E-PORTFOLIO AINA ARIF (S2135087/1) by S2135087 STUDENT

S2135087/1
NAMA : NURUL 'AINA BINTI MD ARIF
JABATAN : SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
KURSUS : FIQH AL-JINAYAT
TAHUN : 2

REFLEKSI MINGGU 1
KONSEP JENAYAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM

Refleksi minggu pertama :

Dalam pembelajaran minggu pertama, telah dijelaskan disini mengenai skop jenayah dan hukuman-hukuman dengan lebih khusus berdasarkan kepada pandangan dari sebilangan Ulama'-ulama' fiqh yang terdahulu. Di dalam kelas, Dr. Shahidra banyak mensyarahkan mengenai jenis-jenis jenayah yang berlaku di masa kini, dan Dr. juga menyebut mengenai hukuman-hukuman yang akan dihadapi. Dalam perundangan Islam, terdapat empat jenis hukuman iaitu Hudud, Qisas, Diyat dan juga takzir. Keempat-empat hukuman ini akan dilaksanakan berdasarkan dengan jenayah yang dilakukan, seperti hudud adalah satu hukuman yang telah ditetapkan nas-nasnya di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Kedua, adalah qisas iaitu satu hukuman yang setimpal seperti jenayah yang dilakukan, ketiga adalah Diyat seperti denda sebanyak lima ribu ringgit jika melanggar lampu isyarat dan akhir sekali adalah hukuman takzir, ini adalah hukuman yang akan diberikan mengikut kepada kewibawaan Hakim tersebut dengan mengambil kira kepada keperluan dan keadaan semasa.

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, dalam minggu pertama pembelajaran ini adalah sebagai pelajar Undang-Undang Syariah, topik ini adalah penting untuk diambil cakna supaya pada masa hadapan ketika saya sedang menjadi seorang peguam, tiada hukuman yang akan dijatuhkan secara tidak adil. Hukuman-hukuman yang telah disebutkan di atas, hanya akan diberikan kepada kesalahan yang dilarang dalam konteks jenayah seperti membunuh, mencuri ataupun mencederakan individu lain. Akan tetapi, di dalam konteks kesalahan yang bukan diklasifikasikan sebagai jenayah seperti mengumpat, untuk jenayah ini hukuman tidak dapat dilaksanakan di dunia ini namun, pesalah tidak akan terlepas dengan hukuman di akhirat kelak.

REFLEKSI MINGGU 2
UNSUR-UNSUR PENTING DALAM JENAYAH

Refleksi minggu kedua :

Pada masa kini, apabila sesuatu kes jenayah keluar di berita, dapat diperkatakan banyak netizen di media sosial yang berlagak pandai memberi ulasan tentang hukuman yang diberikan oleh Hakim tanpa mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai kenapa sesuatu hukuman itu diberikan. Hukuman hudud tidak dilaksanakan di Malaysia kerana pemikiran rakyat Malaysia yang kolot mengatakan hukuman hudud adalah sesuatu perbuatan yang kejam tanpa berperikemanusiaan. Jadi, dalam pembelajaran minggu kedua ini, ianya telah memberikan kesedaran kepada saya bahawa sesuatu hukuman itu akan dipertanggungjawabkan setelah adanya bukti dan sebab yang kukuh untuk seorang Hakim itu menjatuhkan hukuman tersebut. Maka terbuktilah disini, bahawa Islam sangat menitik beratkan kemaslahatan masyarakat tanpa memilih bulu.

Dalam pembelajaran kedua, saya telah belajar bahawa jenayah mempunyai dua rukun iaitu rukun khas dan juga rukun am. Rukun am dibahagikan kepada tiga rukun iaitu, rukun syari'e, rukun madi dan rukun adabi. Maka disini, untuk sesuatu perbuatan itu dikategorikan sebagai jenayah, ianya mestilah cukupkan ketiga-tiga rukun yang berada di bawah rukun am tersebut.

Maksud tiga rukun tersebut :

1- Rukun Syarie : Jenayah yang telah dijelaskan dalam nas-nas dalam Al Quran dan As Sunnah mengenai jenayah dan hukuman. Sebagai contoh jenayah dalam perbuatan zina, dimana pelaku akan dikenakan uqubah hudud.

2- Rukun Madi : Jenayah itu terlaksana atas sebab dari perbuatan diri sendiri. Sebagai contoh Ali membunuh Raju, dan asbab kematian Raju adalah disebabkan oleh perbuatan tikam dari Ali sendiri bukan dari sebab lain.

3- Rukun Adabi : Hukuman yang akan dipertanggungjawabkan jika jenayah yang dilakukan memenuhi kepada syarat المدرك dan الإختيار sama ada perbuatan jenayah itu berlaku secara sengaja atau tidak sengaja.

REFLEKSI MINGGU 9
NIAT JAHAT DAN KEPENTINGANNYA

Refleksi minggu kesembilan :

Dalam minggu kesembilan berdasarkan dari penerangan dari Dr. Shahidra, dapat saya fahamkan bahawa niat adalah sesuatu perkara utama yang akan diambil kira untuk sesuatu jenayah itu dipertanggungjawabkan. Niat terbahagi kepada dua iaitu niat am dan juga niat khas.

