mengikut Akta Pendidikan sekolah ditakfikan sebagai tempat di mana sepuluh ataupun lebih murid yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu). Dalam hal ini hubungan sekolah dan persekitaran merujuk kepada interaksi dalam sekolah (fizikal) dan interaksi luar sekolah (sosial).

Persekitaran fizikal sekolah iaitu meliputi gaya kepimpinan, peranan guru, dan bentuk interaksi merupakan faktor dalaman yang saling berhubungan dan mempengaruhi sahsiah dan pencapaian murid. Dalam hal ini persekitaran fizikal lebih berfokus kepada situasi dalam bilik darjah. Hal ini kerana ianya merupakan sebuah medium untuk mewujudkan hubungan guru dan pelajar. Suasana bilik darjah yang meliputi pencahayaaan, susunan meja, saiz bilik darjah dan pengurusan rutin bilik darjah adalah penting untuk merangsang minat pelajar.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan sebuah persatuan yang diwujudkan bagi mewujudkan hubungan sosial iaitu ibubapa dengan sekolah. PIBG sekolah berfungsi untuk menyokong perkembangan murid melalui sumber kewangan dan saluran komunikasi. Selain itu, PIBG juga berfungsi untuk menjaga kebajikan murid iaitu dengan meningkatkan kemudahan sekolah, menjayakan pelbaai aktiviti dan program dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

Hubungan sekolah dengan komuniti juga merupakan hubungan sekolah persekitaran sosial yang wujud. Dalam hal ini sekolah dapat menjalankan hubungan dengan komuniti masyarakat dikawasan perumahan atau komuniti kampung.pihak sekolah dapat menjalankan pelbagai aktiviti dengan kejasama dari masyarakat komuniti setempat. Selain itu, pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan polis dalam usaha untuk membendung kes jenayah dalam kalangan murid sekolah. Secara tidak langsung masalah disiplin murid akan dapat dikurangkan dan diselesaikan dengan lebih efisyen.

Kesimpulannya, hubungan sekolah dengan persekitaran sama ada perskeitaran fizikal atau sosial adalah sangat penting bagi sebuah institusi pendidikan. Hubungan sekolah dengan persekitaran adalah penting bagi pengurusan sekolah dimana melalui kerjasama pihak luar dalam pentadbiran atau pelaksanaan aktiviti akan dapat memudahkan dan mencapai tujuan yang diinginkan. Oleh yang demikian, pihak sekolah harus mewujudkan sebuah perskeitaran fizikal dan sosial yang harmoni dan selamat.

Rujukan:

Andin, C., Ambotang, A. S., Kamin, Y., & Hamzah, R. (2019). Transformasi persekitaran sekolah melalui permuafakatan sekolah dan komuniti luar bandar. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 15(2).

Ahmad, C. N. C., Osman, K., & Halim, L. (2010). Hubungan ramalan persekitaran pembelajaran makmal sains dengan tahap kepuasan pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 19-30.

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Pengurusan merupakan sebuah proses untuk mendapatkan penyertaan dan kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan manakala alam pembelajaran adalah suasana belajar yang dapat meransang minat belajar dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku. Menurut Mok Soon Sang (2011), pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya agar objektif yang ditetapkan tercapai. Pengurusan bilik darjah yang sesuai akan dapat melahirkan insan yang seimbang, harmoni, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia.

Objektif merupakan persediaan yang perlu sebelum proses PdP berjalan diama ianya terbahagi kepada dua iaitu objektif implist dan objektif eksplisit. Objektif implisit (Umum/Am) merupakan objektif yang perlu dihasilkan dengan merangkumkan mata pelajaran tersebut secara keseluruhan.  Objektif ini menggunakan kata kerja bagi menerangkan pencapaian murid yang dihsratkan dari aspek kognitif, afektif, dan psikomotor. Objektif eksplisit (Khusus/Khas) pula merupakan objektif pengajaran yang dinyatakan secara khusus iaitu secara terperinci. Objektif ini menerangkan secara terperinci objektif umum, ditulis dalam bentuk perlakuan yang boleh dicerap atau diukur yang menggambarkan kedalaman bidang kajian.

Buku Rekod Mengajar ialah buku guru yang mengajar mata pelajaran akademik untuk mencatat semua aktiviti kerja mereka dalam buku rekod mengajar dan wajib menghimpunkan pelan tindakan guru sebelum mengajar melalui buku ini. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dam Rancangan Pelajaran Harian.

Buku Rekod Latihan mengajar merupakan dokumen seperti DSKP, RPT, RPH (latihan mengajar). Buku rekod ini sangat penting kerana guru sentiasa dipantau oleh pihak KPM bagi memastikan pengajaran guru adalah selari dengan panduan yang dikeluarkan oleh KPM. Dari perspektif refleksi pengajaran, guru perlu membuat refleksi pengajaran selepas guru selesai melaksanakan pengajaran agar dapat memperbaiki kekurangan dan kelemahan dalam pengajaran pada masa akan datang. Aspek refleksi yang perlu diambilkira ialah pencapaian objektif, disiplin kelas, penglibatan murid, dan keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

Kesimpulannya, persediaan sebelum proses PdP haruslah dirancang dan duruskan dengan baik agar pelajar dapat menyerap maklumat dengan lebih mudah dan berkesan. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan terperinci agar matlamat dan objektif pembelajaran dapat dicapai.

Rujukan:

Che Ku Alam, C. K. A. (2011). Meningkatkan Komitmen Guru Dalam Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Melalui Intervensi Dinamik R&R (Rectify & Resolve). Jurnal Kajian Tindakan: Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan (2009-2010), 91-104.

Jamaludin, F., Nor, M. Y. M., & Hamzah, M. I. M. (2018). Latihan Dalam Perkhidmatan: Pengurusan Bilik Darjah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1).