STEM UTM by firdaus misnan

LAPORAN INDIVIDU
Sila tulis laporan individu bagi setiap slot.
Nyatakan objektif dan apa yang anda pelajari.
100 patah perkataan
Nyatakan nama

Laporan Kimia Hari Ni

1. Taklimat Fakulti Sains
2. Lawatan ke makmal Kimia
Mula - mula ke makmal kimia analisis, mencari bendasing dalam bahan. Best.
Kemudian, ke demonstrasi peniupan kaca.
Hanya yang terer boleh buat.
Akhir sekali, makmal kimia organik.
Di sini la berangan jadi saintis sebenar.

Matematik

Banyak betul IQ test.
Penat pulak kena pikir banyak - banyak.
Check point paling best - check point 2. Dah gerak, tiba2 lupa tujuan asal.
Check point paling mencabar - magic star. Semua tak dapat jawapan.
Penat otak....

LAWATAN STEM KE UTM
Hari pertama kami semua ditempatkan di sebuah bilik seminar lalu kami semua dibriefing oleh beberapa orang pensyarah yang sangat kreatif serta bersemangat tinggi. Oleh yang demikian, semangat kami untuk belajar subjek sains telah meningkat hasil daripada taklimat oleh pensyarah UTM tersebut. Setelah usai sesi taklimat daripada pensyarah, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk pergi ke setiap checkpoint berkenaan subjek kimia. Disitu, kami dapat mengetahui bahawa kimia merupakan salah satu subjek yang mampu menarik minat murid untuk cinta akan kimia.
Setelah usai pada bahagian kimia, kami sekali lagi diberi taklimat akan matapelajaran seterusnya iaitu matematik. Seperti yang kita sedia maklum, matematik merupakan antara musuh ketat dikalangan murid disekolah. Akan tetapi, tanggapan kami terhadap math telah pun berubah daripada benci kepada suka. Hal ini dikatakan demikian kerana, taklimat yang begitu bersemangat daripada para pensyarah matematik telah menaikkan semangat kami. Explorace merupakan acara yang paling menarik kerana explorace tersebut adalah explorace yang berkenaan dengan math sahaja. Para peserta daripada setiap kumpulan memberikan tentangan yang sangat baik sehinggakan para facy pening untuk memberikan markah atas usaha yang cemerlang daripada setiap kumpulan.
Pada keesokan harinya, telah berlangsunglah slot bagi subjek fizik yang dikendalikan oleh pensyarah yang hebat dan kritis. Kami sekali lagi telah dibahagikan mengikut kumpulan untuk pergi ke setiap makmal fizik. Pelbagai aktiviti yang dilakukan sehingga dapat menarik minat murid murid kelas sains tulen untuk mendalami subjek fizik.
Aktiviti yang terakhir ialah slot subjek biologi yang juga telah dikendalikan dengan cemerlangnya oleh pensyarah disana. Kami juga telah melakukan beberapa ekaperimen berkaitan dengan biologi.
Akhir sekali, sebelum kami berangakat pulang ke batu pahat, kami telah mengambil gambar kenang kenangan bersama sama pensyarah UTM tersebut.
-Muhammad Irfan Syameer-

Pada tarikh 10.11.2019, kami iaitu pelajar 4 Al-Jazzar dan 4 Al-Zahrawi pergi ke lawatan sambil belajar di UTM. Hari pertama disana, kami belajar tentang subjek kimia dan matematik. Bagi subjek kimia, kami diberi peluang melawat makmal penyelidikan mereka dan membuat beberapa eksperimen di sana dan melihat proses pembuatan alatan radas di makmal. Dengan aktiviti ini, kami dapat menambah perkara dan ilmu baharu yang membuatkan kami lebih menghargai alam sekitar dan bahan disekeliling. Seterusnya, bagi subjek matematik, kami membuat aktiviti "explorace" dan ditugaskan untuk menyelesaikan beberapa soalan matematik dan IQ test di checkpoint yang disediakan. Aktiviti ini membuatkan kami berfikir di luar kotak dan menguji nilai persefahaman antara ahli kumpulan. Hari kedua pula, kami belajar tentang subjek fizik dan biologi. Bagi subjek fizik, kami dibawa melihat makmal fizik dan cara-cara membuat eksperimen bagi mahasiswa UTM. Kami berasa bertuah kerana didedahkan cara mahasiswa di universiti belajar, kami juga mendapat ilmu tambahan yang boleh digunakan ketika di sekolah nanti. Kami kemudiannya dibawa ke fakulti sains biologi untuk mempelajari beberapa kajian dan eksperimen yang dibuat oleh doktor-doktor disana. Aktiviti ini membuatkan kami sedar betapa pentingnya ilmu ini untuk kepentingan diri dan masa hadapan. Kami juga berpeluang untuk berkomunikasi dengan orang dari luar negara disana. Walaupun penat, namun lawatan ini amat berbaloi dan membuatkan kami bercita-cita tinggi untuk memberikan sesuatu yang lebih baik kepada masa hadapan.
- Nurul Hanani binti Hamdan, 4 Al-Jazzar

Program STEM yang diadakan selama dua hari satu malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti berkaitan sains tulen iaitu Fizik, Biologi , Kimia dan juga Matematik.  Kami seramai 44 orang pelajar bergabung dari kelas sains agama dan sastera agama saling berkongsi ilmu untuk melakukan pelbagai aktiviti yang pihak Universiti adakan seperti Iq test bagi matematik yang memerlukan  kemahiran berfikir aras  tingi, kami juga bersama sama membuat eksperimen kimia , biologi dan fizik  bagi meningkatkan pengetahuan yang boleh kami gunakan    di dalam pembelajaran. Doktor, Prof, dan pelajar UTM juga memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan kami faham dan minat dalam matapelajaran sains .Mereka juga banyak memberi tunjuk ajar dan semangat untuk kami melanjutkan pelajaran di Universiti pada suatu masa nanti. Akhir kata Fizik Biologi dan Kimia mempunyai banyak cabang cabang yang menarik . Terima kasih kepada guru guru kerana memberi kami pengalaman yang manis ini.
-Nisa

LAWATAN STEM DI UTM❤️
Program STEM ini sangat istimewa kepada kami sebagai seorang pelajar tingkatan 4.Perjalanan kami bertolak ke  UTM yang merupakan antara universiti terkenal di Malaysia dan berada di kedudukan kedua bagi 2019/2020 US News Best Global Universities agak mendebarkan kami semua.Kami semua terpegun dengan kemudahan infrastruktur yg disediakan dan keluasan kawasan universiti hingga kami rasa bagai hidup di dunia lain.Pemandangan yang menarik terutama pada waktu malam kerana banyaknya pokok serta tidak lupa Masjid Sultan Ismail yang tersergam indah serta menjadi salah satu identiti bagi UTM.Sepanjang program dua hari satu malam di sini,kami semua didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang tidak begitu mendalam tetapi cukup berguna sebagai pelajar sekolah menengah berkaitan sains.Kami berasa seronok walaupun terpaksa menggunakan tangga dan banyak sangat blok bangunan kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti terutamanya ketika sesi bersama Jabatan Matematik dan Jabatan Fizik tapi ini tidak bermakna sesi bersama 2 jabatan lain tidak menyeronokkan atau pun membosankan.Dari pandangan saya,program sebegini dapat memberikan kepada kami tentang gambaran awal kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan mendedahkan suasana universiti sebelum kami menjejakkan kaki bagi melanjutkan pelajaran kelak.Selain itu program ini juga bertujuan untuk menanamkan semangat cinta akan ilmu sains dan kepentingan sains dalam kehidupan seharian yang menawarkan pelbagai pekerjaan  menarik sekiranya terlibat dalam bidang ini.Setiap aktiviti yang dijalankan turut menanamkan semangat kerjasama yang tinggi dan persefahaman antara para pelajar.
TULUS DARIPADA:
Nurwajihah Binti M.Nadzri
4 Al-Jazzar

objektif : mengetahui lebih banyak tentang dunia sains dan teknologi
pada hari pertama saya dapat mengetahui bidang-bidang dalam fakulti sains.Bidang sains sangat menyeluruh dalam kehidupan kita.Kemahiran sains  amat penting dalam hidup kita.Saya juga dapat belajar lebih banyak tentang subjek kimia dan cabang-cabang subjek ini dan berasa sangat teruja.Selain itu,saya baru sahaja mengetahui bahawa kulit manggis sangat bagus untuk kulit dan mengetahui cara untuk menentukan kepekatan sesuatu bahan.Seterusnya,saya telah diuji dengan permainan minda dan kuiz matematik yang amat memerlukan kecerdasan minda.Di samping itu, saya dapat mempelajari tentang nuklear dan radiasi yang sangat menarik bagi saya.Akhir sekali,saya dapat mempelajari kebaikan rosel dan cara mengetahui dna sesuatu bahan dengan mudah.
- Nurizzati binti Abdul Razak, 4 Al-Jazzar

Program STEM yang dijalankan di UTM, Johor selama 2 hari 1 malam ini amat bermakna buat saya kerana program ini telah mengukuhkan lagi minat saya terhadap ilmu sains yang membantu kita mengenali apa yang berlaku di sekeliling kita. Objektif saya mengikuti program ini adalah untuk memperluaskan lagi pengetahuan saya mengenai sains, mengetahui pelbagai alat & radas yang digunakan di makmal yang tidak terdapat di makmal sekolah serta mengetahui kepentingan-kepentingan ilmu sains terhadap dunia kita. Melalui program ini, saya dapat mempelajari bahawa kulit manggis yang sering kali dibuang begitu sahaja, ada kebaikannya untuk tubuh badan kita. Selain itu, dapat mengetahui bagaimana radas-radas di makmal dihasilkan melalui penipuan kaca. Seterusnya, IQ test yang terdapat dalam program ini dapat menyedarkan saya bahawa kebijaksanaan sahaja tidak dapat membantu seseorang itu memiliki IQ yang terbaik. Pengajaran yang dapat saya kongsikan di sini ialah tidak kisah kita memilih bidang apa sekalipun, yang penting kita perlu mempunyai sifat seperti saintis dimana tidak mudah percaya pada sesuatu perkara malah mengkajinya dahulu sebelum mempercayainya.
Sekian.