Niat am bermaksud : Jenayah yang dilakukan adalah dengan sengaja dan pelaku sedar bahawa perbuatan itu adalah haram. Dan kebiasaanya, niat sudah memadai untuk sesuatu perbuatan itu dikira sebagai jenayah.

Misalnya, jenayah mencederakan individu lain dimana uqubahnya adalah qisas. Cukup dengan jenayah itu dilakukan oleh diri nya sendiri memadai menunjukkan bahawa pelaku mempunyai niat tersendiri untuk melakukan perbuatan tersebut.

Niat khas bermaksud : Jenayah yang dilakukan adalah dengan sengaja dan pelaku sedar bahawa perbuatan itu adalah haram malah pelaku sendiri inginkan pengakhiran jenayah tersebut disebabkan oleh dirinya sendiri. Disini hanya terpakai kepada jenayah yang dikenakan uqubah Qisas dan Diyat sahaja.

Misalnya, dalam jenayah membunuh dengan sengaja ianya tidak diambil kira hanya dengan mencederakan individu lain walaupun dia tahu perbuatan itu haram. Akan tetapi, ianya akan terlaksana jika pelaku berniat bahawa dengan perbuatan memukul dan mencederakan itu dapat meragut nyawa mangsa tersebut.

Seterusnya, dalam konteks niat dapat juga dikategorikan mengikut tujuan iaitu قصد معين dan قصد غير معين.

قصد معين : Pelaku melakukan pembunuhan terhadap seorang individu tertentu. Misalnya, pelaku membunuh mangsa dengan pisau. Dapat dilihat bahawa mangsa tersebut adalah target pelaku untuk menikam.

قصد غير معين : Pelaku melakukan jenayah akan tetapi tidak mengspesifikkan terhadap siapa yang akan dibunuh. Misalnya, Ah Chong melepaskan anjing buas di taman awam untuk menyerang sesiapa sahaja yang anjing itu temui. Disini, perbuatan jenayah itu adalah salah akan tetapi disini ianya jadi قصد غير معين sebab pelaku tidak mempunyai target terhadap individu mana yang akan dicederakan.

KESAN JAHIL, SILAP DAN LUPA TERHADAP TANGGUNGJAWAB JENAYAH

Jenayah hanya akan dipertanggungjawabkan jika pelaku mempunyai minda yang waras. Maka disini, jika jenayah dilakukan atas asbab jahil, silap ataupun lupa, hukuman tidak akan dijatuhkan jika syarat-syarat untuk jahil, silap dan lupa itu ditepati.

1- Jahil terbahagi kepada dua iaitu :

Jahil Bil Ahkam yang bermaksud jenayah yang dilakukan atas asbab ini tidak akan dikira sebagai uzur dan pelaku tidak terlepas dari dikenakan uqubah.

Kedua Jahil bil Waqi' atau Jahil bil Khoto' (الخطاء), yang bermaksud perbuatan itu dilaksanakan tanpa kemahuan pelaku. Disini, jenayah itu akan diambil kira sebagai uzur dalam jenayah hudud dan ta'zir sahaja dan uqubah tidak akan dipertanggungjawabkan.

2- Silap bermaksud perbuatan jenayah itu berlaku tanpa sengaja, pelaku sama sekali tidak mempunyai niat untuk melakukannya.

Misalnya, ada individu yang sedang memanah namun sasarannya terkena kepada individu yang lain. Kejadian ini berlaku kerana mangsa berada berhampiran ketika panahan itu dilepaskan.

Aktiviti memanah adalah mubah, dibolehkan namun oleh kerana kejadian yang tidak disangka berlaku ianya dianggap sebagai satu kesilapan. Maka, pelaku akan dikira sebagai pesalah dan hukuman mesti dipertanggungjawabkan iaitu dengan membayar diyat.

3- Lupa bermaksud perbuatan yang dilakukan tidak diingati oleh pelaku. Dalam konteks kesalahan disebabkan lupa, terdapat dua pandangan yang berbeza :

Pertama : Oleh kerana perbuatan itu disebabkan lupa maka ia akan sentiasa dianggap sebagai uzur syarie. Ini dapat diperkuatkan lagi dengan kenyataan nas dimana dalam Ibadah, jika kesalahan itu dilakukan atas asbab kealpaan, maka kesalahan itu dimaafkan. Disini, tiada uqubah yang akan dikenakan kepada pelaku.

Kedua : Sifat lupa tidak dikira sebagai uzur syari'e dalam perbuatan jenayah. Ianya cuma akan dikira sebagai uzur syari'e dalam apa-apa perbuatan yang berkait dengan Hak-Hak Allah Taala. Akan tetapi ianya akan diambil kira jika memenuhi dua syarat ini iaitu, perbuatan itu adalah semulajadi dan kedua ketika melakukan perbuatan itu, tiada kewujudan manusia untuk mengingati si pelaku.