Daripada : Muhammad Najwan Bin Norsham
Kelas : 4 Al-Jazzar

Program STEM yang dijalankan pada tarikh 10 dan 11 november 2019 iaitu pada hari ahad dan isnin selama 2 hari 1 malam bagi pelajar tingkatan 4 al-jazzar dan 4 al-zahrawi bersama 6-7 orang guru pengiring di UTM yang terletak di Skudai, Johor ini bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam mengenali dunia sains dan teknologi yang berlaku di sekeliling kita. Dalam program ini, saya dapat mempelajari ilmu sains dengan lebih mendalam. Pada hari pertama lawatan ini, kami belajar mengenai subjek kimia dan matematik. Bagi subjek kimia, kami diiring oleh jabatan kimia untuk melawat makmal kimia dimana mereka melakukan eksperimen oleh salah seorang pensyarah UTM. Saya sebagai pelajar sains teras pada mulanya agak pening dan tidak faham dengan apa yang cuba pensyarah tersebut sampaikan namun saya cuba untuk memahami dengan meneliti setiap perbuatan beliau dalam melakukan eksperimen tersebut. Bagi subjek matematik pula, kami diberikan tugas untuk menyertai aktiviti explore race mengikut 10 kumpulan yang telah dibahagikan. Setiap 10 checkpoint mempunyai kuiz matematik dan IQ test yang mencabar minda kami yang hanya diberikan masa selama 15 minit untuk berfikir. Pada hari kedua, kami belajar tentang subjek fizik dan biologi. Kami dibawa untuk melawat ke makmal fizik dan melihat eksperimen yang dilakukan oleh mahasiswa UTM. Kemudian, kami dibawa ke fakulti biosains. Di sana, kami melihat dan dididik oleh doktor-doktor dalam membuat eksperimen. Dari program ini, saya dapat mempelajari ilmu sains dengan lebih mendalam bersama rakan-rakan sebaya yang lain. Walaupun saya tidak begitu minat dengan subjek sains, tetapi kini saya berasa bertuah dengan peluang yang diberikan untuk menyertai program ini dan saya akan cuba untuk lebih mendalami dan skor mata pelajaran sains bersama rakan yang lain. Bak kata pepatah cilik upsr yang popular di kaca tv, "ada geng senang belajar" hahshashahah okok gurau hm. Saya berharap agar pihak sekolah akan membuat program ini lagi pada tahun hadapan kerana kami merupakan pelajar tahun akhir persekolahan pada tahun depan :) mungkin selama 3 hari 2 malam ke takpun lebih lama hehehe. Sekian dari saya, Nur Shameera Binti Jamzuri. Pelajar kelas 4 Al-Zahrawi :)

Pada 8.30 setibanya kami di pintu masuk utama Skudai hati kami semua berasa ingin tercabut kerana tersergam indahnya kehidupan flora dan fauna di sekitar UTM Skudai ini.Kami semua berasa gembira kerana dapat merasai pengalaman hidup di suasana di alam universiti.
Setelah tiba disana,kami semua telah dijemput oleh pensyarah dari UTM Skudai.Kami semua dibawa ke bilik kuliah untuk diberikan sedikit maklumat dan informasi mengenai perjalanan kami di sini selama dua hari.Selapas kami semua dibawa ke makmal kimia.Di sana kami semua telah didedahkan tentang mata pelajaran kimia.Pensyarah di sana telah mendedahkan kami tentang pembakaran kaca yang membuat kami terasa tertarik dengan begitu hebatnya ciptaan Allah ini.
Pada sebelah petang pula kami semua telah dibawa ke bilik kuliah untuk bermain explorace mengenai mata pelajaran matematik.Kami semua telah dibahagikan mengikut sepuluh kumpulan . Kami semua juga telah diberikan tugasan khas yang perlu kami semua selesaikan dalam masa yang diberikan.Explorace yang kami lalui ini semua mengenai matematik yang kami semua pelajari.
Pada keesokan harinya,kami semua telah dibawa ke makmal fizik untuk melihat alatan alatan yg digunakan untuk mata pelajaran fizik.Selapas itu kami semua telah diberikan tugasan untuk menyiapkan dua buah bot yg dibuat daripada tanah liat dan bot itu perlu diisi dengan duit syiling yang diberikan.Disamping itu kami semua juga perlu mendirikan duit syiling dengan menggunakan magnet yang diberikan selama satu minit.Selapas itu kami semua juga perlu menjawab soalan mengenai fizik dengan menggunakan aplikasi kahoot.
Pada petangnya pula kami semua telah dibawa ke makmal biosains.Disana kami semua telah dibawa ke makmal yang mengkaji tentang biologi.Kami semua telah diterangkan mengenai kebaikan buah Roselle .Doktor di UTM Skudai telah mencipta satu air daripada bual Roselle yang .mampu mengawal gula dalam badan.Selapas itu kami semua telah diberikan percuma satu botol air yang diberikan oleh pdoktor di situ.Disitu juga kami semua diberikan tunjuk ajar mengenai osmosis.
Akhir sekali,kami semua dibawa ke bilik kuliah untuk menghadiri sesi penutupan stem di UTM skudai.Kami semua berasa gembira kerana dapat belajar dan menimba ilmu di UTM Skudai dan membuat kami berbesar hati untuj kami semua masuk ke utm skudai ini.Kami semua ingin mengucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga kepada pensyarah daripada jabatan sains kerana sudi menerima lawatan kami selama dua hari satu malam di sini .Kami semua berharap agar pihak sekolah akan membuat lawatan seperti ini pada tahun hadapan.
-Muhammad zakwan

LAWATAN STEM DI UTM
Dalam pengisian program dua hari satu malam di UTM , terdapat beberapa pengisian tentang elemen sains yang berkaitan sains tulen untuk mencapai objektif dan seterusnya menjayakan program ini. Antara pengisian elemen program ini ialah pada hari pertama kami telah didedah kan dengan ilmu kimia.Kami telah didedahkan tentang proses untuk menguji kandungan air,kami diberikan peluang untuk menggunakan mesin yang canggih ketika aktiviti ini.Pada sebelah petang pihak UTM telah mengadakan aktiviti explorace tentang subjek matematik,aktiviti ini telah dikendalikan oleh doktor doktor yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang matematik.Aktiviti ini telah membuka minda pelajar bahawa subjek matematik bukanlah suatu subjek yang susah untuk dipelajari.Program pada hari kedua ialah aktiviti tentang ilmu Fizik dan Biosains.Aktiviti yang diadakan ialah demonstrasi oleh pelajar UTM tentang frekuensi bunyi.Disini mereka menterjemahkan gelombang bunyi menggunakan api.Semasa Biosains pula kami mendapat pengetahuan baru tentang khasiat buah rossel kepada kesihatan.Aktiviti penutup pada pukul 5 petang dan kami bertolak pulang
Akhir kata kami berterima kasih kepada pihak sch dan warga UTM untuk pengalaman yang penuh bermakna yang tiada di sch lain ini.Semoga UTM menjadi pilihan utama untuk kami meneruskan pelajaran suatu hari nnti.

-Dr.M.ZamirZakwan-👨🏻‍⚕️

Lawatan ke UTM
Pada hari Ahad yang lepas , kelas 4 Al-Jazzar dan 4 Al-Zahrawi telah pergi ke UTM Skudai untuk mengikuti sebuah program di sana. Setibanya disana , kami ditempatkan di sebuah bilik kuliah sementara menunggu ketibaan yang ditunggu ha gitu. Setelah mereka tiba , kami dijamu dengan sedikit kata kata ucapan daripada pensyarah UTM dan seketul donat. Apabila pensyarah sudah habis memberikan ucapan , kami dibahagikan kepada 10 kumpulan. Pada sebelah pagi , kami bergerak mengikut kumpulan untuk ke makmal kimia yang telah ditetapkan. Kami melihat pelbagai jenis eksperimen dan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar pelajar UTM. Pada sebelah petang pula , kami bermain explorace mengenai matematik. Pada awalnya , sel otak ahli kumpulan saya tidak berhubung tetapi berjaya dihubungkan pada check point ke 2 hingga 10 lol. Setelah seharian berada di UTM , kami pun tidur di scholar in. Pada hari kedua , kami masih berada dalam kumpulan dan bergerak ke makmal fizik. Aktiviti yang dilakukan juga menarik , sebagai contoh x ray dan banyak lagi tapi kita sebut satu je lah sebab itu yang best lol. Pada sebelah petang , kami bergerak ke makmal bio yang agak jauh sebab kena naik bas. So kejap je smpai. Masih berada di dalam kumpulan yang sama , kami perlu menjawab soalan kuiz yang telah disediakan. Setelah mendengar dan melihat eksperimen yang dibuat , kami cuba menjawab tetapi sel otak tidak berhubung jadi kami membuat keputusan menggunakan google sahaja. Akhir sekali , saya berharap pihak sekolah boleh melakukan program seperti ini dengan lebih kerap pada masa akan datang supaya murid murid dapat meminati bidang sains dengan lebih mendalam. Sekian.

-Nurul Aimie Nabila. 4 Al-Jazzar.

PROGRAM KECEMERLANGAN KAA DI UTM SKUDAI JOHOR
Pada tarikh 10 November kami dari kelas 4 Al zahrawi dan Jazzar telah mengikuti program STEM yang berkaitan sains iaitu bagi subjek fizik biologi dan kimia.Antara objektif program yang berlangsung di UTM ini adalah bertujuan untuk menerapkan ilmu sains dalam diri kami sebagai seorang pelajar. Diantara program yang kami lakukan ialah kami berpeluang membuat uji kaji terhadap kulit manggis. Ini bertujuan untuk mengetahui apa yang ada pada kulit manggis. Semasa uji kaji berjalan, kami dibantu oleh pensyarah dan 2 orang pelajar dari UTM. Selepas itu kami diberi kuiz yang perlu dijawab untuk mendapatkan markah kumpulan. Seterusnya kami berhenti untuk makan tengah hari dan solat di masjid UTM. Kami terpegun melihat keindahan masjid itu yang dikatakan ‘landmark’ di UTM Skudai. Kemudian kami sambung aktiviti disebelah petang iaitu explorace dimana kami perlu bergerak mencari check point untuk menjawab soalan berkaitan matematik. Kami bekerjasama dalam kumpulan untuk mendapat jawapan yang tepat. Pada hari kedua, kami berpeluang untuk belajar subjek fizik. Kami dibawa memasuki makmal dan ditunjuk beberapa model berkaitan fizik. Pada sebelah petang, kami dibawa ke makmal bioscience dan diberi sedikit taklimat berkenaan bioscience. Seterusnya kami berpeluang mencuba beberapa uji kaji yang diajar oleh pensyarah disitu. Kemudian kami dapat melihat sel dibawah mikroskop yang begitu canggih. Paling tidak disangka kami juga telah mendapat hadiah dari pensyarah yang merupakan hasil penyelidikan beliau. Selepas itu, berakhirlah karnival STEM di UTM Skudai dan kami bergerak pulang ke Batu Pahat dengan selamat. Kami berharap program seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan untuk kami menambahkan ilmu pengatahuan sebelum menduduki peperiksaan besar iaitu SPM.

YANG BENAR,

DR. MUHAMMAD DANIAL HAIKAL

utm,skudai2019
Pertama sekali saya ingin mengucapkan teeima kasih kepada pihak sekolah kerana menjalankan program ini. Walaupun ianya mengganggu cuti kami. Kami merasakan ianya adalah salah satu aktiviti yang berbaloi utk kami ikuti
Program ini membantu meningkatkan keyakinan dan skil saya untuk belajar lebih mendalam mengenai subjek tersebut.
Kesemua aktiviti yg dijalankan disana sangat menarik. kami didedahkan dengan suasana belajar seperti dalam universiti. Membuatkan saya lebih bersemangat untuk berusaha masuk ke universiti. Kami diberikan penerangan yg cukup ringkas dan mudah difahami. Dan kami berpeluang untuk membuat eksperimen mengenai kepentingan kulit manggis dan cara untuk mendapatkan dna kiwi.
Kini subjek fizik, kimia, biologi, math, add math lebih seronok utk dipelajari.

nama.... ahmad redha
kelas.... 4 jazzar

Program STEM Di UTM
10 dan 11 November yang lalu, pelajar tingkatan 4 Al-Jazzar dan 4 Al-Zahrawi SMK Dato' Syed Esa telah diberi peluang untuk menjalani program STEM di Universiti Teknologi Malaysia .Setibanya di sana, kami semua tergamam melihat keindahan universiti tersebut. UTM mempunyai keluasan yang sangat besar dan terasa seperti berada di bandar lain apabila memasukinya. Kami mendengar taklimat dan ucapan daripada pensyarah mengenai program ini dan serba sedikit tentang UTM di serata Malaysia. Doktor Ain memberi kami sebuah senaman teka-teki dan tidak semua mampu untuk melakukannya termasuk saya. Setelah itu, kami dipecahkan kepada 10 kumpulan. Pertama sekali, kami menjalani sesi bagi bidang kimia. Di sini kami dapat melihat pelbagai cara dan demonstrasi uji kaji seperti mengetahui komponen dalam kulit manggis dan kandungan flourin dalam air paip. Pelbagai mesin-mesin canggih yang tidak pernah kami lihat telah kami lihat. Kami dijamukan dengan pertunjukan pembentukan kaca kepada alat radas. Pada sesi petangnya pula, kami menjalani 'explore race' matematik mengikut kumpulan. Aktiviti ini amat menguji semangat berpasukan kami. Habis aktiviti hari pertama, kami menginap di Scholar Inn dalam UTM. Suasana biliknya sungguh selesa dan kami amat berasa gembira. Pada hari terakhir kem ini, kami dibawa ke bilik nuklear untuk melihat kajian bahan radioaktif, melihat pertunjukan ritma api, eksperimen tahun 1 bagi pelajar jurusan fizik dan sebagainya. Kami diuji sekali lagi dengan beberapa 'puzzle' berkaitan fizik. Sesi terakhir adalah berkaitan biologi yang memberi peluang kepada kami untuk menjalankan beberapa eksperimen. Kesimpulannya, kem ini telah memberi kami pendedahan yang lebih mendalam mengenai bidang Sains dan Matematik lebih-lebih lagi di alam universiti. Pensyarah dan doktor di UTM juga sangat peramah dan mesra. Saya amat bersyukur kerana sekolah saya mengadakan aktiviti seperti ini. Di samping mempelajari pelbagai ilmu, amali yang telah kami buat dapat menarik minat kami untuk mempelajari bidang sains. Kami juga dalam mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru. Sewaktu kami di sana juga, terasa juga seperti menjalani hidupan seorang pelajar universiti dan kepenatannya. Akhir sekali, kem ini amat menyeronokkan dan tidak bosan bagi saya.

Nur Dini binti Mohd Alim , 4 Jazzar

Program STEM di UTM
Pada pukul 8.00 pagi, kami tiba di UTM dan ditempatkan di bilik kuliah di fakulti sains untuk menerima taklimat tentang program stem serta taklimat tentang aliran yang terdapat di UTM. Kemudian, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk pergi ke makmal yang ditetapkan. Pada setiap makmal, kami ditunjukkan pelbagai kebaikan mempelajari subjek kimia. Antara perkara yang ditunjukkan ialah alat2 yang digunakan untuk menjalankan beberapa eksperimen. Kami juga ditunjukkan kebaikan2 kulit manggis dan melakukan aktiviti untuk mendapati kebaikannya. Kemudian kami diarahkan untuk solat zuhur dan berehat di masjid Sultan Ismail. Selepas itu, kami diminta untuk berkumpul mengikut kumpulan yang ditetapkan dan bergerak ke bilik kuliah 1 di Dataran Sains untuk memberi taklimat tentang aktiviti matematik mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diminta bergerak ke checkpoint yang ditetapkan. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan untuk disiapkan di setiap checkpoint untuk mendapatkan clue yang akan digunakan di akhir aktiviti. Setelah tamat aktiviti, kami diarahkan untuk menaiki bas untuk ke apartment yang disediakan di UTM. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menginap di satu bilik. Keesokkan harinya, kami diarahkan untuk ke Dataran Fizik untuk diberikan taklimat tentang aktiviti yang akan diadakan di situ. Setelah itu, kumpulam yang ditetapkan diagihkan untuk ke setiap makmal untuk menonton pelbagai eksperimen yang seronok dengan bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk belajar fizik. Selain itu, kami juga menjalankan beberapa pertandingan dalam kumpulan. Setelah itu kami berehat dan solat zuhur di masjid Sultan Ismail. Setelah beristirahat, kami diarahkan untuk ke fakulti sains untuk menjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan subjek bio. Disamping itu, kami diarahkan untuk melawat setiap makmal yang berbeza untuk mempelajari tentang eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Seterusnya, kami bergerak ke bilik kuliah 1 untuk menjalankan majlis penutup. Akhir sekali, kami bergerak balik ke Batu Pahat setelah tamat majlis penutup untuk program STEM di UTM.