INFOGRAFIK MINGGU 6

My learning style test result dan refleksi.
Menurut kepada ujian yang telah diberikan, ianya menunjukkan kaedah pembelajaran adalah sebagai seorang pelajar Visual. Tidak dinafikan bahawa saya lebih senang memahami sesuatu perkara tersebut jika ianya disampaikan dalam bentuk gambar ataupun carta. Disebabkan oleh itu, untuk saya mengingati sesuatu perkara itu dengan lebih jelas, saya akan mengimbas kembali lukisan peta minda yang saya buat untuk nota tersebut.

Which study habits can you improve test dan refleksi.
Berdasarkan daripada borang soal selidik yang telah dibuat, saya dapati bahawa saya adalah pelajar yang mengambil berat tentang pretasi pembelajaran. Cuma, ada ketika waktu dimana saya tidak boleh mengambil nota di dalam kelas mungkin atas sebab tidak memberikan tumpuan yang penuh. Jujur saya katakan, saya adalah seorang pelajar yang juga susah menanyakan soalan di dalam kelas tapi ada ketika waktu yang saya berani menanyakan soalan kepada lecturer mengikut keadaan. Ini adalah disebabkan saya adalah seorang introvert. InshaAllah pada masa hadapan, saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan fokus yang lebih dan akan mengambil nota apabila topik sedang diterangkan.

Pengalaman awal belajar dengan kaedah yang digunakan dalam subjek ini -(Kuliah, tutorial dan refleksi)
Ketika kuliah dijalankan selama minggu ini, saya dapati ianya dijalankan dengan amat menyeronokkan dan berkesan. Saya sebagai pelajar Visual amat menyukai dengan cara Dr. Shahidra mengajar, ini kerana Dr. kerap menerangkan sesuatu perkara itu dengan gambaran, seperti menggunakan peta minda ataupun Dr. melukiskan sesuatu situasi. Ada juga masa, pelajar akan dipanggil tampil kehadapan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ini dapat menguji sama ada pelajar-pelajar memahami tentang pelajaran yang sedang dijalankan. Akhir sekali, di dalam kelas Fiqh Jinayat ini saya lebih yakin dan berani untuk menjawab soalan yang diajukan kerana di dalam komunikasi antara Lecturer dan pelajar sering berlaku.

Seterusnya adalah kelas tutorial, di sini rakan-rakan akan mengulas semula pembelajaran yang telah diajar oleh Dr. Shahidra. Saya amat menyukai kelas tutorial kerana secara tidak langsung saya akan mengimbas kembali topik yang telah diajar sewaktu kuliah. Di dalam kelas ini juga, Dr. akan menegur jika ada penambah baikkan sewaktu membentang dan ini dapat menjadi rujukan dan peringatan kepada rakan-rakan lain yang bakal membentang kelak.

Akhir sekali, dengan tugasan refleksi menggunakan kaedah padlet ini ianya sangat berkesan kerana konsep tugasannya yang lebih klinikal dari sektor mengulangi pembelajaran. Disini, saya dapat menyatakan pendapat dan refleksi berdasarkan dari diri saya sendiri. Dengan aplikasi padlet ini juga, kita dapat lihat pandangan rakan-rakan mengenai sesuatu topik yang mereka kongsi di ruangan padlet masing-masing.

Pengalaman melaksanakan tugasan berkumpulan dan refleksi.
Bagi pelaksanaan tugasan berkumpulan, sedikit demi sedikit ia mengadakan rasa suka untuk melakukan kerja secara berkumpulan. Pembahagiaan tugas antara kami dilakukan dengan adil dan kami akan memastikan kerja antara satu sama lain tersusun dengan rapi. Selepas memilih tajuk yang perlu kami bentang, kami secara berkumpul akan berbincang bersama untuk memastikan setiap dari kami memahami tentang topik tersebut dengan lebih mendalam. Dengan kerja berkumpulan ini, kami akan berkongsi idea tentang bagaimana pembentangan akan dilakukan dan kami juga akan cuba menyelesaikan isu yang tidak difahami dalam bahan pembelajaran.

Apa yang dapat saya simpulkan, kerja berkumpulan ini amat penting dalam memupuk kesatuan hati antara satu sama lain. Dengan ini, ianya dapat memudahkan proses perbincangan dan tugasan akan mengambil masa yang singkat untuk disiapkan. Perlu diambil kira juga, tidak semua mampu memberi kan tumpuan yang penuh di dalam kuliah maka, dengan adanya kerja berkumpulan ini kami dapat membantu meningkatkan kefahaman rakan yang memerlukan. Akhir sekali, dengan adanya kerja berkumpulan ini hubungan ukhuwah terbina antara satu sama lain, ini mungkin disebabkan sering berinteraksi antara satu sama lain dalam tempoh menyiapkan tugasan yang diberikan. Semoga kerja secara berkumpulan ini dapat mendidik bagi setiap ahli kumpulan untuk berkerjasama dan memupuk sifat tolong menolong antara satu sama lain.

Minggu 5 : Bentuk-bentuk perbuatan jahat.
Ini merupakan kajian kes kami yang pertama bagi tajuk bentuk-bentuk perbuatan jahat.

Minggu 7 : Pakatan jahat dalam jenayah.