Mohamad Zahid, 4 Al-Jazzar

Program STEM di UTM
Pada hari Ahad yang lepas,kami iaitu pelajar tingkatan 4 Al-Jazzar dan Al-Zahrawi telah diberi peluang untuk pergi ke Universiti Teknologi Malaysia di Skudai untuk mengikuti program STEM selama 2 hari 1 malam dan diiringi oleh 6-7 orang guru. Setibanya disana,kami dapat melihat bangunan-bangunan yang tersergam indah di universiti tersebut. Kemudian, kami dibawa ke bilik seminar untuk mendengar taklimat daripada pensyarah mengenai program ini dan serba serbi tentang UTM. Seterusnya, kami dibahagikan kepada 10 kumpulan. Program 2 hari 1 malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti berkaitan sains tulen iaitu Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik. Program ini bertujuan untuk menaikkan semangat dan minat pelajar terhadap    bidang sains dan matematik. Pada hari pertama, kami belajar mengenai subjek Kimia. Kami diberi peluang untuk melawat makmal penyelidikan mereka dan membuat beberapa eksperimen iaitu mengenai kulit manggis. Pada sebelah petang pula kami belajar mengenai subjek Matematik. Kami membuat aktiviti “explorace” dan ditugaskan untuk menyelesaikan beberapa soalan tentang matematik dan IQ test di checkpoint yang telah disediakan. Aktiviti ini telah membuatkan kami berfikir di luar kotak dan menguji persefahaman antara ahli kumpulan semasa menjawab soalan. Hari kedua pula kami belajar mengenai subjek Fizik. Kami diberi peluang untuk melawat makmal fizik dan menyaksikan beberapa eksperimen berkaitan dengan fizik. Kami dapat menambah ilmu pengetahuan yang boleh digunakan di sekolah nanti. Pada sebelah petang pula kami dibawa ke fakulti sains biologi untuk mempelajari beberapa kajian yang telah dibuat oleh doktor-doktor disana. Kami dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru. Aktiviti-aktiviti disana dapat menarik minat kami untuk mempelajari dan meneruskan bidang sains atau matematik di masa akan datang. Lawatan ini amat berbaloi dan membuatkan kami bercita-cita tinggi. Pensyarah dan doktor disana amat peramah dan mesra. Saya rasa bersyukur dan bertuah kerana dapat menyertai program ini. Sewaktu kami berada disana, kami juga terasa seperti menjalani kehidupan seseorang pelajar universiti. Akhir sekali, program ini sangat menyeronokkan dan tidak membosankan bagi saya kerana banyak aktiviti-aktiviti yang menarik minat saya. Saya juga dapat mempelajari banyak ilmu berkaitan dengan bidang sains dan matematik. Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak sekolah dan UTM kerana telah memberi kami pengalaman yang manis ini.

Aishah Zafirah binti Lukman
4 Al-Jazzar

KEM KECEMERLANGAN KAA 2019 di UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
6: 30 pagi, Hari Ahad bersamaan 10/11/2019 pelajar-pelajar SMK Dato' Syed Esa yang terdiri dari kelas 4 Jazzar dan 4 Zahrawi seramai 44 orang  berkumpul di perkarangan sekolah sementara menunggu untuk menaiki bas. Perjalanan kami ke UTM hanya mengambil masa selama 2 jam. Setibanya kami disana, kami dibawa ke sebuah bilik dan kedatangan kami disambut mesra oleh para pensyarah yang rupawan dan peramah. Kami diberi sedikit taklimat dan penerangan berkaitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada awal kedatangan kami lagi, kami sudah diuji dengan Dr. Ain, iaitu 'Trick tangan'. "Saya bagi awak semua benda yang sama, yang arahkan hanya saya tapi dapat 2 results yang berbeza,  Why?  Sama la macam awak semua, belajar benda yang sama, buku teks sama tapi result exam berbeza".Ayat ini paling memberi kesan kepada saya. Selesai taklimat, kami diagihkan kepada 10 kumpulan. Selepas itu, kami berpecah kepada kumpulan yang lebih besar iaitu kumpulan 1,2 dan 3 adalah kumpulan 1, kumpulan 4,5 dan 6 adalah kumpulan 2 dan kumpulan 7,8,9 dan 10 adalah kumpulan 3.kami mempunyai 4 slot iaitu kimia, matematik, fizik dan biologi.

Setelah usai pembahagian kumpulan,  bermulalah slot yang pertama iaitu kimia. Kami dibawa oleh para pensyarah ke makmal-makmal kimia mengikut kumpulan. Kami melihat dan belajar banyak perkara dan antaranya ialah  kaca yang boleh ditarik, dilembutkan dan dibentuk dengan menggunakan api. Kami juga belajar berkaitan dengan buah manggis atau nama lainnya Garcinia Mangostana. Buah manggis adalah antara buah agen antioksidan yang banyak digunakan dalam produk kosmetik pada era ini kerana ia merupakan anti-penuaan. Kami melawat 3 makmal kimia yang sangat besar.

Selesai melawat ketiga tiga makmal, kami kembali ke bilik utama untuk makan tengah hari. Ni tak tipu, kami memang lapar hahahahahhaa. Sudah puas mengisi perut, kami berjalan ke masjid UTM untuk menunaikan solat. Masjid yang besar dan dihiasi dengan keunikan seni reka bentuknya menjadi mercu tanda kepada Universiti ini.

Selesai menunaikan solat,  kami berkumpul di sebelah masjid untuk menunggu slot seterusnya,iaitu matematik. Dr. Faisal, membawa kami masuk ke dalam bilik kuliah untuk meneruskan slot matematik. Dalam slot ini, kami perlu bermain Explorace mengikut kumpulan. Terdapat 10 Checkpoint dan misi kami hanya perlu menyelesaikan soalan-soalan matematik  dengan peruntukan masa cuma 15 minit disetiap Checkpoint tersebut. Ada soalan yang agak susah dan senang, walau bagaimanapun kami berjaya menyelesaikan semua misi. Penat tapi menyeronokkan, aktiviti seperti ni bukan sahaja mencabar  minda malah fizikal kami jua hahaha. Berakhir slot matematik 5:30, kami menaiki bas ke 'medan selera' untuk makan malam. Selesai makan, kami menaiki bas ke masjid untuk menunaikan solat magrib. Selepas itu, kami bergerak ke scholar's inn untuk berehat dan tidur.

Keesokan harinya, tepat pukul 8 kami sudah berada di dataran bersebelahan masjid. Sarapan telah disediakan oleh pihak universiti untuk kami. Slot ketiga bermula selepas sarapan, kami bergerak ke Dataran fizik untuk diberi taklimat oleh Dr. Ain. Kami berpeluang untuk melawat beberapa makmal fizik antaranya makmal nuklear. Kami juga dapat mengetahui tentang force and pressure in fluid dan X-ray. Selesai melawat kesemua makmal-makmal fizik, kami berehat untuk makan tengah hari dan solat Zuhur.

Pada sebelah petang, slot terakhir, kami dibawa ke fakulti sains. Kami sangat beruntung kerana dapat melawat makmal bio. Dan disana terdapat 3 pensyarah yang sangat peramah dan baik hati kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada kami. Selain itu, kami juga diberi beberapa soalan yang perlu dijawab dan berkait rapat dengan apa yang diajar oleh para pensyarah. Tamat sesi pembelajaran bio, kami mendapat hadiah dari salah seorang pensyarah. Air buah rosell yang sangat sedap dan penuh berkhasiat. Selesai semuanya, majlis penutup diadakan dengan pengisian yang ringkas tapi padat. Hadiah diberikan kepada pemenang dan kami mengambil gambar bersama-sama guru dan para pensyarah untuk dijadikan kenangan.

Saya berharap aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan mungkin 3 hari 2 malam atau lebih lama. Program seperti ini mampu mengasah bakat dan minat para pelajar dalam subjek - subjek tertentu. Malah, program seperti ini juga boleh mendidik  para pelajar untuk bekerja dalam pasukan. Walaupun penat tapi memberi kepuasan kepada kami. From Zero to Hero, terima kasih UTM

Sekian, terima kasih
-Fatin Noreriena Izzaty Binti Naharudin

LAWATAN KE UTM JB
Pada 10 November hingga 11 November 2019 yang lepas kelas aliran agama (KAA) 4 AL ZAHRAWI DAN JAZZAR bersama 7 orang tenaga pengajar SMK dato syed esa telah diberi peluang bagi membuat lawatan sambil belajar di universiti Teknologi Malaysia yang terletak di Skudai,Johor baharu.Kami telah diarahkan oleh Cikgu firdaus untuk berkumpul di pintu pagar utama sekolah pada pukul 6.30 pg setelah semua pelajar berkumpul dan tiba,semua pelajar diarahkan untuk  menaiki bas dan memulakan perjalanan kami pada pukul 6.41 pagi .Kami seemua berasa sangat bersemangat dan gembira apabila kami telah tiba ke destinasi pada pukul 8.27 pagi,kedatangan kami telah disambut dengan sangat mesra oleh pihak komuniti UTM.Ketibaan kami bersama perut yang kosong  dapat  dihidu  oleh pihak UTM kami telah dihidangkan dengan seketul donut kami berasa sangat gembira dan bersyukur.Tidak lama kemudian kami telah diberi pendedahan tentang universiti UTM oleh pensyarah – pensyarah yang hebat dan juga mesra kami juga ada melakukan satu aktiviti santai yang diajar oleh dr ain pada mulanya saya ingat senang namun begitu walaupun mencuba 10 kali saya masih tidak dapat melakukannya walaubagaimana pun saya tidak berasa ganjil kerana terdapat guru yang juga tidak melakukan hal tersebut HAHAHAHAHHAAHA.Kemudian kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk membuat lawatan ke jabatan kimia.Dijabatan kimia kami telah diberi pendedahan dan diberi peluang untuk membuat eksperimen ke atas kulit buah mangis,aktiviti amali kami telah dibantu oleh beberapa pelajar daripada jabatan kimia.Selain itu kami juga diberi penerangan tentang buah mangis dan kebaikan-kebaikan tentang buah tersebut dan bahan bahan yang sebenarnya mempunyai 1001 kebaikan tetapi sering diangap tidak berguna.Selepas itu kami telah dibawa ke makmal yang mengkaji tentang flourin yang terdapat didalam air dan mengkaji tentang bahan bahan yang mungkin terdedah dengan bahan bahan kimia,Walaupun terdapat pelajar – pelajar yang hanya mengambil sains teras kami telah diterangkan oleh pihak UTm dengan baik dan mesra di makmal ini juga kami dapat melakukan eksperimen bagi mengkaji flourin yang terdapat didalam air dan juga kami telah diperkenalkan oleh kaki tangan makmal tersebut tentang alat alat yang cangih di dalam makmal tersebut.Seterusnya kami dibawa untuk melawat dan diberi pendedahan tentang cara membuat bahan bahan radas yang terdapat didalam makmal sekolah,kami terpegun melihat cara penghasilan bahan radas yang hanya menggunakan tangan tanpa menggunakan sebarang mesin elektronik,kami juga telah diperkenalkan oleh beliau tentang jenis jenis kaca yang digunakan bagi membuat sebuah radas. Kemudian kami berkumpul semula di bilik yang telah kami beri taklimat untuk menikmati makanan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak UTM,setelah itu kami telah diberi peluang untuk menunaikan solat fardu zuhur di masjid sultan ismail yang sangat cantik dan indah lebih lebih lagi apabila di waktu malam.Kami diberi masa untuk berehat sehingga pada pukul 2.00 petang kami berkumpul di tempat yang diarahkan bagi slot seterusnya iaitu slot matematik,kami telah diminta untuk duduk mengikut kumpulan dan diberi pendedahan tentang Subjek matematik oleh dr faisal dan juga rakan rakan beliau yang hebat. Jabatan matematik telah menyadiakan aktiviti “explorace" tentang subjek matematik aktiviti ini dapat mewujudkan sifat bekerjasama dalam pasukan serta mengajar kita untuk tidak berputus asa dalam menjawab soalan yang agak susah.Antara checkpoint yang kami rasa susah adalah checkpoint 1 walaubagaimanapun,saya dan ahli kumpulan saya tidak berasa sedih kerana tidak dapat menjawab soalan kerana kami telah mencuba sehabis baik untuk menjawab soalan tersebut, sepanjang kami pergi ke semua checkpoint yang ditetapkan kami berjumpa dengan pelbagai orang orang yang hebat dan saya kagumi dalam minat mereka dalam subjek matematik selain juga mereka sangat peramah dan membantu kami dengan sangat baik dalam menerangakn tentang soalan soalan yang kami tidak faham.Setelah masa explorace berakhir kami berkumpul semula di bilik kuliah untuk mengjawab soalan terakhir bagi exlporace tersebut dan kemudian berkenalan dengan dr dr dan juga pelajar pelajar daripada jabatan matematik.Seterusnya kami kami bersurai untuk 1 hari di jabatan kimia dan matematik.Pada pukul 6 petang kami telah dibawa ke kafeteria UTM untuk makan malam dan seterusnya bersiap sedia untuk menunaikan solat fardu marghrib di masjid.Selepas kami menunaikan solat kami mengambil beberapa keping gambar yang berlatarkan masjid sultan ismail sebangai kenangan  yang tersergam indah pada malam itu.Pada pukul 7.30 malam kami telah tiba di tempat penginapan yang telah disediakan oleh pihak sekolah iatu scholar's inn di utm,kami bersyukur kerana tempat penginapan tersebut menyediakan pelbagai kkemudahan dan selesa untuk kami berehat untuk 1 malam .Pada hari keesokannya,pada pukul 8.00 pagi kami “checkout" dan bergerak ke Jabatan fizik kami belajar lebih dalam lagi tentang X-ray dan berpeluang untuk melihat fungsi fungsi alat radas yang terdapat di dalam makmal tersebut dan diberi penerangan yang lebih mendalam lagi tentang bahan-bahan radioaktif dan nuklear nuklear  yang terdapat di dalam dunia  sains,Seterusnya kami berpeluang untuk melihat pelbagai aktiviti seperti mentafsir gelombang bunyi dengan menggunakan ritma api,dan juga beberapa eksperimen yang menakjubkan.kami juga mejalankan aktiviti berkumpulan seperti susun duit magnet,jawab kuiz kahoot dan juga isi duit dalam kapal tanah liat dalam aktiviti ini kami dapat berlajar beberapa perkara yang memberi memberi tamparan yang kuat daalam hidup kami iaitu “JANGAN TAMAK" HEHE .Seterusnya kami mengambil beberapa gambar sebagai kenangan bersama jabatan fizik.Kemudia selepas kami makan tengah hari kami solat zuhur dan membuat lawatan ke jabatan bio.Disini kami didehkan banyak perkara baharu antara nya adalah khasiat buah rossel daripada dr pauliena yang telah mengkaji tentang kahsiat daripada rossel.Kami juga telah melakukan pelbagai eksperimen bersama pelajar pelajar beliau seperti cara untuk mendapat DNa dan sebagainya .Pada pukul 4.30 petang kami berkumpul di dalam bilik kuliah untuk majlis penutupan bagi lawatan kami.Pada pukul 5.00 petang kami bertolak balik ke Batu pahat dan tiba pada pukul 7.11 malam.Walaupun kami berada di sana hanya selama 2 hari tetapi kami mendapat pelbagai ilmu baharu dan pengalaman yang baharu.Lawatan ini dapat membuka mata pelajar ppelajar tentang dunia sains dan teknologi serta matematik yang amat penting dalam kehidupan kita bagi kebaikan masa hadapan.Saya berharap pihak sekolah akan mengadakan lagi kem seperti ini pada masa hadapan kerana ia memberi banyak faedah selain memberi peluang kepada pelajar sains teras untuk belajar lebih mendalam lagi tentang sains dan matematik.

Amirah kamal 4 Al zahrawi

Pada 10 dan 11 november pelajar-pelajar dari kelas jazzar dan zahrawi telah mengikuti program STEM di UTM Skudai Johor.Di sana saya belajar tentang subjek sains yang saya tidak belajar di sekolah seperti subjek matematik tambahan,biologi,kimia dan fizik.Bagi saya subjek ini amat menarik dan seronok untuk dipelajari walaupun agak sukar.Kami sampai di sana pada pukul 9 pagi dan mendengar taklimat daripada pensyarah-pensyarah di sana.Kemudian kami dibahagikan kepada 10 kumpulan.Setiap kumpulan akan pergi ke makmal yang telah ditetapkan.Di makmal fizik saya belajar tentang 'dancing flames' yang mana saya dapat melihat gelombang bunyi melalui api.Di makmal biologi pula, saya belajar tentang khasiat tumbuhan yang tidak pernah saya tahu.Bagi subjek matematik,setiap kumpulan diberi tugasan untuk selesaikan setiap soalan dan kuiz .Ada soalan yang susah dan ada soalan yang susah.Jadi kesimpulannya saya perlu belajar bersungguh-sungguh supaya impian yang saya inginkan dapat dikecapi.-siti adibah binti sarpani 4 zahrawi

PROGRAM STEM DI UTM
Assalamualaikum,salam hadirin dan hadirat sekalian.Pada 10 dan 11 November yang lepas,kami iaitu pelajar kelas 4Jazzar dan 4Zahrawi telah pun diberi peluang untuk menyertai program STEM di UTM.Seramai 47 orang pelajar dan 6 orang guru dari SMK Dato Syed Esa telah menyertai program tersebut.Pada hari Ahad 10 November,kami bertolak dari sekolah ke UTM pada pukul 6.30 pagi.Walaupun kami tiba agak lewat,program tersebut masih dapat dijalankan dengan lancar berkat usaha gigih daripada guru-guru dan pensyarah.Semasa menunggu untuk taklimat,Cikgu Ain telah membuat sesuatu permainan yang perlu dimainkan oleh semua pelajar dan guru.Sebahagian besar pelajar mampu menyelesaikannya dengan mudah.Kami juga telah diagihkan kepada 10 kumpulan sebelum taklimat untuk mempercepatkan proses program.Taklimat telah diberikan oleh Timbalan Dekan UTM. .Taklimat tersebut berisikan pencapaian dan kemudahan yang ada pada UTM.Setelah berakhir taklimat,kami memulakan sesi pertama iaitu kimia.Pada sesi tersebut,kami dibenarkan untuk melihat kadar kompound yang ada pada buah manggis.Kami juga diberikan peluang untuk menjalankan eksperimen tersebut dan berkat tunjuk ajar daripada pensyarah,kami berjaya menjalankan eksperimen dengan lancar.Seterusnya,kami juga dibenarkan untuk melihat kadar komposisi fluorin di dalam air.Dan sebelum mengakhiri sesi 1,kami dibenarkan untuk melihat pembakaran kaca.Dalam seumur hidup saya,itulah kali pertama saya dapat melihat proses pembakaran kaca.Berakhirnya sesi pertama kami berehat dan menunaikan solat zuhur berjemaah dan solat asar secara jamak.Bersambung sesi kedua,kami bermain sesuatu permainan yang bernama eksplorace yang berkaitan dengan matematik.Permainan tersebut terdapat 10 checkpoints dan 10 kumpulan akan menjawab setiap soalan mengikut checkpoints secara bergilir-gilir.Selepas menjawab soalan kami akan diberikan sebuah petunjuk untuk menjawab soalan yang terakhir.Saya bukan nak bangga tetapi saya nak riak,sebab saya mampu menyelesaikan teka teki tersebut dengan jayanya.Setelah tamat sesi tersebut,kami dibawa ke tempat makan dan terus ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak.Dalam perjalanan tersebut,saya amat kagum dengan paparan yang ada di cermin sisi saya.Saya terkejut melihat pelbagai infrastuktut yang gah dan amat indah betul di depan mata saya.Selepas itu,kami pergi ke tempat kami menginap iaitu Scholar's Inn.Pada waktu malam,guru- guru memberikan kami peluang untukmenunaikan aktiviti sendiri.
Pada keesokan harinya,kami bangun bergilir- gilir dan terus menunaikan solat subuh sebelum kami bersiap untuk keluar dan pergi ke program yang seterusnya.Sebelum menjalankan program,kami diberikan sarapan untuk memastikan kami sentiasa cergas.Pada sesi ketiga,kami dibimbing pensyarah dan pelajar yang terlibat dalama bidang fizik.Pada sesi tersebut,banyak perkara yang saya dapat perolehi seperti kandungan kimia dalam nuklear dan frekuensi yang keluar daripad tenaga bunyi.Kami juga turut bermain berberapa permainan seperti membuat bot dengan menggunakan tanah liat untuk mengapungkan syiling dan kuis.Dan pada sesi yang terakhir kami dibenarkan untuk melawat fakulti sainsbiologi.Pada sesi tersebut saya dapat mengimbas kembali tentang osmosis dan cara untuk mengenal pasti DNA.Pada majlis penutup,terdapat beberapa ucapan yang telah disampaikan dan berlaku penyampaian hadiah untuk 5 kumpulan terbaik.Sebelum kami bertolak pulang kami mengambil foto bersama- sama sebagai tanda kenangan.Alhamdulillah sepanjang program ini kami sentiasa gembira dan saya juga berharap dapat menyertai program seperti ini  lagi sekaligus dapat kembali ke UTM.
From:Muhammad Faris Fikri
Class:4 Jazzar

Pada hari ahad dan isnin lalu, kami tingkatan 4 dibawa oleh guru-guru kami ke UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JOHOR.Kami bergerak dari sekolah pada pukul 6:30 pagi dan tiba pada pukul 8:30 pagi.
Setibanya kami di sana , kami dikejutkan dengan suasana universiti yang kami belum pernah rasai serta kehadiran pensyarah yang sangat peramah. Setelah sesi suai kenal bersama pensyarah, kami memulakan sesi pembelajaran subjek kimia. Kami melawati semua makmal kimia dengan pelbagai teknologi yang berbeza serta menarik. Kami dapat mempelajari ilmu baharu walaupun ada serba sedikit yang saya tidak dapat fahami. Bak kata pepatah " Air Besar Sampan Tak Hanyut"
Pada sebelah petang pula, kami mengikuti program eksporace tentang matapelajaran matematik. Di sinilah kami dapat berkenal mesra serta melihat sekitar universiti ini. Kami dapat menyelesaikan masalah kepada matematik walaupun ada beberapa yang sukar.
Pada keesokan harinya, subjek Fizik pula kami pelajari. Kami berpeluang melawati beberapa makmal Fizik dan dapat membuat eksperimen  di setiap makmal berikut. Kami agak terkejut dengan apa yang kami lihat berdasarkan hukum fizik tersebut.
Seterusnya pada sebelah petang pula, kami mempelajari subjek biosains. Kami ditempatkan di sebuah makmal dan dapat membuat pelbagai eksperimen yang menarik serta mengasah minda.
Sampai disinilah laporan saya.

"SAINS BUKANLAH PERKARA YANG PERLU DIPELAJARI, TETAPI PERKARA YANG PERLU DITEROKAI"

-MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN ZULKIFLEE-
-4 AL JAZZAR-

PROGRAM STEM DI UTM, SKUDAI, JOHOR.
Pada tarikh 10 November 2019, hari ahad yang lalu, saya bersama para pelajar Tingkatan 4 kelas aliran agama telah pergi ke Universiti Teknologi Malaysia yang terletak di Skudai, Johor. Program ini diadakan khusus buat pelajar-pelajar Tingkatan 4 kelas aliran agama bagi memahankan lagi pembelajaran pada tahun ini untuk bersedia menghadapi SPM pada tahun hadapan. Terdapat banyak aktiviti yang telah kami lakukan, serta mempelajari pelbagai ilmu baharu. Kami telah menjalankan akitiviti sepanjang 2 hari yang dibahagikan kepada 4 slot iaitu Slot pembelajaran kimia, matematik, fizik dan biologi. Pada pagi hari ahad, kami melawat ke makmal-makmal kimia yang diberi tunjuk ajar oleh beberapa orang Dr. Sepanjang pembelajaran kimia, kami telah didedahkan tentang khasiat kulit buah manggis. Kami telah menjalankan eksperimen untuk melihat apa yang terdapat dalam kulit buah manggis. Saya berasa seronok kerana dapat mengetahui bahawa kulit buah manggis mempunyai pelbagai kebaikan. Apabila kami pergi makmal seterusnya, kami menjalankan eksperimen untuk mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam air suling dan air paip. Selain itu, kami juga telah didedahkan tentang mesin yang memproses semua ujikaji. Saya berasa bangga dengan Dr. yang telah berjaya melakukan pelbagai ujikaji.
Pada sebelah petang, kami mempelajari tentang matematik. Kami bermain explore-race yang berkaitan tentang matematik. Kami berasa tercabar bagi setiap check-point kerana memberi soalan yang sangat memecahkan otak hahaha. Mereka menyediakan soalan test-IQ yang perlu kami fikirkan berdasarkan logik. Saya amat gembira bermain permainan ini kerana memuaskan hati saya untuk belajar matematik. Doktor-doktor yang menjaga setiap check-point sangat mencuit hati dengan tingkah laku serta layanan mereka.
Pada keesokan harinya, hari Isnin, yang bertarikh 11 November 2019, kami mempelajari tentang fizik dan biologi. Pada sesi pagi, kami berkumpul di dataran fizik untuk lawatan ke makmal-makmal fizik. Makmal pertama yang telah kumpulan saya lawati, ialah makmal nuklear. Kami mempelajari tentang bahan nuklear yang diperbuat daripada beta, gamma dan alfa. Kami juga diberi peluang untuk memerhatikan imej yang terhasil semasa melakukan X-ray. Seterusnya kami pergi ke makmal optik dan teknologi. Saya cuba memahamkan apa yang diberitahu oleh doktor tersebut yang menerangkan tentang hasil daripada projek amali mereka, namun tidak dapat sayam fahami kerana bahasa sains nya yang tidak saya pelajari. Pelajaran fizik, ialah pelajaran yang paling membosankan berbanding kimia dan matematik. Tapi, saya amat menikmati pendedahan ilmu yang telah diberikan kepada saya. Kami diberi makan tengahari seterusnya kami solat zuhur dan asar di  Masjid Sultan Ismail, jama' taqdim.
Kemudian, pada sebelah petang pula, bagi aktiviti penutup kami, kami mempelajari tentang biologi. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan yang masing masing terdapat 2 kumpulan di dalamnya. Kami mempelajari tentang khasiat pokok bunga Rozel, khasiat buah kiwi dan melakukan penghasilan beads serta menonton sel haiwan dan tumbuhan di mikroskop. Setelah selesai kesemua aktiviti, kami berkumpul di Bilik Kuliah 1, untuk acara penutupan yang dilengkapkan dengan ucapan wakil pelajar, ucapan Cikgu Fairdaus, ucapan kata-kata semangat oleh Dr. Nurain yang sangat gembira, penyampaian hadiah dan  ucapan doktor yang memimpin kami sepanjang berada di bangunan biologi. Kami bertolak pulang pada pukul 5 petang waktu Malaysia.
Saya dan rakan-rakan berasa penat setelah 2 hari mengelilingi bangunan yang terdapat di UTM, namun kami turut berasa gembira kerana dapat menyertai program seperti ini yang jarang-jarang dapat dirasakan oleh orang lain. Kami dapat pengalaman yang sangat berharga. Saya berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan, untuk pelajar batch 03 heheh. Saya amat menghargai usaha cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang menjayakan program ini, serta doktor, pensyarah, dan pelajar UTM yang sangat sporting melayani kerenah kami sepanjang kami berada disana. Saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Fairdaus, Cikgu Fauziah, Cikgu Norlida dan cikgu-cikgu lain yang terlibat dalam program ini.
Sekian saja laporan daripada saya,

(NURBALQIS BINTI MOHD ROZI)
Pelajar Kelas Tingkatan 4 Al-Zahrawi.

PROGRAM STEM DI UTM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk hidup diatas dunia ini dan berjaya menjalankan program yang diadakan dengan lancar.Pada hari ahad dan isnin yang lalu,kami dari kelas 4 al-jazzar dan 4 al-zahrawi telah terpilih untuk menjayakan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk mempelajari dan menambahkan ilmu pengetahuan di universiti yang termashur di Malaysia iaitu UTM.kami bertolak dari sekolah pada pukul 6.40 Dan tiba pada pukul 8.30. Pada waktu itu,kami semua sedang kelaparan akibat tidak bersarapan namun kelaparan itu tiba-tiba sahaja hilang apabila melihat pintu gerbang UTM yang tersergam indah. Perasaan kami bercampur baur dengan perasaan gelisah Dan taksub melihat keadaan UTM yang indah Dan mempunyai bangunan yang besar. Setibanya disana kami dibawa oleh pensyarah ke dalam satu bilik untuk mendengar taklimat. Selepas taklimat diberi oleh pensyarah kami telah dibahagikan beberapa kumpulan untuk memudahkan kami melawat tempat yang dituju. Tempat pertama kumpulan kami pergi ialah peniupan kaca. Kemudian kami dibawa pensyrah ke dalam makmal kimia. Kami terpegun melihat alatan makmal yang canggih yang tidak pernah kami lihat sebelum ini. Kami juga berkesempatan untuk membuat beberapa eksperimen yang telah disediakan oleh pensyarah. Pada waktu petang pula kami telah membuat aktiviti explorace yang dianjurkan oleh jabatan sains Dan matematik. Kami sungguh gembira Dan teruja membuat aktiviti tersebut. Pada keesokan hari pula kami telah dibawa ke makmal fizik yang. Lidah kami menjadi kelu kerana sekali lagi melihat peralatan yang serba canggih untuk kemudahan pelajar. Kami telah melihat demo yang dibuat oleh para pelajar disana. Pada waktu petang pula kami telah melawat makmal biologi. Kami telah membuat beberapa eksperimen Dan mempelajari beberapa ilmu yang serba sedikit dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Pada pukul 5 petang kami bertolak balik ke batu pahat. Hati kami menjadi sayu kerana ingin meninggalkan universiti tersebut. Kenangan kami disana tidak boleh diulang kembali. Aktiviti disana sangat bagus untuk semua para pelajar kerana pengalaman tersebut hanya mendapat sekali seumur hidup. Sekian terima kasih -MUHAMMAD NUR IKHWAN BIN SUZULLI

PENGALAMAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
Pada tarikh 10 dan 11 November yg lepas, saya dan kawan kawan dari 4 jazzar dan zahrawi serta beberapa guru pergi melawat petunjukan STEM di Universiti Teknologi Malaysia atau gemar di kenali sebagai UTM di Skudai, Johor.Perjalanan bermula pada pukul 6.30 pagi dirasakan sangat sekejap oleh kerana tibanya kami disana pada pukul 8.30 pagi.Permandangan UTM yang menarik menjadikan kami semua amat teruja untuk mempelajari apa yang ada di sini.Setibanya kami disana, kami disambut oleh lecturer dengan peramah  dan baik sekali.Pada permulaan perjalanan, kami diberikan beberapa taklimat serta "slideshow" mengenai UTM ini. Seterusnya,kami dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk menjalani beberapa aktiviti yang disediakan di sini.

Pada awal perjalanan, kami di ajar tentang subjek kimia, kami dipersembahkan dengan petunjukkan kaca yang boleh melebur dengan suhu yang tinggi. Seterusnya, kami dibawa ke makmal kimia untuk melakukan aktiviti berkenaan dengan kulit manggis. Disinilah kami belajar bahawa kulit manggis mempunyai khasiat anti pengoksidaan yang baik untuk kulit kita.Seterusnya, kami berehat untuk makan dan solat di masjid UTM yang cantik.

Seterusnya, pada sebelah petang pula kami belajar tentang subjek matematik.Pada awalnya kami berasa amat mengantuk tapi dengan aktiviti explorace yang di sediakan, kami berasa amat cergas serta teruja dengan aktiviti ini. Explorace ini mempunyai 10 checkpoint iaitu mewakili 10 kumpulan yang ada.Setiap checkpoint mempunyai beberapa soalan matematik yang menguji minda pelajar. Dengan ketiadaan calculator disisi, permainan ini menjadi semakin sukar buat kami semua akan tetapi, ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang menjawab soalan yang diberikan. Explorace berakhir pada sebelah petang dan lalu bersurai.

Ke esokkan harinya pula, kami belajar tentang subjek fizik.Kami di sajikan dengan pameran pameran dan alat alatan yang sangat canggih dan tiada di sekolah kami.Pertunjukkan seperti fire dance yang menunjukkan api yang bergerak mengikut frekuensi bunyi.Seterusnya, kami melakukan beberapa aktiviti yang menarik seperti  membuat bot menggunakan tanah liat dan banyak lagi. Lalu, kami berhenti rehat dan solat.

Pada belah petang pula, kami mempelajari subjek biosains yang amat menarik. Kami ditunjukkan dengan pameran pameran yang melibatkan kajian biosains ini seperti alga, pokok roselle dan banyak lagi.

Akhir sekali, majlis penutup dilakukan untuk menghargai kedatangan kami semua. Kami diberikan sedikit cendera hati untuk mengingati pengalaman ini.
Kami berasa amat seronok dan ceria melakukan aktiviti ini akan tetapi iannya terlalu sekejap intuk dihayati. Saya berharap agar pihak sekolah melakukan aktiviti ini sekali lagi bersama sama dengan masa yang lebih panjang agar dapat membina aktiviti lebih banyak.
Itu sahaja dari saya, terima kasih.

MUHAMMAD IMAN AFFIQ B. ZAINUDIN
4 ALJAZZAR

Program Stem Tingkatan 4
Pada 10-11 september, kami telah mengikuti program stem yang telah dianjurkan oleh pihak utm selama dua hari satu malam. Program tersebut telah memberi banyak ilmu pengetahuan berkaitan sains kepada pelajar. Sebelum melakukan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan, pensyarah utm telah memberikan sedikit taklimat berkaitan fakulti sains dan faedah menggunakan semula bahan buangan yang akan memberikan banyak kebaikan kepada manusia. Pada hari pertama, kami telah berpeluang untuk belajar subjek kimia dan matematik. Kami juga telah diberi peluang untuk pergi ke makmal kimia dan membuat beberapa eksperimen. Antara salah satu ilmunya ialah kami dapat mengetahui khasiat yang terdapat dalam kulit buah dan dapat mengkaji tentangnya. Dari pengetahuan ini, kami dapat menyimpan kulit buah tersebut untuk dijadikan ubat dan sebagainya. Pada sebelah petang pula, kami telah melakukan satu aktiviti iaitu explorace bagi subjek matematik. Aktiviti ini, kami perlu menyelesaikan beberapa soalan matematik dan IQ test. Soalan yang memcabar ini dapat menguji minda kami dan dapat berfikir secara luar kotak. Doktor san pensyarah juga telah memainkan peranan yang tinggi kepada kami untuk menerangkan segala pertanyaan daripada pelajar serta guru-guru berkaitan sains tulen dengan penuh semangat. Pada hari kedua, kami telah mengambil peluang belajar subjek fizik dan biologi. Bagi subjek fizik, kami telah belajar tentang nuklear dan radiasi. Kami juga telah melakukan beberapa permainan yang telah menguji otak untuk menyelesaikan permainan tersebut. Selain itu, kami juga perlu menjawab beberapa soalan tentang subjek fizik  bersama ahli kumpulan masing-masing. Aktiviti ini telah menarik minat pelajar untuk mendalamu ilmu fizik dengan lebih terperinci. Pada petang pula kami telah melawati jabatan biosains dan melawati ke makmal bio mereka untuk membuat eksperimen. Di sini kami dapat menambah ilmu tentang subjek biologi dan dapat membuat penyelidikan berkaitan sel tumbuhan bersama pelajar utm. Di sini juga kami dapat mengetahui DNA suatu bahan dan dapat mengetahui kebaikan yang terdapat dalam rosel yang boleh mengawal gula dalam darah. Selama dua hari di utm ini, kami dapat merasai pengalaman belajar di universiti. Program ini juga telah memberikan pendedahan awal suasana di universiti dan dapat mengetahui cara kehidupan pelajar universiti.Ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar di universiti. Walaupun penat kerana terlalu banyak perjalanandan tangga untuk ke suatu tempat, tetapi kami berasa bangga dan bertuah kerana dapat melibatkan diri dalam program ini sekaligus menambah lebih banyak ilmu sains disini. Akhir sekali, kami telah diberi kata-kata semangat daripada doktor dan pensyarah supaya dapat belajar dengan lebih sungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang ingin dimiliki dalam diri setiap pelajar. Mereka juga berharap supaya pelajar smkdse dapat menyambung pelajaran di utm.

Pada 10 dan 11 November 2019 iaitu pada hari ahad dan isnin saya telah mengikuti Pogram STEM selama 2 hari 1 malam di UTM. Ramai yang turut mengikuti pogram tersebut 2r2.Tibanya kami disana kami dibawa masuk di suatu dewan yang terpencil. Kami diberikan taklimat dan dibahagikan kumpulan seterusnaya, kami mendengar penerangan mengenai pelbagai bidang-baidang dan maklumat di UTM. Saya dapat mengetahui pelbagai jenis bidang dalam subjek biologi, kimia, fizik. Selepas itu, kami dibawa ke makmal kimia untuk mempelajari kebaikan yang terdapat dalam kulit manggis dan menjalankan experiment. Kami juga mengkaji flourin yang terdapat dalam air serta melihat kaca yang dilebur sehingga dapat dibentuk. Selepas itu, kami bermain explorace dengan menyelesaikn soalan-soalan matematik. Disini saya mempelajari pelbagai cara menyelesaikan soalan dan pelbagai rumus matematik. Saya juga mempelajari bertapa pentingnya kerjasama dan kesepakatan dalam kumpulan. Pada hari kedua, kami dibawa ke dataran fizik kami berpeluang ke makmal nuklear dan melihat pelbagai altan canggih yang digunakan. Kami juga melihat x-ray kerang yang terdapat cahaya gamma di dlm alatan x-ray tersrbut. Seterusnya, kami bermain permainan yang memerlukan pengetahuan sains. Saya mempelajari peralatan dan kegunaan jenis-jenis nuklear. Akhir sekali, kami dibawa ke makmal biologi kami diberi tugasan untuk melengkapkan soalan yang diberi mengikut pengetahuan yang kami dapat. Saya dapat mempelajari kebaikan rosel, cara mengetahui dna sesuatu bahan dan mengetahui sel-sel haiwan dan tumbuhan. Saya berasa amat gembira. Pogram ini menarik minat saya dengan lebih mendalam lagi terhadap bidang sains. 2r2.
Sekian, terima kasih.
~Nur Amanina Izzati
4 Al-Zahrawi

PROGRAM STEM DI UTM SKUDAI JOHOR.

Pada hari Ahad dan Isnin yang lalu iaitu 10 dan 11 November 2019 , saya bersama beberapa rakan saya yang lain terpilih untuk menimba ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik di UTM , Skudai , Johor.Perancangan ini telah dilakukan oleh guru-guru SMK Dato' Syed Esa bagi menanamkan rasa minat terhadap sains  dalam diri pelajar-pelajar KAA Tingkatan 4 SMK Dato' Syed Esa.Pada awal pagi hari Ahad,kami bertolak dari SMK Dato' Syed Esa pada pukul 7.00 pagi menuju ke destinasi yang ditetapkan iaitu UTM , Skudai , Johor.Kami tiba disana pada pukul 8.00 pagi.Kami melangkah masuk ke sana dengan hati yang teruja.Kemudian,kami diarahkan untuk pergi ke bilik kuliah bagi menerima sedikit sebanyak tentang aliran yang terdapat di UTM oleh seorang pensyarah.Selepas itu,kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk pergi ke makmal yang ditetapkan di jabatan kimia.Kami dapat menambah beberapa ilmu pengetahuan di sana.Misalnya,cara untuk membentuk rod kaca menjadi radas yang kebiasaannya terdapat di dalam makmal sains.Pada waktu zuhur,kami diarahkan untuk solat zuhur di Masjid UTM.Selesainya solat zuhur,kami diberikan arahan untuk berkumpul di dataran sains dalam kumpulan yang telah ditetapkan.Di sana,kami dapat bermain permainan yang mencabar minda ataupun lebih dikenali sebagai"explores".Terdapat banyak uji minda IQ yang mudah,namun juga terdapat beberapa uji minda yang sangat sukar untuk diselesaikan.Selepas tamat permainan tersebut,kami dibawa ke tempat makan untuk menjamu selera.Kami kemudiannya dibawa untuk menginap di sebuah apartment di UTM.Di sana,kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk beberapa bilik.Pada waktu malam,kami diberikan banyak masa untuk merehatkan diri dan minda.Pada hari yang terakhir iaitu hari Isnin,kami keluar dari apartment pada pukul 8.00 pagi.Kemudian kami bergerak ke dataran fizik untuk sarapan.Kami kemudian dibahagikan kepada bebarapa kumpulan untuk menuju ke makmal fizik yang telah ditetapkan.Kami dapat mengetahui banyak ilmu di sana tentang beberapa kaedah fizik.Selepas itu,kami diarahkan untuk solat zuhur di Masjid UTM.Di sana,kami diberikan beberapa masa untuk berehat selepas solat zuhur.Saya menghabiskan masa saya itu untuk meninjau beberapa kawasan.Saya juga baru dapat tahu bahawa terdapat tanah tinggi di UTM yang dijadikan sebagai mercu di UTM tersebut.Tanah tinggi tersebut ditemukan pada 1978 dan ia juga lebih dikenali sebagai "busut".Selepas mengisi masa lapang tersebut,kami berkumpul di perhentian bas.Kami dibawa untuk pergi ke destinasi yang terakhir iaitu di jabatan biologi sains.Kami berkumpul di dataran biologi sains.Kemudian kami dibawa untuk masuk ke dalam makmal biologi di dalam sebuah bangunan yang besar.Di sana kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami tentang biologi sains.Sebagai contohnya,bunga ros atau airnya yang telah diproses sangat berkhasiat untuk semua orang terutamanya mereka yang mengalami penyakit seperti penyakit darah tinggi.Kami selesai pada pukul 4.00 petang dan terus pergi ke tempat yang seterusnya untuk sesi majlis penutupan.Kami diberikan beberapa cenderahati oleh pihak UTM di sana.Kami kemudiannya bertolak pulang dari UTM,Skudai,Johor pada pukul 5.00 seperti yang dirancang dan tiba di SMK Dato' Syed Esa pada pukul 7.00 petang.Saya sebagai salah seorang daripada pelajar SMK Dato' Syed Esa sangat gembira kerana terpilih untuk pergi ke UTM yang merupakan universiti yang aman dan harmoni.Banyak ilmu pengetahuan yang saya peroleh di sana dan saya berharap guru-guru SMK Dato' Syed Esa dapat menganjurkan program STEM seperti ini lagi pada bila-bila masa supaya lebih ramai pelajar yang dapat menanamkan rasa minat diri terhadap dunia sains.Banyak juga pengalaman yang telah saya dapat di sana.Akhir kata daripada saya,kenangan yang saya peroleh di sana tidak akan saya lupa hingga ke akhir hayat bersama rakan-rakan yang saya kasihi dan guru-guru yang saya hormati.Sekian daripada saya

-DANIAL HAZIM BIN YUNOS,
-4 AL-JAZZAR,

~TERIMA KASIH~ :)

Laporan Lawatan ke Universiti Teknologi Malaysia
Pada jam 7 pagi, 10 November 2019, Para pelajar Sekolah Menengah Dato' Syed Esa Batu Pahat Johor telah memulakan perjalanan dari sekolah ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Setibanya kami di sana, kami telah diberikan taklimat berkenaan subjek yang diadakan Di UTM yang disampaikan oleh wakil doktor di UTM. Kemudian kami dibawa ke makmal kimia dimana mempunyai teknologi yang tinggi. Kami diperkenalkan dengan bermacam macam mesin untuk memudahkan pekerjaan seharian mereka. Setelah selesai di makmal kimia kami dibawa semula ke bilik tadi untuk makan tengah hari seterusnya menunaikan solat fardhu zuhur dan asar di Masjid Sultan Ismail. Pada jam 2 petang, kami berkumpul semula di dataran sains berdekatan busut besar di UTM dan dibawa ke bilik kuliah 1 untuk memulakan permainan "explores" yang dikendalikan oleh dokter,lucturer,dan pelajar Dalam bidang matematik. Kami belajar bahawa tiada bulatan, rombus, dan trapizuim di dalam tangram. Setelah selesai, kami dibawa makan sebelum menunaikan solat maghrib dan isyak lalu kami menginap di scholar's Inn di UTM. Pagi telah tiba, dimana Liverpool telah memenangi perlawanannya yang lebih membakar semangat untuk belajar. Kami bergegas keluar dari tempat penginapan Kami dan pergi ke dataran sains semula. Kami dbersarapan di sana dan memulakan aktiviti yang telah disusun oleh dokter nak lecturer. Saya belajar bahawa api boleh menari mengikut rentak dan ia menakjubkan. Dan mengakhiri lawatan, setelah menunaikan lewajipan, Kami bergegas ke fakulti biosains. Di sana kami dapati bahawa ahli sains akan Membuat uji kaji untuk menghasilkan rawatan terbaik untuk pesakit. Misalnya tissue engineering yang menghasilkan plaster khas untuk pesakit kencing manis yang lukanya mengambil masa yang lama untuk sembuh. Tiba masa Majlis penutupan. Kami berasa sangat gembira Dan bersyukur atas pinjaman akal Yang cerdik ini. Harapan tinggi skit eh. Harapan saya dapat pergi ke universiti lagi untuk mendapatkan maklumat yang penting untuk anak anak muda yang berkemampuan untuk membantu masyarakat yang kurang ilmu. Main futsal jom. YTJT .Saya Rusydan 4 Al Jazzar menarik diri sekian✌

PROGRAM PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN MINDA KAA DI UTM, SKUDAI
Kami berkumpul pada jam 6:30 pagi hari Ahad dan bertolak pada pukul 7 pagi. Kami tiba di utm pada pukul 8:30 pagi. Aktiviti pertama adalah menerima taklimat daripada dekan di utm tersebut. Kami dipecahkan dan dirojakkan kepada 10 kumpulan berbeza. Seterusnya aktiviti pembelajaran bermula dengan kimia. Kami dapati kulit manggis sangat berguna untuk aktiviti harian kita dan paling banyak digunakan untuk barangan kosmetik. Kami rehat pada pukul 12:30 tengah hari dan sambung semula pada pukul 2.30 petang. Aktiviti pada petang Ahad itu ialah matematik explorace. Soalan yang diberikan sangat senang sehingga kami tidak dapat menjawab beberape soalan. Terima kasih kepada fasi yang menolong untuk menyelesaikan masalah matematik tersebut. Terdapat 10 soalan dan kami bergerak dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain bergilir mengikut peredaran arah jam. Kami sangat seronok pada hati pertama dan tidak mampu untul menunggu lebih lama, syukurlah kami semua penyabar. Hari kedua bermula dengan aktiviti fizik. Banyak benda baharu yang kami belajar tentang fizik dan kami juga bermain game yang menarik ketika sesi fizik. Lepasni saya dah boleh buat buku terapung ,xpayah lh buku nak susa-susah lari lagi kalau boleh terbang. Pada sebelah petang pula, kami belajar tentang biologi yang sangat menarik. Kami dapat melihat sel haiwan di bawah mikroskop. Kami juga dapat air yang digelar 'mellirose'. Boleh tahan juga rasa air itu dan khasiatnya juga masih dirasai selepas 10 hari. Kami bertolak balik pada pukul 5:30 petang dan tiba pada pukul 7 malam di sekolah. Kesimpualnnya, kami dapat belajar banyak benda baru dan mengeratkan silaturahim diantara semua orang yang terlibat termasuklah kakak shamimi. Saya menjadi sangat berminat dengan sains terutamnya fizik dan juga matematik walaupun ia bukan sains.

*sekian kisah daripada saya Muhammad Harith Bin Hamzah seorang murid yang berdedikasi, rajin dan bersungguh-sungguh. Amin.....